Dua belas : Elak

8K 332 9
                                    

"Kau datang sini tadi naik apa?", Soal Shariz sebaik saja keluar daripada stesen KTM Shah Alam. Kunci motor dipoket seluarnya dikeluarkan.

"Er- bas?", Mata Dian melilau mencari bas diperhentian sedangkan dia tahu bas memang tidak ada pada waktu tengah malam seperti ini.

"Aku hantar kau balik", Pelawa Shariz. Kalau Dian tolak sekalipun dia takkan teragak-agak mahu mendukung gadis itu supaya mengikutinya. Dia takkan biarkan gadis itu bersendirian. Bahaya.

"O- okey", Memandangkan hari sudah pun lewat, Dian harus menerima pelawaan Shariz.

Shariz menyerahkan topi keledarnya kepada Dian, "Nah. Pakai".

"Habis kau?", Dian kelihatan serbasalah apabila menumpang Shariz tetapi dia pula yang diberi helmet.

Mereka membisu sehingga sampai dihadapan rumah Dian.

Dian menggaru-garu kulit kepalanya yang tidak gatal, suasana dirasakan seakan kekok sejak dari dalam train tadi.

"Thanks", Dian menyambut huluran beg-beg kertas daripada Shariz yang berada di dalam bakul motor.

Shariz mengangguk kecil sebelum meninggalkan Dian disitu.

Dian mencebikkan mukanya, 'Macam tu je? Ee'.

---------

"Hai".

Dian sedikit terkejut dengan suara yang menyapa pendengarannya. Telefon bimbit diletakkan diatas meja. Wajahnya diangkat memandang gerangan yang menengur dirinya. Selamba manusia yang menegurnya tadi menarik kerusi dan duduk bertentangannya.

"Hai?", Dian teragak-agak. Ajim?

"Ash buat apa kat sini?"

Dian menoleh sekelilingnya. Pergi kedai mamak pagi-pagi ni, biasa orang buat apa?, "Breakfast lah."

"Tak kisah kan aku join kau?"

Dian tersenyum, "Lah takde hal. Aku pun sorang. Baru sampai".

Seorang pekerja mamak datang ke meja mereka, "Boss, makan?"

"Roti telur. Teh o suam", Ringkas saja pesanan Dian.

"Bagi dua. Sama."

Dalam Dian menoleh seperti mencari seseorang, "Kau sorang je eh?"

"Aah. Kenapa?", Wajah gadis yang selalu melekat didalam fikirannya dipandang.

"Nothing", 'Ingat ada Shariz', Sambung Dian dalam hati.

Beberapa minit menunggu makanan ringkas yang dipesan telahpun sampai. Mereka makan dalam suasana yang senyap dek kerana kekekokkan(?) yang memenuhi atmosfera disitu.

"Ash, kau masih skate lagi?", Soal Ajim setelah lama mendiamkan diri.

Suapan Dian terhenti, "Sekejap. Macam mana kau tahu?"

Senyuman dibibir Ajim melebar. Senyuman yang menggambarkan dua maksud berbeza, 'I know it's you, Ashley'.

"Kan Riz kata kauorang terjumpa dekat skate shop. So, mestilah kau beli barang skate kan?", Jawapan bijak Ajim yang boleh diterima pakai. Sekurang-kurangnya, Ashley tak akan anggap aku psycho lagi, fikir Ajim.

"Oh. Tapi ride and basic things je la. Nak belajar trick semua macam tak ada mood lagi", Dian menghirup sedikit airnya.

"Nak ikut kitaorang skate?", Pelawa Ajim dengan harapan tiada tolakan daripada gadis berambut ombre kelabu dihadapannya.

Aku, Kau & Skateboard ✔Where stories live. Discover now