Lapan : Mandi

8K 352 7
                                    

Ashley mengambil baju putih yang bertompok coklat ditanah. Dia pergi ke kaki sungai untuk menghilangkan kesan darah tadi. Tetapi disebabkan langkah yang kurang berhati-hati, Ashley tergelincir jatuh kedalam sungai.

"Habis basah", Separuh badannya sudah masuk ke dalam air.

Dia teruskan kerjanya menghilangkan kesan darah pada baju Shariz dengan menggosok baju tersebut menggunakan batu. Cara lama.

"Ashley kau tengah mandi ke? Aku cari kayu kejap. Jangan pergi mana-mana", Ashley mengintai Shariz diatas. Khemah sudah siap terpasang. Baguslah lelaki itu pergi mencari kayu. Dia boleh mendapatkan privasi sendiri disitu.

Pakaiannya dilucutkan satu persatu. Hanya singlet dan pakaian dalam tersarung ditubuhnya. Baju dan seluar diletakkan diatas batu. Ashley menjumpai 'port' yang sesuai untuk dia merehatkan diri. Satu kawasan yang dikelilingi batu. Arus air juga tidak kuat. Ashley mengawal posisi badan apabila masuk kedalam 'kolam' tersebut. Dalam. Tetapi sesuai untuk dia 'menutup' tubuhnya daripada diintai walaupun dia tahu hanya dia dan Shariz sahaja berada disitu.

------

Aku letakkan kayu-kayu tadi dihadapan khemah. Jam ditangan aku kerling sekilas. Awal lagi kalau nak nyalakan api. Takut stok kayu tak cukup sampai malam nanti.

Aku mencari kelibat Ashley. Langkahku semakin perlahan apabila menghampiri sungai. Tubuh Ashley terapung disungai. Nasib baik ada batu-batu besar disekelilingnya yang menahan tubuhnya daripada hanyut. Mata gadis itu terpejam. Tenangnya dia.

Seketika aku tersedarkan satu hal. Ashley hanya berpakaian dalam. Nasib baik dia tak tanggalkan singlet dia sekali. Suhu tubuhku seakan berbahang. Shit. Are you trying to seduce me, little girl?

Aku bersembunyi dibalik pokok apabila Ash membuka mata. Tubuhnya tenggelam didalam air. Dia menstabilkan diri didalam air.

Tanpa sedar kakiku melangkah turun ke bawah sana, "Aku nak join sekali boleh tak?"

------

Ah. Kan betul aku rasa macam kena intai tadi.

Shariz selamba masuk ke dalam 'kolam' yang ku temui tadi. Jaraknya semakin hampir. Aku menelan air liur. Gementar.

"Kau tak takut eh kalau ada orang asli ke orang utan skodeng kau mandi macam ni?", Shariz tersenyum nakal.

Wajahku merona, "Mana ada orang utan", Balasku, buat-buat marah. Sekadar mahu menghilangkan gugup. Aku terus mengundur kebelakang sehingga belakang tubuhku berlaga dengan batu besar situ.

Dia ketawa,"Habis, kau saja?"

Aku memercikkan air kepada Shariz yang semakin mendekat, "Mana ada lah!".

Dia membalas kembali perbuatanku. Air besar terpercik ke mukaku. Aku meraup wajah. Tetapi sebaik saja aku membuka mata, dia sudah mengunci aku disitu.

"Riz..." Panggilku.

Tangannya tiba-tiba naik ke bahuku. Tanda lahir ku disitu diusap perlahan. Dia ni kenapa?

"Stop it", Aku mengalihkan tangannya. Aku rasa semacam. Aku lagi suka Riz yang suka jentik dahi aku daripada Riz yang ini. Menyeramkan.

"Syhh", Tangan kasarnya naik ke pipiku pula.

Aku memejamkan mata apabila wajahnya semakin merapat. Aku kehairanan apabila Shariz tiba-tiba mendiamkan diri. Wait, aku 'menunggu' ke?

Aku, Kau & Skateboard ✔Where stories live. Discover now