Tiga Puluh Tujuh : Emoji Hati

4.8K 317 27
                                    

Dian menolak terus tubuh Ajim apabila hujung matanya menangkap figura seseorang yang seolah terkaku disitu. Entah sejak bila Shariz ada disitu.

Shariz yang terkaku, tidak tahu mahu bereaksi bagaimana. Dia hanya berdehem, "Sorry, kitaorang-"

"Lain kali tutuplah pintu", Usik Ajai, sengaja mahu membuang suasana kekok antara mereka.

Ajim hanya tersengih menggosok-gosok kepalanya sementara Dian terdiam, serbasalah disitu.

Klik!

Telinga Dian menangkap bunyi kamera. Najmi tersengih-sengih dengan telefon berjenama Huawei ditangannya, "Kau bodoh".

"Aku nak masuk dekat ig ni. Nanti mesti kau motif viral".

Ajai menyampuk tiba-tiba "Mari kita temuduga seorang gadis yang acah-acah skater, konon hebat macam Alysha Le", Ajai meniru gaya suara pengacara Motif Viral yang selalu dia tonton di Astro.

Dian buat-buat ketawa, "Ha Ha, lawaklah tu."

Najmi tergelak suka, "Aku rasa baik kau sakit macam ni je. Tak adalah perangai macam monyet".

Makin galak Najmi mengambil gambar Dian, dengan kaki bersimennya.

"Bagus ah. Aku takyah masuk Queen Checkmate", Dian menjelirkan lidahnya.

"Woah, mana boleh macam tu cb", Ajai memukul tangan Dian.

"Berapa lama?", Ajim mula bersuara apabila gemuruhnya semakin reda

Dian mengeluh, "Tiga bulan kot."

Kaki Dian disahkan terseliuh akibat hentakan yang agak kuat ditulang lututnya, impak terjatuh ke dalam bowl.

"Mereput ah kau duduk rumah. Tak boleh skate.", Ajai sengaja mahu membuat emosi Dian tak menentu.

Ajai menyenggol siku Najmi, menyampaikan rancangan mereka. Najmi tersengih jahat.

"Anak iblis", Kutuk Dian saat Ajai mengeluarkan beberapa batang pen marker pelbagai warna dari porch bagnya.

"Simen kaki kau ni lawa tau kalau ada seni. Jangan risau tangan kitaorang tangan seni. HAHAHA".

Sebelah kaki Dian menyepak-nyepak Najmi yang berada dekat dengan katil. Memberi amaran supaya menjauhinya.

"Tak payahlah weh", Suara Dian mula takut-takut. Itu yang membuatkan Najmi semakin suka mengusik.

"Riz. Jim", Ajai menghulurkan pen marker kepada mereka.

Dian membuat muka garangnya, "Don't you dare".

Ajim dan Shariz ikut membuat muka jahat. Menyambut pen marker yang Ajai bawa.

"AH SEMUA BODOH", Jerit Dian.

Dian pasrah apabila sebelah kakinya yang masih elok dipegang oleh Najmi manakala sebelahnya lagi yang bersimen diserbu menjadi 'kertas seni' untuk mereka yang lain conteng.

Dalam tak tertahan dia juga ikut ketawa.

Lagi-lagi apabila melihat muka Riz. Lelaki itu seronok menconteng sesuatu dikakinya.

Ajai mengetuk kuat tapak kaki Dian yang tidak disimen sepenuh.

"SAKITLAH BA-", Tak sempat Dian menjerit, telefonnya berbunyi.

Mama.

----

"Dian suka buat mama risau macam ni", Tegur Puan Liyana apabila melihat anaknya yang ditahan dua hari di hospital KPJ Shah Alam.

Aku, Kau & Skateboard ✔Where stories live. Discover now