Dua Puluh Lapan : Terbongkar

6.1K 289 17
                                    

"I saw you with him!"

"I saw you too. Sharmila peluk-peluk you tu boleh pulak?"

"Itu tak disengajakan okey!? Yang you saja cari pasal suruh Lim teman sampai depan rumah tu kenapa? Tak malu jiran nampak?", Lelaki yang masih memakai kot putih duduk ditempat pemandu itu mengawal amarahnya. Wajah isterinya ditenung lama.

"I lagi malu ada suami tapi asyik sibuk je. Rupanya... oh ada perempuan lain dah", Sinis si isteri membalas.

"Sharmila pesakit I. Cuba faham kerja I sikit", Sufian mengeraskan sedikit nada suaranya, meminta si isteri mengerti.

Liyana tanya muka jelek, muak dengan alasan suaminya, "Baru I tahu jadi doktor boleh peluk pesakit. Then, I nak jadi doktor jugalah. I boleh peluk setiap pesakit I."

"You punya cemburu tu kuat sangat. Suka fikir negatif. Takkan sebab sekali I buat salah dulu, you terus nak ragu-ragu dengan I?", Sesi pujuk memujuk terus dimulakan. Dia terlalu menyayangi isterinya itu. Sesekali anak perempuannya yang sedang tertidur dengan baju sekolahnya dipandang.

Liyana ketawa, "Uh? You ni macam betul je. Macam I tak tahu Sharmila memang suka you kan? Nurse dekat hospital ada bagitahu I. Tak perlu nak menipu."

"Apa lagi you ni!?"

Dan sesi pergaduhan dilangsungkan tanpa memikirkan kemungkinan pergaduhan mereka didengari oleh si anak. Dalam diam si anak mendengar dan dia hanya mampu mendiamkan diri. Bukan tak mahu masuk campur tapi dia masih kecil.

"You tengok anak you? Pasal you lah dia tak macam dulu. Asyik senyap sampai I rasa macam dia tu bisu!"

"Liyana! Itu anak kita. Apa you cakap ni?"

Dalam diam lagi, si anak mengetap bibir dan terus memejamkan matanya. Menahan sebarang esakan yang akan keluar. Mungkin dia masih kecil tetapi dia tidak bodoh untuk memahami apa situasi yang dihadapi orang tuanya.

"Eh itu anak I. Selama ni I jaga dia. Bukan you", Liyana masih lagi mahu mencari pasal. Sengaja minyak disimbah ke bara api.

Sampai saja dirumah si anak terus menangis didalam biliknya. Dari biliknya lagi dia sudah dapat mendengar suara orang tuanya yang tidak habis-habis bertengkar.

"Anak kita jadi macam tu sebab salah kita. Kita tak mampu jadi contoh yang baik untuk dia. Hari-hari bergaduh. You tak faham ke dia stress?"

"Salah you! Bukan salah I. You yang cari pasal, pandai-pandailah. I ikut game you je", Selamba suara ditinggikan tanpa memikirkan hukum dosa pada suaminya.

"Game apa ni Liyana!? I tak ada niat pun!"

Si anak teringatkan pula masalah dia dengan kawannya disekolah. Dia dibuli. Kawan yang dianggap sebagaik kawan baiknya pula rupanya menipu dirinya.

"Memang aku yang cerita dekat satu kelas pasal parents kau. Pasal apa kau buat dengan abang Riz", Luah Qistina tanpa rasa serbasalah dihadapan seluruh manusia di kelasnya. Puas hati dapat memalukan kawannya itu.

Dia malu!

Sangkanya Qis akan menjaga rahsia dan membantunya tapi lain yang jadi.

"Agak-agak kalau abang Ajim kau tu tahu, terbakar tak dia?"

Sudahnya, dia menangis lagi.

Telefon bimbit dicapai. Nama seseorang dicari didalam senarai kenalannya. Butang berwarna hijau ditekan sebelum dilekapkan ditelinga.

Tak sampai sepuluh saat panggilannya berjawab, "Ab- Abang- Ajim".

------

"Kenapa ni Ash?", Terus saja Ajim menyerbu Ashley sebaik saja kelibat gadis itu menyapa matanya.

Tanpa berfikir panjang tubuh Ajim dipeluk menghamburkan semua rasa yang disimpan, "Ash tak kuat".

Dia keluar pada waktu malam begini pun apabila ibu bapanya sudah 'senyap'. Mereka akan senyap apabila tidur saja. Bila berjumpa mulalah bergaduh. Sejak dari kecil lagi dia asyik melihat ibu bapanya bertengkar. Semakin lama, semakin serius.

"Kenapa ni sayang? Siapa buat Ash?", Ajim mengusap kepala Ashley. Perlahan-lahan mereka berjalan ke sebuah pondok ditaman. Lampu yang tiada disitu menyebabkan keadaan malam menjadi sangat gelap.

"Parents Ash bergaduh lagi. Kat sekolah, Qis malukan Ash", Semua benda diluahkan kepada Ajim kecuali satu hal, mengenai Shariz. Dia bersumpah cukup Qis seorang saja yang mengetahui cerita mereka. Dia tidak mahu Ajim membencinya pula.

Ajim hanya tekun mendengar dan sesekali memberi kata-kata semangat. Cerita tentang ibu bapa Ash memang dia sudah tahu dari awal lagi. Dia sedikit keliru dengan punca pergaduhan mereka tetapi mesti ada perkara lama yang dibangkitkan sehingga menjadi isu semula.

"Ash dah okey kan?", Sisa air mata diseka. Wajah Ashley dipandang lama. Gadis naif itu kelihatan lain malam ini.

"Ash kena balik. Tak elok lama-lama kat luar macam ni. Abang hantar sampai rumah", Dia bangun daripada bangku tetapi Ashley masih statik disitu.

Ajim menahan keluhan daripada bibirnya. Mata Ashley yang masih basah dan sembab itu dipandang lagi. Dia berdiri dihadapan Ashley. Tubuh dibongkokkan sedikit supaya anak mata mereka selari.

"Ash", Panggilnya. Ashley mendongak.

Entah apa yang merasuk Ajim dia mendekat wajahnya. Bibirnya menyentuh bibir Ashley. Matanya dipejamkan walaupun dia tahu Ashley masih terkejut dengan tindakannya.

Langkah pertama dimulaka

Ashley pula kaku. Memang ciuman itu bukan kali pertama untuknya. Tetapi ini kali pertama bersama Ajim. Dia terkejut.

Memang pada asalnya dia kaku dan tak membalas.  Tetapi sedikit sebanyak rasa terujanya memuncak. Dia mula merespon.

Perlahan-lahan Ajim menarik semula wajahnya. Terkejut.

"Where did you learn that?"

Ashley terdiam. Air liurnya ditelan kesat. Cuak.

"Ash pernah kissing?", Tiada tapisan. Soalan itu terus diajukan kepada Ashley.

Ashley takut. Tangannya mula menggigil. Wajah ditundukkan. Takut mahu bertentang mata dengan Ajim.

"Ashley, abang tanya ni?", Dari nada suara saja Ashley tahu, Ajim sedang menahan marah.

Betul. Ajim marah. Dia tersentap sendiri. Kerana dirinya bukanlah yang pertama. Bagaimana gadis senaif Ashley boleh mengetahui hal sebegitu?

"Ash buat dengan siapa?", Sejujurnya rasa ingin tahunya juga sudah memuncak. Dia ingin mengetahui dengan siapa Ashley lakukan dan persoalan paling menyakitkan dihatinya, adakah Ash pernah melakukan lebih daripada itu?

Ashley menggelengkan kepalanya, "Abang marah Ash?", Tangisannya cuba ditahan.

Ajim mengeluh. Tengok tu? Bila takut je asyik nak menangis.

"Abang tanya. Ash kena jawab", Desak Ajim.

Kesabarannya mulai hilang apabila Ashley terus mendiamkan diri, "Siapa, Ash!?"

Ashley tersentak. Tergagap-gagap dia mahu membalas, "Ab- abang. R- Riz".

"What!?"


Nak dengar comments kit oyeh tak?

Aku, Kau & Skateboard ✔Where stories live. Discover now