AKS RAYA EDITION II

3.8K 255 106
                                    

"Dian. Dah azan. Makanlah. Nanti nak solat Maghrib lagi."

Sudah lima minit selepas azan Maghrib berkumandang tetapi Dian hanya termenung memandang hidangan dari Nandos yang tersusun cantik diatas meja. Hilang sudah seleranya sejak habis berbelanja di Seksyen 7 tadi.

"Daddy ni. Tengok Ca buat mummy makan", Aisyah mengambil potongan ayam yang kecil kemudian disua ke mulut Dian.

Dian tersenyum. Mulutnya dibuka sedikit untuk menerima makanan yang Aisyah suakan.

"Pandai mummy." Aisyah memuji Dian seperti selalu yang Dian dan Shariz lakukan kepadanya.

"Aisyah makan okey? Nanti mummy makan sendiri."

"Dian marah abang?"

"Sebab?" Ya, kalau perempuan soal balik soalan yang macam ni, maknanya dia nak kau bagitahu apa salah kau.

Shariz tahu puncanya tak lain dan tak bukan... "Sebab abang beli baju untuk Iqin?"

"Kenapa Dian nak marah?"

"Sebab Dian cemburu."

"Kenapa Dian nak cemburu?"

"Sebab Dian sayang abang. Alolo, abang pun sayang Dian. Ingat tu."

Dian ketap bibir. Tahan diri daripada tersenyum ataupun ketawa. Tetapi, gagal. "Benci betul tau. Nak merajuk asyik tak jadi je."

Shariz mengeluh lega, "Dian. Abang beli sebab ibu. Kesian dia. Dia mesti rindu nak beraya dengan Iqin. Lima tahun bukan sekejap."

Dian tenung wajah Shariz, mencari keikhlasan daripada kata-kata itu, "Dian cuma takut je. Dian tak kisah kalau dia apa-apakan Dian. Aisyah?"

Memang itu yang menganggu fikiran dia sejak tadi. Shariz ada juga fikirkan hal yang sama tetapi, "Kalau dia tak sihat, doktor takkan bagi dia keluar. Kan?"

"Habis kalau dia masih suka abang macam mana?" Perasaan ragu-ragu itu kembali muncul.

Shariz meraih tangan Dian, "Tapi, abang suka Dian sorang je. Dian nak risau apa lagi?"

"Okey. Radzi ajak balik bila ya? Abang cuti Khamis depan kan?" Topik mengenai Iqin ditutup dan Dian membuka topik lain untuk mereka berdua.

"Are you okay?" Shariz menyentuh tangan Dian. Isterinya itu kelihatan gelisah dan berpeluh-peluh. Mama dan papa Dian sudah memandang mereka lain macam dari luar kereta. Ibu Hamida juga sudah turun ke laman rumah untuk menyambut mereka.

Halaman rumah kampung milik Ibu Hamida betul-betul menaikkan seri untuk mereka beraya nanti. Shariz dapat lihat halaman yang luas itu sudah bersih disapu tanpa dedaun kering ataupun sampah-sampah kecil. Pelita juga sudah terpacak di sepanjang lorong memasuki halaman ini tadi.

"Okey. I- Di- Dian cuma nervous sikit. Fobia pula nak jumpa Iqin secara 'bebas' macam ni." Jawapan selamat Dian berikan untuk mengurangkan rasa risau suaminya.

"Don't worry. I'm your hero. I always be by your side. I'll protect you. Ya?" Seloroh Shariz dalam masa yang sama cuba mengambil mood Dian.

"Kalau daddy hero mummy habis tu Ca nak jadi apa?" Aisyah yang dari tadi mendengar perbualan mereka mencelah.

Shariz meletakkan jari didagu, kononnya sedang berfikir. Melayan saja kerenah Aisyah yang banyak akal, "Hm? Ca jadi apa ya? Ca jadi angel mummy dengan daddy, nak?"

Dian geleng kepala apabila melihat Aisyah bersorak riang. Entah apa yang dia seronokkan. Dian perhatikan saja dua insan kesayangannya yang selalu berceloteh.

"Tenang tau?" Pesan Shariz sebelum mereka keluar daripada perut kereta.

"Assalamualaikum, papa, mama, ibu", Shariz menegur dan bersalaman dengan mereka, diikuti oleh Dian dan kemudiannya mestilah Aisyah. Aisyah lagi disambut oleh ketiga-tiga orang tuanya itu.

Aku, Kau & Skateboard ✔Donde viven las historias. Descúbrelo ahora