AKS RAYA EDITION III

3.6K 230 121
                                    

Pagi-pagi lagi Dian sudah merayau dalam satu rumah mencari suami dan anaknya. Encik Sufian, Radzi, Fizi dan Ina juga tiada.

Tempat terakhir, reban ayam belakang rumah. Dian sudah dapat mendengar gelak tawa dan jeritan Aisyah.

Sampai saja dibelakang rumah riak Dian berubah tak senang apabila melihat Aisyah sedang duduk dipangkuan Iqin bersama Ina, melihat sang jejaka menyembelih beberapa ekor ayam.

"Mummy, sini sini. Daddy sembelih ayam." Aisyah turun dari pangkuan Iqin dan berlari mendapatkan Dian, menarik Dian supaya duduk bersama mereka.

"Ca nak cuba cabut bulu ayam tak?" Ina cuba memancing perhatian Aisyah apabila dia tahu ada orang yang memerlukan ruang. Dia menggamit Aisyah supaya mengikutinya.

Dian memerhatikan Shariz yang berpeluh, dengan rambut yang sedikit jatuh didahinya. Handsome! Sedikitpun Shariz tak kekok untuk menyembelih ayam tersebut.

"Hari-hari dengan abang Riz. Takkan tak puas tengok lagi kot?" Usik Iqin tiba-tiba.

Hilang terus segala pujian yang dia mahu berikan kepada Shariz. Riak tak senang masih terpancar diwajahnya.

"Akak jangan salah faham. Iqin cuma nak bersembang dengan akak. Kita tak ada masa terluang untuk borak macam ni. Akak masih tak maafkan Iqin?" Jujur dan lurus soalan Iqin kepada Dian.

Dian tak bersuara.

Melihat respon Dian seperti itu, Iqin mengalah. Aisyah yang kegelian dengan bulu ayam terjerit kecil apabila Ina mengacah mahu membaling bulu tersebut.

"Muka Ca sama macam Riz. Iqin tak pernah tengok dia waktu dia baby. Mesti lagi comel kan kak?"

Acuh tak acuh saja Dian mengangguk perlahan.

"Mummy, ayam ni busuk macam daddy bila balik kerja." Omel Aisyah.

Radzi dan Fizi tergelak besar apabila mendengar omelan Aisyah. Begitu juga Ina dan Iqin. Dian dan Shariz saling berpandangan. Anak siapa ni?

Habis saja terawih masing-masing melepak diruang tamu. Iqin berkepit saja dengan Ibu Hamida. Dian pula mengurut betis Puan Liyana yang kepenatan. Aisyah? Lari ke Shariz lah jawabnya. Mereka duduk dihadapan televisyen.

"Tak sangkakan bang? Malam esok dah malam raya." Puan Liyana menyuarakan rasa takjubnya kepada Encik Sufian.

"Itulah, rasa sedih pula nak tinggalkan Ramadhan kali ni."

Shariz membisikkan sesuatu di telinga Aisyah. Gadis cilik itu berlari riang masuk ke dalam bilik kemudian keluar semula dengan menjinjing beberapa buah beg besar ditangannya.

"Cucu atuk bawa apa tu?" Encik Sufian menggamit Aisyah.

"Daddy dengan mummy belikan baju raya untuk atuk, nenek dengan wan!" Aisyah menyerahkan beg tersebut kepada atuk dan neneknya.

"Aik, uncle Zi punya mana?" Radzi buat-buat berjauh hati.

Aisyah menjelirkan lidahnya, "Uncle kan dah tua. Belilah sendiri."

"Amboi, nak kena ni." Aisyah mencicit lari kepada atuknya apabila Radzi bangun untuk mengejarnya.

Dian membuat isyarat mata kepada Shariz, bertanya mengenai baju yang mereka beli untuk Iqin. Shariz mengambil satu beg yang Aisyah tinggalkan kepadanya sebentar tadi. Beg tersebut diserahkan kepada Dian.

"Iqin", Dian memanggil sambil menghulurkan beg tersebut kepada Iqin.

Wajah sayu Iqin terus berubah sinar, "Iqin punya ke kak!? Wahh, Iqin nak cubalah baju ni." Terus Iqin berlari teruja masuk ke biliknya untuk mencuba jubah tersebut.

Aku, Kau & Skateboard ✔Where stories live. Discover now