Dua Puluh Enam : Kawan Baru

5.8K 327 9
                                    

"Iqin", Aku menegur Iqin yang masuk ke dalam kereta sepuluh minit lebih awal. Yang peliknya tiada lagi kejadian berebut tempat duduk dengan aku. Sentap betul ni nampaknya?

Apabila aku tolehkan kepalaku ke belakang untuk memandangnya, matanya sudahpun tertacap kepadaku. Er- macam dah lama je dia pandang aku?

"Jangan berpura-pura baik sangat, kak", Ujarnya.

Aku sempat memproseskan kata-katanya sebelum Shariz masuk ke dalam kereta.

Aku hanya mengambil keputusan untuk mendiamkan diri. Suka hati kau lah, Iqin.

"Iqin, nak balik terus ke apa?", Dingin saja Shariz menyoal.

Melihatkan Iqin tidak mahu membuka mulut, aku yakin Shariz menganggap itu sebagai 'ya'. Kereta mula bergerak. Hairan juga bila Riz nak balik awal ni, padahal baru pukul 6.

Setengah jam kemudian Shariz memberhentikan keretanya ditepi jalan, simpang sebelum memasuki rumahnya, "Aku berhenti dekat sini. Cakap kat mak aku dengan Dian ada hal dekat park. Aku hantar kau balik je".

Fuh, kalau aku jadi Iqin rasa macam tebal je kulit muka ni. Wajah Iqin berubah masam. Pintu ditutup kuat. Pastinya dia tidak menyangka dengan perubahan Shariz, tiada lagi Shariz yang mahu berlembut dengannya. Aku perasan akan hal itu. Aku ke punca?

Muka Shariz serius saja sepanjang kereta mula memasuki lebuh raya. Aku malas mahu mengganggu mood bipolar Shariz. Aku lakukan juga hal sama. Buat muka serius dan diam.

Aku terdengar suara halus Shariz ketawa perlahan. Apabila aku memandangnya, senyum tawanya mula memudar.

Tak sampai seminit, aku terdengar dia mengeluh pula. Lagi sekali aku menoleh untuk memandang wajah Shariz.

"Dian", Baru kali ini lelaki disebelahku membuka mulutnya untuk berborak dengan ku. Aku terasa tangan kasarnya menggenggam tangan aku lembut.

"Hm?", Hanya itu yang keluar dari anak tekak ku walaupun sebenarnya lain yang mahu aku katakan. Ingatkan dia dah bisu.

Kali ini tanganku digenggam erat pula, "Aku minta maaf pasal Iqin. Aku minta maaf sangat sebab dia asyik buat kau rasa tak senang".

Aku menyentuh sebelah tangannya yang menggenggam tangan kananku, "Aku fahamlah. Fans kau. Budak-budak lagi kan".

Ketika aku mahu menarik tanganku semula, dia terus menguatkan genggamannya, "Sekejaplah."

"Kau okey duduk rumah aku?", Soalnya.

Riz ni dah kenapa?

Aku anggukkan kepalaku beberapa kali, "Okey. Aku suka mak kau".

Shariz tersengih, "Mak aku pun suka kau".

Hah?

"Mak ada cakap apa-apa ke?", Faham tak rasa nak tahu tu macam mana bila ada orang cakap sesuatu pasal kau?

Sengihannya makin melebar, "Ada. Mak kata kau cantik. Baik. Pandai layan dia."

Aku ikut tersenyum mendengar pujian itu, "Mak kau tak cakap pasal-", Aku menunjuk kearah diriku. Bukan. Pakaian ku.

Shariz mengusap tanganku, "Ada. Dia faham. Jangan risaulah. Kan aku dah cakap mak aku baik?"

Aku menganggukkan kepalaku beberapa kali.

Beberapa minit kemudian kami tiba di sebuah kompleks beli belah, Setia City Mall. Aku dah agak mesti pergi sini punya. Tak mungkin Shariz nak patah balik pergi seksyen 13.

"Buat apa dekat sini?"

"Cari ikan".

Jawapan Shariz mengundang cubitanku. Bukan cubit manja. Cubit sakit hati. Dia hanya mengekek ketawa. Tahulah datang sini bukan nak cari ikan. Tapi kan banyak benda boleh buat dekat sini. Karaoke ke tengok wayang ke main bowling ke apa.

Aku, Kau & Skateboard ✔Where stories live. Discover now