Lima Belas : Untuk Dian

6.4K 278 3
                                    

Aku menunggu kedatangan Shariz di dek luar sambil membelek laman Instagram milikku. Satu gambar terpapar apabila aku menekan Explore.

Gambar seorang lelaki yang duduk bersendirian diatas bangku bersama deck disisinya.

Ini bukan Shariz ke? Dakdak IG rupanya. Mataku beralih pada caption yang ditulisnya. Hanya emoji.

@Shxrxz : 🙇

Nak follow ke tak eh IG dia ni?

Aku terdetik mahu melihat akaun milik Shariz. Pantas namanya aku tekan. Ada beberapa gambar. Tiba pada suatu gambar yang mencuri perhatianku.

Gambar didalam KTM tempoh hari. Aku sedang merehatkan kepala dibahunya, tertidur.

Aku ketawa kecil. Sejak bila dia tangkap gambar ni?

Bunyi motor diluar rumah membuat aku terus menyimpan telefon ke dalam beg kecilku. Mesti Shariz.

Dia tersenyum nipis sebaik saja melihat kelibatku keluar daripada pagar. Helmet terus dihulurkan kepadaku, "Kita kena cepat sampai sana".

"Chill lah. It's 6 p.m. Nak ke mana ni?", Aku masih berdiri dipagar.

"Nanti kau tahulah", Dia masih setia menghulurkan helmet berwarna kelabu tersebut kepadaku.

"Hari macam nak hujanlah. Apa kata kita naik kereta?", Cadangku. Bukan demand tapi kalau hujan nanti lagi lambat nak sampai. Lagi-lagi bila naik motor nanti kena berhentilah apa. Alasan aku cukup munasabah kot.

Shariz tak berfikir lama dia hanya bersetuju. Aku menyuruh dia meletakkan motorsikalnya ke dalam sementara aku mengalihkan kereta keluar dari perkarangan rumah. Biar motor dia kat luar nanti kena curi pula.

Aku menunggu Shariz masuk ke tempat duduk penumpang disebelahku tetapi Shariz mengetuk tingkap kereta. Aku menjungkit kening, apa? Dia pula hanya menginsyaratkan aku supaya keluar daripada kereta.

"Tak gentle lah kalau perempuan yang drive. Kau duduk sebelah".

Barulah aku mengerti kenapa. Kami bertukar tempat duduk. Sebaik saja aku selesai memakai tali pinggang keledar kereta mula bergerak.

"Tak tahu pula kau tahu bawa kereta?"

Shariz hanya menggumam perlahan. Bisu agaknya. Atau dia memang tak banyak cakap?

Ramalan aku tepat apabila sebaik saja kami masuk ke lebuh raya hujan terus turun dengan lebat. Aku rasa aku dah boleh jadi pakar kaji cuacalah.

Aku memerhatikan pemandangan luar. Aku tak tahu Shariz mahu membawa aku ke mana tapi jalan yang dia lalu semua jalan untuk ke Ampang, Kuala Lumpur.

Tak tahu perjalanan mengambil masa yang lama sehingga aku terlelap. Atau mungkin cuaca diluar yang mendorong rasa kantukku semakin memuncak. Selesa untuk tidur. Aku sedar-sedar saja kereta sudah berhenti disuatu tempat. Hujan juga sudah beransur reda. Aku memandang Shariz disisi, dia sedang bermain dengan telefon bimbitnya.

"Bangun dah?", Aku membalas senyumannya. Walaupun hanya senyuman biasa, aku suka tengok.

"Kita kat mana ni?", Aku masih dalam mood mamai. Jadi semuanya masih kabur-kabur.

"KL Punk House. Malam ni tak ada event besar pun tapi saja nak lepak. Diaorang on the way. Lambat sikit rasanya", Shariz meletakkan telefonnya ke dashboard kereta. Matanya memandangku sekilas sebelum membuang pandangan dihadapan.

Aku menggosok lenganku. Terasa sejuk. Baru aku sedar sweater yang berada dipahaku, terus aku sarungkan ke tubuh. Mesti Shariz punya.

"Kenapalah kau suka pakai pakaian yang 'terbuka' macam ni?", Dia seolah sedang mengeluh.

"T-shirt je kot? Mana ada terbuka", Bidasku. Mana ada terbuka.

"Lengan singkat masih dikira terbuka kan?", Dia cuba berlawan kata.

Aku mencebik. Baru saja aku mahu membuka sweater yang tersarung dibadanku, Shariz menghalang, tegas suaranya, "Pakai. Jangan mengada nak buka. Mata lelaki ni..."

"Ya ya tak buka. Terima kasih", Separuh tak ikhlas aku mengucapkan ayat tersebut. Biar lama-lama mesti dia membebel.

Hari bertukar senja. Lampu jalan pula seperti rosak kerana tidak menyala daripada tadi, menjadikan keadaan di sekeliling menjadi gelap.

"You know what? Aku lagi suka kau yang dulu", Ujarnya tiba-tiba. Dia ni memang suka bangkitkan isu ni ke?

"Tapi aku bukan Ashley!", Aku melawan.

Shariz ketawa. Sinis, "Really?", Dia cuba mencabarku.

"Kalau kau yakin sangat aku Ashley. Prove it", Sengaja aku cuba mencabarnya kembali. Macam mana ya boleh tersasar ke topik 'who-is-Ash' ni lagi? Perangai dia pun dah sama macam Ajim.

"Why me? You already prove it, Ash", Shariz menekankan sedikit suaranya apabila menyebut nama samaranku.

Apa yang aku buat sampai dia rasa aku Ashley? Aku mana ada buat apa-apa.

"Ingat tak waktu dekat KL haritu? I called it an innocent kisses. Sama macam Ashley", Dia mula memusingkan tubuh sepenuhnya memandang aku. Begitu juga aku. Aku tak mahu kalah.

"Let me remind you, then", Dia tiba-tiba menarik aku kepadanya. Satu tindakan yang aku sempat buat sebelum bibirnya menemui bibirku adalah meletakkan tangan di dadanya, menahan dirinya daripada terus merapat kepadaku.

Aku mengambil kesempatan untuk bersuara apabila dia menjauhkan wajahnya daripada aku, "This is wron'-", Aku membuka mata untuk melihat Shariz. Dia memejamkan matanya. Ciuman ni terlalu kasar untuk aku dan sikitpun aku tak rasa terbuai.

Aku menolak dada Shariz walaupun aku tahu rangkulan terlalu erat untuk dilepaskan, "Pleaseee... not like this", Aku separuh merayu dalam tenggelam timbul suaraku.

Perlahan-lahan Shariz melepaskan bibir kami tetapi pelukannya masih belum dileraikan.

Kalau diikutkan akalku, tangan aku sudah lama hinggap dipipinya. Tapi aku tak tahu kenapa aku seolah tiada daya. Aku cuba mencari nafas yang hilang dan sebolehnya cuba untuk bertenang.

"I'm sorry. Aku tak bermaksud-", Dia seperti kehilangan kata.

"Aku cuma rindukan kau", Luahnya. Aku dapat rasakan nada terluka dalam suara Shariz. Begitu sekali rasa terseksa Shariz?

"Aku minta maaf apa yang jadi dulu. Kalau tak, mesti kau tak akan lari", Luahnya lagi. Aku juga semakin tenang. Tangan aku bawa ke belakang badan Shariz memeluknya, mahu memberikan dia sedikit ketenangan.

"Apa yang kau buat?", Aku cuba mengawal nada suara yang aku rasakan dingin. Kenapa ni?

Shariz mendiamkan diri sudah hampir berminit juga aku menunggu suaranya keluar.

"Kalau aku Ashley, aku dah maafkan kau."

Dia mengangkat wajah memandangku.

"Kau kata Ash innocent. Orang innocent akan maafkan semua orang tanpa berfikir dua kali", Balasku.

"Walaupun orang tu ambil kesempatan dekat dia?", Soal Shariz, matanya bersinar menanti jawapanku. Seolah aku adalah Ashley yang memberi kemaafan.

Aku hanya mengangguk walaupun aku tak faham maksud Shariz. Aku mengukir senyuman. Wajah dia pula kekal serius.

Sekali lagi perkara diluar sedarku terjadi. Bezanya, kali ini aku membiarkan tanpa melawan seperti tadi.

Aku, Kau & Skateboard ✔Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu