Dua Puluh Sembilan : Maaf

5.9K 300 28
                                    

"Kau memang tak guna", Rahangnya diketap kuat. Rasa geram, marah dan sakit hatinya bercampur baur. Teringatkan tangisan Ashley malam tadi, dia tahu mesti Shariz yang mengambil kesempatan. Ashley kan takut dengan dia.

Masuk saja didalam kelas begnya dicampak ke atas meja. Kebetulan Shariz juga baru sampai.

Syaitan mula bersorak apabila Ajim memulakan langkah mengejutnya. Kolar baju sekolah Riz dicekak, "Kau buat apa dekat Ash!?"

Kelas yang pada mulanya riuh mulai senyap. Terkejut dengan jerkahan dari belakang kelas. Semua mata memandang mereka. Ajim yang mereka kenali tersangat cool orangnya, kenapa dia tiba-tiba mengamuk tak tentu pasal? Tambahan, Ajim dan Shariz diketegorikan sebagai 'isi dan kuku', kenapa mereka boleh bergaduh?

"Kau kenapa sial?", Shariz sedikit keliru apabila disergah sebegitu.

Satu tumbukan dilayangkan tepat dipipi Shariz, "Lancau. Dah buat memang tak nak mengaku!"

"Aku tak sangka kau ambil kesempatan dekat dia!", Ujarnya seraya melayangkan lagi tumbukkan demi tumbukkan.

Shariz yang masih terkejut hanya mampu menerima setiap tumbukkan yang diberikan. Dia tak bersedia.

Seisi kelas mulai bingit apabila Shariz mula terbatuk-batuk. Perutnya disepak beberapa kali sehingga keluar cecair pekat dari mulutnya.

"Weh apahal ni?", Ajai dan Najmi berpandangan untuk sesaat sebelum cuba meredakan pergaduhan antara Ajim dan Shariz.

Shariz mula bertindak untuk melindungi dirinya. Kaki dinaikkan tinggi dan sekuat hatinya menendang Ajim.

"Dahlah tu! Malu sikit!", Ajai menarik Ajim menjauhi Shariz.

Najmi pula menarik Shariz menjauhi Ajim, "Masalah boleh settle elok-elok kot!"

"Boleh settle? Kau tanya dia apa dia dah buat!", Ajim kembali mendekati Shariz. Sakit hatinya masih bersisa.

"Kau tiba-tiba serang aku macam tu apahal?", Balas Shariz dengan nada yang sama.

Ajim mara lagi tetapi tak sempat buku limanya dinaikkan, dia sudah ternampak susuk tubuh Cikgu Hilmi dipintu masuk belakang kelas.

"Kenapa berhenti? Bertumbuklah lagi. Kamu semua kan hebat. Teruskan".

------

"Saya nak tahu punca pergaduhan".

Sama ada Ajim ataupun Shariz, masing-masing mengunci mulut. Tak mungkin punca pergaduhan tadi akan diberitahu sesuka hati. Ajim bukan mahu membela Shariz tetapi dia mahu menjaga nama Ashley. Shariz pula tidak kisah jika dia menerima hukuman asalkan nama Ashley tidak terpalit sama. Dia tahu apa yang terjadi salah dirinya, Ashley cuma mangsanya. Mangsa keadaan.

"Saksi ada bagitahu. Awak, Ajim, ada sebut nama Ashley waktu bergaduh tadi. Siapa dia?"

Cikgu Hilmi masih lagi tekun menanyakan soalan-soalan beraras tinggi kepada dua pelajarnya.

"Awak, Shariz, ambil kesempatan atas Ashley?"

Masih tiada respon.

"Kitaorang berdamai", Putus Ajim. Itu adalah satu-satunya jalan terbaik agar punca pergaduhan mereka dapat diselindungkan.

Tangan dihulurkan kepada Riz seraya matanya menyampaikan mesej tersendiri apabila mata mereka bertentang. Shariz juga begitu.

Cikgu Hilmi mengeluh, "Tapi saya tak boleh lepaskan kamu berdua macam tu je. Saya perlu rekod".

Aku, Kau & Skateboard ✔Where stories live. Discover now