Sembilan Belas : Beluncas

6K 296 1
                                    

Bunyi jam loceng daripada telefon mengganggu tidurku. Aku menggeliat kecil tetapi pergerakan ku seakan terbatas. Riz.

"Riz", Panggilku perlahan. Aku tahu dia penat tapi...

"Ngantuk", Adunya.

Auch, suara serak tu mengancam.

Lagi sekali loceng dari telefon berbunyi. Ish, aku dah bangun lah. Okey stupid, telefon tu bukan tahu aku dah bangun ke belum.

"Bingitlah", Shariz tiba-tiba menolak tubuhku perlahan. Eh aku pula kena?

Aku turun daripada sofa dan mengambil telefon di atas meja kopi. Jam di skrin aku kerling sekilas, "Riz, bangun".

Shariz membuka mata tetapi tubuhnya tidak bergerak sedikitpun. Matanya memandangku lama.

Aku membetulkan rambut yang sedikit kusut, "Kenapa?"

"Pukul berapa sekarang?"

"1.45 petang", Balasku.

Aku hanya mengikat rambut secara ponytail dan berlalu ke dapur. Mahu melihat bagaimana rupa mousse chocolate yang Shariz buat tadi.

Aku memusingkan tubuh selepas menutup pintu peti sejuk. Sekali lagi pergerakan aku terbatas.

Shariz. Dia menahanku.

"Now, what?", Sedikitpun aku tak mengangkat kepala untuk memandangnya. Mataku hanya memandang tulisan di bajunya. Tak tahulah kenapa.

Saat dia semakin mendekat baru aku dapat menangkap apa maksud dia, "Seriuslah Riz?"

Dia mengeluh, "Kau ni banyak cakaplah".

Aku tersenyum. Senyum jahat, "Nak aku diam macam mana eh?"

Baru sekarang, aku mula mendongakkan sedikit kepalaku. Bersandar sepenuhnya pada peti sejuk dibelakangku. Aku pun bukanlah rendah mana daripada dia. Aku tinggi kot.

Dia pula menundukkan kepalanya, sehingga jarak seinci hidungnya dari hidungku.

Aku tersenyum lagi. Memberi pandangan seolah mencabarnya.

Dan ya, ciuman itu datang lagi.

Aku merangkul lehernya. Tapi aneh, dia hanya melekapkan bibirnya sahaja. Langsung tiada pergerakan seperti sebelum ini.

Aku hanya mengusik Shariz sedikit. Sengaja menolak wajahnya, memberi isyarat supaya dia merespon.

"Riz...", Entah bagaimana nada yang terluah dari bibirku berubah menjadi rengekkan.

Tak sempat dia mara untuk langkah seterusnya, telingaku menangkap bunyi pagar automatik diluar terbuka.

Aku menghembus nafas geram, "Wait".

Mama?

Mataku membuntang, "Riz, mama aku balik".

Mana kau nak cari lelaki yang masih tenang dalam keadaan macam ni? Dia tak nampak terkejut pun.

Tapi aku bukan takut pun kalau mama marah.

Aku berlari anak untuk membuka pintu grill untuk menyambut kepulangan mama.

"Dian", Sapa mama mesra, mendepakan tangan untuk memelukku. Aku membalas pelukan mama.

"Nah", Mama menghulurkan sebuah beg kertas kepadaku.

Dahiku berkerut. Kalau tadi aku rasa teruja bila nampak mama bawa beg kertas tadi. Kini, perhatianku lebih terarah kepada lelaki yang baru saja sampai dihadapan pintu sambil meletakkan bagasi-bagasi milik mama di tepi pintu.

"Dian kenapa ni? Tak suka hadiah mama ke?", Mama kehairanan apabila aku tidak menyambut hadiahnya. Kalau tidak memang aku yang akan beriya-iya minta sendiri.

Aku, Kau & Skateboard ✔Where stories live. Discover now