Empat Puluh Tiga : Rakan Muda

4.4K 266 54
                                    

Dian mencebik apabila panggilan Shariz tidak putus-putus masuk menghubunginya daripada semalam. Bukan saja Shariz, panggilan Ajim, Ajai dan Najmi juga dibiarkan tak berangkat. Begitu juga dengan mesej yang diterimanya, dibiarkan tak berbalas.

Shariz, 1.04 a.m.
Baby, seriously I need you to see this video.
Tunjuk dekat Aunty dengan Uncle sekali. Please.
Ini je bukti untuk aku buktikan aku tak bersalah.
[Video]

Tak menunggu lama, tak sampai seminit video tersebut sudahpun di muat turun secara automatik. Dalam berdebar dia menyentuh skrin, menekan 'Play'. Baru saja video dimainkan satu suara menyapanya.

"Kak Dian".

Telefon dikunci dan dialihkan ke tepi. Fokus Dian beralih kepada gadis berambut panjang yang berdiri dimuka pintu dengan dulang berisi makanan.

"Tadi mama call. Dia kata diaorang dah sampai".

Dian mengangguk. Papa dan Mamanya berbulan madu di Pulau Redang manakala ibu tirinya, Puan Hamida berada dihospital untuk sesi rawatan. Sekarang, hanya Dian dan Iqin berada di rumah.

"Mama suruh akak makan lepastu ambil ubat ni", Iqin menunjukkan bekas kecil yang berisi beberapa kapsul.

"Masuk ah".

Dian hanya memerhari gerak geri gadis itu meletakkan dulang di meja belajar bersebelahan katilnya sehingga Iqin melangkah mahu keluar daripada bilik tersebut.

"Sini kejap".

Iqin berpatah balik apabila terasa Dian memanggilnya. Dia hanya berdiri sebelah katil.

"Apa Shariz buat dekat kau?"

Iqin menundukkan kepalanya memandang lantai.

"Abang Riz nak Iqin layan dia. Tapi Iqin taknak", Iqin bersuara hanya setakat itu, seolah-olah dia sedang mengambil masa untuk meneruskan ceritanya.

Dian menepuk sisi katilnya. Membenarkan Iqin duduk dan 'berbual' bersamanya. Walaupun hatinya terasa sakit tetapi dia tahu Iqin juga mangsa keadaan. Sama sepertinya yang membezakan hanya Dian terpaksa dalam rela manakala Iqin memang tak rela. Dalam diam, Dian mengagumi pendirian Iqin.

"Bila Iqin taknak, dia paksa Iqin. Nasib baik mama datang, kalau tak..." Terhinggut-hinggut bahu Iqin menahan esakannya. Nampak seperi dia betul-betul takut dengan apa yang terjadi.

Dian tersenyum tawar. Rasa simpatinya muncul melihat keadaan Iqin. Dian memeluk Iqin dan pelukan tersebut menandakan perdamaian antara mereka, "It's okay. You're safe now. Iqin tetap nak dia bertanggungjawab?"

Iqin menggelengkan kepalanya, "Siapa nak lelaki macam tu jadi suami? Iqin sekolah pun tak habis lagi".

Sekali lagi Dian tersenyum hambar. Dia sedar, lelaki seperti Shariz tak wajar untuk dimenangkan.

---

"Ma, orang nak keluar dengan Ajim. Nak tengok skatecomp", Dengan berpautkan Iqin, Dian melangkah ke luar daripada rumah. Mujur simen di kakinya sudah dipecahkan. Itupun setelah dia merayu-rayu kepada mamanya, dia tidak selesa berjalan begitu. Jadi dia hanya berjalan dengan kaki berbalut dengan kain tebal.

Puan Liyana dan Encik Sufian yang baru saja hendak memulakan makan tengah hari mereka saling berpandangan. Bukan mereka tidak perasan akan perubahan pada perhubungan anak-anak mereka.
Masing-masing mengucapkan syukur. Apa yang berlaku telah mendatangkan hikmah untuk keluarga mereka.

Puan Liyana masih professional untuk terus bekerja dengan Shariz dibawahnya. Kehebatan Shariz dalam merebut tender untuk pembangunan kerajaan membuatkan dia dapat melembutkan hatinya untuk arkitek muda tersebut.

Aku, Kau & Skateboard ✔Where stories live. Discover now