Sepuluh : Kali Ketiga

8.3K 354 6
                                    

"Riz, kau lapor diri bila?", Ajai memecahkan kesunyian antara mereka berempat apabila tiada seorang pun yang membuka mulut untuk bersuara pada pagi itu.

"Minggu depan", Shariz meneguk air kosong untuk menghilangkan dahaganya.

"Lepas ni berpisah lah eh kita semua?"

Keadaan yang dari tadi menjadi semakin sunyi. Masing-masing menerawang memikirkan hala tuju sendiri.

Mereka berempat baru saja mendapatkan sijil diploma. Shariz dengan cita-citanya, mahu menjadi arkitek. Ajim meneruskan perniagaan syarikat kecil bapanya menjual perabot. Ajai dan Najmi pula memang tidak boleh berpisah, mahu menjadi pengarah dan penerbit yang hebat.

Dan sekarang mereka masih menunggu panggilan untuk bekerja.

"Helemek, semangat brotherhood mana? Kalau aku dapat tempat kerja yang dekat, aku masih duduk sini. Dengan kauorang", Nasi goreng dipinggan masih lagi menjadi perhatian Shariz.

"Kauorang punya rancangan pula macam mana?", Shariz memandang rakan-rakannya.

"Kitaorang ingat nak cuba cari kerja dulu. Kot-kot dapat kerja dengan KRU ke Ahmad Idham ke Rosyam Nor", Ajai tergelak. Diikuti Najmi. Entah apa yang kelakar tetapi mencuit hati.

"Lepas ni popularlah kita en", Najmi membuat muka perasan.

"Kau pulak?", Ajai memandang Ajim yang seperti memikirkan sesuatu.

Ajim menjungkit bahu, "Aku ingat nak balik Perak tolong ayah aku. Tapi... disebabkan Ashley dekat sini. Aku rasa macam buka satu cawangan ayah aku dekat sinilah."

Shariz rasa tidak senang hati. Ashley. Ashley. Ashley. Tak ada perempuan lain ke Ajim nak kejarkan selain Ashley?

"Setia lagi kau dengan eh?", Usik Najmi. Dalam masa yang sama memandang sekilas reaksi Shariz. Yes, something fishy here.
"Mesti. Aku taknak dah orang ambil kesempatan dekat dia", Perkataan kesempatan ditekankan sedikit.

Shariz tersentak, "Jangan mulakan, Jim", Seperti satu amaran daripada Shariz apabila Shariz mengeraskan nada suaranya.

Tanpa mengeluarkan sepatah suara, Shariz meninggalkan meja makan.

"Ajim, lupakan je lah benda dah lama pun kan", Ajai merenung Ajim. Sejak kehadiran semula Ashley, dia perasan hubungan kawan baiknya dulu mulai dingin kembali. Sama seperti beberapa tahun lepas.

Pernah Ajim dan Shariz bergaduh sampai bertumbuk. Nasib baiklah selepas itu mereka okey semula seperti tiada apa yang pernah jadi. Lelakikan kalau bergaduh cepat berbaik? Tetapi sekarang... kedinginan itu terasa semula. Yup. Semua lepas jumpa Ashley.

------

Dian bermain dengan telefon pintarnya sementara menunggu ketibaan keretapi di KTM Shah Alam. Entah kenapa lima belas minit itu dirasakan terlalu lama. NU Central akan menjadi sasaran untuknya mencari kerja.

Mamanya bising juga apabila Dian mahu mencari kerja ditempat yang jauh daripada rumah mereka. Padahal Aeon Shah Alam tu ada saja tempat untuk bekerja. Ataupu shoplot disekitar kediaman mereka. Apa kata Dian? Saja nak tukar angin.

Earphone disumbatkan ke telinga. Lagu daripada band kegemarannya, Nirvana bertajuk Lithium. Sesekali bibirnya bersuara perlahan menyanyikan lagu tersebut.

Akhirnya, desis Dian apabila keretapi sudah sampai. Dia tak berniat untuk menaiki gerabak wanita. Kakinya melangkah laju di gerabak belakang. Dian melabuhkan punggung disatu tempat duduk panjang. Menghadap pemandangan luar.

Aku, Kau & Skateboard ✔Where stories live. Discover now