Tiga Puluh Dua : Doktor

5.5K 306 41
                                    

"Dasar perempuan murah", Itu kata-kata yang aku dengar sewaktu melintas dihadapan seorang budak perempuan berambut pundek dan kawan-kawan barunya.

Aku masuk ke dalam tandas dengan hati yang penuh tanda tanya. Murah?

Aku pandang refleksi wajahku di cermin tandas.

Eh?

Kemudian aku tundukkan kepalaku untuk memandang 'pakaian' di tubuhku

Baju sekolah?

Aku pandang tanda nama dan lencana sekolah pula.

Dian Lidya.

Smk Alam Megah.

Tak sempat aku memproses segala maklumat, tubuhku dirempuh oleh budak perempuan tadi. Dah pahal?

Aku pandang tanda namanya, Balqis, menjeling tajam ke arahku.

"Kau blah je lah dari sekolah ni. Kau tak malu ke? Pelacur! Tak sedar diri!", Dan bermacam-macam cacian keluar dari bibirnya, menghinaku.

Datang pula kawan-kawannya yang tadi. Dua orang daripada mereka sedang memegang baldi berisi air keruh. Mungkin air mop yang telah digunakan oleh pembersih sekolah. Seorang lagi memegang bakul sampah yang penuh plastik sisa makanan.

Sekelip mata saja, air dan sampah tersebut dicampak ke muka ku.

What the hell!??

"Kau rasa abang Riz suka ke? Dia ambil kesempatan je lah. Aku lagi lawa!"

Sekejap, abang Riz?

Riz?

Shariz?

Otakku bekerja keras untuk memahami situasi apa yang sedang berlaku sekarang.

"Kau babi, Qis", Aku menekup mulutku. Aku rasa aku tak ada nak bersuara tadi.

Tiba-tiba saja aku menerpa kearahnya dan menarik rambutnya. Tak cukup dengan itu, aku menampar dan menghentak lututku ke perutnya.
Seperti orang gila, semuanya luar kawalanku.

Kawan-kawannya yang lain sudah menjerit apabila aku mula bertindak ganas. Dan semakin ramai pelajar lain yang berkumpul di tandas perempuan ini.

Dum!

Mereka tiba-tiba hilang.

Sekarang keadaan memaparkan pergaduhan dua orang remaja dipadang.

Aku terasa diheret oleh seorang perempuan bertudung labuh. Cikgu?

Cikgu perempuan itu melepaskan aku dan bergegas ke padang pula. Dan peliknya, kakiku juga melangkah ke sana.

Diiikuti oleh Balqis yang turut diheret sama bersama-sama kawan-kawannya.

"Kau memang tak guna!", Pelajar lelaki yang badannya sedikit berisi menunding jarinya kepada seorang pelajar lelaki yang bertubuh biasa.

Kedua-duanya seperti familiar padaku.

Mataku membulat!

"Ajim! Riz! Kauorang kenapa?"

Malangnya, aku seperti bisu. Kali ini tiada suara yang keluar dari mulutku. Hanya hati aku yang menjerit memanggil mereka.

"Apa beza kau dengan aku? Kau pun ambil kesempatan dekat Ash lah!", Balas Riz dengan wajah sinis. Mukanya sedikit bengkak, mungkin dia sudah ditumbuk oleh Ajim tadi.

Aku tersentak! Ash?

Aku?

Apa semua ni?

Tiba-tiba mereka berdua memandangku, seperti baru perasan kehadiranku disitu.

Aku, Kau & Skateboard ✔Onde histórias criam vida. Descubra agora