Epilog

7.2K 403 83
                                    

Erangan Dian terus senyap dan genggaman pada tangan Shariz semakin lemah. Kesakitan yang Dian alami tadi membuatkan dia pengsan untuk sementara.

Shariz mengucap syukur dan tersenyum gembira apabila mendengar suara tangisan lain yang bergema diruang bilik bersalin itu. Dia menghembus nafas lega. Menyesal juga dia membawa Dian ke skatepark tadi. Hampir-hampir saja Dian mahu bersalin di skatepark sewaktu pertandingan dijalankan. Mujur dia sempat memecut ke hospital.

Sekali lagi 'Ashley' menjadi tumpuan para pemain papan luncur.

Jururawat mendekatinya dan menyerahkan bayi kecil yang masih merah itu kepada Shariz atas permintaan Shariz sendiri tadi. "Perempuan."

Penuh kasih sayang, bayi kecil itu didukung dan diazankan. Selamat datang anak Papa.

Dian tersedar. Dia melihat keadaan bilik dan dia sudah berada di wad biasa bukan lagi di bilik bersalin.

Di sebelah kirinya, terdapat sebuah katil kecil yang menempatkan bayi. Matanya membulat apabila tidak melihat bayinya disitu. Fikirannya mula meliar yang bukan-bukan. Macam mana kalau Iqin yang ambil?

"Shariz!"

"I'm here. Syhh."

Dian menoleh ke sisi kanan dan melihat wajah Shariz tersenyum manis sambil mendukung seorang bayi. Perasaan takutnya hilang diganti perasaan sebak dan terharu.

"Baby girl." Shariz bangun dan menyerahkan anak mereka kepada Dian.

Dekat setengah hari juga dia menunggu Dian sedar. Kenapa lama? Dua tiga hari kebelakangan ini, Dian sering terjaga dan waktu tidurnya tak mencukupi. Mama dan Papa juga dilarang masuk sementara menunggu isterinya sedar. Dia mahu Dian menjadi orang pertama yang tahu tentang anak mereka.

"Lama tau abang tunggu Dian bangun. Seronok tidur lama-lama?"

Dian sekadar tersenyum. "Baru jaga sekejap dah penat ke?"

Shariz ketawa kecil. "Tak adalah. Abang teruja sangat nak kenalkan baby dekat mummy dia yang cantik ni ha."

Dian menjeling manja. Ada-ada saja Shariz ni.

Shariz duduk ditepi katil, rapat dengan isterinya yang leka memandang cahaya mata mereka. Rambut panjang Dian diselitkan belakang telinga. Pipi Dian dicium lembut. "Thank you."

"Thank you je?" Dian jungkit sebelah kening.

"I love you."

"I love you je?" Dian masih lagi menduga sambil menahan tawa. Sengaja mahu mengenakan Shariz, bagi ayat manis sikit sedap juga telinga Dian mendengar.

Bibir pucat Dian dikucup sekilas. "My feelings towards this precious gift is beyond the words. The feeling I just can't describe. Speechless. Ingat macam mana seronoknya abang bila Dian kata Dian setuju nak jadi isteri abang? Abang gembira sangat. Dan sekarang, kita dah ada baby. Lagi abang bahagia."

Dian tersenyum dan mencium pipi Shariz. Dia pula yang terdiam. Tadi nak sangat dengar.
Sesaat kemudian dia teringat detik indah ketika Shariz melamarnya dengan cara yang tak di duga.

"I'm done being your boyfriend."

Dian, Ajim, Ajai dan Najmi yang rancak berborak dan bergelak sakan terdiam dengan ayat Shariz yang tiba-tiba. Dari tadi, Shariz kelihatan resah.

Dian tersentak.

Mereka memang ada bergaduh sikit tadi. Tapi... Takkan pasal tumpahkan air dekat seat kereta sampai nak break up?

Dian mengambil deck ditepi meja dan terus keluar daripada Burger King Seksyen 13 dan turun ke skatepark. "Entah apa-apa entah."

Deck diletakkan diatas track dan Dian mula memacu papan luncur miliknya. Tetapi papan tidak best gerak. Dian mengetus geram. Semua benda nak buat hal malam ni. Padahal baru petang tadi, Shariz tukarkan bearing. Ada masalah apa lagi?

Aku, Kau & Skateboard ✔Where stories live. Discover now