Empat Puluh : Rampas

4.3K 241 42
                                    

Pahal korang ni 😭😭😂 aku minta pendapat korang kot! Asal semua mental dengan Iqin 😂 grr

"Why the hell, you didnt tell me about this earlier!?", Dian tak kisah dengan nada yang dilontarkan. Dia bersabar untuk dua jam sebelum Papa dan Iqin pulang ke rumah.

"Dian, ini untuk Dian. Dian yang nak kan dulu?", Mamanya membalas dengan tenang walaupun dia tidak menyangka seperti ini penerimaan Dian.

"Kitaorang kemas-kemas dulu sekejap", Ajai bersuara perlahan, memancing tiga orang lagi rakannya untuk ke dapur sambil membawa barang-barang yang mereka gunakan tadi.

"Mama, itu dulu. Dian taknak. Mama nak bermadu? Dian taknak ada adik tiri!", Dian membangkang keputusan orang tuanya, dia tak akan bersetuju.

"Dian tak suka budak tu".

"Nama dia Iqin, Dian".

"Mama back up dia?", Pinggan yang masih berada ditangannya,dia campak ke atas meja. Sedikitpun tak terkejut dengan retakan pada pinggan itu.

Dian memaksa dirinya untuk bangun. Kunci kereta Najmi diambil tanpa dilihat oleh mamanya.

Puan Liyana menunduk, menahan air mata yang bergenang ditubir matanya, "Mama tak boleh tarik balik apa yang Mama dah janji dengan Sharmila".

Kening Dian berkerut. Dia sedikit keliru dengan nama ibu tirinya, "Sharmila? Habis tu siapa Hamida?"

"Hamida Sharmila. Ibu tiri Dian. And for your information, Iqin bukan anak kandung papa. Mama nak Dian simpan rahsia cause I know you're big and mature enough. Iqin anak luar nikah", Puan Liyana cuba menjelaskan dengan tenang supaya anaknya dapat memahami keadaan mereka.

Dia menarik nafas sebelum menyambung lagi, "Sharmila ada kanser. Masa dia tak lama dan ini permintaan dia. Untuk Mama jaga Papa, jaga anak dia, satukan keluarga kita".

Dian hanya mendiamkan diri, memberi ruang untuk Mamanya meneruskan kata-kata.

"Dian dah besar. Dian dah faham tentang perasaan sayang, cinta, mama tahu tu. Macam mana Dian sayangkan Riz, macam tu juga Mama sayang Papa. Mama masih sayang dia".

Dian ketawa sinis, "Dian tak halang untuk mama nikah balik dengan Papa. I'm okay with that but- that bitch, no way. Dian tak suka anak dia."

"You can't talk to me like that and don't called her bitch. Come on, Dian".

Dian menjungkitkan bahunya. Dia tak mahu berperang dengan mamanya. Dia tahu dia tak akan menang.

"Mama, Papa, akan menikah semula hujung minggu depan. Fullstop", Dia mengusap kepala anaknya sebelum masuk ke dalam rumah dengan senyum tawarnya.

Dian menarik nafas. Emosinya naik mendadak. Terasa mahu mengamuk. Dian menguatkan dirinya untuk berdiri dan berjalan ke kereta Najmi.

'Sorry Mi. Pinjam kereta'.

---

"Aunty?", Shariz menegur wanita 40-an yang baru saja mahu mendaki anak tangga untuk naik ke tingkat atas.

"Is everything alright?"

Mereka memandang Puan Liyana, menunggu jawapan untuk soalan Shariz. Mereka pasti tentang penerimaan Dian. Ianya bukan mudah.

Puan Liyana sekadar memberi senyuman nipis, "Tengokkan Dian", Dia terus berlalu dan hilang ke tingkat atas.

Sayup-sayup telinga Najmi dapat mendengar bunyi ngauman enjin kereta Myvi-nya, "Fuck Dian. Kereta aku".

Aku, Kau & Skateboard ✔Where stories live. Discover now