Empat Puluh Dua : Bukti

4.2K 285 86
                                    

"Now tell me apa yang jadi dalam bilik tadi!?"

Tengkingan dan bunyi hempasan pintu kedengaran dari car porch.
Dian bersusah payah membuka pintu grill. Nasib baiklah dia hanya melepak diruang tamu sebelum keluarga besarnya itu sampai.

Sempat dia mengenyitkan matanya apabila melihat Shariz keluar daripada perut kereta. Tetapi lelaki itu tidak merespon seperti biasa. Wajah Shariz nampak tertekan.

Matanya menjeling Iqin pula. Iqin teresak-esak menangis tetapi tiada sesiapa  pula yang memujuknya. Termasuk Ibu Hamida sendiri. Raut Papanya juga kelihatan tegang. Muka Mamanya pula seolah menahan marah.

"What's going on?", Dian bersuara.

Dian lihat Shariz menggeleng-gelengkan kepalanya seperti mahu Dian mengunci mulut dan berpura-pura semuanya dalam keadaan baik.

"Kenapa ni?"

"Mama- Mama rasa Iqin kena kahwin dengan Riz".

Dian nampak betapa tajamnya mata Mamanya menjeling Iqin dan Shariz. Nasib baik, pasangan itu tidak mengungkit kisah lama mengenai Riz.

Dian tersentak. Hatinya juga tersentap mendengar pernyataan Mamanya, "Oh great! Mula-mula, Ibu budak ni ambil suami Mama. Lepas-"

"Dian!", Suara Encik Sufian naik terus ke oktaf yang paling tinggi.

"Shut up! I'm not done yet" Dian melawan kembali, "Kedua, budak ni ambil papa dari Dian. Ketiga, Dian kena terima dua beranak ni. Lepas tu, Mama mula back up dia. Dan sekarang, Riz pun dia nak?"

Puan Hamida cuba menjadi 'air' untuk memadamkan 'api-api' disekelilingnya, "Dian tak tahu apa yang terjadi tadi".

"Excuse me? I tak cakap dengan aunty", Dian menjulingkan matanya.

Pang!!

Dian menyentuh pipinya yang terasa panas. Matanya membulat melihat wanita yang melahirkan dirinya. Tak sangka Mamanya akan menampar dirinya dihadapan semua orang, dihadapan Shariz, "Good! Papa taknak tambah ke? Kiri tak kena lagi".

"Dian, duduk".

"No, thanks".

"Shariz cuba ambil kesempatan dekat Iqin", Papanya cuba menuturkan berita tersebut dengan berhati-hati.

Dia mahu Dian tahu perkara yang berlaku. Dalam masa yang sama dia tak mahu Dian melakukan perkara yang tak diduga seperti dulu. Kerana itu dia mahupun Liyana tidak bercakap tetang masa lampau Dian dan Riz. Taknak fikiran anak mereka terganggu dengan kisah hitamnya.

Dian terdiam. Sakit. Dia terus memandang Shariz. Shariz menggelengkan kepalanya beberapa kali, "I swear to God, it's not like what you think."

"No. It is!", Kali ini baru Iqin bersuara.

"Tak! Kau penipu".

"Shariz, diam!", Puan Liyana terpaksa bersuara apabila Shariz cuba menafikan apa yang dia lakukan. Padahal semuanya masih jelas di matanya.

Dian menahan tangisnya. Hatinya perit seperti dihiris-hiris dengan pisau yang begitu tajam.

"Kalau dulu abang Riz boleh ambil kesempatan dekat Kak Dian. Tak mustahil abang tak boleh buat macam tu dekat Iqin. Iqin takut sangat tadi", Iqin kembali memulakan lakonannya. Lengan ibunya dipeluk kuat untuk menyampaikan rasa 'takutnya'.

Kali ini bagai ada garam yang ditabur pada lukanya. Tak sangka aibnya dibuka begitu saja, "What the fuck Papa cerita pasal Dian dengan Riz dekat orang luar!?"

Dian sudah tidak kisah dengan bahasanya. Tiada lagi rasa hormatnya kepada orang tuanya sendiri.

"Siapa orang luar? She's your sister!", Urat-urat Encik Sufian jelas kelihatan apabila lelaki itu menggenggam tangannya. Menahan diri daripada menampar Dian. Dia tak mahu gadis itu semakin memberontak.

Aku, Kau & Skateboard ✔Where stories live. Discover now