Tujuh Belas : About You

6K 270 0
                                    

"Eh Ash, would you mind to share something about yourself?"

Jari yang sedang bermain diatas pasir pantai terhenti. Kenapa pula dia nak tahu?

Ketika ini kami sedang duduk mengadap pantai diatas pasir. Walaupun tak nampak indahnya pemandangan laut tapi bunyi deruan cukup menenangkan. Walaupun angka jarum jam sudah menginjak ke pukul tiga pagi, kami masih disini. Duduk tengok pantai sambil berfikir pun tak rasa bosan.

"Something about me?", Soalku kembali.

"Aah. Sebab kau ni macam misteri sikitlah", Balasnya.

Aku menjungkit bahu, "Nak cerita apa? Nothing special pun".

"Where are you when you're 12?", Renungan matanya seolah mahu menguji kemampuan fikiranku. Am I too old sampai dia ingat aku lupa momen waktu aku kecil dulu?

Aku palingkan posisi tubuh supaya mengadap Shariz, "Dari kecil aku duduk dekat Seremban".

Shariz juga menukar posisi tubuhnya mengadapku, jadi kami duduk bertentangan, "Ceritalah satu cerita waktu kau kecil dulu".

Tiba-tiba aku rasa otakku kosong. Tak mampu mencerna maklumat apa yang Shariz mahukan. Kenapa aku rasa aku terus dilahirkan menjadi besar sebegini? Ke aku memang pelupa?

Aku terus memaksa otakku bekerja untuk mengingati kenangan sewaktu aku kecil. Sehingga tiba-tiba kepala aku rasa sakit semacam. Telinga pula terasa bingit dan panas.

Migrain.

"Dian", Shariz menyentuh tanganku yang berada dilutut.

Aku memejamkan mata, spontan tangan aku letakkan dikepala. Cuba mengurut perlahan kepala yang sakit.

"Kenapa ni?", Soal Shariz bernada cemas.

"Aku sakit kepala sikit. Mungkin tak biasa dengan angin malam", Aku berikan alasan.

"Kita balik?", Cadangnya, dia merapikan rambutku yang sedikit kusut.

Aku tak nak rosakkan mood siapa-siapa malam ni lagipun aku memang rasa nak duduk je kat pantai ni, "Taknaklah."

"Kita sambung cerita. Tapi cerita kau pula. Your teenage life", Rasa teringin pula mahu mengetahui apa yang dia lakukan dahulu. Boleh ambil pengalaman.

Cakap pasal pengalaman, aku tahu dia ni terlalu banyak pengalaman dalam perkara 'ekstrem' contohnya macam dalam kereta api hari tu. Urgh.

"I ruined someone's life. She'd have messed up life, broken family and been stabbed by her own bestfriend. She's fucked up and gone", Ceritanya ringkas.

"Ashley?", Teka ku dan dia mengangguk.

"You said, you ruined her life kan? What you've done?", Aku terus menyoal penuh tanda tanya. Well dah nama pun soalan kan?

Dia pula memandang mataku sedalam-dalamnya. Lama. Kemudian dia melempar pandangan ke laut pula, "Kau rasa?"

Aku tak nak fikir apa benda yang dia buat. Malaslah.

Aku menguis-nguis pasir dengan ibu jari kakiku.

"Aku ambil kesempatan dekat budak naif macam dia. Rasa macam... bodohnya aku ni", Luah Shariz dalam keluhannya.

"Macam aku cakap sebelum ni, orang naif akan maafkan semua orang", Aku cuba meyakinkan Shariz kembali. Aku dapat lihat keikhlasan Shariz. Sayangnya dia dekat Ashley.

Shariz tersenyum sedikit.

Suasana senyap sehinggalah aku membuka mulut, "Kau ni weird kan?"

Dia kelihatan keliru, "Weird?"

"Iyalah, kalau depan kawan-kawan kau kemain kau diam je. Layan aku macam tak ada perasaan", Ada nada terasa dalam suaraku. Aku sentap kot dia buat macam tu?

"They know me. Kalau aku layan perempuan depan diaorang macam mana aku layan kau waktu ni, mesti diaorang ingat aku suka kau", Terangnya. Aku dapat lihat mata hitam Shariz yang sedikit bersinar apabila diterangi cahaya bulan.

"Kenapa macam tu pula?", Sejujurnya aku sedang mengajukam soalan itu kepada diri sendiri.

Memanglah dia ada rupa, sikitlah, tapi kalau tengok dari gaya dia aku faham kenapa kawan-kawan dia fikir macam tu. Shariz bukan kaki perempuan macam Ajim. Kenapa aku kaitkan Ajim? Baru dalam kereta tadi aku stalk Instagram Ajim. Gambar dengan perempuan berlambak. Tapi aku fikir positif. Mungkin mereka berdua ada personaliti berbeza. Ajim peramah tapi bukan Shariz. Shariz misteri. Mungkinlah.

Kata-kata Shariz seolah berulang dua kali di telingaku. Baru aku perasan satu point, "Eh kau tak suka aku ke?", Usikku, tak kisah pun kalau jawapan dia 'tak'.

Kalau pasal tak suka tapi 'usik' aku sikit hari tu pun aku tak terasa hati. Mungkin dia nak seronok-seronok. Aku pun sama. Jujur, aku memang jenis sosial tapi bukan sosial sembaranganlah.

Dia merenungku, "You already knew the answer lah Ashley".

Okey, aku anggap itu sebagai 'tak'.

-----

"Kau ngantuk lagi tak?"

Shariz menjawab pertanyaanku selepas dia melihat jam dipergelangan tangannya, "Not yet. Nak pergi mana-mana ke?"

"Sempat tak nak sampai Seremban?", Aku tersengih penuh makna tersendiri. Baru pukul 3 kot.

"Nuts. Kau balik rumah lama ke?", Aku membalas dengan anggukan.

"Aku ada kunci spare. Rindulah nak tengok tempat aku membesar", Aku menayang kunci yang aku keluarkan daripada clutch.

"Bolehlaaaaah", Suaraku mula meleret mahu memujuknya.

"Nanti waktu balik kita lepak mamak. Aku belanja", Aku mengangkay sebelah tangan seolah berikrar dengan membuat muka yakin. Ala kalau dia tak nak bawa biar aku ja drive.

Shariz menjungkitkan keningnya beberapa kali seraya berkata, "Dengan syarat".

Uhm ada udang disebalik batu ni. Aku menjungkitkan juga sebelah keningku tanda ingin tahu.

"Jangan tidur sepanjang aku drive", Pintanya.

Aku hanya akur. Memanglah aku tak boleh tidur kalau tak macam mana nak tunjuk jalan ke rumah tu.

Aku tak mengira berapa lama masa yang kami perlukan untuk ke sini kerana terlalu teruja untuk melawat rumah lamaku. Tapi disebabkan jalan yang lenggang sekejap saja kami sudah sampai ke Seremban.

"Jom", Ajakku, teruja.

Shariz menelan air liur, aku tahu dalam diam dia teragak-agak untuk mengikuti ku. Tetapi dia tetap melangkah keluar.

"Aku- aku nak hisap rokok sekejap", Ujar Shariz semasa aku memasukkan anak kunci kedalam grill. Aku hanya mengangguk.

Aku melafaz basmallah sebelum melangkah masuk. Aku tak rasa takut, Shariz kan ada?

Serentak dengan fikiranku Shariz bersuara, "Masuk je. Aku kan ada."

Aku menekan suis lampu yang tepat berada di sebelah pintu.

Tak menyala.

Mesti mentol dah terbakar atau rosak. Mama kata mama lupa matikan lampu sebelum keluar. Lampu luar pun tak menyala. Aku rasa Mama ada tinggalkan jag elektrik dan sedikit barang dekat kabinet dapur sebelum kami berpindah hujung bulan lepas.

"Riz, kau nak kopi?", Tanyaku sambil berjalan ke dapur. Shariz hanya menyahut daripada luar. Disebabkan keadaan yang gelap aku terpaksa melarikan hujung jariku sepanjang dinding untuk ke dapur. Sehinggalah aku tersentuh sesuatu.

Peti ais.

Aku tersenyum. Suis lampu dapur ada sebelah peti ais. Aku meraba lagi dalam gelap. Apabila hujung jariku sudah menemui suis, terus aku menekannya.

Nasib baik lampu dapur menyala.

Aku, Kau & Skateboard ✔Where stories live. Discover now