Dua Puluh Dua : Bakal Menantu

6.5K 322 36
                                    

"Ceritalah, kau kenapa?"

"Ni bukan sneak out. Kau lari daripada rumah kan?", Duganya. Dah sah-sah lah lari. Tak nampak ke beg besar-besar tu?

Aku membuang pandangan ke luar, "Kau ingat lelaki pagi semalam?"

Shariz mengangguk. Aku pula mengetap bibir. Panikku seakan datang kembali.

"Waktu aku balik tadi- Dia ada sekali- aku haus- pergi dapur- then- he's trying- rape me", Ayat aku mula berterabur apabila cebisan kejadian tadi mula bercampur. Aku jadi panik sendiri.

"He did- what?", Jelas Shariz sangat terkejut. Kereta juga diberhentikan tiba-tiba, menyebabkan tubuhku melayang ke depan.

"Sorry- aku cuma-", Dia pula kelihatan serbasalah apabila kepalaku hampir terhantuk ke dashboard kereta.

Aku menyandarkan tubuhku kembali pada kerusi kereta. Aih Shariz ni. Nasib baik jalan ni lengang. Suka hati dia nak berhentikan kereta macam tu.

"Sebab tu aku lari. Lagipun aku ada bergaduh dengan mama. Jadi, alasan aku dah cukup kuat", Aku menyelak rambutku ke tepi telinga.

"Kau tolong aku?", Permintaanku terlepas juga. Iyalah, nak minta tolong siapa lagi?

"Aku tak boleh bagi kau duduk rumah bujang tu-"

Aku terus memintas, "It's okay then. Kau hantar ak-"

Jari Shariz mendarat di bibirku. Mematikan kata-kataku, "Jangan menyampuk bila orang tengah bercakap."

Aku menundukkan sedikit wajahku. Itulah kau, Dian. Nak sentap awal sangat.

"Lagi seminggu. Aku dah mula kerja. Aku nak balik jumpa family aku dulu. Takkan nak tinggalkan kau sorang kat rumah sewa kitaorang? Tapi kau pun tak tahu nak ke mana kan?"

"Habis tu?", Aku mengetap bibir apabila tersedar sesuatu. Shariz kan suruh aku diam tadi, kenapalah mulut ni suka potong cakap orang.

"Macam ni lah, kau duduk dengan family aku je lah", Putusnya. Tapi nada suaranya seakan meminta izinku.

"Rumah aku dekat Klang. Meru. Tapi tak semoden rumah kau. Rumah lot kampung biasa", Terangnya lagi. Ibu jarinya mengusap tanganku perlahan.

"Kau okey?", Dia meminta kepastianku.

"Apa punya soalan tu?"

"I'm just asking. Iyalah, nanti kalau tak selesa macam mana. Itu je", Jelasnya.

"Betul ya kau okey?"

Aku mengangguk. Bersyukur. Shariz masih ada untuk aku. Dia tolong ni pun dah kira tak berbalas.

------

"Tak menganggu ke?", Tanyaku apabila kereta Shariz berhenti di hadapan sebuah rumah kampung. Bukan kampung pun. Ada percampuran juga dengan rumah moden. Aku ingat rumah kayu ke apa. Okey Dian, jangan nak demand sangat.

Shariz hanya tersenyum kecil seraya menggelengkan kepalanya. Pintu rumahnya ditolak sedikit. Eh tak berkunci?

"Assalamualaikum"

Tak sampai lima saat, aku dapat menangkap suara menjawab salam. Kemudian, seorang gadis berlari-lari anak menerpa kepada Shariz, "Abang!"

Shariz mengusap belakang badan gadis itu, "Iya, abang dah balik dah ni."

Tiba-tiba, gadis itu memukul dada Shariz, "Abang jahat tau! Abang kata petang tadi nak balik. Iqin tunggu abang kot. Nasib baiklah Iqin tak rasa nak tidur awal tadi. Kalau tak-"

Shariz menggosok pula ubun-ubun gadis itu, "Syhh, dah abang dah sampai dah pun".

Seketika, aku terasa seperti tidak wujud di situ. Hanya berdiri membisu memerhatikan drama jejak kasih mereka. Dari gaya gadis itu, aku dapat mengagak yang umurnya lebih kurang sebaya denganku.

Sedang aku memerhatikannya, matanya teralih kepadaku seperti baru menyedari kehadiranku di situ. Aku mengukir senyum, kekok. Dia pula memandangku dengan pandangan yang sukar aku baca. Macam tak... suka je?

Shariz berpaling memandangku, "So... ini Iqin", nemperkenalkan gadis itu kepada ku.

Shariz memandang gadis itu semula, "Ini Dian", memperkenalkan aku kepada gadis bernama Iqin itu.

"Eh Mak dah tidur ke? Abang nak kenalkan Dian dengan Mak"

Aku terasa sesuatu yang aneh. Kenalkan aku dengan mak dia? Okey, jangan perasan ya Dian. Kalau cuma friend with benefits dia je.

Iqin menghalang jalan Shariz apabila Shariz mula menapak untuk ke ruang tengah. Sempat mataku meliar memerhati ruang tamu yang serba ringkas itu.

"Abang bawa balik bakal menantu untuk mak ke?"

Dahiku berkerut. Bukan dengan perkataan menantu itu tetapi dengan nada suara Iqin. Kenapa eh budak ni insecure betul dengan aku? Tak suka cakap je lah tak suka.

Shariz hanya ketawa sebelum menarikku untuk mengikutinya.

Tetapi sekali lagi, ditahan Iqin. Aku pula naik rimas.

"Sabar. Nanti Iqin tahulah", Hanya itu balasan Shariz.

Iqin hanya menayang muka tidak puas hatinya. Dia berjalan menghentak kaki sebelum menghilang masuk ke biliknya.

Riz ni pun. Memang patutlah budak tu curious memanjang kalau dibagi jawapan macam tu. Dari sisi pandangan perempuanku, Riz tak patut bagi jawapan dalam 'zon selamat' begitu. Nanti yang perempuan mulalah buat spekulasi sendiri.

Overthink.

Padahal, aku dengan Shariz bukan ada hubungan istimewa pun. Kan?

"I'm sorry about Iqin. Dia memang suka mendesak macam tu. Kau jangan layanlah", Bisiknya.

Tiba-tiba satu pintu bilik terbuka, "Mak dah agak dah Riz mesti balik waktu-waktu macam ni".

Satu wajah yang aku kira-kira sudah separuh abad berdiri dihadapan kami. Mak Shariz memandangku. Dari atas sampai bawah. Er... aku salah pakai baju ke?

"Hem... mak. Ini Dian. Kawan Riz", Aku menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan mak Shariz sementara dia mengenalkan aku kepada emaknya.

Aku terasa kehadiranku diterima apabila emak Shariz tersenyum memandangku. Tubuhku dipeluk sekejap.

"Dian tumpang rumah kita boleh kan? Esok Riz cerita semuanya dekat mak", Shariz mengangkat tangannya seolah berikrar.

Aku dapat lihat emak Shariz mahu berkata sesuatu tetapi tubuhnya dibalikkan. Shariz membawa emaknya ke bilik, "Mak tidur je. Biar Riz uruskan Dian."

Pintu bilik emaknya ditutup.

Shariz membawa aku ke belakang. Jauh sedikit daripada ruang tamu. Dia membuka satu pintu, dan menarikku masuk. Kemudian pintu ditutup semula. Dikunci dengan selak.

"Ini bilik aku", Dia meletakkan beg pakaianku dipenjuru bilik.

"Kau stay je sini. Nanti tahulah aku nak cakap dengan mak aku", Terangnya.

"Riz, thank you", Ucapku.

Dia hanya membalas dengan anggukan. Dari kesamaran cahaya yang datang daripada lampu jalan luar rumah, aku dapat melihat Shariz menghampiriku.

"Kau tidur mana?", Soalku.

"Luarlah", Balasnya. Bantal daripada katilnya diambil, "Jangan rasa serbasalah sangat okey?"

"Goodnight Dian", Ucapnya sebelum meninggalkan aku dibiliknya.

Goodnight, Riz.

Aku, Kau & Skateboard ✔Kde žijí příběhy. Začni objevovat