Empat Puluh Tujuh : Krisis

5.2K 281 39
                                    

Mama sudah tersenyum-senyum menyambut Dian di muka pintu. Leher dipanjangkan mencari seseorang, "Eh Najmi tak masuk?"

Dian telan air liur. Kalaulah Liyana tahu bukan Najmi yang menemaninya hari ini.

Seharian dia asyik berkepit dengan Mamanya yang kebetulan cuti hari itu. Seolah-olah dirancang Puan Hamida juga turut berada disitu. Wanita hampir separuh abad itu 'dilepaskan' sementara untuk ke rumah sebelum menjalani rawatan seterusnya. Mereka berkongsi kegembiraan dengan pemcapaian Dian. Dian tercari-cari juga bayang-bayang Iqin tetapi adik tirinya itu langsung tidak pulang sehinggalah malam menjelma, tepat dengan kepulangan Papanya sekali.

Kaki dibawa kepada Iqin yang masih berada dipintu utama bersama Papa, mereka sedang menanggalkan kasut.

Iqin tersenyum manja melihat Dian, "Hai kakak! Bera-"

Panggg!

Serentak dengan itu jeritan kesakitan Iqin kedengaran.

Iqin tergamam dengan tamparan tersebut.

Tiba-tiba pipi Dian terasa sakit. Sakit yang sama yang dia berikan kepada Iqin. Cukup kuat.

Papa.

Dian memegang pipinya.

"Apa lagi masalah Dian ni!?"

Dian juga tergamam. Langsung tiada suara yang mampu keluar. Langsung tidak dapat menjerit mahupun membalas seperti selalu.

Apabila anak matanya bertembung dengan wajah yang basah dengan air mata milik Iqin, amarahnya memuncak semula.

"Kau tipu aku!" Tubuh adik tirinya ditolak ke dinding dan jari-jemari runcingnya mencekik kuat leher Iqin.

"Dian!", Memetir suara si ketua keluarga melihat keadaan anak mereka. Encik Sufian turut terkejut dengan perlakuan luar alam Dian. Anaknya tidak pernah begini.

Dua orang madu yang dari tadi tergamam mulai sedar apa yang berlaku. Terus mereka berlari meleraikan perlakuan anak-anak. Seisi rumah mulai bising.

"Lepas! Lepas!" Persis seperti mangsa histeria bezanya wajah Dian mulai basah dengan air mata. Dia tak sangka kepercayaannya dipergunakan. Iqin pula sudah menangis.

"Dian!!!" Encik Sufian baru saja mahu menaikkan tangannya untuk menampar Dian apabila Dian tiba-tiba ketawa memandangnya.

"Tampar lagi sampai puas!"

Dian yang sudah terduduk di lantai bangun semula. Telefonnya dikeluarkan daripada poket seluar tidur. Video rakaman yang dia terima, dimainkan untuk seisi keluarga itu jadikan 'halwa telinga'.

Iqin tahu abang belum makan lagi.

Abang!

Kak Dian lari rumah.

Mama ada dekat bilik.

Dan semuanya terus dimainkan, meninggalkan semua orang terpempam dan menjadi bisu tiba-tiba. Begitu juga dengan Iqin.

Puan Hamida terus jatuh terduduk. Tak sangka anak tunggal perempuannya sanggup menipu mereka. Shariz pula menjadi mangsa kebencian mereka. Dan Dian, mangsa keadaan.

"Ini semua salah akak! Riz patutnya sukakan Iqin tapi akak menyibuk! Iqin memang benci akak! Sepatutnya papa cuma ada Iqin je. Bukan anak liar macam akak!"

"Asyiqin!"

Seperti yang Dian sangka, Iqin menerima tamparan kedua. Bukan daripada dirinya dan bukan juga daripada papa. Tetapi dari Puan Hamida sendiri.

"Ibu tak sangka...", Ayatnya seolah terhenti disitu. Tak sanggup meneruskan ayat yang patut disebut kerana terlalu kecewa.

Liyana memandang Dian. Dia kecewa dengan dirinya sendiri. Dia lebihkan anak orang lain berbanding anaknya sendiri kerana dia menganggap anak Sharmila lebih baik daripada Dian. Rasa bersalahnya turut menggunung kepada Shariz.

Aku, Kau & Skateboard ✔Where stories live. Discover now