AKS RAYA EDITION IV

5.8K 280 54
                                    

Dian memeluk erat tubuh lemah Aisyah sambil membaca beberapa potong surah untuk menenangkan anaknya yang tak henti-henti menangis sehinggalah Aisyah tertidur kepenatan.

Shariz pula memandu dilorong kampung yang sempit dengan istighfar untuk meredakan hatinya yang menggelegak.

Sampai saja di laman rumah Ibu Hamida, basikal Iqin ada disitu. Kecoh suara dari dalam rumah dapat didengari hingga luar. Shariz membuka pintu kereta untuk Dian dan mengambil alih untuk mendukung Aisyah.

"Iqin tak patutlah buat macam tu." Suara Encik Sufian memarahi Iqin kedengaran.

"Ibu pun tak tahu lah nak buat apa lagi dengan kamu ni." Ibu Hamida pula bersuara.

"Ya Allah, Aisyah, Riz. Diaorang dah balik dah." Ibu Hamida orang pertama yang perasan mereka. Mujur Radzi, Ina dan Fizi keluar ke pasar besar untuk membeli bahan membuat lemang. Jadi, ini hal keluarga Encik Sufian sahaja.

"Mummy." Aisyah merengek-rengek dalam dukungan Shariz.

"Apa kau dah buat ni Iqin?", Puan Liyana mendapatkan anak dan cucunya.

"Dian bawa Aisyah masuk bilik. Dia sejuk ni." Sekali lagi Aisyah bertukar dukungan.

Dian akur.

Pang!

Kaki Dian berhenti melangkah apabila mendengar bunyi tersebut. Apabila dia toleh ke belakang Iqin sudah terduduk dilantai dengan tangisan.

Siapa yang tampar dia ni?

Sah, wajah merah Shariz menjawab segala pertanyaan Dian. Sungguh tak sangka. Kalau diikutkan hati memang dia mahu tampar-tampar wajah Iqin tadi, geram sangat. Tak sangka pula...

"Apa yang kau fikir waktu kau tinggalkan anak aku kat situ? Kau nak bunuh dia ke?"

"Abang."

Shariz sedikit terkejut apabila dia sedar Dian melihat perlakuannya.

Encik Sufian menarik Puan Liyana, apabila dia melihat isterinya itu mahu menghampiri Dian. "Biarkan diaorang belajar. Riz tahu handle."

"Senyap betul semua orang hari ni?" Ina menyoal ketika mereka sedang mengisi beras ke dalam ketupat.

"Semua penatlah tu kot. Harinikan kita banyak buat kerja." Balas Puan Liyana. Dia sedang tekun menghiris bawang.

Iqin yang sedang membasuh ayam disinki diam tak terkutik. Sungguhlah dia terasa. Ibunya juga tak memandangnya dari tadi.

"Santan lemang yang Zi nak buat tu banyak tak?" Soal Ibu Hamida tiba-tiba. Periuk berisi air untuk merebus ketulat diletakkan diatas api dapur.

"Banyak jugak. Santan untuk lauk tak cukup ke?" Ina menyoal kembali.

Ibu Hamida menunjukkan plastik berisi santan yang cuma tinggal setengah.

Ina tergelak. Sikit sangat tu, mana cukup. "Nanti Ina minta Radzi."

Dian masuk ke dapur untuk menghantar mangkuk bubur dan cawan yang sudah kosong. 'Aduh, sibuk jugak nak ada kat sinki.'

Tiga saat Dian berfikir dan dia berlagak tenang membasuh mangkuk disinki.

Iqin menunduk, sikitpun tak memandang Dian. Teramat malu.

Niatnya petang semalam cuma mahu memancing ikan di sungai. Sewaktu mereka mahu pulang, Aisyah tiba-tiba tergelincir dan jatuh ke dalam sungai. Dia panik. Sikitpun tiada niat mahu menyakiti Aisyah. Dia pulang hanya ingin meminta bantuan, tak sangka pula Shariz dan Dian sudahpun mencarinya disitu.

"Iqin tak sengaja langsung kak. Aisyah tergelincir." Iqin bersuara perlahan.

Pergerakan Dian terhenti seketika.

Aku, Kau & Skateboard ✔Where stories live. Discover now