Empat Puluh Empat : Kejutan

4.4K 276 25
                                    

"Cayalah Najmi! Naib juara pun not baddd", Dian menyambut Najmi yang sudah bermandi peluh.

"Tak boleh lawan budak muda macam Dann tu lah. Fuh penat", Trofi dan sampul berisi wang tunai dicampak ke tempat duduk belakang.

"Eleh budak botak tu biasa je", Dian tayang muka menyampah.

Dian membuang pandangan kepada Ajim yang mendapat tempat ke empat daripada enam yang terpilih. Dia dan Ajai sedang berborak kepoh dengan lelaki yang ada disitu. Sesekali mengambil beberapa gambar selfie untuk kenangan semua. Semuanya lelaki kecuali beberapa orang perempuan termasuk dirinya. Bilangan yang hanya boleh dikira dengan jari.

Apa perempuan dekat Malaysia ni tak suka sukan lasak macam skateboard ni ke?

Najmi menjentik dahi Dian. Gadis itu kelihatan leka.

Dian terus menjerit kesakitan. Dah kenapa semua orang asyik mahu menyerangnya kebelakangan ini? Sakit ditampar Papanya pun masih belum hilang lagi, "Kau pahal?"

"Bapak ah aku punya bercakap dari tadi kau boleh tak layan?"

Dian merengek kesal sambil mengusap dahinya yang sakit. Memang dia ada dengar Najmi seperti bercakap sesuatu, sangkanya Najmi sedang berborak dengan lelaki yang berada di kereta sebelah.

"Esok kau ambil result kan?"

Teringatkan hal itu Dian menepuk dahinya, "Iyalah. Pukul berapa dah ni".

Najmi sekadar tersenyum kecil menampakkan lesung pipitnya, "Jom, pergi dengan kereta aku?"

Dian meloncat kegembiraan apabila mendengar tawaran Najmi tanpa menghiraukan kakinya yang sakit. Nak harapkan Ajai ada je alasan. Nak asah bakat lah, nak tengok CSI lah apa. Ajim pula sibuk mahu bermain dengan kamera Nikon barunya. Padahal mereka sebenarnya malas mahu memandu jauh-jauh. Dian mendesis apabila buku lalinya terasa sedikit pedih.

Papa dan Mamanya pula sibuk lagi bekerja. Encik Sufian dengan pembedahan besar seorang ahli politik yang terkenal. Dia harus mementingkan nyawa orang yang banyak berjasa kepada penduduk kampungnya dahulu. Puan Liyana pula menguruskan hal projek kerajaan-swasta. Mahu memandu memang sudah diharamkan untuk tiga bulan. Kunci keretanya juga disorok oleh Encik Sufian.

"Pukul berapa result keluar?" Najmi terus leka merenung wajah matang Dian. Cantik! Kemudian dia tersedar, dia mempunyai rancangan lain untuk mereka berdua pada hari esok.

"Kena sampai sebelum pukul 9 sebab aku dah janji dengan kawan-kawan aku nak jumpa diaorang dulu. Rinduuu", Dian meluahkan rasa hatinya. Sungguh dia rindukan rakan sekelas dan rakan sekolahnya.

"Dari Shah Alam ke Kuala Pilah berapa jam ek?"

Dian menggelengkan kepalanya, "Dalam dua jam. Kalau tak sesaklah. Kalau sesak mahu tiga empat jam sangkut dekat highway."

Najmi membuat kata putus, "Okey tak apa. Dalam 6 pagi nanti, kau siap-siap. Lepas tu gerak. Rasanya sempat je sampai", Najmi membuat perancangan awal. Nasib baik rakannya itu tahu beberapa jalan yang dapat menjimatkan masa mereka untuk ke sana nanti.

"Pergi dengan siapa esok?", Encik Sufian bertanya sebaik saja Dian melabuhkan punggung disofa ruang tamu itu. Anak gadisnya itu baru saja pulang ke rumah.

"Najmi", Dian membalas ringkas.

"Berdua je?"

Dian melarikan anak mata ke skrin televisyen, "Iyalah, semua orang asyik sibuk dengan hal sendiri. Najmi je lah yang sudi teman", Dalam masa yang sama dia memerli orang tuanya. Sangkanya mereka sudah berubah tetapi masih sama. Yang berubah cuma perangai mamanya, sudah tak ada lagi cemburu buta.

"Dian...", Puan Liyana menjeling tajam. Tipulah tak terasa. Tetapi hal kerjanya memang lagi penting buat masa sekarang.

Dian mengeluh keras, "K, sorry. Dengan Najmi je. Ajim dengan Ajai ada hal. Shariz tak tahu", Malas-malas Dian menjawab, tanpa nada dan melodi, seperti robot.

"Sempat ke nak sampai sana? Nanti lambat sampai, A dah habis", Encik Sufian mengingatkan sambil melawak kecil. Dia betul-betul mahukan keputusan Dian cemerlang.

Dian pula tak rasa mahu ketawa atau berdekah. Flat saja responnya.

"Sebab tu plan nak gerak awal pagi. Okey je kan? Nanti Dian terus keluar je", Dian meminta izin, bimbang juga jika orang tuanya menghalang kerana keluar rumah terlalu awal.

"Hati-hati. Papa tahu anak papa pandai."

"Mama pun. Goodluck. Doa mama selalu ada untuk Dian."

Iqin yang dari tadi mendiamkan diri berdehem sedikit. Terasa bengang apabila dirinya seperti diabaikan, "Ala takpe. Kalau kak Dian tak cemerlang pun, Iqin kan ada. Masih boleh banggakan Ma dengan Pa. Kan?"

"Iqin...", Encik Sufian menegur tegas.

Dian sekadar tersenyum hambar. Geram juga dengan Iqin kadang-kadang. Entah apa yang budak itu makan sampai macam tu sekali mulutnya.

Dia selalu mengabaikan rasa geramnya apabila Iqin membuka mulut dan berkata sesuatu yang menyakitkan hati. Dia mengalah cuma kadang-kadang saja dia membalas. Dia tak mahu melihat orang tuanya susah hati memikirkan hubungan adik beradik mereka. Sebagai pihak yang lebih matang, dia harus rasional.

---

Seawal 5.30 pagi, Dian sudah duduk menunggu didek luar rumah. Sempat dia menyiapkan beberapa biji sandwich. Untuk Najmi yang nafsu makannya sama besar seperti Shariz, Dian terpaksa menambah kuantiti sandwich. Dia juga membawa beberapa tin air milo dan nescafe yang disimpan didalam peti ais. Semuanya untuk dimakan sebagai alas perut sepanjang perjalanan ke Kuala Pilah nanti.

Setelah berpuas hati dengan beg berisi sarapan ringan itu diletakkan diatas meja kopi.

"Mana?", Soal Dian sebaik saja panggilannya dijawab.

Suara mamai Najmi menggumam sesuatu membuatkan Dian terasa mahu memekik.

"Cepatlah siap weh. Semalam sembang macam mana?"

"Sembang apa ni? Hm", Najmi dihujung talian sudah menahan mahu mengekek ketawa. Terus hilang ngantuknya.

Dian menumbuk meja untuk melepaskan geram. Jangan kata Najmi terlupalah. Mahu Dian buat kerja gila bawa kereta ke sana nanti, "Kata nak teman ambil result. Aduhhhh."

"Siapa kata ak-"

Pin! Pin!

Bunyi hon diluar rumah melegakan hati Dian. Pasti Najmi mahu mengusiknya. Entah apa yang Najmi sukakan sangat mengusiknya pagi-pagi buta begini.

"Ish kau ni buat cuak je. Jap aku keluar ni", Panggilan terus dimatikan.

Pintu dan pagar rumah ditutup dan dia keluar berjalan perlahan-lahan ke kereta Najmi. Pintu kerera bahagian belakang dibuka untuk menempatkan beg makanan.

Kemudian Dian pergi ke pintu penumpang sebelah pemandu dan membuka pintu, "Kau ni tak gentle langsung. Tolonglah aku ni ke apa. Ish"

Bengang dengan perangai Najmi, Dian menghempas pintu kereta. Memang itu saja yang dia suka lakukan sewaktu sakit hati.

"Kau diam je asal pulak ni?", Beberapa saat menunggu Najmi membalas rungutannya tetapi tetap diam.

Dian menoleh ke sisi dan dia terasa jantungnya mahu tercabut akibat kejutan yang dia tak sangka.

Shariz tersenyum manis.

Aku, Kau & Skateboard ✔Where stories live. Discover now