Tujuh : Sesat

6.9K 356 4
                                    

"Mana Ashley?", Ajim melihat kiri kanan Shariz.

"Belakang tu lah", Shariz berlalu ke tapak kem. Beberapa khemah telah siap dipasang. Tapak yang besar untuk memuatkan ramai orang sini. Kebetulan, dekat dengan sungai.

Dia meletakkan bagpack. Lenguh membawa 'beban' sepanjang setengah hari ni.

Tiba-tiba bahunya ditolak kasar. Ajim mengawal tindakannya daripada menjadi perhatian pelajar-pelajar lain, "Mana Ashley?", Suaranya direndahkan. Cukup untuk dia dan teman-temannya sahaja yang dengar.

"Aku cari dia beberapa meter dari sini tadi, tapi tak ada pun", Ajim memandang Shariz tajam. Membuak rasa marahnya tika ini. Kot iya pun Shariz tak suka Ashley, janganlah kejam sangat.

"Jangan kata kau tinggalkan dia tadi?", Agak Ajai, risau.

Wajah Shariz sudah berubah. Jangan kata Ashley tertinggal dibelakang tadi? Satu sumpah seranah dihadiahkan untuk Ashley, "Babilah Ashley ni."

"Seriously Riz?", Najmi buat muka tak percaya dengan tindakan Shariz.

"Aku ingat dia kat belakang aku tadi. Sumpah! Ergh", Shariz sakit hati melihat respon daripada teman-temannya. Kalau dia jelaskan sekalipun memang taklah kawan-kawan dia nak percaya.

"Fine. Kauorang jaga 'line' sampai aku balik", Shariz menyarungkan kembali bagpacknya, "Aku ambil satu khemah. Just in case".

"Aku ikut", Ajim masuk ke dalam khemah untuk membawa apa yang perlu.

"Tak payah. Salah aku, aku tanggung sendiri", Shariz berpatah balik mahu keluar dari tapak kem.

"Dia tanggungjawab aku lah!", Suara Ajim meninggi.

Cikgu Rizal yang berada dikaki sungai memandang mereka. Walaupun suara cikgu lelaki itu tenggelam dek bunyi air terjun tetapi gerak bibir lelaki itu dapat mereka tangkap.

"Tak ada apa-apa cikgu! Barang tertinggal kat bas. Tak penting pun", Ajai menjalankan tugasnya untuk menutup rancangan mereka.

"Kau tu orang penting. Kalau muka kau tak ada nanti cikgu syak. Biar aku je. Najmi kau pepandai uruskan Qis. Suruh dia jaga line dekat dak-dak perempuan".

Tak sempat Ajim bersuara, Shariz terus berlalu pergi daripada situ.

------

Aku mundar mandir dikawasan itu. Sesekali memandang sekeliling. Bila kena tinggal sorang-sorang macam ni, mesti rasa macam diperhatikan.

Ipod Shariz berada digenggamanku. Pada mulanya tadi aku cuma nak ambil Ipod Shariz yang dia campak tadi. Balik dari kem, boleh hantar kedai. Bila aku toleh je, aku dah lupa jalan mana yang Shariz lalu tadi.

Tak ada orang nak cari aku ke?

Tiba-tiba bahuku ditepuk daripada belakang.

"Ya Allah, Ash! Kenapa kau tak ikut aku tadi",

Wajah risau Shariz membuatkan aku terpaku. Mesti makan jam juga dia turun ke bawah mahu mencari aku.

Disebabkan takut aku terus memeluk Shariz. Cuak weh kena tinggal sorang-sorang kat hutan macam ni.

"Aku risau tahu tak? Macam orang gila pusing-pusing dekat sini. Cari kau!".

Jerkahan Shariz tak lagi menakutkan aku pada waktu itu. Yang aku rasa cuma lega. Ingat juga dia dekat aku.

"Nasib baik kau tak pergi mana-mana", Dia menarik nafas yang tak teratur. Mesti dia kabut gila tadi. Kau ni Ashley suka susahkan orang.

Aku mencangkung dihadapan Shariz yang duduk diatas dahan pokok patah yang besar. Matanya merenungku tajam.

Aku, Kau & Skateboard ✔Where stories live. Discover now