Tiga Puluh Sembilan : Keluarga Baru

4.6K 242 52
                                    




'FUCK. FUCK. FUCK.'

Dian memaki-maki semahu-mahunya didalam hati. Sangkanya dia masih mempunyai peluang untuk menyatukan keluarganha semula tetapi dia tahu, dengan kebenciannya terhadap gadis setahun lebih muda darinya ini akan membuatkan semuanya semakin sukar.

Kalau boleh Dian mahu berlari terus naik ke atas. Dia tidak mahu menghabiskan makan malamnya bersama 'adik' yang Papanya bawa. Tetapi disebabkan rasa hormatnya kepada tetamu dan rakan-rakannya, dia memujuk dirinya sendiri.

Bukan Dian seorang saja yang terkejut dengan kehadiran Iqin disitu, empat lelaki disitu juga sama. Kejutan yang begitu besar.

"Dian kenal Iqin?"

Dian tak mengangguk mahupun menggelengkan kepalanya. Mata seolah digam untuk memandang Iqin.

Dalam diam Iqin juga terkejut dengan keadaan yang langsung tak dijangka ini tetapi dia hanya berlagak seperti tidak mengenali semua orang disitu. Sama seperti yang Dian lakukan.

Sempat Iqin menjeling lelaki yang sudah mencurinya sejak dia kanak-kanak lagi. Lelaki menyibukkan diri membakar sesuatu di pemanggang.

Iqin tersenyum. Dengan 'ikatan' kekeluargaan seperti ini akan menjadikan ia satu jalan untuk dia mendapatkan Shariz melalui Dian. Dia hanya perlukan masa.

"Hai, kakak", Iqin menyapa Dian ramah, tangan dihulur untuk bersalaman. Tertanya-tanya juga mengapa kondisi Dian sebegitu rupa.

Dian hanya memandang huluran tangan itu. Hanya senyum pahitnya sebagai balasan.

Papa dan Mamanya sedarkan hal itu.

"Salamlah", Tegur Mamanya. Tak mahu anak gadis yang menjadi tetamu mereka, menganggap Dian biadap. Dan tentunya dirinya turut terjebak sama kerana tidak tahu mengajar anak.

Dian hanya buat selamba, "Dian lapar. Nak makan".

Sempat empat orang lelaki muda menyalami Encik Sufian sebagai tanda hormat. Kehadiran Iqin pula seolah-olah tidak wujud di situ.

"Liyana, bawa Dian masuk dalam sekejap. I nak bincang sesuatu."

Dian memandang mamanya dengan wajah berkerut. Kalau tadi dia begitu teruja dengan kedatangan Papanya, kali ini, dia berdoa supaya masa cepat berjalan.

"Masuklah dulu. Nanti Dian datang", Dian berkata tanpa sedikitpun menoleh.

Setelah kelibat mama, papa dan Iqin tiada, Dian memaki dengan nada perlahan. Dia langsung tak suka dengan keadaan seperti ini.

"Harem siyei. Iqin adik tiri Ash?" Ajim membuat muka geli.

"Patut ah dari jauh tadi aku bau benda busuk, perempuan tu ada rupanya" Ajai turut masuk ke dalam topik 'mengutuk-Iqin'.

Shariz mengambil tempat disebelah Dian, pandangan simpati diberikan kepada gadis itu, 'Be strong'.

"Weh tapi serius ni lagi terkejut dari kena strok", Najmi menggeleng-gelengkan kepalanya, bukan dia seorang yang tak sangka dengan kejadian itu.

"Mana hang tau lagi terkejut dari strok, ada strok ka?"

"Strok tak ada. Perangai beruk dia ada".

Dian tergelak. Tawanya memang kedengaran lucu pada awalnya tetapi lama-kelamaan bertukar kepada esakan kecil.

"Woah, Ash", Panggil Najmi.

Shariz tak membuka sepatah kati sebaliknya menarik Dian ke dadanya, "Kau janganlah macam ni depan diaorang. Mama kau mesti susah hati nanti".

"Kau lek je, Ash, kalau perempuan tu cari gaduh macam hari tu, kita bantai sama-sama eh?", Ajai cuba untuk memujuk Dian.

"Kau tengok Ajim", Najmi menyuruh Dian melihat Ajim, kemudian perut Ajim ditepuk-tepuk dengan tangannya, "Dengan perut Doraemon ni, mesti dapat back up kau".

Mendengar gelak kecil daripada bibir Dian, mereka ikut ketawa.

Najmi mengaduh apabila kepalanya terasa sakit, "Siyei, kau memain dengan perut aku pahal?" Ajim menahan bengangnya tetapi dalam masa yang sama lega apabila gurauan itu dapat 'menyaman'kan Dian.

"Perut hang kan aset."

Ajai dan Najmi terus memberi komen tentang perut Ajim. Ajim pula membela dirinya. Mereka tahu seminggu dua ni, Ajim sudah makin malas mahu bersenam. Dirumah, asyik melahap saja.

"Dah okey?", Bisik Shariz.

Dian hanya terus menyandarkan kepalanya dibahu lelaki itu. Termenung sambil berfikir sesuatu.

"Dian", Panggil Shariz lembut.

"Hm? I'm fine".

"Aku hantar masuk dalam. Nanti kalau kau lama sangat kat luar ni mesti diaorang pelik", Shariz membantu Dian bangun dari kerusi.

Tangan diletakkan diantara lengan Dian, memapah gadis itu masuk kedalam rumah. Sebaik saja tiba diruang tamu, tiada sesiapa disitu. Mereka saling berpandangan.

"Mama?"

Dian dengar sayup-sayup suara orang berborak ditingkat atas, terus Dian tersengih.

"Senyum apa?"

"Dukung".

Shariz buat muka terkejut, "Lawaklah tu? Papa kau ada kot".

Dian ketawa, mengusik, "Kenapa pun? Dukung nak bawa jumpa diaorang je bukan dukung suruh bawa masuk bi-"

"Stop it, Dian", Tak membuka mulut, Shariz terus mengendong tubuh Dian. Dia berjalan ke arah tangga dengan berhati-hati.

Dian mengeratkan rangkulan dileher Shariz, sangat erat.

"Don't do that. Kau terjatuh jangan salahkan aku", Shariz memberi peringatan. Fikiran sudah jadi tak menentu dengan jarak dia dan Dian seperti itu.

Dian semakin suka mengusik. Bibirnya ditekan ke pipi Shariz, "Guess what? A single kiss won't make you fall."

Shariz tak bisa menahan senyumannya, "But, my heart's falling".

Kakinya yang pada awalnya mahu mendaki anak tangga berubah arah ke bawah anak tangga, tempat tersorok sedikit daripada mata-mata manusia. Matanya masih terpaku memandang Dian, "I'm falling for you".

Dia duduk sebentar dikerusi kecil yang ada disitu, Dian di ribanya. Dian menarik wajah Shariz rapat kepadanya. Shariz pula terus mengikuti permainan Dian disitu sehingga kedua-duanya mencari semula nafas yang hampir hilang.

"Okey Dian, serius kita lama sangat. Nanti Papa kau tunggu".

Tekaan Dian tepat saat melihat tiga figura berada di pejabat kecil mamanya. Sengaja Dian mengeratkan rangkulan ke leher Shariz apabila matanya bertentang dengan mata Iqin yang memandangnya tajam. Kali ini dia tekad, dia takkan benarkan Iqin mendekati Shariz dan menyakiti hatinya seperti tempoh hari. Dia mahu menunjukkan, Shariz milik Dian seorang saja.

Encik Sufian bangun menyerahkan tempat duduknya kepada Dian. Dian hanya pasrah saja walaupun seluruh hatinya menyampah mahu berkongsi sofa dengan adik tirinya.

"I'm with you", Bisik Shariz perlahan sebelum keluar, menutup pintu bilik, meninggalkan empat beranak disitu.

"Papa ada bincang dengan mama sebelum ni. Papa dah bincang dengan Ibu dan adik Dian jugak", Dian membiarkan papanya memulakan mukaddimah. Dia tahu pasti 'Ibu' itu merupakan ibu tirinya dan 'adik', tak perlu diberitahu siapa, mesti Iqin.

Iqin pula boleh duduk bersilang kaki sehingga terkena pada almari kerja Puan Liyana, menyebabkan ada beberapa buku kerjanya terjatuh, "Sorry, Mama", Iqin bersuara perlahan.

Puan Liyana hanya menayang senyum.

Dian dengan riak terkejutnya, "Sejak bila mama aku jadi mama kau?"

"Dian Medina Lidya", Mamanya bersuara perlahan tetapi setiap perkataan nama Dian disebut keras, menyuruh gadis itu menjaga tingkah laku.

Encik Sufian mengusap perlahan ubun-ubun Dian, dalam hati dia berdoa supaya hati Dian dilembutkan dengan berita yang dia akan sampaikan.

"Papa nak rujuk balik dengan Mama".

Aku, Kau & Skateboard ✔Where stories live. Discover now