AKS RAYA EDITION I

4.2K 276 80
                                    

Eheee cam biasa repost setiap kali raya!!! Selamat hari raya semorang.

"Abang baru keluar pukul 7 tadi. Awal betul balik?"

Shariz mengeluh. Dian yang berdiri dimuka pintu ditatap sekejap. Itu je skrip menyambut suami pulang yang Dian ucap? Sepatutnya Dian gembira kerana dia pulang lebih awal daripada hari-hari biasa. Terbantut niat sucinya mahu mereka sekeluarga membeli persiapan untuk Hari Raya.

Dian menjungkit kening, "You kenapa?"

Shariz menggeleng. Dia terus masuk ke dalam rumah meninggalkan Dian terpinga-pinga. Sudahlah pelan untuk bangunan baharu Wisma Dato' Shazli tertinggal, disebabkan itu mesyuarat mereka terpaksa ditangguhkan selepas Hari Raya nanti. Bila dia pulang ke rumah pula... haih, Dian. Dian.

Baru beberapa tapak Shariz melangkah, telefon yang disimpan didalam poketnya berbunyi. Pantas Dian menoleh. Bawa hal kerja balik rumah lagi?

Dian tahan perasaan curiga apabila melihat Shariz tersenyum sedikit apabila melihat telefonnya. Dengan dia sepatah perkataan tak keluar, senyum apa entah lagi. Bila telefon bunyi, terus senyum?

Dian berdehem sedikit.

Shariz buat tak tahu, panggilan telefon diangkat dan telefon dilekapkan pada telinga, "Iya, Zi."

Zi? Zila? Zika? Zira?

Mata Dian membulat sedikit. Menggertak secara halus supaya Shariz menjelaskan siapa yang bernama Zi itu.

"Haah baru sampai rumah."

Perbualan seterusnya Dian tak dapat dengar apabila suara Shariz semakin menjauh.

"Nak main ignore-ignore eh? Okey, okey." Dian masuk ke dalam bilik bacaan yang terletak ditingkat bawah.

Shariz mengeringkan rambutnya yang basah. Walaupun dia kerja hanya beberapa jam hari itu, segarnya tetap terasa apabila selesai mandi. Shariz memerhati segenap bilik tidur. Dia terasa seperti ada yang kurang.

Ya, mana Dian?

Biasanya mesti Dian akan menunggu dia sambil membaca novel diatas katil.

"Kat bawah kot," Dia menggumam sendiri.

Shariz mencari seseorang yang selalu menjadi penghibur hatinya dilaman belakang rumah pula. Pasti gadis genit itu ada disitu bermain dimakmal rahsianya.

Shariz tersenyum riang apabila melihat kelibat itu bermain dengan serbuk berwarna putih dan juga cecair jernih yang berada didalam botol kaca. Suka sangat gadis itu dengan kajian dan eksperimen.

"Aisyah."

Buah hatinya dan juga Dian sejak lima tahun lepas.

"Daddy!" Riang si anak menyambut kepulangan Shariz. Aisyah menggamit Shariz supaya datang dekat kepadanya.

Shariz duduk disebelah anaknya, "Anak daddy buat apa ni?"

"Daddy tengok ni." Aisyah mencampurkan serbuk putih dan pewarna makanan berwarna oren didalam sebuah bekas. Kemudian dia menuang cecair jernih kedalam bekas tersebut.

Tak sampai sesaat keluar bebuih berwarna oren seperti lava daripada bekas tersebut. Volcano dari bahan dapur. Bodohlah kalau dia tak tahu.

Shariz menepuk tangan, "Wah pandainya anak daddy! Macam mana dia boleh jadi macam tu?"

Aisyah tepuk dahi, "Apalah daddy ni. Ini..." Aisyah petah menerangkan satu persatu bahan, dan mengapa bahan tersebut boleh menghasilkan buih seperti itu.

Shariz tahu. Dia sengaja mahu menguji kepintaran anaknya.

"Nampak mummy tak?" Rambut separas siku anaknya diikat supaya kemas.

Aku, Kau & Skateboard ✔Where stories live. Discover now