Tiga Puluh Tiga : Start Over

5.4K 298 18
                                    

Aku tenung skrin telefon yang sudah lebih tiga hari senyap. Data aku sudah hidupkan tetapi masih tiada mesej atau notifikasi yang masuk.

Aku semak juga jika sudah kehabisan data. Tetapi tidak. Layan youtube pun laju je.

Ya, sebenarnya aku tunggu Riz.

Nampak tak kata taknak ingat dia tapi masih menunggu. Hm, perempuan memang bodoh.

Sepatutnya hari ini aku berada di rumah Riz. Tapi entahlah, dia pun tak mesej. Takkan aku nak datang tiba-tiba? Malulah. Dan hari ini, hari pertama dia di tempat kerja mama.

"Nak buat apa ni sia", Bebelku sendirian.

Telefon berbunyi menandakan ada panggilan yang masuk.

Najmi?

Gulp.

Aku menelan air liur. Kenapa dia call?

Aku jadi teragak-agak mahu menjawab panggilan tersebut. Aku jadi curiga dengan mereka sejak ingatanku pulih semula.

"H-hello? Ssup?", Seboleh mungkin aku cuba mengawal nada suaraku. Diaorang tak boleh tahu yang aku dah tahu.

"Lepak jum? Dekat 13 ni."

"Siapa je?", Soalku malas-malas.

"Aku dengan Ajai lah. Ajim busy. Riz kan dah kerja".

Dari hujung talian pula aku terdengar suara Ajai membuat bising dan melaung 'taknak bye'.

Talian dimatikan.

The heck?

Didorong oleh kebosanan melampau aku gagahkan diri juga untuk bersiap dan memandu ke sana.

"Yo, Ash".

Aku hanya tersenyum dan melaga buku lima dengan mereka berdua.

Aku membiarkan saja mereka berborak dan aku turut serta bermain papan selaju bersama mereka.

Apabila aku sedang belajar beberapa trik baru, mereka memanggil aku untuk pergi ke bowl.

Aku turun daripada deck dengan gaya 'nose pick up'. Ecewah rasa macam skater girl sejati.

"Wehhh", Ajai tiba-tiba menjerit.

Dah pahal?

Najmi memandangku dengan pandangan tidak percaya.

"K-kau buat nose pick up?"

Aku mengangguk. Kenapa dengan nose pick up pun?

Aku berdiri diatas deck dan membuat 'rail stand' pula.

Trick-trick 'kecil' macam ni lah yang boleh bagi keyakinan dekat pemula-pemula papan selaju ni. Rasa pro sikit.

"R-rail stand?"

Aku ketawa, "Kauorang dah kenapa? Menipulah tak reti buat".

"Kitaorang tak ajar benda tu lagi kan?", Suara Ajai seakan meminta kepastian.

"Memanglah-"

Tak sempat aku bersuara, Najmi menyampuk, "Riz ada ajar ke?"

"Tak ada."

"Kau belajar sendiri?"

Aku garu kepala. Betul juga, macam mana aku boleh buat trick tu?, "It just came out and I did it? Tak tahu lah".

Aku, Kau & Skateboard ✔Kde žijí příběhy. Začni objevovat