Tiga Puluh Satu : Kebenaran

5.2K 321 23
                                    

Mama menyuruh aku kembali ke rumah Riz kerana dia akan ke Singapura untuk beberapa hari. Katanya dia sudah serik mahu meninggalkan aku seorang diri dirumah.

Kali ini aku bertoleransi, mama memang sibuk bekerja. Selain tanggungjawab kepada aku, dia juga mempunyai tanggungjawab lain. Entah kenapa sekarang aku baru rasa dapat memahami mama. Tiada lagi perasan memberontak seperti dahulu.

Mama meminta diri untuk bersiap-siap. Iyalah, malam nanti nak keluar. Dan aku tahu perangai mama. Nak bersiap tu mesti dua tiga jam! Tak tipu.

Aku membuntuti Shariz ke luar rumah. Melepak taman kecil sebelah kolam ikan koi mini milik mama. Shariz terlihat seperti dalam kebingungan dari tadi. Sebetulnya, selepas dia berbincang dengan mama tadi. Serabut sangat ke kerja dia?

"Kau kenapa Riz?"

Dia pandang wajahku, lama.

Aku jadi tak selesa. Cardingan yang tersarung ditubuh aku betulkan. Maxi dress bertali spageti didalam juga aku betulkan sedikit.

Tiba-tiba Riz menyelak cardiganku sehingga menampakkan bahu. Disebabkan terkejut aku terus menepis tangannya. Ish, kot iya pun sabarlah. Kan ada mama! HAHAHA

Riak wajahnya terus berubah terkejut.

Eh, takkanlah sentap?

Lagi sekali matanya menikam mataku.

"D- Di- Dian...", Panggilnya perlahan.

Keningku berkerut. Dia ni kenapa?

Jari telunjuknya diarahkan kepadaku. Lebih tepatnya kepada bahuku, "Tanda l- lahir?"

Aku anggukan kepalaku. Kenapa dengan tanda lahir? Bukannya kurap pun. Lagipun tak besar. Besar duit syiling lima sen je.

"Kenapa?"

Dia tersenyum pula. Wajahnya menggambarkan ekspresi 'tak sangka'. Orang putih kata speechless.

Asal pelik sangat ni?

Sedar-sedar saja dia mendakapku. Sangat erat dan kuat.

"I knew it! Kau betul-betul dia", Bisiknya seraya mengelus kepala ku lembut.

Aku mula rasa tak selesa, "Apa ni Riz?"

Perlahan-lahan dia melepaskan pelukan. Wajahku menjadi santapan matanya sekali lagi, "Kau pahal do? Geli-geli je perangai".

Aku tertawa sendiri.

"I'm sorry for everything."

Dia meninggalkan aku tertanya-tanya sendirian.

"Nanti kau akan tahu".

---

"Maaaa, kata nak keluar", Aku merengek apabila mama hanya bersantai diruang tamu dengan baju tidur. Tadi kata nak keluar?

"Lepas mama habis kerja kita keluar", Balas Mama malas-malas. Nampak pun macam mengantuk. Sekejap lagi mesti tidur.

Ish, mungkir janji!

Aku sudah bersiap dengan sweatshirt dan joggerpant Nike turut serta 'bersantai' disisi mama.

Mata aku terpandangkan beberapa dokumen yang masih terletak diatas meja kopi.

Aku rasa tertarik untuk melihat isi kandungan dokumen tersebut.

Kementerian Kesihatan Malaysia...

Dian Medina Lidya Binti Ahmad Sufian...

Kemurungan...

Aku, Kau & Skateboard ✔Where stories live. Discover now