Tiga Puluh Empat : Block

4.7K 261 10
                                    

Aku membuka aplikasi Whatsapp dan mencari nama seseorang.

Aku menggumam perlahan apabila Riz sudah tidak meletakkan gambar pada profilenya.

Aku merenung skrin, lama. Menunggu sehingga 'last seen' keluar. Tetapi sudah dua minit langsung tiada masa yang menunjukkan bila kali terakhir Riz membuka Whatsappnya.

Hatiku berderau sendiri apabila ada satu suara yang mengatakan bahawa Riz sudahpun menyekat aku daripada terus berhubung dengannya. Dalam erti kata lain, 'block'.

Status Whatsappnya juga tiada.

Gelabah aku membuka keypad mendail nombor Shariz.

Panggilanku ditolak dan jantungku mula berdebar.

Aku taip dan hantarkan mesej kepadanya tetapi tidak dapat dihantar kepadanya.

Serius ah block semua?

Atau, Riz dah tahu pasal aku dengan Ajim?

Aku mengeluh. Aku mengalah. Aku tak tahu nak buat apa lagi.

Dengan senyuman pasrah. Aku buka aplikasi Whatsapp sekali lagi. Aku baca semula mesej-mesej lamaku bersama Shariz. Walaupun dia dingin dalam mesejnya tapi dia tak pernah dingin nak melayan aku bila berdepan. Aku suka cara dia walaupun kadang-kadang dia dengan sampah tak ada beza. Kadang-kadang K.

Riz tak pernah tunjuk cara dia layan aku depan orang lain.

Dian Lidya, 9.40 p.m
Riz
I miss you
I miss you so bad
I really miss you
I'm sorry

Laju jariku menari diatas skrin. Aku rindukan Riz.

Seperti yang aku sangka, hanya satu tanda saja yang terpapar diskrin.

Dian Lidya, 9.47 p.m
Aku dah ingat semuanya
Tapi aku tak marah kau, Riz.
Aku tak marah Ajim.
Aku tak marah sesiapa.
Aku boleh terima semuanya.
Bodohnya.

Kau bukan dapat baca pun en?

Sengaja aku memperbodohkan diri memberikan mesej kepadanya walaupun aku tahu dia takkan baca.

Dian Lidya, 9.49 p.m
Why do you have to go?
Pick up the phone, shit.
Block orang pula tu.
Damn you.

Entah kenapa aku rasa berdebar-debar dengan tiga perkataan yang aku taip diskrin. Padahal dia bukan baca pun.

Dian Lidya, 9.50 p.m
I love you.

Aku, Kau & Skateboard ✔Where stories live. Discover now