Dua Puluh Empat : Menjengkelkan

5.5K 293 24
                                    

"Riz mula kerja bila?", Mak sedang menguli tepung sementara aku dan Shariz bertungkus lumus memasak inti karipap di dapur.

"Minggu depan, mak. Tu yang Riz balik, nak spend time dengan mak", Balas Shariz.

Riz ni manja betul dengan mak dia kan?

Tapi Ajim kata Riz dengan Ashley dulu, garang nak mati. Ajim kata, Riz benci Ashley. Aku masih bertanda tanya, siapa Ashley yang mereka maksudkan? Kalau Ashley tu aku, kenapa aku tak dapat ingay diaorang langsung pun? Pelik.

Aku nampak Iqin mencebik, "Kalau nak spend time patutnya abang Riz dengan mak je lah. Kenapa kena ada kak Dian?"

Nak kena sepak ke perempuan ni?

"Memanglah. Abang nak bagi mak ada kawan boleh berborak, bersembang, bergurau", Balas Shariz. Sengaja Riz melagakan bahunya dengan bahuku sewaktu dia mahu ke singki.

"Ala Iqin pun boleh jadi kawan mak apa? Sebab tu Iqin ada dekat sini", Iqin tersengih penuh makna.

Aku tahu dia suka Shariz. Plus, dia cuma bertepuk sebelah tangan je. Aku jamin Shariz anggap dia macam adik je.

Kali ini aku dengar suara mak pula, "Iqin teman mak? Hmm, kerja asyik duduk bilik, main telefon. Mak ni ha berborak dengan itik, ayam dekat belakang".

Fuh. Tudiaaa.

Aku menahan gelak. Boleh tahan siot mak Shariz ni.

Aku menutup api dapur setelah inti kentang untuk karipap sudah empuk. Sedikit bangga apabila tadi emak memuji hasil masakanku. Cukup rasa katanya. Huhu.

Kemudian mengambil tempat disisi mak. Membuat kulit untuk karipap. Aku membentuk bola kecil menggunakan tepung yang siap diuli tadi.

Kali ini tangan Iqin pula mula bergerak, memukul Shariz yang seronok mentertawakannya, "Abang gelaklah. Iqin pukul pakai dulang ni karang", Ancamnya.

Dari tadi aku hanya menutup mulut. Membiarkan Shariz yang menguruskan Iqin. Kalau aku yang buka mulut memang terbanglah semua kuali kat dapur ni.

Aku teringat pagi tadi, semasa Shariz membuka cerita tentang aku kepada mak. Aku sangka mak akan menyampah dengan aku, tetapi sangkaanku meleset apabila mak menyuruh aku terus duduk disini bersama dengannya. Bukan mahu membuka aib ibu sendiri tetapi aku perlukan ruang dan pendapat untuk dijadikan panduan apa yang aku harus lakukan selepas ini.

Nasib baik sewaktu Shariz bercerita, Iqin pulang sebentar ke rumahnya. Rupanya, Iqin baru saja habis tingkatan 4. Tahun depan baru masuk tingkatan 5. Patutlah dia panggil aku kakak.

Agaknya kalau dia ada tadi, mesti mulut bercili tu minta kena belacan. Cili dan belacan. Barulah kena buku dengan ruas kan?

"Mak, petang nanti dengan ahad Riz dengan Dian nak keluar", Shariz tersengih.

Iqin menyampuk lagi, "Baik abang tak payah balik tau. Kesian mak. Kena tinggal sorang-sorang juga."

"Dian nak tengok inti dah sejuk ke belum", Aku meminta diri, mahu keluar daripada atmosfera menjengkelkan Iqin. Walaupun suara dia tetap boleh didengari tetapi sekurang-kurangnya muka dia tiada di depan mata aku. Kurang sikit peratus dia nak kena sepak nanti.

Aku mengambil mangkuk besar dan mengisi inti kedalamnya. Senang sikit bawa banyak, tak perlu buat kerja banyak kali.

"Tak apa. Mak tak kisah pun. Asal nampak muka Riz hari ni terubat sikit rindu mak", Mak membela anak bujangnya. Anak jiran tu memang patut di pinggirkan.

"Abang nak pergi mana nanti?", Tiba-tiba suara Iqin berubah teruja.

"Skate", Balas Riz ringkas. Acuh tak acuh. Dia menyambut huluran mangkuk berisi inti karipap daripadaku.

"Iqin nak ikut!", Bukan permintaan atau meminta keizinan tetapi lebih kepada keputusan. Dia tak perlukan persetujuan Riz pun, dia kata nak ikut, nak ikutlah.

Shariz memandangku. Matanya menyampaikan satu mesej, 'Are you okay with that?'

Aku hanya membalas dengan gerakan bibir. Tak kisah. Padahal dalam hati, phew... janganlah ada perang ke apa nanti.

Selepas sesi menyiapkan karipap aku terus mengambil keputusan untuk bersiap. T-shirt Trasher berlengan pendek dan seluar berwarna hitam. Rambut perangku yang sedikit berombak, aku biarkan bebas. Telefon aku masukkan didalam beg kecil bersama dompetku.

Seharian aku hanya membiarkan telefon dicas tanpa menghidupkannya. Agaknya kalau on nanti berapa banyak notifikasi yang akan masuk?

"Mana Iqin?", Mataku mencari Iqin yang dari tadi tidak kelihatan selepas mandi.

Shariz hanya menjungkit bahu, "Biarkan dia. Kalau lambat, tinggalkan je".

"Ish, Riz ni. Tak baiklah. Kesian Iqin tu. Cubalah layan dia elok-elok", Nasihat mak sebelum masuk ke bilik untuk menunaikan solat Asar. Tak nak ajak anak bujang mak ni solat sekali ke? Er- okey sedar diri sikit Dian.

Aku masuk ke bilik mak untuk bersalaman dengannya. Tiba-tiba saja mak memelukku. Aku rasa tergamam seketika.

"Terima kasih ya Dian. Tak hipokrit depan mak. Dian jadi diri Dian. Sabar dengan Iqin tu. Dia tu memang macam tu", Ujar mak selepas meleraikan pelukan.

Hipokrit?, "Terima kasih juga mak terima Dian dekat sini. Tak paksa-paksa Dian", Paksa yang aku maksudkan ialah- faham-faham je lah.

"Kalau pasal Iqin tu, mak jangan risaulah. Dia kan budak lagi. Dian tak terasa pun", Aku mencubit sedikit pipi mak, mengundang tawa daripada wanita separuh abad itu.

Aku meminta diri. Sebaik saja menyarung kasut, aku menapak ke kereta. Aku membuka pintu kereta dibahagian depan. Shariz sudahpun menunggu didalam.

Kemudian terasa tubuhku ditolak ke tepi, "Eh kejap. Haa... Iqin nak duduk depan dengan abang."

Selamba dia menutup pintu kereta membuatkan aku terpinga-pinga diluar kereta.

Sesaat aku membalas senyuman selamba Iqin dengan senyuman palsu. Dengan rela hatinya, aku membuka pintu kereta dibelakang dan masuk ke dalam kereta.

Tak apa, kakak memang kena mengalah dengan adik. Huhu.

Sepanjang perjalanan, Iqin sibuk meraih perhatian Shariz dengan bercerita itu dan ini. Dari hal mengenai sekolah, kawan-kawannya dan juga cerita lain. Aku hanya melemparkan pandangan ke luar tingkap. Dengar suara si Iqin ni pun boleh serabut, apalagi bila tengok muka dia. Berganda keserabutan tu. Macam bulu kaki bangla!

Nasib baik, mp3 lama milik Shariz masih boleh digunakan. Aku sumbatkan earphone ke telinga dan mendengar lagu. Sempat juga aku membelek MP3 tersebut, macam pernah nampak. Mungkin sama macam aku punya dulu kot?

Shariz pula dari tadi tidak habis memandangku melalui cermin pandang belakang. Aku pula membuat berbagai ekspresi apabila mata kami bertentang. Sekejap aku membuat muka menyampah, tersenyum gembira, pasrah dan menjelir lidah. Sengaja mahu mengusik Shariz. Aku tahu dia risaukan aku.

Risau ke kesian? Hmm.

Aku terfikir pula hubungan aku dengan Shariz. Kami memang kawan kan? Tapi kenapa... aku rasa macam- entahlah tak tahu nak jelaskan macam mana.

Biarlah.

Aku, Kau & Skateboard ✔Where stories live. Discover now