Lima Puluh Dua : Mental

3.6K 251 41
                                    

Hospital Permai, Johor. (Hospital untuk pesakit mental, dakdak JB tahu a kot? Google k. :))

Doktor Isyraf melangkah masuk ke sebuah pejabat yang dikhaskan di hospital mental tersebut sebagai bilik kecil untuk sesi perbincangan mengenai pesakit. Dia tersenyum lebar sebaik saja melihat seseorang sudahpun menunggu dia dari tadi.

"Maafkan saya, Encik Shariz. Saya lambat ke?"  Sapa Doktor Isyraf seraya meletakkan sebuah (ke sekeping ek?) fail nipis milik pesakitnya ke atas meja. Ada beberapa perkara yang perlu dibincangkan dan dia perlu meminta keizinan Shariz supaya bersetuju untuk membenarkan pihak hospital mental ini melakukan beberapa ujian.

Shariz menggeleng. Matanya memandang fail yang Doktor Isyraf letakkan diatas meja. Mahu mengetahui isi yang terkandung didalam fail hijau cair tersebut.

"Macam mana ke sini tadi?"

Sekadar mahu menjaga hati, Shariz ukirkan juga senyum nipis, "Alhamdulillah. Tak sesat."

Doktor Isyraf ketawa kecil apabila mendengar nada suara Shariz yang kedengaran ikhlas tak ikhlas. Dia berdehem sedikit sebelum bertanyakan satu soalan tipikal. "Awak sihat?"

Shariz mengangguk sekali.

"Dian pula?"

Wajah Shariz berubah sedikit sebelum diganti dengan wajah gembira "Alhamdulillah. Dian bahagia je dengan aku."

Kali ini wajah Doktor Isyraf pula yang berubah, dia menelan air liur yang terasa kesat. "Tahniah. Awak makin bahagia sekarang. Dian tak ikut sekali?"

"Ada. Dia tengah melawat dekat wad perempuan tu."

Doktor Isyraf mengangguk. "Okey. Taknak bazirkan masa awak, saya nak bagitau tentang keadaan kesihatan Asyiqin..."

Shariz tekun mendengar segala perkembangan mengenai adik ipar tirinya. Sesekali dia mencelah apabila dia keliru dengan beberapa perkara.

Dua tahun lepas, pembedahan keatas Dian berjalan lancar apabila Encik Badrul menemui seorang penderma buah pinggang yang sesuai dengan Dian memandangkan tidak ada diantara mereka yang sesuai untuk menjadi penderma.

Kemudian, kehidupan mereka kembali normal seperti biasa. Shariz terus bekerja. Dian terus belajar sebaik saja sembuh daripada luka pembedahan. Begitu juga mereka yang lain.

Selepas Dian habis belajar pula, mereka berkahwin.

Asyiqin?

Setengah tahun lepas, pihak polis menjumpai Iqin di sebuah perkampungan orang Asli di Pahang. Tiada siapa pun yang tahu bagaimana gadis itu boleh lari dan bersembunyi jauh disana. Dan apabila pemeriksaan dilakukan, menunjukkan Iqin memang mengalami masalah mental dan terus ditempatkan disini sehingga dia kembali pulih semula.

Shariz menghayun langkah ke blok yang menempatkan pesakit perempuan. Bersinar matanya apabila melihat Dian juga sedang berjalan kearahnya. Dian nampak cantik dengan selendang dan blouse labuh pada tubuhnya. "Iqin macam mana?"

Dian tersenyum gedik tatkala Shariz melingkarkan tangan pada bahunya. "Dia okey. Nampak normal-"

"Dulu pun dia nampak normal tapi sebenarnya gila." Bisik Shariz perlahan apabila ada seorang pesakit perempuan melintasi mereka dengan membawa daun didalam plastik.

Pesakit mental tadi tiba-tiba berpatah balik dan menghulurkan sehelai daun kepada mereka. "Akak nak beli kuih?"

Dian tersenyum sambil menggelengkan kepala. Entah visual apa pada mata pesakit tersebut dengan sehelai daun?

Shariz bersembunyi dibelakang Dian. Sejak kes Iqin dahulu, dia betul-betul fobia dengan pesakit mental yang ada disini. Lagi-lagi bila Iqin buat perangai gila, mahu terjun bangunan jika Shariz tak mahu berkahwin dengannya. Panik satu hospital! Sejak itu, dia tak berani mahu tayang muka depan Iqin dah.

Aku, Kau & Skateboard ✔Where stories live. Discover now