Tiga Puluh Lima : Training

4.5K 257 24
                                    

"Nak trick yang paling gempak", Dian duduk diatas lantai bersimen di skatepark Seksyen 13.

"Dolphin dah cukup gempak" Ajai yang kepenatan terus terbaring di lantai simen.

Sejak mereka sampai petang tadi, Dian tak sudah membulinya dengan menyuruh melakukan pelbagai trick. Dari yang sesenang petik jari sehingga sesusah old school. Dan kitaran tersebut terus berputar.

"Treflip", Dian sudah bersedia berdiri diatas decknya menunggu atau lebih tepatnya menyuruh Ajai menunjukkan trick yang diminta.

Ajai yang masih tercungap-cungap menggerakkan kepalanya ke kiri dan ke kanan beberapa kali, menggeleng, "Aku dah tak larat, bodoh."

"Abang, Ash nak Treflip", Dian mengeraskan suara, mahu Ajim kalah dengan suruhannya.

Ajim yang baru saja membuat slide pada rel terhenti, dia menggaru kepalanya beberapa kali, "Abang tak reti doh. Tak land."

Dian tersengih memandang Najmi pula, "Mi, nak treflip".

Najmi mencebik melihat wajah gedik perempuan berseluar jogger bersama t-shirt Moon Skateboardnya, "Dah ilek. Lama tak buat. Riz power ah".

Senyuman Dian mati. Satu, kerana harapannya untuk belajar trick baharu musnah. Kedua, kerana satu nama yang keluar dari bibir Najmi. Dalam diam, dia terkesan dengan nama tersebut tetapi berlagak seperti tiada apa-apa yang mengusik jiwanya. Sudah dua minggu lelaki itu menghilang.

"Semua lembab", Selamba Dian mengutuk. Dia membebel sesuatu yang kurang jelas pada pendengaran Ajim, Ajai dan Najmi.

Kesudahannya Dian duduk semula dilantai simen skatepark dan menongkat dagu melihat dua orang lelaki yang sedang mempelajari trick baru dan seorang lelaki yang nyawa-nyawa ikan, seperti menunggu masa dijemput Ilahi.

"Abang ajar heelflip eh?", Ajim cuba memancing Dian bila dia lihat gadis itu termangu sendiri.

Dian ketawa, kuat. Beberapa orang yang bermain papan selaju disitu memandang kearahnya tetapi Dian buat tak endah, "Ingat jadi ke pujuk macam tu? Macam pujuk budak kecik bagi gula-gula".

"Control sikit gelak cb", Ajai menendang decknya kepada Dian.

Ajim mengambil tempat disebelah Dian. Deck yang hampir mengenai buku lali Dian ditendang semula kepada Ajai, "Ash masih nampak budak-budak dekat mata abang tau. Comel je".

Sedikit sebanyak kata-kata Ajim membuatkan Dian tersenyum, "Heelflip tu celah jari kaki Ash je tau".

"Amboi berlagak".

Dian ketawa, "Tapi Ash nak Treflip."

Najmi datang sambil membuka t-shirtnya yang sudah lencun dengan peluh. Baju itu diperah sehingga mengeluarkan air peluhnya sendiri. Angin malam yang bertiup terasa sejuk di kulitnya. Selamba t-shirt kelabu itu dicampak tepat menutup muka Dian, mengusik.

Dian cepat-cepat menarik kain yang tiba-tiba menutup mukanya, "Eee busuk. Kau pahal bangang?"

Bau peluh Najmi menusuk ke hidung, kulit mukanya terasa melekit. Dian geli sendiri.

"Ni peluh jantan tau!", Najmi sengaja mahu mengusik Dian lagi.

"Maskulin", Ajim menambah.

Ajai berubah posisi, kini duduk diatas decknya, "Kau tak tahu ke? Bau maskulin ni lah yang buat perempuan turn on!".

Dian menyepak 'kain basah' itu dengan hujung kakinya, sengaja mengotorkan baju Najmi. Najmi buat tak kisah, dia masih mempunyai sweater dibakul motornya.

"Tak percaya?", Ajai menolak kepala Dian rapat kepada Ajim, sehingga hidung Dian mengenai leher Ajim yang berpeluh.

"Bodoh!", Dian menjerit. Bengangnya membuak-buak dengan perangai hantu mereka bertiga, "Ajim bodoh. Ajai bodoh. Najmi paling bodoh."

Aku, Kau & Skateboard ✔Where stories live. Discover now