Lapan Belas : Ubat

6.1K 273 8
                                    

Aku mengambil dua cawan kopi segera yang memang tersimpan di kabinet dapur. Aku terdengar sesuatu terjatuh sewaktu mengambil kopi segera tadi. Aku abaikan seketika. Tarikh luput lama lagi. Boleh guna kan?

Penutup kedua-dua cawan aku buka dan aku isikan dengan air mineral yang memang aku sendiri tinggalkan sebelum keluar daripada rumah. Berguna jugalah aku tinggalkan dekat sini hari tu.

Aku membuka suis mikrowave. Setelah menetapkan masa aku masukkan dua cawan kopi tadi. Sementara menunggu, aku duduk di kaunter dapur seraya menyanyi kecil.

Mataku meliar di segenap ruang dapur. Pandanganku terarah kepada benda yang aku jatuhkan semasa mengambil kopi tadi. Aku kenal beg plastik putih tu. Beg yang biasa guna dekat klinik untuk letak ubat tu. Tapi ni siapa punya? Mama tak pernah pun sakit.

Aku turun dari kaunter. Tubuh aku bongkokkan sedikit untuk mengambil beg plastik yang nampak penuh itu.

'Banyaknya ubat', Aku berbicara sendiri sambil mengeluarkan satu persatu ubat dari plastik tersebut. Terasa leka.

Aku berpusing ke belakang serentak aku terjerit kecil apabila terlanggar 'sesuatu'.

"Kau ni kan! Terkejut aku", Aku mengabaikan Shariz yang tiba-tiba ada di dapur.

Shariz ketawa kecil, "Alololo, terkejut eh?"

Ting!

Mikrowave berbunyi. Aku menyuruh Shariz mengambil air kopi tersebut sementara aku terus berjalan ke meja makan.

"What is that?", Shariz bertanya, dia mengambil sepapan ubat daripada berbelas yang lain, yang secara fizikalnya nampak masih tidak terusik.

Aku jadi tertanya-tanya. Ini ubat siapa?

Macam-macam dalam fikiran aku sekarang ni. Mama sakit ke? Sakit apa sampai ubat banyak gila macam ni?

"Luvox. Epilim. Zyprexa. Xanax. Eh ini sleeping pills", Shariz menyebut satu persatu nama-nama ubat yang dilihatnya. Botol Sleeping Pills digoncang-goncang menghasilkan bunyian. Wajahnya kelihatan lebih serius sebaik saja melihat ubat-ubatan tersebut. Seolah-olah mengetahui untuk apa ubat tersebut.

"Family kau ada yang sakit ke?"

Tiba-tiba aku teringatkan sesuatu, "Aku rasa Papa aku simpan ubat ni kot. Dia ada asma."

Wajahnya semakin serius, "Asma tak perlukan Luvox semua benda alah ni. Orang asma pakai gas je. Seriously.", Tekannya. Ya tak ya juga.

Wuu... tak payahlah serius sangat Riz.

"Eh lagi satu, Papa aku doktor tau", Beritahuku sedikit bangga.

Mukanya kelihatan lega, "Oh. Aku rasa ni ubat pesakit dia kot", Ucapnya seraya membaca nama pesakit yang tertera pada plastik kecil seperti plastik paket berziplock yang digunakan untuk menempat setiap papan ubat-ubatan tadi. Aku tak nampak pula nama siapa, biarlah.

"Minumlah kopi tu", Pelawaku walaupun aku tahu kopi itu dah diusik sejak tadi.

Aku mengerling sekilas jam dipergelangan tangan, "Kau larat lagi ke? Kalau nak tidur sekejap boleh duduk sini dulu", Cadangku.

"Eh tak apa. Kita gerak je terus nanti".

Okey.

----

"Nak buat apa ya untuk Mama balik nanti?", Aku mengikat rambut yang sedikit lembab kepada sanggul. Aku mendaki anak tangga turun satu persatu.

Lengan kemeja loose aku lipat hingga ke siku. Kemudian aku biarkan tak berbutang menampakkan baju putih didalamnya. Untuk padanan lengkap, aku memakai jeans pendek separas paha.

Aku, Kau & Skateboard ✔Where stories live. Discover now