Empat Belas : Broken Family

6.4K 300 3
                                    

"Ajimmm", Ajai menyapa 'manja' ala-ala gayboy apabila melihat Ajim diluar rumah.

"Apa babi?", Ajim melontar kunci keretanya diatas meja kopi.

Dia merebahkan diri diatas sofa. Selamba 'memakir' kepalanya diriba Shariz yang khusyuk bermain permainan 'True Skate' ditelefon bimbitnya. Shariz hanya menepis kepala Ajim sedikit terganggu dengan kelakuan Ajim tetapi tidak pula dia bersuara.

"Kau salah timing sia balik kampung. Cuba teka apa kitaorang buat petang semalam?", Ajai cuba memancing mood Ajim.

Ajim kembali duduk diatas sofa. Lighter jenama Cricket diatas meja kopi di capai seraya menyalakan rokok Winston Lightnya, "Abenda? Kongkek awek?"

Najmi yang dari tadi tidak bersuara membaling bantal kecil. Tepat mengenai muka Ajim. Dia hanya ketawa, "Otak kat mana gila? Ingat kitaorang macam si Chaous tu ke main bohsia?"

"Jai kau tunjuk sikit dengan mamat Ajim ni", Najmi tersengih jahat. Saja kasi Ajim panas.

Ajai menayang gambar yang terpapar di skrin telefonnya. Gambar mereka bersama 'Ashley'. Shariz hanya menjeling sekilas sebelum menyambung bermain permainan di telefonnya.

"Pebenda siaaaa", Ajim menayang muka tak percaya. Nak pula Ashley bersama mereka?

Ajai dan Najmi hanya ketawa. Ajim hanya mencarut secara mental, "Bila ni?"

"Semalam", Balas Ajai.

Masing-masing kembali fokus pada kaca televisyen yang menayangkan drama melayu pada setiap petang.

"Eh kakak kau apa cerita?", Prihatin Shariz bertanya.

"Alhamdulillah sihat sikit. Ada doktor yang datang ulang alik dari rumah buat check up", Jelas Ajim panjang tanpa dipinta.

"Doktor lelaki ke perempuan?", Ajai mengeluarkan soalan bodoh seraya tersengih mengusik.

"Lelaki. Tapi en aku syak diaorang ni macam main feeling lah", Luah Ajim. Teringat bagaimana 'caring'nya doktor yang merawat ibunya siang tadi.

"Ala biarlah kakak kau cari pengganti", Serentak Shariz dan Najmi ketawa.

"Tu ah tu. Main feeling tak apa jangan main lain", Ajai sengaja bergurau kasar.

Ajim ketawa, "Otak kat mana?"

"Dalam seluar", Selamba Ajai membalas.

"Eh Timun kau check sikit otak dia dalam tu", Balas Shariz, bergurau juga. Najmi pula hanya mengacah mahu membuka seluar Ajai.

Masing-masing hanya ketawa.

------

"Mamaaaa", Aku merengek manja apabila menerima panggilan daripada mama.

"Ma nak tahu tak? Petang semalam Dian skate dekat skatepark depan ni. Sekejap je dah ada geng", Tak tahu kenapa aku begitu teruja mahu menceritakan apa yang aku dapat kepada mama. Gembira mungkin? Sekurang-kurangnya aku ada kawan disini walaupun semuanya lelaki.

"Baguslah Dian pandai sesuaikan diri. Siapa kawan-kawan Dian tu?", Seperti biasa mama hanya melayan saja setiap ceritaku.

"Mula-mula diaorang tu macam pelik sikit tapi lama-lama okey", Aku teringat kali pertama berjumpa mereka beberap hari lepas tanpa sedar aku tak menjawab soalan mama.

"Dian tak berkawan dengan budak bukan-bukan kan?", Duga mama. Ish mama ni.

"Ada empat orang. Semua baik je. Nama diaorang Shariz, Ajim, Najmi, lagi sorang tu Ajai. Diaorang ajar Dian trick", Ceritaku masih lagi dalam mood teruja.

Aku, Kau & Skateboard ✔Where stories live. Discover now