BAB 2

5K 149 0
                                    

Pejam celik..pejam celik akhirnya Eddie telah habis mengikuti kem PLKN..Namun kegembiraan Eliya hanya sekejap kerana Eddie telah mendapat surat tawaran untuk belajar di luar negara namun sebelum pergi ke luar negara dia harus mengikuti program persediaan sebelum bertolak ke luar negara.
"Ala..Eddie nak kena pergi lagi ke?..hisy..tak syok la macam ni..baru sekejap Eddie balik rumah dah kena pergi luar negara pulak..kesian kat Liya.."ujar Eliya ketika membantu Eddie melipat baju yang akan dibawa ke sana nanti.Eddie tersenyum.
"Ala..nanti Eddie kirim la surat..macam tak biasa pula..cuti semester nanti Eddie balik la kampung tapi kalau cukup budget la.."
"Erm..ye la Eddie..tapi Eddie pergi belajar..amik bidang apa?.."tanya Eliya penuh minat.
"Eddie nak amik architecture and technology course.."balas Eddie lagi.
"Maksudnya Eddie nak jadi arkitek ke?..nanti kerja apa?"
"Eddie boleh jadi guru lukisan kejuruteraan.atau maybe kerja dalam bidang oil and gas ke..macam-macam boleh.."ujar Eddie dengan penuh rasa kagum.
"Habis tu Eddie belajar kat negara apa?.."tanya Eliya lagi.
"Eddie dapat belajar kat US..nasib baik la dapat belajar luar negara..Eddie ingat tak akan mungkin dapat..tapi Alhamdulillah akhirnya dapat juga Eddie merasa duduk di negara orang.."
"Erm..tapi duduk negara orang jangan lupa pula Liya kat sini ye..lagi satu jangan tinggal solat..untung la Eddie dapat keputusan 'tiptop' kalau Liya ni yang tak berapa pandai tak tahu la dapat merasa ke tak naik kapal terbang.."
"Ala..insyallah dapat la..Liya bukanlah bengong sangat pun..kalau bengong pun sedikit je.."ujar Eddie sambil tergelak.Eliya menepuk bahu Eddie perlahan.
"Eddie nanti bila agak-agak Eddie habis belajar dan boleh duk kat Malaysia?.."tanya Eliya.
"Erm..mungkin dalam 3 tahun lagi ke..sebab bidang Eddie ni kejap je..belajar pun tak lama sangat sebab tu Eddie cadang nak belajar bidang ni..Liya pula nak belajar bidang apa?"tanya Eddie.
"Erm..entah la..nak belajar bidang fesyen atau bidang Aero engineering.."
"Wow..nak jadi apa tu?"
"Kalau bidang fesyen Liya nak jadi Fashion designer pastu buat jenama sendiri tapi kalau Aero engineering pula..Liya nak jadi pilot..sebab pilot dapat mengelilingi dunia tanpa kena beli tiket sebab pilot yang bawak kapal terbang dan juga bila Liya tengok pilot jalan kat dalam TV tu gaya diorang tu smart la.."ujar Eliya sambil membayangkan dia memakai baju uniform juruterbang.Eddie tersenyum lagi.
"Hoi..berangan je lebih..belajar tak nak macam mana nak capai kejayaan?.."ujar Eddie lagi.
"Ala..Eddie kan sumber inspirasi Liya..kalau Eddie dah bijaksana mestilah Liya kena ikut jejak langkah Eddie juga kan?"
"Tau tak pe..tak tahu tanya.."ujar Eddie.Itulah perbualan mereka yang terakhir sebelum Eddie bertolak keesokkan harinya.


Sudah hampir enam bulan Eddie meninggalkan rumah itu. Eliya kini sudah dapat membiasakan diri dengan ketiadaan Eddie namun dia tetap rindu apabila duduk bersendirian oleh itu Eliya mangambil keputusan untuk tinggal di asrama.
Memang agak sunyi rumah atuk Samad tanpa kedua-dua cucu kesayangannya itu.
Atuk Samad selalu juga pergi melawat Eliya namun kerinduan terhadap cucunya tidak dapat dibendung dengan hanya melawat beberapa kali dalam seminggu akhirnya atuk Samad tekad untuk memujuk cucunya itu untuk kembali tinggal di rumah.
Eliya menolak kerana dia perlu menumpukan perhatian terhadap pelajarannya untuk persediaan peperiksaan PMR yang bakal didudukinya setahun lagi.

Setelah beberapa bulan tinggal di Amerika, Eddie mengirim surat kepada keluarganya dan tak lupa juga kepada Eliya..Eliya amat gembira menerima surat tersebut.
Dia segera membuka surat tersebut apabila warden asramanya memberikan surat tersebut kepadanya.Dia berlari menuju ke tempat yang lebih sunyi supaya dia dapat membaca surat tanpa gangguan kerana jika dia membaca surat tersebut secara terang-terangan pasti akan diganggu oleh Rabiatul,rakan karib merangkap teman sebiliknya di asrama.


Liya,


Apa khabar adik abang kat sana?..Eddie rindu sangat kat Liya..setiap kali Eddie Nampak salji masa musim sejuk kat sini pasti Eddie akan teringat kat Liya sebab Eddie ingat lagi Liya pernah beritahu Eddie yang Liya teringin nak main salji kan?..Liya belajar rajin-rajin tau..Eddie akan selalu doakan Liya supaya Berjaya dalam peperiksaan Liya nanti..boleh sama-sama kita belajar kat sini..tahniah sebab Liya dah Berjaya duduk asrama..tak sangka juga ya Liya yang pengecut ni berani juga nak duduk asrama..Eddie sebenarnya tahu kenapa Liya beria-ia nak duduk asrama..sebab rindu kat Eddie kan?..kalau Liya duduk seorang kat rumah Liya akan selalu ingat Eddie kan?..apa-apa pun keputusan Liya,Eddie akan sentiasa sokong Liya..okay la Liya..doakan kejayaan Eddie kat sini ya..jangan lupa beritahu setiap yang jadi di Malaysia pada Eddie ya..bye!muah!..hehe ^_^

Salam Rindu dari abangmu,
Eddie Ryqarl


Eliya melipat kembali surat tersebut lalu memasukkannya ke dalam sampul surat namun belum sempat dia memasukkannya Rabiatul sudah merampas surat tersebut.Eliya berlari mengejar Rabiatul sehingga mereka ditegur oleh senior mereka.Akhirnya mereka duduk dibuaian yang terdapat dikawasan asrama.
"Eh..Eli..kau dengan abang angkat kau ni memang rapat eyh?.."tanya Rabiatul kepada Eliya.Rabiatul memanggil Eliya dengan panggilan Eli kerana hanya keluarga sahaja yang memanggil namanya Liya.
"A'ah..kitorang dah membesar sama-sama..dari kecil sampai la besar panjang ni..walaupun kitorang bukan adik beradik kandung tapi ye la dah duduk satu rumah kan..dah tak rasa apa dah sebab dia tu bagaikan abang betul aku.."
"Aku nak tengok muka dia la..dari ayat dia untuk kau ni macam gaya orang bercinta tau tak.."ujar Rabiatul
"Ei..kau ni apa la Abby..aku tak pernah terlintas pun nak suka atau cinta dia sebab dia tu abang aku tau..kalau kau nak tengok muka dia ni aku tunjuk.."ujar Eliya lalu mengeluarkan dompetnya dan memberikan Rabiatul gambar Eddie yang elok tersimpan di dompetnya.Rabiatul mengambil gambar tersebut dan menatapnya lalu membulatkan matanya.
"Mak ai!..hensemnya..muka cam ni kau kata tak terlintas langsung nak jatuh cinta..kau gila ke?atau kau buta?.."tanya Rabiatul lagi.
Eliya hanya tersenyum mendengar celoteh rakannya itu.
"Hurm..nanti kalau ada rezeki aku nak belajar kat Amerika teman abang sepupu aku tu kat sana..at least ada la orang yang boleh jaga aku nanti..betul tak Abby?"ujar Eliya setelah sekian lama mendiam.Rabiatul hanya tersenyum lalu mengangguk.
"Bagus lah kalau kau ada pasang niat nak belajar diluar negara nanti masa tu jangan pula kau lupakan aku ya?.."
Eliya mengangguk lalu memeluk bahu sahabatnya itu.


Tiga tahun kemudian...

"Liya..hari ni Eddie pulang dari Amerika..kamu tolong pergi jemput Eddie kat air port ya.."ujar Encik Harun kepada anaknya.
"La..kenapa pula papa?..takkan la Liya nak naik teksi pula pergi sana..sorang-sorang pula tu.."
"Ala..selalu kamu boleh pula keluar sorang-sorang..jauh pula tu..dah..pergi cepat.."
"Erm..okay la kalau macam tu..tapi tambang papa punya duit..okay?"
Encik Harun hanya menggelengkan kepala lalu memberikan Eliya beberapa helai wang kertas.Eliya tersenyum besar tatkala melihat jumlah wang yang melebihi seratus ringgit itu.
"Dengar sini..duit ni adalah duit tambang pergi balik dan makan..jadi jangan membaz..."
Belum sempat Encik Harun menghabiskan ayatnya Eliya sudah hilang dari pandangan mata.Encik Harun menepuk dahinya lalu menggelengkan kepala.
"Eliya..Eliya..bertuah punya budak..belum sempat aku habiskan ayat dah hilang..kalau pasal abangnya tu laju je.."ujar Encik Harun sendirian.



Satu jam kemudian..

Eliya berdiri betul-betul dihadapan pintu ketibaan..Dia menelek jam tangannya.. 'hisy mana Eddie ni..kata sampai jam 10 pagi..ni dah nak dekat setengah jam aku tunggu..tak apa la..boleh aku tengok kedai aksesori kat sana..'..Eliya masuk ke dalam sebuah kedai aksesori berdekatan dan melihat-lihat beberapa aksesori yang menarik..
Tiba-tiba dia merasa sesuatu di telinganya..Dia menepis namun kegelian lagi..Dia menoleh ke kirinya terlihat seorang lelaki yang memegang bagasi serta jaket denim..dia melihat penampilan lelaki itu dari atas ke bawah.. 'hensemnya..siapa ni..siap pakai sunglasses lagi..apalah..kat tempat yang tak panas pun pakai sunglasses..' Eliya bermonolog sambil mencebik lalu kembali menelek seutas gelang tangan di tangannya.
"Hello..sweet girl..may I have your phone number?"ujar lelaki yang berkemeja putih dan kelihatan ranggi itu.
"Excuse me..do I know you?"balas Eliya dengan penuh keyakinan.Tiba-tiba lelaki itu menunjal kepala Eliya.Eliya mengaduh sakit lalu membesarkan matanya belum sempat dia menghamburkan kemarahan lelaki berkulit cerah itu terus membuka kaca mata hitamnya.
"OMG!..Eddie!!!..you look very the hensem la.."
"Hai..tadi bukan main fluence lagi English Liya..tiba-tiba je bertukar jadi mak Bedah kampung sebelah kenapa?.."
"Eddie kenapa Eddie dah hensem sekarang..macam tak percaya pula..in 3 years..Eddie..3 years Eddie dah jadi hensem macam ni..walawei..macam ni Liya pun nak pergi Amerika la..balik nanti terus jadi Angelina Jolie.."
"Banyak la Angelina Jolie hang tu..dah jom Eddie dah lapar ni.."ujar Eddie menarik tangan Eliya.Eliya agak kekok kerana sudah lama dia tidak bersua muka dengan abang sepupunya itu.Mereka telah makan serta berjalan-jalan disekitar kawasan lapangan terbang tersebut sebelum pulang ke rumah.

Sejurus sampai di rumah mereka terkejut melihat atuk Samad sedang mengerang kesakitan di bilik mujurlah mereka tiba tepat pada masanya kerana ketika itu ibubapa mereka sedang keluar membeli barangan dapur.
Mereka segera menelefon ambulans..Eliya menangis kerana melihat keadaan atuknya itu.Eddie hanya menenangkan Eliya.Memang atuk Samad sudah tua dan tidak sihat.Dia bersyukur kerana sudah pulang ke tanah air jika tidak pasti dia tidak dapat memaafkan dirinya jika tidak berjumpa atuk Samad di penghujung hayat atuknya itu.
Beberapa minit kemudian kelihatan Puan Naimah,Puan Marina,Encik Farid dan Encik Harun berlari anak menuju kearah Eliya dan Eddie yang sedang menunggu di ruang menunggu.Eliya terus berlari memeluk ibunya manakala Eddie bersalaman dengan ibubapanya.Tidak dia sangka bahawa dia akan bertemu keluarganya dalam keadaan begini selepas sekian lama terpisah dari mereka
.Tiba-tiba kelihatan seorang doktor keluar dari wad kecemasan.
"Boleh saya bercakap dengan waris Encik Samad"
"Saya doktor.."ucap Encik Harun dan Encik Farid serentak.
"Encik Samad mengalami serangan jantung tapi sekarang keadaannya sudah stabil namun kesihatannya harus dijaga dan yang paling penting elakkan Encik Samad dari mengalami tekanan.."
"Doktor..boleh tak saya tengok bapa saya?"
"Silakan tapi hanya dua orang sahaja kerana pesakit memerlukan rehat yang cukup.."
Encik Farid dan Encik Harun masuk ke dalam wad yang menempatkan atuk Samad manakala yang lain hanya menunggu diruangan menunggu hospital tersebut.
Eliya berbaring dipangkuan Puan Marina manakala Eddie dan Puan Naimah masing-masing melayan perasaan..Walaupun pada mulanya pelbagai perkara ingin diceritakan oleh Eddie kepada ahli keluarganya itu namun memandangkan keadaan yang tidak sesuai,dia hanya mendiamkan diri.
Beberapa minit kemudian Encik Farid dan Encik Harun keluar dengan wajah yang ragu-ragu lalu menyuruh Eddie dan Eliya masuk ke dalam wad tersebut kerana atuk Samad ingin berjumpa mereka berdua.
Eddie dan Eliya memandang kearah satu sama lain dengan wajah yang penuh tanda tanya namun mereka akur dengan keinginan atuk mereka itu.


Love You 1000 Times (Wattpad Version)Where stories live. Discover now