Bab 17

2.4K 73 0
                                    

    Hani berdehem beberapa kali.
"perhatian semua..seperti yang kita tahu sekolah kita telah menjadi sekolah yang terbaik di negeri ini kerana pencapaian SPM yang bergitu memberansangkan..oleh itu..saya ingin menjemput pelajar terbaik sekolah kita.. Eliya Rihanna binti Harun untuk naik ke pentas dan memberi sepatah dua kata..dipersilakan.."ujar Hani lalu tersenyum kearah Eliya.Eliya tersenyum lalu naik ke pentas.Kedengaran bunyi tepukan dari bawah pentas tak kurang juga bunyi-bunyi pelajar lelaki yang menggatal namun semua itu tidak dapat membuang rasa risau dalam hati Eliya.
"assalamualaikum semua..saya sungguh berbesar hati kerana turut dijemput untuk sama-sama hadir dalam majlis ini..saya amat bersyukur kerana mendapat kejayaan yang memang saya impikan sejak dari kecil lagi..terima kasih kepada guru-guru yang bersusah payah untuk membantu saya dan berjaya mendidik saya untuk sampai ke tahap ini..jasa cikgu-cikgu tidak dapat saya lupakan hingga ke akhir hayat saya.."ujar Eliya.

Di bawah pentas,cikgu Junaida sudah menarik-narik tangan Eddie untuk keluar dari dewan tersebut.
"Eddie..jom la ikut I..I ada something nak beritahu..cepat la Eddie.."ujar cikgu Junaida sambil memeluk-meluk lengan Eddie.
"cikgu..saya rasa tak payah la keluar dari dewan ni..lagipun Liya tengah berucap tu..tak sedap la kalau kita keluar begitu sahaja.."ujar Eddie sambil menolak perlahan tangan cikgu Junaida yang memeluk lengannya.
"alaa..cikgu...ikut je la.."ujar cikg Junaida lalu menarik Eddie untuk keluar dari dewan tersebut.Eddie sudah tidak mampu melakukan apa-apa sejujurnya dia memang boleh untuk menolak cikgu Junaida kasar namun dia masih ingin menjaga maruah cikgu Junaida dihadapan bekas pelajar-pelajarnya.

Eliya masih berucap diatas pentas memulakan muqadimahnya ternampak situasi Eddie yang sedikit sebanyak menyemarakkan api cemburunya.
"Jangan!!!..itu suami saya.."ujar Eliya dihadapan semua tetamu didewan.Cikgu Junaida tidak mengendahkan apa yang dikatakan oleh Eliya kerana dia tidak perasan bahawa apa yang dikatakan Eliya itu merujuk kepada Eddie.Se mua orang didalam dewan itu terdiam dan ada juga yang menutup mulut mereka kerana tidak percaya dengan kenyataan yang diberikan oleh Eliya.
"Nanti cikgu Junaida!!..abang Eddie tu suami saya..dan anak yang dikandung saya ni adalah anak dari hasil pernikahan kami berdua.."ujar Eliya sambil menundukkan wajahnya untuk mengumpul kekuatan untuk bertentangan mata dengan para hadirin yang hadir.Cikgu Junaida terus melepaskan tangan Eddie.Wajahnya berubah dan dia hampir terjelepuk dilantai namun Rabiatul pantas memeluk bahunya lalu mendudukkan cikgu Junaida ke kerusi.Eddie berjalan perlahan menuju ke pentas dan sama-sama berdiri bersama Eliya.Perlahan tangan Eliya digenggamnya bagi memberi sedikit kekuatan.
"sebenarnya kami dah lama nikah dan usia pernikahan kami dah hampir 2 tahun..alhamdulillah tahun ni kami bakal dikurniakan zuriat pertama kami.."ujar Eddie.
"jangan salah faham..Liya nikah dengan Eddie bukan kerana kami telah ditangkap basah atau apa-apa..tapi.."Eliya mendiamkan diri.
"kerana saya cintakan Eliya sejak kecil lagi..kami membesar dalam rumah yang sama dan berkongsi kasih sayang dengan ibubapa masing-masing memandangkan bapa saya adalah anak angkat kepada datuk Eliya.."terang Eddie.Eliya hanya mengangguk mengiakan apa yang dikatakan oleh Eddie.
"habis tu bila cikgu dan Liya bernikah?.."soal salah seorang dari pelajar yang berada didewan itu.
"kami menikah semasa cuti sekolah sewaktu Eliya masih ditingkatan 4..dan pernikahan kami juga sebenarnya merupakan wasiat dari datuk Eliya..oleh itu,kami melansungkan pernikahan ini tanpa menunggu Eliya tamat belajar..dan kebetulan cikgu memang cintakan Eliya so bagai pucuk dicita ulam mendatang la.."jawab Eddie tenang.Eliya sudah menjengkelkan mata kepada Eddie. 'hisy..dia ni..orang dalam keadaan serious..ada pula dia buat lawak sekarang ni..'hati Eliya bermonolog.Para hadirin mula tersenyum.
"aahh..sweetnya.."kedengaran suara salah seorang pelajar perempuan.Eddie hanya tersenyum lalu mencium pipi kanan Eliya dikhalak ramai membuatkan Eliya membulatkan matanya sambil memandang Eddie.
"abang..."Eliya menjerit kecil membuatkan seisi dewan tergelak.
"kami memohon maaf kerana tidak memberitahu kalian dengan lebih awal memandangkan di Malaysia terdapat peraturan agar pelajar tidak boleh berkahwin ketika masih bersekolah..sebab tu kami berpakat untuk menyembunyikan hal sebenar dari pengetahuan semua.."ujar Eddie.
"saya rasa penjelasan kami dah jelas..sekian terima kasih.."ujar Eddie lagi sebelum dia memimpin tangan Eliya turun dari pentas.

Malam itu majlis berjalan seperti biasa.Ramai juga yang mengucapkan tahniah dan tak kurang juga yang menjeling Eliya dengan wajah masam mencuka mana tidaknya kalau jejaka idaman mereka ternyata sudah menikah bersama rakan mereka sendiri.Kini Eliya dan Eddie dapat bernafas dengan tenang tanpa menyimpan apa-apa rahsia dari mana-mana pihak.

Sejurus pulang dari majlis dihotel,Eliya baring dengan senyuman yang paling manis terhias indah diwajahnya.Eddie turut berbaring disamping Eliya.
"happy?.."soal Eddie sambil mengelus-elus pipi isterinya yang masih belum menukar pakaian.
"ofcourse..Liya rasa lega sangat sebab semua dah berakhir..sekarang ni fokus Liya hanya untuk anak kita aje..betul tak baby?.."ujar Eliya sambil mengusap perlahan perutnya.Eddie memandang Eliya dengan wajah yang masam.Eliya memandang Eddie dengan wajah pelik lalu dia bangun dari pembaringannya.
"kenapa ni?."soal Eliya sambil memandang wajah Eddie yang masam mencuka.
"maksudnya selepas abang bersusah payah tolong Liya tadi..Liya hanya akan fokus pasal baby kita je?..habis tu papa baby macam mana?.."soal Eddie dalam nada merajuk.Eliya tergelak kecil melihat Eddie yang seperti kebudak-budakkan.Eliya merapatkan wajahnya ke wajah Eddie lalu bibir mereka bersatu buat seketika.
"baby ni penting..tapi tanpa papa baby..macam mana mama nak dapat baby?..mestilah papa baby pun jadi fokus mama.."jawab Eliya berbisik ditelinga Eddie.Eddie turut tersenyum nakal.
"okay..mama baby sangat menggoda malam ni..boleh tak papa nak tuntut janji petang tadi?.."soal Eddie lalu menarik Eliya agar berbaring semula sebelum dia menindih Eliya dan menutup lampu disisi katil mereka.Beberapa minit kemudian Eliya membuka lampu semula.
"give me 20 minute..Liya belum solat dan belum salin baju lagi.."ujar Eliya lalu bangun dari pembaringan mereka.Eddie memejamkan matanya dengan wajah kecewa.
"alaaa..lamanya.."
"sabarlah sayangku Eddie.."jawab Eliya manja sebelum masuk ke dalam bilik mandi bersama tuala.Eddie memandang jam disisi katil mereka sudah hampir pukul 10.30 malam. 'erm..sabar Eddie..malam masih muda..'hati Eddie berkata-kata lalu dia bangun untuk menyalin pakaiannya sebelum turut masuk ke dalam bilik mandi bersama Eliya.
"abang!!.."Eliya terjerit kecil namun tak lama kemudian kedengaran gelak tawa dari dalam bilik mandi tersebut.


Seminggu kemudian..
Eliya membuka Facebook miliknya kerana sudah hampir sebulan dia tidak menyentuh laptop miliknya.Sejurus Eliya membuka Facebook miliknya dia terkejut apabila membaca status milik Zafril.

Sudah tiba masanya untuk aku pergi membawa hati yang lara..Selamat tinggal Malaysia!..jika ada jodoh kita akan berjumpa lagi..

Eliya pantas mencapai telefon bimbitnya dan mendail nombor Zafril namun hasilnya menghampakan kerana telefon tersebut telah dimatikan.Akhir sekali Eliya berkira-kira untuk menelefon seseorang tanpa membuang masa dia pantas menekan butang hijau pada skrin Samsung S5nya.Beberapa minit kemudian kedengaran suara seseorang yang amat dikenalinya dihujung talian.
"hello..assalamualaikum.."
"walaikumsalam..kak Maria..ni Liya.."
"Liya..apa khabar?..sorry la tak sempat nak call Eddie dan Eliya untuk ucapkan tahniah atas perkahwinan korang berdua..kak Maria pun bakal melansungkan perkahwinan akak hujung tahun ni.."beritahu Maria dalam nada gembira.Akhirnya dia sudah dapat melupakan Eddie dan bertemu dengan jejaka yang dicintainya.
"ye ke?..tahniah!..macam mana akak tahu saya dan Eddie dah nikah?.."soal Eliya.
"erm..minggu lepas Zack balik dalam keadaan tidak terurus..dia mabuk..akak betul-betul tak sangka Zack sanggup sentuh benda haram tu..bila akak tanya dia cakap hati dia hancur sebab kekasih dia dah jadi milik orang..jadi akak tahulah bahawa kekasih yang dimaksudkannya tu adalah Liya.."ujar Maria dalam nada sedih.Suaranya kedengaran seperti dia sedang menangis.Eliya juga menekup mulutnya kerana sedih mendengar mengenai Zafril.
"habis tu sekarang Zafril dimana,kak?.."soal Eliya.
"dia masih dirumah kami..tapi lagi beberapa hari dia akan sambung belajar di Tasmania..tapi jujur akak katakan Zafril memang sedang menyeksa dirinya sendiri,Liya..dia bagai tidak berada disini..dia berada dalam dunianya sendiri..selalu termenung dan menangis sendirian sambil memandang gambar kamu berdua..badannya juga sudah susut kerana tidak makan..hanya arak menjadi temannya sekarang..akak pun dah tak boleh buat apa..ibubapa kami memang tak menetap di Malaysia..jadi akak memang tak khabarkan pada mereka kerana takut mereka risau.."ujar Maria Hanna.
"akak..tolong jagakan Zafril,ya..Liya masih sayangkan dia sebagai abang Liya..tak sanggup tengok dia terseksa..nanti kalau apa-apa akak call Liya ,ya?..assalamualaikum.."ujar Eliya sebelum mematikan talian.Eliya terduduk dibirai katil sambil menangis semahu-mahunya.Mujur ketika itu Eddie tiada dirumah dan hanya Puan Marina sahaja yang berada dirumah menemani Eliya namun ibunya itu sibuk dibilik bacaan memandangkan Puan Marina juga mempunyai kerjayanya sendiri.

Eliya mendail nombor Rabiatul dan tidak sampai beberapa saat panggilannya sudah berjawab.
"hello,Abby..kau kat mana ni?.."soal Eliya.
"aku kat tempat kerja ni..buat masa sekarang aku kerja disyarikat milik keluarga Farouq..kenapa?.."soal Rabiatul.Tanpa dapat ditahan-tahan Eliya menghamburkan tangisnya.
"Eli..kenapa ni?..kau okay tak ni?.."soal Rabiatul cemas.
"aku..aku perlukan kau sekarang..boleh tak kita jumpa?.."soal Eliya dengan tangisnya yang mula reda.
"okay..aku datang jemput kau sekarang..tunggu sekejap,ya?.."ujar Rabiatul lalu mematikan talian.Eliya masuk ke dalam bilik mandinya lalu membasuh mukanya sebelum bersiap dengan gaya sederhana.
Beberapa minit kemudian kedengaran bunyi hon dari luar pagar rumah mereka menandakan Rabiatul sudah tiba.Eliya mengetuk pintu bilik bacaan rumah mereka.
"masuk.."kedengaran suara Puan Marina dari dalam.
"mommy..Liya keluar sekejap dengan Abby,ya?..nanti kalau Eddie balik suruh dia jangan tunggu Liya..makan je dulu.."ujar Eliya.
"okay..hati-hati keluar tu..jangan balik lewat sangat tak elok biar suami tunggu sorang-sorang kat rumah.."ujar Puan Marina.Eliya hanya mengangguk sebelum menutup pintu semula.

Eliya masuk ke dalam kereta milik Rabiatul sebelum mereka berdua meneruskan perjalanan ke destinasi yang sesuai untuk mereka memulakan bicara.
"Eli..kenapa kau nangis?..Eddie ada buat hal kat kau ke?.."soal Rabiatul sambil mengusap-usap bahu sahabatnya itu namun matanya masih memandang ke jalan raya.Air mata Eliya mula menitis satu persatu.
"Zafril.."
"kenapa dengan Zack?.."soal Rabiatul.
"hari yang aku beritahu pasal kebenaran tu dia mabuk..dia dah berubah Abby..aku rasa serba salah sangat.."ujar Eliya dalam tangisnya.
"what?!..mabuk?!..mana kau tahu semua ni Eli?.."soal Rabiatul dengan perasaan ingin tahu.
"aku tadi pagi online facebook lepas tu aku nampak status dia cakap dia nak membawa hati yang lara dan ada sebut selamat tinggal Malaysia..so,aku try call dia tapi voice mail..jadi aku call la kakak dia..tapi bila aku dengar tentang keadaan Zack..hati aku berkecai Abby..tak sangka abang angkat aku yang begitu aku sayang dan bimbing aku selama ni dah berjinak-jinak dengan benda haram tu..dan yang paling menyakitkan..semua ni jadi sebab aku..sebab aku,Abby.."ujar Eliya sambil menangis.Rabiatul memberhentikan keretanya di kawasan parkir Taman Tasik Perdana.
"sabarlah Eli..mungkin ini adalah cara Allah menduga dia dan kau juga..pasti ada hikmah disebalik semua yang terjadi ni..kau janganlah sedih macam ni..kau kena ingat..kau tak boleh nak ubah apa-apa sebab kenyataannya kau dah jadi milik Eddie dan anak yang kau kandung tu adalah anak Eddie..takkan kau nak tinggalkan semuanya semata-mata sebab Zack?..aku tahu kau bijak dalam buat keputusan..kau isteri orang sekarang ni..kau kena utamakan keluarga kau dulu.."ujar Rabiatul.
"tapi semua ni berat untuk Zack.."ujar Eliya.Rabiatul mengenggam tangan Eliya.
"Eli,..Allah tak pernah uji hambaNya dengan ujian lebih berat dari apa yang termampu oleh hambaNya..ini adalah ujian Allah untuk Zack..kita hanya mampu berdoa semoga Zack akan kembali ke jalanNya.."ujar Rabiatul.Eliya memeluk Rabiatul.
"terima kasih atas nasihat kau,Abby..kau memang sahabat aku dunia akhirat..tapi..patutkah aku jumpa Zack dan pujuk dia?.."soal Eliya sambil mengesat sisa air matanya.
"aku rasa solusinya adalah kau bincang baik-baik dengan suami kau..terangkan situasi sebenar pada Eddie..aku tahu Eddie pasti akan memahami kau dan aku pasti..nasihat dia lebih bernas berbanding aku yang usia baru setahun jagung ni.."ujar Rabiatul sambil tergelak.    

Love You 1000 Times (Wattpad Version)Where stories live. Discover now