Bab 32

1.7K 58 0
                                    


Eliya menghela nafas lega.Syukur bos miliknya telah mengarahkan rakan sekerjanya untuk pergi meninjau kawasan tapak projek mereka di Johor.Jam tangannya dilihat.Hampir masuk waktu rehat.Eliya merenggangkan badannya.Sejak beberapa hari ini kerjanya seakan-akan tidak pernah habis bahkan waktu rehatnya juga kadang-kadang terpaksa dikorbankan demi menyiapkan tugasan yang masih tergendala.Sedang Eliya bersiap sedia untuk berehat,interkom berbunyi.
"yes,Alina?.."ujar Eliya sejurus interkom ditekan.
"Puan..Encik Osman suruh ikut dia dan Ries untuk lunch dengan klien hari ini.."kedengaran suara lunak Alina dari interkom.Eliya menghela nafas berat.
"Ries pun ikut?.."soal Eliya yang sudah tidak senang.
"ya..Encik Osman kata sebab lepas ni projek yang puan handle sekarang tu bakal ditugaskan kepada Ries..so dia nak Puan Liya dan Encik Ries ikut dia.."jawab Alina.
"okay la..diorang nak bertolak sekarang ke?.."
"ya..tapi Encik Osman kata dia ada hal kena settlekan dulu so Puan Eliya kena pergi dengan Encik Ries.."
"okay then..thanks ya Lina.."ucap Eliya lalu mematikan interkomnya.Eliya mengeluh lalu mendail nombor seseorang di telefon bimbitnya.
"Hello..Ries you nak pergi lunch dengan klien tu pukul berapa?.."soal Eliya dingin.
"Hey..oh I nak pergi sekarang..I tunggu you di lobi tau..jangan lama-lama nanti I rindu.."ujar Ries romantis.Eliya menjulingkan matanya keatas.Muak sungguh dia dengan perangai Ries yang mengada-ngada itu.
"ngada-ngada betul..tak payah nak buat suara macho sangat la..bukan aku tak kenal kau pun..mengedik aje la kau ni.."ujar Eliya garang yang dibuat-buat.Tiba-tiba tawa Ries dihujung talian meledak.
"Eh..aku mengada dengan kau aje tau..sebab kau tu kan kekasih gelap aku dekat syarikat kita ni..ingat tu.."balas Ries dalam nada bergurau.
"eh beb..aku tunggu kat bawah sekarang tau..kau lambat siap kau..belanja aku satu bag Birkin yang kau beli kat London hari tu.."ugut Eliya.
"ehh..kepala otak kau..itu aku belikan mama aku la..takkan aku nak sedekah kat kau kot..suruhlah tuan CEO kau yang tersayang tu belikan.."ujar Ries dalam nada perli.
"his..kedekut..tak nak la..aku dah la tengah perang dingin dengan dia ni..eh..aku kan nak jumpa kau ni..nanti kita story story dalam perjalanan la..nanti marah pula bos kesayangan kau tu sebab lambat.."ujar Eliya.
"okay..darling you tunggu I ,okay?..I datang sekarang.."balas Ries mengusik lalu mematikan talian.Eliya hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum.Bukan dia tidak suka keluar bersama Ries tetapi lelaki itu mempunyai nafsu membeli belah yang sangat tinggi mengalahkan kaum wanita sepertinya menyebabkan kadang-kadang Eliya berasa malas untuk keluar berehat bersama Ries atau nama sebenarnya Syed Riezwan Al-Habib.Namanya sahaja sudah melambangkan wajahnya yang semestinya mempunyai campuran arab disebelah bapanya.Ries merupakan seorang yang agak tegas dan sukar untuk dijangka namun hanya Eliya sahaja yang sudah masak dengan perangainya itu memandangkan Ries merupakan senior yang paling rapat dengan Eliya ketika Eliya melanjutkan pelajarannya dulu.

Ries sudah berpeluk tubuh disamping kereta Audi R8 miliknya dengan wajah yang sudah masam mencuka.
"alaa...jangan la buat muka macam tu..sorry la bro..bukan aku sengaja pun.."ujar Eliya dengan wajah serba salah namun bagi Ries wajah Eliya itu terlalu comel dipandangan matanya sehingga membuatnya sukar untuk menahan tawa.Ries ketawa kuat sambil melihat wajah Eliya.
"kau dah kenapa ni beb?..kena rasuk ke apa ni?.."soal Eliya dengan wajah panik.
"kau ni ada-ada aje la..kau tahu tak muka kau tu comel sangat kalau buat macam tu.."puji Ries ikhlas.
"iye la tu..aku beritahu kau awal-awal,ya?..aku ni banyak kerja tak nak la shopping macam orang gila yang macam kau selalu buat tu ,ya?.."ujar Eliya ketika memakai tali pinggang keledar.Ries sudah bersiap sedia untuk memulakan pemanduannya.
"okay,bos.."
"and..one more thing..aku tau la kereta kau ni canggih dan laju..tapi aku belum nak mati lagi buat masa ni.."sambung Eliya.Ries memandang Eliya dengan wajah serius.
"tapi aku tak kisah kalau mati dengan orang yang aku sayang.."jawab Ries seakan berbisik.Wajah Eliya berubah serta-merta mendengar apa ang dikatakan oleh Ries itu.Apabila melihat reaksi Eliya yang agak ketara.Ries terus tergelak namun bagina kedengaran agak hambar.
"hey..take it easy..maksud aku is kereta aku ni..kau tahu kan aku dah anggap kereta aku ni macam isteri aku.."ujar Ries cuba menutup rasa yang terbuku dihati.Eliya turut tergelak.
"laa...kau ni buat suspend aje.."ujar Eliya.Ries hanya tersenyum lalu menekan pedal minyak keretanya itu.Stereng digenggam kemas.Hanya Allah sahaja ang tahu tentang perasaannya yang terbuku sejak sekian lama buat wanita disebelahnya itu.

"So,itu la yang dah jadi?"soal Ries kepada Eliya sejurus Eliya menamatkan ceritanya berkaitan punca dia dan Eddie berperang dingin.Eliya membuat muka sedih sambil mengangguk perlahan.
"kesian adik aku ni.."ujar Ries sambil menepuk bahu Eliya yang berlapik itu.
"tu la..kan best kalau aku macam kau..single aje..gaji pun masyukkk.."ujar Eliya sambil tergelak.
"banyak la kau ni..eh..kenapa Encik Osman tak sampai lagi ni?..tak sempat aku nak ajak kau shopping..nasib kau la..aku baru ingat nak belanja kau tadi.."ujar Ries.Elia memandang wajah Ries dengan wajah seakan-akan ingin menangis.
"ehh..janganlah nak buat muka macam tu..ya..ya nanti aku belanja kau la.."Eliya tergelak kuat melihat wajah Ries yang cemas itu.
"hisy..kau ni memang nak kena.."ayat Ries tergantung apabila ternampak Encik Osman dan klien mereka sudah berdiri disisi meja mereka.Eliya yang sedang tersenyum sambil khusyuk memandang wajah Ries itu turut memandang kearah Encik Osman namun wajahnya serius apabila melihat lelaki yang berdiri disamping Encik Osman itu.Ries dan Eliya berdiri tanda hormat kepada bos dan 'klien' mereka itu.
"waa..rancaknya berborak.."tegur Encik Osman.Ries menghulur tangannya kepada Eddie untuk bersalam.Eddie menyambut tangan Ries namun wajahnya dingin.Encik Osman mengambil tempat bertentangan Ries manakala Eddie pula duduk bertentangan dengan Eliya.Matanya tajam memandang isterinya itu sehingga menyebabkan Encik Osman turut perasan tentang hal itu.Encik Osman berdehem sedikit membuatkan Eliya sudah tidak senang duduk.
"So,seperti yang Encik Eddie tahu..Puan Eliya adalah salah seorang jurutera yang mengendalikan projek syarikat Encik Eddie tetapi memandangkan Puan Eliya kita ni bakal ditugaskan di Australia maka,Ries akan mengambil alih.."terang Encik Osman kepada Eddie.Eddie terangguk-angguk sambil memandang wajah Ries tajam sebelum memandang sekilas wajah Eliya.Eliya mencebik lalu menjeling suaminya itu tanpa disedari oleh Encik Osman dan Ries yang kebetulan sedang membuat pesanan ketika itu.Beberapa minit Eliya dan Eddie saling berlawan pandangan sehingga Encik Osman memandang mereka sambil tersenyum.Ries pula memandang Eliya dengan wajah seakan tertanya-tanya.
"I nak order sama macam you juga la Ries.."ujar Eliya sambil tersenyum.Eddie menghela nafas berat.
"same with me.."ujar Eddie pendek kepada pelayan.
"okay..saya setuju jika Ries mengambil alih tugas Eliya..tapi saya nak dia update dengan saya everday melalui PA saya..nanti saya akan maklumkan pada dia tentang hal ni..saya nak every detail of the project mesti dalam pengetahuan saya.."ujar Eddie tegas bersama wajah yang serius.Eliya membulatkan matanya tanda dia sedang marah bercampur terkejut.Selama ini,belum pernah syarikat mereka bekerjasama dengan klien secerewet Eddie. 'Sah..ni mesti sebab dia cemburu pasal aku rapat dengan Ries ni..hisy..come on la..kan dulu aku selalu cerita pasal Ries ni pada dia..takkan dah lupa kot..a'ah la..aku lupa..Eddie mana pernah bersemuka dengan Ries..dulu pun dia ingat Ries ni lembut..sebab tu dia tak kesah sangat agaknya..abang..abang..'hati Eliya berkata-kata sendirian sambil bibirnya mengukir senyuman.
"his..berangan pula dia ni.."Ries mencuit bahu Eliya membuatkan Eliya tersedar.
"makan cepat.."ujar Ries perlahan kepada Eliya.Eliya menjeling wajah Eddie dihadapannya sebelum memulakan suapannya.Eddie seakan-akan tidak mengambil tahu perihal mereka berdua ketika itu namun telinga Eddie sungguh peka untuk mendengar setiap tutur kata yang diperkatakan oleh Ries kepada Eliya.

"okay..thanks for the treat,Encik Eddie..lepas ni kalau ada apa-apa problem,Encik Eddie boleh terus hubungi Ries,ya?.."ujar Encik Osman sambil bersalaman dengan Eddie.Ries mengangguk lalu menghulur tangannya untuk bersalaman dengan Eddie.Ries mengerutkan dahinya apabila terasa tangannya digenggam kuat oleh Eddie.Ketika itu,Eddie memandang wajah Eliya sambil mengangkat kening.Eliya menjengkelkan matanya sebelum Eddie melepaskan tangan Ries.
"okay..got to go.."ujar Eddie kepada mereka bertiga sebelum beredar dari situ.Encik Osman melepas nafas lega.Bahu Ries ditepuk perlahan.
"nahas la awak,Ries.."ujar Encik Osman.Ries memandang wajah Encik Osman pelik.
"kenapa pula Encik Osman?.."soal Ries.Eliya turut mengangguk tanda setuju dengan apa yang diperkatakan oleh Ries.
"sebab..awak dah jolok sarang tebuan..so,hati-hatilah ,ya?..jangan sampai kena sengat..berbisa juga tau sengatan tebuan tu..terutamanya tebuan yang ada kuasa.."ujar Encik Osman berkias.Eliya membuat muka pelik namun beberapa saat kemudian dia menundukkan wajahnya apabila sudah memahami erti kata-kata Encik Osman itu.Ries tersengih memandang Encik Osman.
"okaylah..saya pergi dulu..kamu berdua jangan lambat masuk pejabat pula la ,ya?"ujar Encik Osman sebelum beredar dari situ.Tiba-tiba telefon bimbit Elia bergetar tanda ada pesanan ringkas masuk.

Tak sangka cepat betul Liya sampai ke Johor,ya?..mungkin sebab Ries temankan?

Eliya merengus lalu memasukkan telefon bimbitnya ke dalam beg tangannya.Ries memandang Eliya pelik.
"kau dah kenapa?.."soal Ries pelik.Eliya menggelengkan kepalanya.
"si bapak tebuan tu nak cari pasal dengan aku..asyik nak menyengat aje kerja dia.."ujar Eliya geram.Ries tergelak.Bukan dia tidak tahu gelaran itu untuk siapa.
"hurm..aku musykil la.."
"musykil?.."soal Eliya pelik.
"ye la..kau cakap klien kita tadi tu bapak tebuan..habis tu kau ni kiranya mak tebuan la kan?.."ujar Ries lalu ketawa besar.Eliya sudah menjengkelkan matanya lalu menumbuk bahu Ries yang segak berkot itu.
"kurang asam punya kawan.."ujar Eliya kegeraman.
"hey..sekarang baru pukul 1.45 petang..so,masih ada beberapa minit lagi sebelum waktu kita masuk ke pejabat..apa kata kalau kita jalan-jalan cari pasal dulu..hari itu masa hari tua kau pun,aku mana ada belikan hadiah..jadi,jom aku belanja kau hari ini.."Ries mempelawa Eliya.Eliya tersenyum lebar.
"betul ke ni?.."soal Eliya teruja.Ries mengangguk sambil tersengih.
"waa..sayang la kau,Ries..jom?..tak sabarnya nak koyakkan poket kawan aku ni.."ujar Eliya mengusik. 'aku pun sayang kau juga..bahkan lebih dari yang kau tahu..'hati Ries membalas kata-kata Eliya.

Love You 1000 Times (Wattpad Version)Where stories live. Discover now