Bab 43

2.1K 69 0
                                    

    Panggg!!


Pipi Eddie terasa pijar akibat tamparan Encik Farid diwajahnya.Eddie hanya menundukkan wajahnya.Dia tidak dapat berkata apa-apa.Segala penjelasannya tidak diterima oleh sesiapa.
"Eddie memang dah melampau!..sekali lagi Eddie buat hal..dan dengan perempuan yang sama?..mana akal dan fikiran kau,hah?!..tak ingat Allah?!..tak ingat anak bini?!"tengking Encik Farid.Puan Naimah,Puan Marina dan Encik Harun hanya diam,menjadi pendengar.Tiada sesiapa cuba menahan Encik Farid dari terus menampar wajah anak lelakinya itu.Mereka amat kecewa dengan sikap Eddie.
"buat apa kau balik sini?!..Liya dan anak-anak kau ada di Australia,kan?..dan syarikat pula ayah dan papa boleh uruskan..kenapa kau balik jugak?!"soal Encik Farid dan sekali lagi pipi Eddie menjadi mangsa.
"ayah..Eddie bersumpah,Eddie tak curang walau sedikit pun dengan Liya..Eddie sumpah,ayah.."
"ehh..Eddie..nasib baiklah kau tu anak aku..kalau tak memang aku dah bunuh kau tahu tak?.."ujar Encik Farid sambil memegang dadanya.Puan Naimah segera membantu suaminya duduk.
"papa tak tahu nak cakap apa lagi dengan Eddie..tapi Eddie tengoklah sendiri dalam gambar ni..Eddie rasa kami akan percaya ke setiap apa yang Eddie cakap?.."ujar Encik Harun sinis lalu mencampakkan telefon bimbitnya keatas riba Eddie yang sedang duduk disofa itu.Eddie melihat satu persatu gambar itu dengan rasa terkejut.
"Ya Allah..sumpah Eddie tak ada niat nak buat maksiat..ini semua kebetulan..Eddie tak sengaja pun sentuh Intan..dan ini,masa ini Eddie hanya membantu Intan yang hampir dipukul oleh bekas suaminya.."Air mata Eddie sudah mengalir.Dia tahu dia tidak dapat berbuat apa-apa.Segala penjelasannya tidak berguna lagi.Gambar itu cukup untuk membuktikan bahawa dia turut merelakan perbuatan Intan ketika ditepi pantai itu.
"papa nak kamu menikah dengan Intan sebelum hal ini tersebar luas.."Encik Farid memandang Encik Harun dengan wajah tidak percaya.
"Harun..takkan kita nak suruh Eddie menikah dengan perempuan tu..macam mana dengan Liya?..kalau Liya tahu tentang hal ini mesti dia akan sedih..Liya tu tengah mengandung,Harun.."
"aku tahu,Farid..tapi kita tak boleh biarkan maruah keluarga kita dan reputasi syarikat jatuh..aku pun tak nak gambar ni tersebar kepada klien kita..aku tak nak hal ini diketahui orang ramai.."
"papa..tolonglah,Eddie merayu dengan papa..Eddie tak nak menikah dengan Intan..tolonglah papa.."ujar Eddie yang menangis sambil memeluk kaki Encik Harun.Air mata Encik Harun juga turut menitis akibat rasa kecewa dan sedih dengan semua yang berlaku ini.Encik Harun membangunkan Eddie yang menangis dikakinya.
"maafkan papa,Eddie..keputusan papa muktamad..papa akan bercakap dengan Eliya tentang hal ini...sama ada dia ingin meneruskan perkahwinan dengan kamu atau tak,itu semua terserah pada Eliya..tapi kamu dan Intan harus dinikahkan secepatnya.."ujar Encik Harun sebelum dia beredar.
"ayah sangat kecewa dengan kau,Eddie.."ujar Encik Farid sebelum dia juga turut beredar.Eddie ditinggalkan bersendirian diruang tamu itu. 'Liya..maafkan abang..maafkan abang,sayang..'

Eliya termenung ditepi kolam renang hotel yang mereka menginap.
"Liya..kan I dah cakap..tenangkan fikiran you..tak payah fikirkan pasal Eddie tu..kalau you fikir macam mana sekalipun perkara dah jadi.."pujuk Ries lembut.
"I dah buat keputusan pasal perkara ini,Ries.."Ya.Selepas dua hari dia menerima gambar Intan dan Eddie ,akhirnya dia membuat keputusan.
"I nak suruh Eddie menikah dengan Intan.."Ries memandang Eliya dengan riak tidak percaya.
"kenapa pula?..you sanggup ke berkongsi suami dengan perempuan yang cuba merampas suami you?.."
"I tak sanggup tapi I tak nak Intan meneruskan rancangan gilanya sehingga membuat keadaan lebih teruk.I tahu Intan tak akan berputus asa untuk membuat apa saja asalkan dia dapat apa yang dia nak..buktinya dah enam tahun berlalu tapi akhirnya dia datang balik dan porak perandakan rumah tangga I..I dah letih la,Ries..I dah letih dengan semua masalah yang I hadapi dari dulu..cukuplah sampai sini saja.Bagi I sekarang apa yang penting adalah anak-anak I..Selepas Eddie nikah,dia nak buat apa pun suka hati dialah..I dah malas nak gaduh dengan dia dan bersaing dengan Intan..Kalau dia rasa Intan lebih baik dari I then, I pasrah kalau dia nak lepaskan I..after all,I masih muda dan masih kuat untuk kerja dan tanggung anak-anak I..I mampu hidup sendri tanpa Eddie,Ries.."
"kalau itu keputusan you,I hanya mampu menyokong..I akan sokong you walau apa pun keputusan you Liya..tapi I harap you jangan seksa diri you sendiri demi kebahagiaan orang lain..I tak nak you menderita.."Eliya hanya mendiamkan diri sambil menghela nafas berat.

Telefon bimbit Encik Farid berbunyi tanda ada panggilan.Encik Farid menghela nafas berat apabila melihat nombor tersebut sebelum dia menjawab.
"assalamualaikum,ayah..ayah sihat?.."kedengaran suara Eliya dihujung talian.
"walaikumsalam,Liya..alhamdulillah sihat..kamu dan anak-anak macam mana?..okay?.."
"alhamdulillah semuanya okay ayah..err..Liya telefon ni sebab Liya nak bincangkan hal penting dengan ayah berkaitan Eddie.."
"kamu..dah tahu ke pasal hal tu?.."
"ya..Liya dah tahu,ayah..Liya ada dapat gambar Eddie dan Intan.."Eliya begitu tenang dihujung talian.Dia cuba untuk pasrah dengan semua yang terjadi.
"ayah minta maaf sangat,Liya..ayah malu dengan perlakuan anak ayah.."ujar Encik Farid sayu.
"tak apalah ayah..perkara dah jadi..Liya call ayah ni untuk memaklumkan Liya izinkan kalau Eddie dan Intan dinikahkan.Nikahkanlah mereka secepat mungkin ayah..Liya faham..perkara ni boleh menjatuhkan syarikat dan maruah keluarga kita.."
"kamu pasti ke dengan keputusan kamu ni Liya?..hal ni bukan perkara kecil.."
"ya,ayah..Liya dah buat solat istikharah dan hati Liya kuat memberi jawapan untuk mengizinkan mereka menikah,ayah.."
"baiklah kalau itu yang kamu inginkan..papa kamu pun memang nak mereka dinikahkan tapi ayah rasa sangat bersalah dengan kamu atas apa yang terjadi..kamu mengandung dan masalah ini pula terlalu berat untuk kamu hadapi dalam keadaan kamu tu..ayah betul-betul kecewa dengan Eddie.."Encik Farid sudah menangis kesal.Eliya cuba mengawal emosinya.Dia sudah berjanji bahawa dia akan tabah untuk menghadapi dugaan ini.
"ayah..boleh Liya bercakap dengan Eddie?.."soal Eliya.Dia cuba menguatkan diri untuk bercakap dengan suaminya itu.
"sekejap,ya..ayah panggil dia.."Eliya memandang Ries yang sentiasa ada disisinya untuk menenangkannya itu.Ries memegang lengannya yang berlapik baju itu untuk memberi kekuatan kepada wanita itu.Beberapa minit kemudian kedengaran suara Eddie memberi salam dihujung talian.Melalui suara,Eliya dapat tahu bahawa suaminya itu sedang menangung masalah yang amat berat.Air mata Eliya mengalir perlahan dipipi namun dia harus mengawal suaranya agar suaminya itu tidak tahu bahawa dia sedang menangis.
"walaikumsalam..abang sihat?.."
"alhamdulillah..Liya dan anak-anak kita macam mana?.."
"kami kat sini okay aje..abang..Liya dah tahu apa yang terjadi.."Eliya menjauhkan telefon bimbitnya dari telinga lalu menekup mulutnya.Dia tidak dapat menahan emosinya.Ries menyeka air mata Eliya yang mengalir laju.
"kuatkan semangat you Liya..keputusan ni berada ditangan you.."bisik Ries agar suaranya tidak didengari oleh Eddie dihujung talian.Eliya menghela nafas panjang.
"Liya..abang tahu Liya mesti bencikan abang sekarang kan?..mesti Liya fikir abang dah curang dengan Liya,kan?.."ujar Eddie bersama air matanya yang sudah mengalir.Eliya tahu lelaki itu juga sepertinya kerana melalui getaran suara,dia tahu Eddie sedang menangis.
"please Liya..let me explain everything.."
"Liya tahu abang tak lakukan semua tu.."Eddie berasa lega selepas mendengar kata-kata isterinya itu.Sekurang-kurangnya isterinya masih percayakannya walaupun semua orang mencemuhnya.
"tapi Liya dah buat keputusan..Liya nak abang menikah dengan Intan.."kata-kata Eliya itu bagai merentap jantung Eddie.Nafasnya bagai terhenti buat seketika.
"tapi abang tak buat semua tu..sumpah Liya..abang tak curang dengan Liya..abang tak nak nikah dengan Intan.."
"abang cintakan Liya?.."
"sepenuh hati abang,abang mencintai Liya..hanya Liya yang ada dalam hati abang..abang sumpah abang taka da sedikit perasaan pun pada Intan.."
"jadi nikahilah Intan.."
"abang tak boleh Liya..abang tak akan tinggalkan anak-anak dan Liya..abang tak sanggup nak menikah dengan dia.."
"kalau abang tak nikah dengan Intan..maksudnya abang memang tak cintakan Liya..abang memang tak sayangkan Liya.."
"kenapa sayang cakap macam ni?.."
"abang..dalam percintaan dan perkahwinan perlukan pengorbanan..anggaplah abang menikah dengan Intan sebagai satu pengorbanan abang buat Liya..anggaplah itu tanda cinta abang pada Liya.."
"tapi.."belum sempat Eddie meneruskan kata-katanya Eliya sudah memotong.
"Liya izinkan abang menikahi Intan..pulanglah ke sini selepas abang menikahi Intan..assalamualaikum.."ujar Eliya sebelum mematikan talian.Eliya menghamburkan tangisannya buat entah keberapa kali.Ries turut berasa sedih melihat keadaan Eliya yang terseksa itu.
"I tak kuat,Ries..I tak kuat untuk menghadapi semua ini.."ujar Eliya dalam tangisnya.Ries terlalu ingin menarik Eliya kedalam dakapannya namun dia tahu Eliya bukanlah miliknya yang halal untuk dia berbuat begitu.Dia hanya mampu memujuk wanita itu tanpa dapat berbuat apa-apa.

Love You 1000 Times (Wattpad Version)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang