Bab 20

2.5K 82 0
                                    

    Empat bulan kemudian..

Eliya duduk katilnya sambil memerhati gambar perkahwinannya yang cantik tergantung didinding biliknya bersama Eddie suatu ketika dulu.Tiba-tiba pintu bilik diketuk dari luar membuatkan Eliya tersedar dari lamunannya.Pantas tangannya mengesat air mata yang masih bersisa ditubir mata.
"masuk.."ujar Eliya.Perlahan pintu ditolak dari luar.Kelihatan wajah Puan Naimah yang tersenyum dimuka pintu namun senyuman itu jelas terpancar kesedihan yang terbuku dihati tuanya.
"eh..umi..masuk la..kenapa berdiri kat situ aje?.."soal Eliya dengan senyuman yang kelihatan hambar menghiasi bibirnya.Perlahan Puan Naimah duduk disamping Eliya dibirai katil.
"Liya,sayang..Liya pasti ke nak sambung belajar kat Australia tu?..Liya kan baru lepas pantang.."soal Puan Naimah sayu.Dia tahu masalah antara anaknya dan Eliya masih belum selesai bahkan keadaan seakan-akan semakin rumit apabila Eddie terus menjauhkan diri dari Eliya.Anak lelakinya itu sudah bertugas di Sabah untuk jangka masa beberapa bulan dan khabar anginnya anak lelakinya itu akan menetap disana kerana ingin mengambil alih syarikat disana.Dia juga tidak pasti akan status hubungan mereka berdua yang semakin dingin.Eliya tergelak kecil.
"umi..Australia tu bukan jauh sangat berbanding Amerika..Liya nak berdikari kat sana lagipun kawan Liya ramai yang sambung belajar disana..Rabiatul ada untuk temankan Liya..umi jangan risaulah ye..Liya dah kuat dah..insyallah dalam masa beberapa tahun ini aje Liya tak ada disini..nanti Liya baliklah..lagipun Liya nak tenangkan hati Liya ni.."ujar Eliya menahan sebak namun dia berpura-pura mengemas barang-barang yang akan dibawa ke sana.
"Liya..pujuklah Eddie tu..umi tahu ni semua mesti sebab salah faham aje kan?..Eddie tu sebenarnya lembut hati Cuma kadang-kadang dia selalu dikawal emosi.."ujar Puan Naimah.
"umi..bukan Liya tak cuba pujuk..bahkan Liya dah merayu pada dia umi tapi keputusan dia muktamad umi..dan..ni cuba umi tengok ni.."ujar Eliya lalu menunjukkan pesanan ringkas dari Eddie.

Aku akan menikah dalam masa terdekat..jangan ganggu kehidupan baru aku..

Eliya mengeluh berat.Puan Naimah pula sudah mengucap panjang.Anaknya itu sudah gila atau apa,mengapa anaknya itu sanggup melukakan hati Eliya sedangkan dia tahu anaknya itu amat mencintai Eliya sejak dari remaja lagi namun kenapa hati anaknya itu mudah berubah.
"abang memang dah bencikan Liya,umi..mungkin sebab Liya dah tak dapat mengandungkan anak dia lagi menyebabkan dia bertindak untuk mencari ganti.."ujar Eliya.
"sshh..Liya..jangan cakap macam tu..bukan Liya tak boleh mengandung lagi..Cuma Liya keguguran aje tak bermakna Liya tak ada peluang untuk mengandung lagi,kan?..jangan risau..apa pun yang berlaku..umi akan pastikan dia tak akan menikah lagi..umi tak akan restu pernikahan dia tu.. "ujar Puan Naimah sambil mengusap-usap bahu menantu kesayangannya itu.Geram juga dia dengan anak lelaki tunggalnya itu.Isterinya baru keguguran empat bulan lepas,bulan ini sudah mahu mencari isteri baru.Sudah hilang akal atau apa anaknya itu.
"umi..biarlah dia dengan kehidupan dia..itu hak dia..Liya sebagai isteri tak boleh nak halang bila suami Liya nak nikah lagi..itu hak dia sebab lelaki memang tak salah untuk berpoligami tanpa persetujuan isterinya terlebih dahulu.."jawab Eliya.
"dah la,Liya..umi Cuma nak pesan..tak kira apa pun terjadi..Liya jangan terganggu dengan hal ni..berusaha bersungguh-sungguh supaya Eliya dapat tunjukkan kat Eddie yang Liya tak perlukan dia untuk berjaya..ingat pesan umi ni..walaupun umi ni ibu kandung Eddie tapi umi ni perempuan sama dengan Liya..ada perasaan marah dan sakit hati..dan dalam hal ni,umi memang tak setuju dengan keputusan Eddie yang terburu-buru.."ujar Puan Naimah lalu memeluk menantunya itu.

Di Sabah..
Eddie baru sahaja habis mesyuarat bersama kliennya.Tali lehernya dilonggarkan sedikit.Selama empat bulan ini dia agak sibuk menguruskan projek pembangunan di Sabah menyebabkan dia agak keletihan akibat kerja namun niat sebenarnya adalah untuk menghilangkan sedikit kerinduan buat isterinya di Semenanjung. Pintu biliknya ditolak dari luar namun dia terkejut melihat gerangan seseorang sedang duduk dikerusinya dengan selamba.
"eh..Ed..Eddie..bila you habis meeting?.."soal Intan gelabah.Telefon bimbit Eddie diletakkan perlahan diatas meja lelaki itu.
"excuse me..sepatutnya I yang tanya you..kenapa ek you ada dalam bilik I ni?..dah tak ada kerja ke nak buat?.."soal Eddie kasar.Sebenarnya dia agak muak dengan setiausahanya merangkap peminatnya ketika disekolah menengah dulu.Entah kenapa malang sungguh nasibnya kerana berjumpa kembali dengan gadis yang gedik dan suka menganggu hidupnya itu,dia pun tidak tahu.
"alaa..Ed..janganlah macam tu..I masuk ni sebab nak bagi ni.."ujar Intan manja sambil menghulurkan beg kertas yang berisi bekalan makanan yang dimasaknya sendiri.Wajah Eddie masih tegang.
"letak aje la kat situ..tak perlulah sampai duduk dikerusi I..you kena ingat..you tu cuma setiausaha I aje..bukan sesiapa..walaupun kita pernah kenal sebelum ni tapi itu bukan jadi alasan untuk you buat sesuka hati dengan I kat sini.."ujar Eddie tegas.Intan sudah menarik muncung panjang.Rambutnya yang paras pinggang ditolak sedikit ke belakang. 'hisy..loya tekak aku tengok perempuan ni..tengok la tu..baju seketat-ketat tidak..minyak wangi tak payah cakaplah..agaknya lori minyak wangi terbalik kat atas dia ke apa..pening kepala aku..'hati Eddie bermonolog.Eddie berdehem beberapa kali.
"cik Intan Nurhuda..you nampak tak pintu ni?.."soal Eddie dengan senyuman yang dibuat-buat.Intan menangguk laju.
"sila keluar dari ruangan ini,ye..I've lots of work to do..tak ada masa nak layan awak.."ujar Eddie lalu membukakan pintu buat gadis itu agar gadis itu cepat beredar dari situ.Intan menghentakkan kakinya sedikit lalu keluar dari bilik itu.Eddie pantas menutup pintu tersebut.
"huh..macam-macam.."ujar Eddie lalu duduk dikerusinya.Facebooknya dibuka namun dia hampa apabila Eliya tidak meng 'update' statusnya. 'Liya..kenapa tak online hari ni?..abang rindu sangat kat sayang..'hati Eddie berkata-kata.Telefon bimbitnya dicari.Sebentar tadi dia tertinggal telefon bimbitnya bilik pejabatnya semasa mesyuarat sedang berlangsung.Telefon bimbitnya dilihat buat sekian kali berharap agar ada keajaiban berlaku namun dia hampa apabila tiada satu panggilan mahupun pesanan ringkas dari isterinya. 'agaknya dia masih terasa dengan sikap aku empat bulan lepas..patutkah aku yang menelefon dia dulu?..'hati Eddie berkira-kira namun akibat egonya yang tinggi menggunung dia meletakkan kembali telefon bimbitnya ke tempat asal. 'bukan aku yang salah..dia yang sepatutnya pujuk aku..'hati Eddie berkata-kata.

Intan masuk ke dalam pantri.Sejurus pintu pantry tertutup dia tergelak kuat. 'padan muka kau,Eddie..jual mahal dengan aku kan?..biarkan isteri kau tinggalkan kau baru puas hati aku..'hati Intan berkata-kata.Tiba-tiba bahu Intan ditepuk perlahan.Terkejut Intan dibuatnya sehingga gadis itu sedikit terlompat.
"hoi..kau dah gila ke apa?.."soal Remy atau nama glamournya Mimi yang agak lembut itu.
"hei..suka hati akulah..at least aku tak sutun macam kau.."ujar Intan kasar.
"kurang ajar ek kau ni nyah..patutlah bos tu pun macam malas nak layan kau..tengok ni..dia baik tau siap bagi aku makanan lagi.."ujar Mimi bangga.
"hah?!..makanan?..bawak sini.."ujar Intan lalu merampas beg kertas yang dibawa oleh Mimi itu.
"hei..kau ni agak-agaklah nyah oi..kalau lapar tu cakaplah..janganlah rampas hak orang..huh..menyampah mak.."ujar Mimi sebelum beredar dari ruangan tersebut.
"ooh..kau tak sudi nak makan makanan yang aku masak ye..kurang ajar betul.."Intan berkata-kata sendirian sebelum dia menghabiskan makanan pemberiannya kepada Eddie itu dengan lahapnya akibat hati yang sakit.

Eliya dan Rabiatul ditemani oleh Farouq dan keluarga Eliya berjalan kearah balai perlepasan.Dipintu balai perlepasan baru Eliya merasa sebak.Eliya memeluk bapa dan bapa mertuanya diikuti dengan Puan Marina dan Puan Naimah.
"umi,mommy,ayah dan papa..doakan kejayaan Liya,ya?..halalkan makan minum Liya selama ni..dan..jagakan Eddie sepanjang Liya tak ada"ujar Eliya dengan air mata yang mula membasahi pipinya.Puan Naimah mengangguk sambil tersenyum kelat manakala Puan Marina sudah menangis teresak-esak.Walaupun dia tidak rapat seperti Puan Naimah dengan Eliya namun dia amat sayang akan anak tunggalnya itu.
"hisy..Mar..janganlah nangis macam tu sekali..budak Liya ni pergi sana untuk belajar..kalau dah awak nangis macam tu nanti dia berat hati pula nak pergi.."ujar Encik Harun kepada isterinya itu.
"biarlah..dari awak tu hati kering..anak nak pergi jauh pun 'cool' aje..tapi malam-malam awak pun 'waterfall' juga.."ujar Puan Marina membuatkan semua yang berada disitu ketawa.
"ada-ada aje la awak ni..nanti kalau rindu sangat kita lawat la dia kat sana..apa susah.."ujar Encik Harun lagi.Eliya tergelak kecil lalu bersalaman dengan Encik Harun kemudian Eliya memandang Encik Farid.
"papa,boleh Liya nak bercakap dengan papa sekejap?.."soal Eliya.Encik Farid mengangguk lalu mereka berdua berjalan beriringan menuju ke tempat yang agak jauh dari keluarga mereka sebentar tadi.
"papa..Liya minta papa tengok-tengokkan Eddie,ya?..Liya sayangkan dia tapi mungkin ada hikmah disebalik apa yang dah terjadi ni..papa halalkan makan minum Liya,ya?..dan satu lagi.."ujar Eliya lalu menarik cincin yang elok terletak dijari manis lalu meletakkannya diatas telapak tangan Encik Farid.Eliya tersenyum pahit.Encik Farid pula jadi serba salah.
"papa tolong serahkan cincin ni pada Eddie,ya?..cakap padanya bila Liya balik ke Malaysia..Liya nak selesaikan masalah ni semua..papa jangan risau..walaupun Liya dah tak ada kena mengena dengan Eddie lagi..kita masih lagi satu keluarga..tak ada apa yang dapat menukar kenyataan itu..Liya masih sayangkan papa dan semua orang seperti sediakala.."ujar Eliya lalu memeluk Encik Farid.Air mata sudah bergenang dimata Encik Farid.Eliya tidak mengalirkan air matanya setitis pun sewaktu dia menuturkan ayat itu. 'Eddie..kau memang dah melampau..siap kau nanti..'hati Encik Farid berkata-kata.Eliya melepaskan pelukannya lalu dia menarik tangan Encik Farid ke tempat keluarga mereka sedang menunggu.
"okay la umi,mommy,papa dan ayah..Liya pergi dulu..jumpa lagi nanti!.."ujar Eliya lalu memeluk Encik Harun sebelum dia dan Rabiatul masuk ke pintu balai perlepasan.Rabiatul turut mengalirkan air matanya mana tidaknya baru dua bulan yang lalu dia dan Farouq ditunangkan namun kini dia harus berjauhan dengan jejaka itu.

Sepanjang perjalanan didalam kapal terbang Eliya hanya termenung ke luar tingkap kapal terbang melihat awan biru.Teringat kenangannya ketika menaiki kapal terbang bersama Eddie semasa mereka berbulan madu namun kini segalanya sudah tiada lagi.Tiada lagi Eddie disisinya.Tiada lagi ungkapan kasih dan sayang lelaki itu yang kerap didengarinya setiap hari.Tiada lagi belaian dari Eddie yang sentiasa mendamaikan jiwa.Kini yang ada hanyalah rasa sakit dan kecewa didalam hatinya.Eliya merenung jari manisnya yang sudah kosong tiada cincin perkahwinan yang menghiasi jari manisnya itu.Air matanya menitis lagi buat ke sekian kalinya.Dia sudah bosan untuk menangis. 'Liya..buat apa kau nak menangis lagi..Eddie sekarang tengah gembira meniti hari bahagianya dengan perempuan lain..kenapa kau mesti jadi bodoh nak menangisi apa yang dah terjadi?..sekarang adalah masa yang sesuai untuk kau mulakan hidup baru ditemani oleh Abby dan Zafril yang tak henti-henti memberi sokongan untuk kau..'hati Eliya berkata-kata sebelum dia terlena dengan hati yang luka.

Dua bulan kemudian..
Eddie berdiri dilapangan terbang menanti ketibaan bapa dan bapa mertuanya.Beberapa minit kemudian kelihatan dua orang tua itu berjalan kearahnya.Eddie melemparkan senyuman buat dua orang lelaki itu.Rindu sungguh dia dengan dua orang yang selalu membantunya dalam pentadbiran itu.Setibanya dua lelaki itu dihadapan mereka belum sempat dia berkata apa-apa Encik Farid sudah menampar pipinya.Encik Harun tergamam namun dia segara memegang lengan Encik Farid agar lelaki itu bersabar.Eddie terkaku. 'apa sudah jadi?..kenapa papa tampar aku?..apa salah aku?..'.
"papa..kenapa ni?.."soal Eddie tidak bersalah.Encik Farid merengus lalu tangannya diangkat lagi untuk menampar pipi Eddie namun Encik Harun menahan perbuatan itu dan menyuruhnya masuk ke dalam kereta.
"Eddie..kita bincang dirumah,okay?.."ujar Encik Harun tenang.

Sejurus masuk ke dalam rumah kedua milik keluarga atuk Samad yang terletak di Sabah,Encik Farid menghadiahkan penumbuk sulungnya ke perut Eddie sehingga terduduk Eddie dilantai.
"Farid..ini bukan caranya kau didik anak..berbincanglah dulu..jangan bertindak secara terburu-buru..kita dengar dulu penjelasan Eddie.."ujar Encik Harun lalu mendudukkan Encik Farid yang nafasnya turun naik.Eddie juga gerun melihat ayahnya yang luar biasa marahnya itu.
"apa salah Eddie papa,ayah?.."soal Eddie perlahan takut juga dia kalau-kalau dia mendapat penumbuk lagi dari ayahnya itu.
"kau tanya apa salah kau?!..Harun..budak ni memang nak kena lagi dengan aku ni..selepas apa yang dia buat masih lagi nak tanya apa salah dia..kau memang anak tak guna,Eddie.."ujar Encik Farid garang sebelum dia masuk ke bilik dan menghempas pintu.
"ayah,apa salah Eddie yang sebenarnya ayah?..Eddie tak fahamlah.."ujar Eddie tidak puas hati.Encik Harun mengeluh berat.
"papa kamu marah sebab kamu tak balik selama Eliya dalam pantang..walaupun kami tak tahu apa yang melanda rumah tangga kamu tapi sebagai suami kamu patut ada disamping Liya sewaktu dia keguguran bukan cari pengganti dia untuk mengandungkan anak kamu.."ujar Encik Harun tenang.Mata Eddie membulat.
"huh?..apa maksud ayah mancari pengganti?"soal Eddie keliru.
"Liya ada tunjukkan mesej dari kamu mengatakan kamu nak nikah dalam masa terdekat dan kamu minta dia jangan ganggu kehidupan baru kamu..itu yang papa kamu marah sangat..disebabkan mesej tu la Eliya dah membawa diri ke luar negara..katanya dia nak sambung pelajaran sambil menenangkan hatinya.."terang Encik Harun lagi.
"hah?!..Liya sambung belajar?..Eddie tak tahu apa-apa pun,ayah..Eddie tahu memang Eddie salah, tinggalkan Liya macam tu aje sebab memang kami ada masalah sekarang..tapi Eddie tak pernah pun hantar mesej macam tu pada Liya.."ujar Eddie.
"habis tu siapa lagi yang hantar mesej tu,Eddie?..memang sah-sah mesej tu dari nombor telefon kamu..kami dah lihat sendiri dengan mata kepala kami.."ujar Encik Harun pelik.Eddie meraup wajahnya. 'Liya..maafkan abang,sayang..ini semua salah faham..'hati Eddie berkata-kata.Tiba-tiba dia teringatkan wajah Intan Nurhuda.Dia pasti hal ini pasti ada kaitan dengan gadis itu.Berkali-kali juga dia melihat Intan Nurhuda memasuki bilik pejabatnya apabila dia keluar dari ruangan tersebut namun dia tidak berburuk sangka kerana disangkanya gadis itu hanya ingin mengambil fail dari ruangannya.
"ayah..Eddie keluar sekejap..nanti Eddie datang balik.."ujar Eddie lalu mencapai kunci keretanya dan keluar dari rumah tersebut.Encik Harun hanya memerhati sahaja menantunya itu.

Eddie mendail nombor seseorang sebelum beberapa saat kemudian panggilannya berjawab.
"hello,Eddie..kenapa you call I?..rindu kat I,eyh?.."soal Intan Nurhuda manja.
"jumpa I kat lobi pejabat sekarang.."ujar Eddie sebelum mematikan talian.Beberapa minit kemudian,dia terlihat Intan Nurhuda yang memakai kebaya ketat berjalan dengan lenggok kearah keretanya. 'huh..dia ni bilalah nak taubat dari pakai seksi macam ni..'hati Eddie berkata-kata.Sejurus Intan Nurhuda memasuki kereta Eddie,lelaki itu terus memandu laju kearah tempat yang sesuai untuk mereka berbincang.

"Intan..aku nak kau brterus terang dengan aku..kau ke yang hantar mesej pada isteri aku?.."soal Eddie tegas.Hilang sudah rasa hormatnya terhadap Intan Nurhuda.Tiba-tiba gadis itu tergelak sinis.
"ohh..so,dia dah tinggalkan you la ni?..wow..cepat betul dia bertindak.."ujar Intan Nurhuda sinis.Berdesing telinga Eddie mendengar apa yang dikatakan oleh Intan.
"kau jangan nak uji kesabaran aku,Intan.."ujar Eddie dengan suara yang mula meninggi.
"memang I yang hantar mesej tu pada dia dua bulan lepas..kenapa?.."soal Intan angkuh.
"apa yang kau nak sebenarnya dari aku ,Intan?..kau tahu yang aku ni sekarang suami orang..dan kau juga kenal siapa isteri aku..kenapa kau buat macam ni?..kau masih tak faham bahasa lagi ke yang aku ni dah jadi milik dia.."ujar Eddie yang mula muak dengan perangai Intan.
"I nak you,Eddie..dan you tahu itu dari dulu.."balas Intan manja.
"aku tak nak kau..dan tak pernah mencintai kau..jadi,jangan ganggu hidup aku dan isteri aku lagi.."ujar Eddie kasar dan tegas.
"tapi..I tak nak pisah dengan you lagi..dah lama I tunggu you,Eddie..sejak zaman sekolah lagi..berilah peluang pada I..I mampu bahagiakan you,Eddie.."ujar Intan tidak berputus asa.
"Intan..aku dah malas nak layan kerenah kau lagi..mulai hari ini..you're fired..dan satu lagi..kalau kau hadir sekali lagi dalam hidup aku..aku tak akan teragak-agak nak ambil tindakkan..especially kalau kau kacau isteri aku lagi.."ujar Eddie sebelum beredar dan meninggalkan Intan Nurhuda sendirian.
"kurang ajar..kau belum kenal siapa Intan Nurhuda yang sebenarnya,Eddie Ryqarl.."ujar Intan Nurhuda geram.

Love You 1000 Times (Wattpad Version)Where stories live. Discover now