Bab 15

2.8K 76 0
                                    


Eddie mamandang kearah Eliya yang sejak tadi mendiamkan diri sambil merenung ke luar tingkap.Eddie dapat rasakan bahawa isterinya itu sedang merajuk.Perlahan tangannya mencapai tangan Eliya namun Eliya masih mendiamkan diri dan tidak memandang kearahnya.
"sayang..kenapa ni?..sayang marah kat abang ke?..sorry la kalau sayang masih marah sebab abang lambat tadi..abang meeting la sayang..I already tried my best to come as soon as possible..sorry la.."ujar Eddie namun Eliya masih kaku.Tangan Eddie diletakkan ke perut Eliya.
"baby..tengok mama ni..dia merajuk dengan daddy..baby tau tak kenapa mama merajuk?.."soal Eddie.Eliya menolak tangan Eddie perlahan.Eddie memberhentikan keretanya dibahu jalan.
"Liya kenapa ni?..cuba cakap dengan abang.."ujar Eddie memujuk. 'alamak..mak buyong ni dah merajuk la pula..darurat ni..'hati Eddie berkata-kata.Eliya memandang Eddie dengan wajah masam mencuka.
"baby cakap mama dia merajuk sebab daddy dia tu mengatal dengan kawan mama dia.."balas Eliya acuh tak acuh.Eddie menahan gelak mendengar apa yang dikatakan oleh Eliya.Sejak Eliya mengandung,perangainya lebih kebudak-budakan bebanding sebelum ini dan yang pastinya dia cepat merajuk dan terasa hati dengan sesiapa sahaja terutamanya Eddie.
"ohh..ye ke..baby..boleh tak baby cakap dengan mama jangan merajuk..sebab bukan daddy yang mengatal..daddy dah bersara la dari jadi Casanova..kan daddy dah nak jadi ayah baby..buat apa lagi nak mengatal.."ujar Eddie.Eliya menjengkelkan matanya kepada Eddie.
"habis tu..kenapa abang biar aje Mastura tu pegang tangan abang depan Liya tadi?..sakit hati saya tau.."ujar Eliya.
"alolo..sorry la..lain kali abang tak buat lagi eyh..lagipun Mastura tu yang melampau..abang tak sangka pula dia nak sentuh tangan abang tadi..kesian la kat abang ni..abang teraniaya tau.."ujar Eddie dalam nada sedih yang dibuat-buat.
"erm..ye la tu..kali ni Liya maafkan..lain kali..tiada maaf bagi mu..okay?.."ujar Eliya sambil tersenyum.
"macam tu la isteri abang yang paling dicintai ni.."balas Eddie sambil mencubit pipi Eliya.
"abang!!..sakit la.."
"hisyy..Liya jangan la jerit..terkejut baby.."
"tak ada kena mengena pun abang..lagipun baby kita ni kecil lagi..tak ada makna dia nak terkejut.."
"ye la..ye la..dah jom balik..kesian pula kat Abby dengan Farouq sebab kena tunggu kita lama.."ujar Eddie sebelum menyambung perjalanan mereka ke rumah ibu bapa mereka.

Beberapa minit kemudian Eliya dan Eddie tiba dikediaman ibubapa mereka.Kelihatan kereta milik Eliya dan sebuah kereta lagi sudah berada diluar rumah.
"assalamualaikum.."Eliya dan Eddie memberi salam serentak.
"waalaikumsalam.."jawab Rabiatul dan Farouq serentak.Eliya mengambil tempat disebelah Rabiatul yang sedang tersengih-sengih memandangnya.Eddie turut mengambil tempat disebelah Farouq yang duduk disofa berdekatan dengan dua orang wanita itu.
"yang kau duk sengih-sengih macam kerang busuk ni kenapa?.."soal Eliya pelik.Rabiatul mencubit lengan Eliya manja.
"kenapa tak story mory kat aku yang kau tu mengandung?..kuang asam garam betul ek kau ni.."ujar Rabiatul.
"nak story apanya Abby..si Liya tu asyik duk uwek-uwek je setiap pagi..mana ada masa nak beritahu kawan-kawan dia.."kedengaran suara dari ruang dapur.Puan Marina datang dengan menatang dulang yang berisi minuman dan sedikit makanan.
"eh..makcik..susah-susah je.."ujar Rabiatul sambil tersenyum.
"tak ada susahnya..cuma Mee Goreng je..memang pakcik kamu dah beli pun dari tadi.."ujar Puan Marina.Tiba-tiba Eliya menekup mulutnya lalu berlari masuk ke dalam bilik.Puan Marina memandang Eddie pelik.
"eh..bini kamu tu bukan suka Mee Goreng ke?.."ujar Puan Marina pelik.
"mommy..Liya tu kan sejak akhir-akhir ni selera dah pelik..dia tak tahan bau Mee Goreng tu la.."ujar Eddie sambil bangun dan masuk ke bilik melihat keadaan isterinya.Puan Marina membuat muka tidak bersalah.
"maklum la Abby..makcik ni tak biasa sangat dengan orang mengandung ni..dulu masa mengandungkan Eliya tu tak ada pula muntah-muntah macam dia tu.."ujar Puan Marina.Rabiatul dan Farouq hanya tergelak kecil.
"biasa la tu makcik..first time mengandung.."balas Rabiatul.

Eliya terduduk lemah dibirai katil.Eddie mengusap-usap belakang Eliya.
"sayang..are you okay?..nak pergi klinik?.."soal Eddie risau.Eliya tersenyum kelat dengan mata yang masih terpejam.Tekaknya terasa amat loya semasa dia terhidu bau Mee Goreng yang dulunya menjadi kesukaannya namun kini sudah menjadi musuh utamanya.
"I'm okay,abang..Cuma boleh tak tolong panggilkan ummie..suruh bawa minyak sekali.."ujar Eliya lemah.
"okay..sayang baring dulu eyh?..nanti abang bawa ummie.."ujar Eddie sebelum keluar dari bilik tersebut.Eliya membuka tudungnya yang masih tersarung dikepalanya. 'baby..mama sayang baby..nanti baby dah keluar..baby kena jadi anak yang baik ,ya..mama sanggup tempuh semua ni untuk baby..mama harap baby akan jadi anak yang boleh mama dan daddy banggakan..'hati Eliya bermonolog sendirian sambil dia mengusap perutnya perlahan.Matanya semakin lama semakin berat dan akhirnya dia terlena.Beberapa minit kemudian kakinya terasa diurut perlahan dan dia tahu itu adalah ibu mertuanya namun matanya terasa amat berat untuk dibuka.

Eddie menutup lampu biliknya sebelum keluar dari biliknya bersama Puan Naimah.Mereka berjalan beriringan ke ruang tamu.Kelihatan Puan Marina sedang asyik berbual bersama Farouq dan Rabiatul.Puan Naimah duduk disebelah besannya lalu menepuk sedikit bahu Puan Marina.
"kak Mar..kesian menantu Ima tu..dia kan sekarang ni tak boleh bau Mee Goreng dah.."ujar Puan Naimah kepada besannya itu.Puan Marina hanya tersengih.
"erm..ye la..masalahnya takkan la sebab dia je,kita semua tak boleh nak makan Mee Goreng pula..saya dulu mengandungkan dia tak ada pula teruk sangat macam tu.."balas Puan Marina.
"hisy..ada pula macam tu..mungkin pembawakan budaknya kali ni lain sikit kot..saya pun dulu tak macam tu.."ujar Puan Naimah.Rabiatul hanya tersenyum mendengar apa yang dikatakan oleh dua orang wanita itu.Farouq dan Eddie sudah rancak berbual mengenai hal kerja mereka.

Setengah jam kemudian,Farouq dan Rabiatul meminta izin untuk pulang memandangkan malam itu mereka akan menghadiri majlis khas untuk bekas pelajar tingkatan 5 yang bakal diadakan disebuah hotel bertaraf 3 bintang.

Eliya masih lena dibuai mimpi namun dia tersedar apabila terasa ada tangan yang mengusap pipinya lembut.Perlahan matanya dibuka.
"good morning,princess.."bisik Eddie sambil tersenyum sebelum mengucup dahi Eliya.Eliya membalas senyuman Eddie lalu merangkul pinggang suaminya yang sedang baring disebelahnya.
"hari ni baby abang rasa macam nak mama dia manja-manja dengan papa dia pula.."ujar Eliya sambil tersengih.Eddie mencubit manja pipi Eliya.Isterinya itu semakin hari,semakin comel pula.
"baby ke princess abang ni yang nak bermanja..hah?.."soal Eddie lalu membalas rangkulan Eliya.Perlahan tangannya mengusap perut Eliya.
"anak papa apa khabar hari ni?..nakal tak?.."ujar Eddie seakan-akan bercakap dengan bayi mereka.Sedang mereka berdua melayan perasaan masing-masing,tiba-tiba Eliya menepuk dahinya sambil membulatkan matanya memandang Eddie.
"abang..bukan ke patutnya Liya pergi 'prom' tu?.."soal Eliya.Eddie hanya mengangguk sambil tersenyum.
"laa..kenapa abang tak kejutkan Liya semalam?.."soal Eliya dengan mata yang berkaca-kaca.Eddie memegang kedua pipi mulus Eliya.
"sayang..takkan tu pun nak touching..cuba sayang tengok jam dulu..sekarang baru pukul 6.30 petang.."ujar Eddie tenang.Eliya menarik muncung panjang.
"sampai hati tipu Liya..kenapa cakap 'good morning' kalau masih petang..hah?..sengaja je tau.."
"hisy..princess ni..tak elok merajuk tau..baby..tengok mama ni..sikit-sikit nak merajuk kat papa.."ujar Eddie sambil mengusap perlahan perut Eliya yang semakin membesar.
"anak papa ni..jangan nakal-nakal macam mama tau..ikut macam papa ni..dah la baik,handsome pula tu.."ujar Eddie.Eliya mencebik sebelum Eddie mengucup pipinya.
"habis tu sekarang ni macam mana?..Liya tak ada baju yang sesuai untuk majlis tu.."ujar Eliya dalam nada sedih.
"sayang..apa guna la suami yang handsome lagi bijaksana ni kalau baju isteri pun tak dapat nak disediakan..ofcourse la abang dah sediakan..tunggu sekejap ye.."ujar Eddie sebelum keluar dari bilik mereka buat seketika.Beberapa minit kemudian,Eddie masuk bersama gaun chiffon labuh dengan potongan 'princess cut' berwarna merah jambu.Eliya bagai terpegun melihat gaun tersebut dengan batu-batu berkilauan dibahagian tangan gaun tersebut,memang menepati citarasa Eliya dan yang paling penting perutnya dapat disembunyikan walaupun ia sebenarnya belum kelihatan jelas namun disebabkan oleh potongan gaun tersebut yang agak kembang dibahagian pinggang perutnya memang seratus peratus tidak kelihatan apa-apa perbezaan dari sebelum ini.
"wow!!..cantiknya!...bila abang pergi beli ni?.."soal Eliya dalam nada teruja.Eliya sudah berdiri sambil membelek gaun tersebut ke badannya.Dia tersenyum sendirian sambil memandang pantulan dirinya dari cermin.Eddie turut tersenyum melihat kegembiraan isterinya.Dia merangkul pinggang Eliya dari belakang.Dagunya diletakkan ke bahu Eliya.
"hurm..baby..kesian papa..mama dah dapat gaun..papa dipinggirkan..terima kasih pun tak ada.."ujar Eddie dalam nada merajuk.Eliya memandang wajah Eddie dari cermin.
"alolo..prince charming Liya ni merajuk ke?..erm..ye la..ye la.."ujar Eliya lalu memusingkan badannya menghadap Eddie.Tangan Eddie masih merangkul pinggang Eliya.Eliya mencium kedua belah pipi Eddie.
"erm..sorry ye..thank you so much,Mr.Hubby..jasamu ku kenang hingga ke akhir hayatku.."ujar Eliya sambil tersenyum manis.Wajah Eddie yang masam sebentar tadi sudah berubah menjadi manis dalam sekelip mata.Tiba-tiba Eddie tersenyum nakal.
"hah..ni dah kenapa ni muka tu macam kucing miang?.."soal Eliya mengusik.Eddie meletakkan jari telunjuknya ke bibir dengan sebelah keningnya terangkat namun senyuman nakalnya masih tak lekanng dari bibir.Eliya menjeling manja sebelum akur dengan kehendak suaminya itu.
"gatal..sengaja je tau..mengada-ngada lebih papa baby ni.."ujar Eliya selepas menunaikan permintaan suaminya itu.
"mesti la..bila lagi nak manja-manja dengan princess abang ni.."jawab Eddie.Eliya hanya tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. 'nakal betul buah hati aku sorang ni tau..nasib baik aku sayang..abang..abang..'hati Eliya berkata-kata.Eliya cuba untuk melepaskan rangkulan dipinggangnya namun Eddie semakin mengemaskan rangkulan tersebut.
"abang..Liya nak solat lepas tu nak siap untuk pergi majlis malam ni..jangan la macam ni.."ujar Eliya perlahan.
"alaa..baru nak manja-manja dengan isteri tercinta..nanti kalau abang manja dengan orang lain Liya marah pula.."usik Eddie.Eliya menjengkelkan matanya.
"over my dead body..nak manja dengan orang lain tunggu Eliya dah 'bye-bye' nanti.."jawab Eliya.
"hisy..Liya abang gurau je..jangan la cakap macam tu..abang tak suka la Liya cakap macam tu..Liya tak payah bagi amaran pun abang tak akan buat punya.."ujar Eddie.
"erm..ye la..dah la..cepat la abang nanti tertinggal Asar ni.."ujar Eliya seakan merenggek meminta simpati.Perlahan Eddie melepaskan rangkulannya.
"ok..tapi satu syarat.."ujar Eddie.
"apa dia?.."
"malam ni abang nak apa yang abang patut dapat untuk hari ni..okay?.."soal Eddie dengan senyuman herotnya.
"sah..sah memang macam kucing miang abang ni tau..erm..malas la nak layan mood gatal abang tu.."jawab Eliya selamba.
"ooh..cakap abang gatal eyh?..kucing miang?..mari sini biar abang balas dendam.."ujar Eddie sebelum menarik pergelangan tangan Eliya sehingga dia jatuh tertindih badan Eddie.Mujurlah kedudukan mereka bersebelahan dengan katil jika tidak pasti akan terjadi sesuatu yang tidak diingini.Eliya terjerit kecil kerana tidak dapat mengimbangkan badannya.
"abang ni..jangan la main-main macam ni..kalau jatuh macam mana?.."ujar Eliya cemas.Sebenarnya Eddie juga agak cemas namun tindakkan pantasnya menarik Eliya ke dalam dakapannya berjaya mengelakkan dari perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.Tiba-tiba pintu bilik mereka ditolak dari luar.
"ya allah!!..budak dua orang ni..kenapa ni?..Liya kenapa jerit?.."soal Puan Naimah cemas.Eliya pantas memperbetulkan kedudukannya manakala Eddie masih berbaring dikatil mereka.
"ni Eddie ni umi..ada ke patut dia tarik Eliya sampai hampir nak terjatuh tadi..kalau tak sia-sia je Eliya masuk hospital malam ni.."ujar Eliya sambil menampar lengan Eddie.Eddie hanya memuncungkan mulutnya sambil mengusap-ngusap lengannya yang terasa sakit. 'dah la naik senak perut aku nak menyelamatkan dia..ada ke patut dia mengadu dengan umi..habis la aku nanti kena ceramah free..'hati Eddie bermonolog.
"Eddie..jangan la macam tu..kesian kat Liya tu..bahaya tau main-main macam tu..kalau Liya jatuh tadi..nauzubillah..macam budak-budak la kamu ni.."ujar Puan Naimah sebelum beredar dari ruangan tersebut.Eliya menjelirkan lidahnya kepada Eddie sebelum masuk ke dalam bilik mandi.
"ooh..siap la Liya malam ni..mengadu kat umi eh.."jerit Eddie dari luar bilik mandi.Eliya hanya tergelak jahat mendengar apa yang dikatakan oleh suaminya itu.



Love You 1000 Times (Wattpad Version)Where stories live. Discover now