Bab 31

2.4K 58 0
                                    

    Eliya membuka matanya perlahan apabila terasa kosong disebelahnya.Kelihatan Eddie sedang menunaikan solat.Jam ditelefon bimbitnya dilihat.Baru masuk pukul 5 pagi.Eliya pantas bangun dan mengambil tuala sebelum masuk ke dalam bilik mandi.Beberapa minit kemudian Eliya keluar dari bilik mandi dengan tuala yang membaluti kepalanya.Ketika itu Eddie masih lagi diatas tikar sejadah.
"abang dah solat subuh ke?.."Eliya pantas menyarungkan telekung.Eddie tersenyum manis ambil menggelengkan kepalanya.
"belum..jom kita solat berjemaah?..abang tengah tunggu sayang la ni.."Eliya pantas menghamparkan sejadah dibelakang suaminya.

Usai mengaminkan doa yang dibaca oleh Eddie,Eliya bersalaman dengan suaminya.Dahi Eliya dikucup lama.Sebelum Eliya kembali duduk disamping suaminya.
"sayang..tahu tak apabila seorang suami kiss dahi isterinya lama..suami itu akan dapat pahala dan bila seorang isteri tu dia cium suaminya..maka,gugurlah dosa si isteri itu.."Eddie tersenyum sambil mengenggam kemas jari-jemari isterinya.
"sebab tu abang suka sangat bila sayang kiss abang..."sambung Eddie dengan senyuman kucing miang miliknya.Eliya mencebik.
"kalau bab gugur dosa tu okay..tapi dalam kes abang ni..macam lebih kepada miang kot.."Eliya mengecilkan matanya lalu mencucuk pipi suaminya mengunakan jari namun pantas dilarikan jarinya apabila Eddie seakan-akan ingin mengigit jarinya.
"ohh..sayang cakap abang miang eh..tak apa la..biarlah abang membawa diri lepas ni.."Eddie pantas melepaskan pegangan tangannya dan bangun mengambil tempat dikatil dengan muka sayu yang dibuat-buat.Eliya tersenyum.Dia memang kenal dengan Eddie yang suka merajuk untuk bermanja kononnya.Sejadah yang mereka gunakan dilipat oleh Eliya sebelum dia membuka telekungnya.Tiba-tiba dia mendapat idea bernas untuk menguji tahap kesabaran suaminya.Tanpa menghiraukan Eddie,Eliya duduk dihadapan meja solek yang bertentangan dengan katil mereka.Dari hujung mata,dia tahu Eddie sedang memerhati setiap pergerakannya.Losen Victoria Secret miliknya diambil dan disapukan ke lengan dan lehernya.Eliya menjeling Eddie manja dari pantulan cermin dihadapannya itu membuat Eddie bagai cacing kepanasan namun Eddie masih lagi tidak berganjak dari kedudukannya.Akhirnya Eliya menyerah kalah.Sikat rambut diambil dan disikat rambutnya tanpa memandang kearah Eddie.Tiba-tiba terasa pinggang Eliya dirangkul dari belakang.Eliya tersenyum menang.
"saje aje nak goda abang eh?.."bisik Eddie.Eliya hanya mengangkat bahu seperti tidak bersalah.
"iye ke?..Liya Cuma sapu losen macam biasa and sikat rambut aje..tergoda ke?.."Lagak Eliya seperti tidak memahami suaminya itu.
"ok..tak mengaku goda abang ya?..siap la Liya.."Eddie menggeletek pinggang Eliya sehingga Eliya ketawa sambil mengeluarkan air mata.
"okay..okay..Liya mengalah..abang ni! Geli la!!"Eliya sudah terjerit kecil.Tangan Eliya ditarik oleh Eddie menuju ke sofa berdekatan.Sejurus Eliya duduk disofa,Eddie meletakkan kepalanya diatas riba Eliya.Eliya hanya tersenyum sambil mengusap ubun-ubun Eddie.
"daddy Hero and Princess nak bermanja ke?.."soal Eliya.Tangan Eliya dikucup lembut oleh Eddie.
"lama tak rasa bermanja macam ni..rasa macam honeymoon sekali lagi aje.."Eddie menjawab.
"abang..nak tak kalau kita bawa aje Heyqarl dan Sofea ke Australia?.."Eliya memberi cadangan.
"kenapa?.."soal Eddie pelik.
"ye la..kesian diorang tak pernah pergi tengok tempat mama dia belajar..lagipun projek di Australia tu tak terlalu ketat jadualnya..sesekali aje Liya kena pergi site untuk pantau..selebihnya,partner Liya yang uruskan sebab projek ni diuruskan oleh dua orang..Tan Sri sendiri yang beri arahan macam tu.."Eliya memberitahu suaminya itu.Eddie terdiam sejenak untuk berfikir.Wajahnya berkerut seakan-akan memikirkan masalah negara.
"okay juga cadangan sayang tu..umi dan mummy pun boleh berehat sikit..sejak cucu-cucu diorang lahir,umi dan mummy langsung tak ada cuti dari jaga cucu..lagipun sayang nak pergi cuma 6 bulan aje kan?.."Eliya mengangguk.
"Zafril pun tak pernah tengok anak-anak kita..walaupun abang kuat cemburu dengan dia tapi,dia antara orang yang berjasa tau pada abang sebab tolong carikan Liya masa Liya merajuk dengan abang dulu..sanggup dia datang dari jauh semata-mata nak tolog abang cari Liya.."Eliya mencuit hidung suaminya ketika berkata-kata begitu.Eddie hanya mencebik.
"tak baik abang..dia tu bekas abang angkat Liya tau..kesian pada dia..tak ada sesiapa atas dunia ni..ada girlfriend yang cun melecun dan tiptop macam Liya ni,dah dikebas oleh sorang Romeo ni..last-last,dia hidup keseorangan aje.."ujar Eliya dalam nada bergurau.
"eleh..dia yang kebas girlfriend abang dulu tau..girlfriend yang abang cintai sejak kecil.."Eddie memandang tepat ke anak mata Eliya.Eliya pantas mencubit geram kedua-dua pipi Eddie menyebabkan Eddie mengaduh kesakitan.
"adoi,..sakitlah sayangku..kalau pipi abang lebam macam mana?..macam mana nak menggatal kalau pipi dah lebam?.."Eddie berkata-kata seakan merengek.Kali ini pinggangnya pula menjadi mangsa.
"gatal!.."ujar Eliya seraya berdiri dari duduknya menyebabkan Eddie terjatuh ke lantai.Eddie memandang Eliya pelik apabila isterinya itu membuka almari untuk mencari pakaian.
"sayang nak lari ke mana?.."soal Eddie pelik.
"Liya nak tinggalkan abang..bawak sini kad kredit abang..sebagai hukuman untuk abang..hari ni Liya nak shopping habis-habisan kat KL ni.."balas Eliya dengan nada ingin membalas dendam.
"boleh..boleh sangat..tapi ada syarat.."
"apa syaratnya?.."Eliya memandang Eddie.
"abang mesti jadi body guard Liya semasa bershopping..setuju?.."
"memang la..kalau tak siapa nak angkut beg Liya nanti..penatlah nak pegang barang banyak..tapi kalau nak ikut kena cepat.."Eliya membuat suara tegasnya seakan-akan seorang bos kepada pekerjanya.Eddie berdiri tegak dihadapan Eliya sambil tabik hormat sebelum dia cepat bersiap.Eliya tergelak melihat telatah suaminya yang keanak-anakkan itu.Walaupun umur Eddie sudah hampir memasuki pertengahan 30-an namun perangai manjanya tidak pernah hilang dari dalam diri lelaki itu apabila bersama Eliya yang berjiwa muda remaja itu.

Eliya tertidur kepenatan setelah hampir seharian berjalan disekitar bandar raya Kuala Lumpur.Eddie melihat jam tangannya yang sudah menunjukkan ke angka 8 malam.Sebentar lagi pasti Eliya akan tersedar akibat kelaparan.Eddie pantas mengambil dompet dank unci keretanya sebelum keluar dari bilik tersebut.

Usai membeli makan malam,Eddie berjalan semula kearah keretanya yang diparkir dibelakang bangunan.Mana tidaknya,Kuala Lumpur adalah salah satu bandar yang susah untuk menemui parkir kereta tambahan pula dimalam minggu begini.Sedang Eddie berjalan kearah keretanya,tiba-tiba lengannya dipeluk seseorang.Eddie terkejut dengan keadaan tersebut.
"tolong saya..tolong..mereka nak tangkap saya..tolong..saya tak nak pergi ke tempat masiat tu lagi..tolong saya.."rayu wanita tersebut.Eddie pantas memandang kearah sekumpulan lelaki yang berpakaian hitam sedang mengejar mereka.Sepantas kilat pintu kereta dibuka.
"masuk dalam kereta ni cepat..!"arah Eddie lalu dia turut segera memasuki perut kereta sebelum keretanya meluncur laju.

Setelah kelibat sekumpulan lelaki berbaju hitam tersebut tidak kelihatan,Eddie melepas nafas lega.
"awak tak apa-apa?.."soal Eddie kepada wanita yang masih ketakutan disebelahnya.Wanita itu mengangguk laju.Eddie memandang kearah wanita yang sedang duduk disebelahnya.Namun matanya membulat tatkala teringatkan sesuatu.
"awak ni Intan Nurhuda kan?.."soal Eddie sedikit terjerit.Wanita itu mengangguk lalu segera memandang wajah Eddie dengan riak terkejut.
"you ni..Eddie Ryqarl?! "soal Intan Nurhuda terkejut.Eddie memberhentikan keretanya dibahu jalan.Eddie seakan-akan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya kini.
"sebelum you kata apa-apa..I nak minta maaf sebab perkara yang berlaku hampir 6 tahun dulu..I'm reall sorry.."ujar Intan sambil menangis teresak-esak.Eddie terpaku.
"I dah terima pembalasan I sekarang,Eddie..I'm really sorry.."
"It's okay..I dah lupakan perkara lama..but..what happen to you?..kenapa you jadi macam ni?.."soal Eddie sambil memandang penampilan Intan Nurhuda yang sangat terdedah itu.Jaket yang sedia ada ditempat duduk belakang diambil Eddie lalu disarungkan ke bahu Intan ang agak terdedah itu.
"I...I kena jual dengan suami I..kami ada masalah kewangan...dan inilah yang terjadi,Eddie..setelah I berikan segalanya untuk dia..ini balasan dia pada I"Intan Nurhuda kembali teresak-esak.
"come..I rasa I patut bawa you pergi jumpa wife I.."ujar Eddie.Intan Nurhuda pantas menggelengkan kepalanya.
"no Eddie..I tak nak..I malu dengan dia selepas apa yang I dah buat pada you dan dia dulu.."
"okay then..I'll send you home?.."soal Eddie lagi.
"maaf kalau I susahkan you..I really need your help Eddie..hanya you aje yang boleh tolong.."
"what is it?..I'll try my best to help you.."jawab Eddie ikhlas.
"I kena ambil anak I..kesian dia..I tahu Riz tu orangnya macam mana..dia pasti akan pukul Mia untuk puaskan hati dia.."ujar Intan ketakutan apabila membayangkan nasib anak perempuan tunggalnya itu.
"okay..I akan tolong you dan Mia..don't worry.."ujar Eddie.Intan Nurhuda tersenyum kelat.Eddie meneruskan pemanduannya menuju ke kediaman Intan Nurhuda.

Eliya tersedar tatkala perutnya mula berkeroncong.Matanya dibuka luas.Melilau matanya melihat sekeliling namun kelibat Eddie tidak kelihatan.
"abang..oh abang.."panggil Eliya namun tiada sahutan.
"hisy..kemana pula pergi laki aku ni?..dah la aku tengah lapar ni.."Eliya mengomel seorang diri.Telefon bimbitnya diambil dan Eliya mendail nombor telefon suaminya.Beberapa minit kemudian talian masih belum berjawab.Setelah hampir lima kali Eliya menelefon suaminya akhirnya Eddie menjawab.
"hello..abang kat ma.."belum sempat Eliya bertanya Eddie sudah memotong.
"sayang..Liya makan dulu ye..abang mungkin balik lewat sikit..ade hal kecemasan di pejabat..nanti abang call sayang balik ya?..bye.."talian dimatikan.Kening Eliya sudah bertaut.Hatinya mula panas.
"hisy..kot ya pun..pesan la awal-awal..tak ada la aku berlapar sampai hampir pukul 10 malam macam ni..geram betul la.. "Eliya merengus sambil menyarung tudungnya dan keluar dari bilik tersebut untuk mengisi perutnya.

Intan mendukung Mia sambil berjalan beriringan dengan Eddie sejurus mereka selesai membuat laporan polis.
"terima kasih,Eddie..tanpa you, I tak tahu la nasib I dengan Mia ni macam mana.."ujar Intan sayu.
"Nasib baik juga tadi suami you tak ada di rumah..kalau tak..I tak tahulah apa nasib korang berdua ni.."balas Eddie lalu membukakan pintu kereta dibahagian belakang untuk Intan meletakkan Mia yang sedang nyenyak tidur.
"sekarang ni..kami dah tak ada tempat untuk berteduh..semua duit yang I kerja selama ni dah dihabiskan oleh Riz..family I pun dah buang I sebab I kahwin dengan Riz tanpa restu mereka.I menyesal Eddie..sebab tak ikut cakap ibu dan ayah I..I terlalu ikutkan hati I sehingga I buat benda yang akhirnya menyusahkan hidup I.."luah Intan Nurhuda penuh kesal sejurus dia mengambil tempat ditempat duduk penumpang disamping Eddie
"It's okay,Intan.As what I have told you before..I akan tolong you sebanyak mana yang I termampu.."
"thank you so much,Eddie..by the way,Eliya tak marah ke you tak balik sampai sekarang?.."soal Intan prihatin.Eddie tersenyum.Ternyata Intan yang dulu sudah berubah menjadi Intan yang lebih tabah dan tidak berdendam seperti enam tahun yang lalu.Syukur kerana disebalik dugaan kehidupan Intan ini,wanita tersebut telah berubah menjadi seorang yang lebih redha dan tabah.Sesungguhnya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
"tak apa..nanti pandailah I nak pujuk dia tu.."balas Eddie sambil tersenyum.Dari senyuman diwajah Eddie,Intan tahu bahawa lelaki itu sedang menikmati kebahagiaan bersama isterinya.Intan redha bahawa dia dan Eddie tiada jodoh.Dendam yang suatu ketika dahulu tercipta untuk Eddie telah hilang dengan sendirinya saat dia melihat wajah suci puterinya Mia Alwani lahir ke dunia.Kini hidupnya harus diperjuangkan untuk melihat kebahagiaan anak gadisnya yang baru berusia empat tahun itu.
"Intan..Mia tu berapa tahun umur dia?.."soal Eddie namun matanya masih menumpukan keatas jalan raya.
"dia baru masuk empat tahun..tahun ni.."jawab Intan sambil melihat anaknya yang sedang nyenyak tidur dikerusi belakang.
"kesian dia..masa ni la dia perlukan perhatian dari ayah dan ibu dia..tapi ayah dia dah buat perangai macam ni..I harap you sabar,ya Intan?.." Intan hanya mengangguk lemah.Kereta Eddie dibelok memasuki kawasan perumahan.Intan memandang sekeliling pelik.Mereka sdah tidak berada dikawasan Kuala Lumpur.Kini mereka berada di Bangi.
"I rasa tempat ni selamat untuk you dan anak you buat masa ni.."ujar Eddie.Tiba-tiba tingkap kereta Eddie diketuk dari luar.Kelihatan seorang lelaki yang berusia dalam lingkungan 40an.
Cermin tingkap pemandu diturunkan.
"bos..mari saya bawa bos dan puan ni naik untuk jumpa isteri saya.."ujar lelaki itu.
"ini Pak Yusuf,pemandu saya..buat sementara waktu you tinggal dengan mereka..and starting next week..you akan bekerja samula disyarikat I..pasal Mia..don't worry..Pak Yusuf akan settlekan hal sekolah dia..everthing will be fine.."ujar Eddie sambil tersenyum.Mata Intan sudah berkaca-kaca.
"thank you so much,Eddie..I tak tahu macam mana nak balas jasa you.."
"Puan..silakan masuk..nanti saya akan bawa beg puan masuk ke dalam,ya?.."ujar Pak Yusuf ramah.
"panggil saya Intan sahaja,pakcik.."ujar Intan sambil mendukung anaknya.
"I balik dulu,ya Intan..anything just call me..nanti minta nombor I pada Pak Yusuf,ya?.."ujar Eddie.Intan mengangguk sebelum Eddie memasuki perut keretanya dan beredar dari situ.
"jom Intan,kita masuk..Mak Inah ada sediakan kamu sedikit makanan..pasti kamu belum makan sejak dari tadi.."ujar Mak Inah sambil menjemput Intan masuk ke rumahnya.

Eddie membuka pintu bilik hotel dengan berhati-hati.Pasti Eliya akan memarahinya kerana sebentar tadi dia lupa untuk memaklumkan kepada isterinya itu bahawa kad akses bilik hotel itu telah dibawanya sekali menyebabkan Eliya terpaksa meminta bantuan dikaunter hotel untuk memasuki bilik tersebut.Sejurus Eddie menutup semula pintu tersebut dan memusingkan badannya.Tiba-tiba..
"argggghhhh..."jerit Eddie.Nyawanya bagai terkeluar dari badan buat seketika menyebabkan dia terus pengsan ketika itu.Eliya terkejut melihat keadaan suaminya itu pantas berlari menuju ke tandas dan membasahkan kain.Kain tersebut dilapkan ke wajah Eddie.
"abang..bangun abang.."Eliya menampar-nampar pipi Eddie.Beberapa minit kemudian kelpak mata Eddie terbuka secara perlahan.
"Liya..ta..tadi abang nampak ha..hantu.."ujar Eddie tergagap akibat ketakutan.Eliya yang pada mulanya marah terus ketawa kuat menyebabkan Eddie memandangnya pelik.
"ohh..maksudnya abang cakap Liya macam hantu la ye?.."soal Eliya serius secara tiba-tiba.Eddie membuat muka blur sebelum dia turut tergelak.
"ohh..maksudnya tadi tu sayang ke?...kenapa sayang biarkan rambut sayang tutup muka tu..kan abang dah lemah semangat.."ujar Eddie dalam sisa tawanya.Eliya menjengkelkan matanya.
"jangan nak gelak sangat eh..bagitahu Liya sekarang abang pergi mana?..tahu tak Lia kelaparan tadi..lepas tu dah la abang lambat bagitahu Lia ang abang keluar..thrn,Liya turun and naik balik pintu pula tak boleh buka..terpaksa turun semula minta tolong budak receptionist tu..and abang..tengok jam sekarang dah pukul berapa?.."Eliya merengus kegeraman.Eddie menelan liurnya apabila melihat jam tangannya yang sudah menghampiri angka tiga pagi.Memang patut untuk isterinya marah.Tangan Eliya diambil dan dikucup lembut.
"sorry ya sayang..abang tak sangka pula yang suddenly klien call ajak jumpa sebab ada hal sikit dengan projek yang syarikat kita tengah uruskan sekarang ni..abang minta maaf ya sayang..maafkan abang okay?.."pujuk Eddie.Akhirnya Eliya mengangguk.Eddie tersenyum lalu memeluk bahu isterinya.
"Alhamdulillah Eliya yang sekaang tak seagresif yang dulu..kalau dulu,pantang abang lewat sikit..merajuk dia sampai berminggu-minggu..kadang-kadang abang pun naik putus asa dah memujuk Liya.."luah Eddie.Eliya memadang wajah Eddie tajam.
"so maksudnya abang nak cakap Liya yang dulu tu macam tak memahami la?..terlalu kebudak-budakkan maybe?..macam tu?.."soal Eliya.Eddie tersenyum kelat sambil mengangguk perlahan.Baginya cukuplah dia menipu isterinya mengenai tujuan dia pulang lewat sebentar tadi.Dia bukanlah jenis orang yang mudah menipu terutamanya kepada orang ang disayanginya.
"tahu..Liya mengaku yang Liya dulu memang cepat meroyan kalau suami Liya ni buat hal..merajuk tak pasal-pasal and cemburu buta..betul tak?.."ujar Eliya sambil tergelak kecil.Eddie mengangguk laju.
"tahu tak apa..terima kasih kerana sedar akan kesalahan diri anda itu,Puan Eliya Rihanna.."ujar Eddie dalam nada gurau sambil mencubit pipi isterinya itu.Eliya memuncungkan bibirnya namun tak lama kemudian dia menguap.
"abang..Liya surrender la..Liya betul-betul dah mengantuk sangat ni..esok kita sambung gaduh-gaduh sayang kita ni,ya?..good night.."ujar Elia lalu mengucup kedua belah pipi suaminya dan panjat katil untuk menyambung tidurnya yang terganggu sebentar tadi dek jeritan Eddie.
"hey..siapa izinkan Liya tidur tanpa suami kesayangan Liya yang hensem lagi menawan ni disisi?.."soal Eddie lalu menghempaskan diri diatas katil menyebabkan Eliya yang sudah berbaring dengan mata yang tertutup terlantun diatas katil itu.
"abang..ingat sikit..abang tu bapak budak tau..bukan kanak-kanak ribena lagi yang boleh lompat-lompat macam tu.."pesan Eliya sambil matanya tertutup menahan kantuknya.Eddie tergelak kecil sambil menutup lampu disisi katil.
"good night sayang..I love you"bisik Eddie ditelinga Eliya sebelum dia turut terlena bersama Eliya yang berada didalam dakapannya itu.


Seminggu kemudian..
Eliya tersenyum melihat anak-anaknya yang sibuk menghebohkan tentang pemergian mereka sekeluarga ke Australia beberapa hari lagi.
"oma..best tau nanti Sofea dan abang akan pergi Aust..Aust..abang,kita nak pergi mana?..susahlah Sofy nak sebut.."ujar Sofea kepada Naimah sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"kita nak pergi Australia,adik..Australia..itu pun susah.."balas Heyqarl yang sedang duduk diatas pangkuan atuk Faridnya itu.Sofea mencebik menyebabkan semua yang berada diruang tamu itu ketawa melihat kecomelan wajahnya itu.Sedang semua ahli keluarga menikmati masa terluang bersama si kecil Sofea dan Heyqarl,tiba-tiba telefon bimbit Eddie berbunyi.Eliya hanya memandang suaminya ang beredar dari ruangan tersebut apabila melihat nama pemanggil ditelefon bimbitnya.Sudah hampir seminggu Eddie berpewatakan pelik sebegitu.Setiap hari pasti suaminya akan pulang lewat dan kerap mendapat panggilan namun apabila ditana Eddie hanya akan menjawab ianya panggilan dari salah seorang klien syarikat.
"Liya..oh Liya.."panggil Encik Harun apabila perasan bahawa anaknya sedang mengelamun.
"ya ayah?.."jawab Eliya apabila tersedar dari lamunannya itu.
"hai..tengah duduk dengan kami pun boleh mengelamun..nak kata ingatkan suami..Eddie ada aje dengan kita semua.."ujar Puan Marina kepada anak perempuannya itu.
"erm..tak ada apa la mummy..Liya cuma ingat..ada apa-apa lagi ke yang Liya tertinggal..maklumlah..nak pergi pun selama enam bulan..Australia tu dah la jauh.."Eliya terpaksa menipu ibubapanya untuk menutup kegelisahan yang melanda hatinya. 'Ada orang yang cuba menganggu rumah tangga kami lagi ke?..sepanjang aku menikah dengan Eddie..Eddie tak pernah pula berperangai pelik macam ni kecuali ada sesuatu yang disembunyikan dari pengetahuan aku..'hati Eliya mula membuat spekulasi sendiri.

"Assalamualaikum.."kedengaran suara kanak-kanak memberi salam dari luar.Serta merta wajah Sofea berubah menjadi ceria manakala Heyqarl seperti biasa dengan gaya yang dirasanya cukup 'macho' baginya.
"yess..Iman datang!!!..."jerit Sofea lalu segera berlari kearah pintu masuk.Eliya memandang anak gadisnya itu dengan pandangan pelik.
"kenapa dengan adik kamu tu Heyqarl?.."soal Naimah kepada cucunya seakan-akan berfikiran sama seperti Eliya.
"biasalah oma..Iman tu kan boyfriend Sofy.."jawab Heyqarl dengan wajah seperti meluat sahaja melihat adiknya ang menarik-narik tangan Iman dipintu masuk itu.Eliya tergelak kuat.
"ya Allah..kecik-kecik dah ada boyfriend..umi dan mommy tengok la perangai cucu perempuan umi dan mommy tu..ikut perangai siapa la tu.."ujar Eddie yang muncul entah dari mana sambil menggelengkan kepalanya namun matanya melirik kearah Eliya.
"hello..sorry sikit..Sofy ikut perangai abang kalau bab gatal tu ya?.."ujar Eliya membuatkan seisi rumah ketawa.
"Assalamualaikum.."kedengaran suara ibubapa Iman pula dari luar rumah.
"walaikumsalam..masuklah Abby..Farouq.."jemput Eddie.Eliya memeluk sahabatnya itu lantas mengambil seorang bayi perempuan yang berada dalam dukungan Rabiatul.
"waa..rindunya mama Liya pada baby Lana ni.."Elia mencium pipi gebu bayi yang baru berusia 3 bulan itu
"amboi..dah dapat baby terus lupa pada kami,ya?.."Farouq menegur sambil tersenyum.Eliya hanya tersenyum.
"tu la,Ed..aku dah cakap dengan kau dah..Liya tu dah boleh sangat kalau nak bagi adik baru pada Heyqarl dan Sofy.."usik Farouq sambil menepuk bahu Eddie.Eddie hanya memandang Eliya dengan kening sebelah yang terangkat.
"baguslah tu..kalau dua-dua kawan ni dah jumpa..memang kita la jadi bahan dia,Liya.."ujar Rabiatul.
"masuk la..kenapa berborak depan pintu ni?."ujar Encik Harun kepada sahabat anaknya itu.
"ya tak ya jugak..kenapa korang berdiri depan pintu tu?.umi dan mommy pun nak tengok baby Lana tu.."suara Marina kedengaran dari ruang tamu.

"So,bila korang akan bertolak ke Australia?.."soal Rabiatul ketika sedang duduk berduaan bersama Eliya ditaman mini rumah sahabatnya itu.
"mungkin lagi dua atau tiga hari.."jawab Eliya bersama keluhan kecil.
"aku tahu kau ada masalah..cuba ceritakan pada aku..mana tahu aku boleh tolong kau ke?.."
"aku pun tak tahu macam mana nak cakap.."balas Eliya.
"kenapa pula?..hal ni berkaitan dengan tempat kerja atau Eddie?.."
"sebenarnya dah hampir seminggu perangai Eddie macam dah berubah la beb..aku rasa dia ada sembunyikan sesuatu dari pengetahuan aku.."
"kenapa kau cakap macam tu?.."soal Rabiatul.
"Eddie..sejak akhir-akhir ni dia selalu keluar dan balik lewat..and bila dia dapat call dari satu nombor ni..dia akan pergi ke tempat yang tak ada orang..kenapa dia buat macam tu Abby?.."soal Eliya kesal.
"Liya..aku kenal kau dah lama..and aku pun kenal Eddie dah lama..kau tak rasa ke yang kau sepatutnya tanya dia terus terang aje?..Cubalah berfikiran matang..umur kau pun dah nak masuk dua puluh lima tahun..aku tahu dalam umur macam kau dan aku ni masih ramai lagi yang ingin menikmati hidup mereka..tapi kita haruslah sedar yang kita ni berbeza dengan orang-orang yang masih single and available tu..status kita dengan diorang pun lain..kita ni dahlah married,not available..tambahan lagi ibu kepada dua anak pula tu..hisy..memang berbeza sungguh kita dengan orang lain diluar sana tu ,Liya..tengok ni..panggilan Eli yang aku guna masa kita sekolah-sekolah dulu pun dah bertukar jadi Liya memandangkan kawan aku ni dah mengalami fasa baru dalam kehidupan dia.So,kau pun kenalah ubah cara pemikiran kau yang sentiasa negatif tu.."nasihat Rabiatul panjang lebar kepada sahabatnya itu.Eliya hanya berdiam diri mendengar nasihat Rabiatul.Memang benar apa yang dikatakan oleh Rabiatul.Eliya seharusnya mengubah cara pemikirannya yang satu itu kerana jika dia terus berfikir negatif terhadap suaminya,itu akan menjejaskan rumah tangga yang dibinanya sejak hampir sembilan tahun yang lalu.
"so,Eddie tahu yang kau pergi untuk temankan Zafril?..dia tahu ke yang Zafril tu dalam keadaan tenat?.."soal Rabiatul menukar topic.Eliya mengangguk laju.
"look..kau ada husband yang sangat memahami..kalau akulah jadi Eddie..aku tak akan izinkan kau pergi jumpa lelaki yang menjadi saingan dia sejak dulu tu tau..kau patut bersukur yang kau dikurniakan seorang suami yang memahami diri kau dan yang paling penting,dia percaya pada kau..jadi,kau pun kenalah percaya pada dia.."Nampaknya Rabiatul yang kini sangat berbahaya.Sekali dia 'basuh',pasti topik yang kemudiannya itu pun akan diambil menjadi 'bahan' untuk 'pembersihan'nya. 'Nasib kaulah,Liya..patutnya kau simpan ajelah syak wasangka kau tu dilubuk yang paling dalam dari kau cerita pada mak nenek depan kau ni..akhirnya kau balik yang terkena..'hati Eliya mengutuk dirinya sendiri kerana telah menceritakan masalahnya kepada sahabatnya yang boleh diibaratkan seperti kaunseling tidak bertauliah ini.

Eddie memberhentikan keretanya dihadapan rumah Pak Yusuf.Sejurus Eddie keluar dari keretanya,Mia sudah meluru kearahnya lalu memeluknya erat.
"daddy..Mia rindu sangat dengan daddy!.."jerit Mia teruja.Eddie tersenyum lalu mendukung kanak-kanak yang hampir seusia hero dan princessnya itu.
"Mia hari ni macam mana?..good girl atau naughty girl?.."soal Eddie sambil mencuit pipi Mia yang gebu itu.
"Mia always good girl la,daddy.."balas Mia sambil memeluk leher Eddie.
"Ed,masuk la..sorry la..Mia ni memang macam ni..peramah sangat..terutamanya sejak kenal you ni..dia dah jadi ngada-ngada.."ujar Intan lalu segera ingin mengambil Mia dari dukungan Eddie namun Mia menolak tangan ibunya itu.
"Mia..uncle tu penat la baru balik work..sini dengan ibu.."Intan sekali lagi menghulur tangannya kepada Mia namun si kecil itu masih berdegil.
"ni daddy la,ibu..bukan uncle..Mia nak dengan daddy aje.."
"Mia!..Mia ni nak jadi macam papa ke?!.."tiba-tiba Intan meninggikan suaranya akibat geram dengan kedegilan anaknya.Serta merta Mia menangis lalu menghulurkan tangannya kepada Intan.Intan mengambil anaknya itu lalu masuk ke dalam rumah.Eddie mengekori langkah Intan dengan perasaan kesal.
"laa..kenapa cucu nenek nangis ni?..mari sini nenek pujuk dia.."ujar Mak Inah lalu mengambil Mia dari dukungan Intan.
"kenapa you cakap macam tu pada budak,Intan?.."soal Eddie sejurus dia mengambil tempat dikerusi yang terletak dianjung rumah tersebut.Air mata Intan sudah bergenang ditubir mata.
"I tak boleh biar dia berdegil macam tu,Ed..bila dia buat perangai,I akan selalu teringatkan Riz..Riz memang degil dan kuat memerintah..I tak nak Mia mewarisi perangai Riz tu,Eddie.."luah Intan sambil mengesat air matanya yang mula mengalir laju.
"I faham apa yang you cuba buat..Look,anak-anak I pun kadang-kadang akan buat perangai macam Mia..tapi sebagai ibubapa bukan cara tu untuk mengajar diorang..lagi pula untuk budak yang macam Mia tu..sekarang you tahu tak dia cuma ada you sahaja sebagai tempat bergantung untuk dia..dia memang dah trauma dengan papa dia..so,you kena la slow sikit dengan dia..she's too small to face all this problem,Intan.."nasihat Eddie.Intan sudah terdiam.Perasaan bersalah mulai menusup kedalam hatinya.Ada betulnya apa yang dikatakan oleh Eddie itu.Sesungguhnya dia memang amat kecewa dan marah terhadap Riz namun dia harus mengawal kemarahan dan emosinya agar Mia tidak menjadi mangsa apabila dia dalam keadaan marah.
"dah..biar I pujuk dulu Mia kat dalam.."ujar Eddie lalu beredar dari situ.Intan menghela nafas berat.

Eddie mengambil tempat disisi Mia ang sedang bermain dengan anak patung sendirian.
"Mia..merajuk ke?.."soal Eddie sambil membelai rambut panjang si kecil itu.Mia hanya mengangguk dengan wajah suram.
"alaa..ibu tu main-main aje tadi..Mia jangan merajuk ,ya sayang?"pujuk Eddie lagi.
"tak..daddy tipu..ibu tak main-main..ibu memang tak sayangkan Mia..ibu sama macam papa..Mia benci papa..papa pukul ibu...pukul Mia.."balas Mia sambil menumbuk-numbuk tilam yang berada disebelahnya.Eddie memandang ke arah pintu dimana Intan sedang memerhati sesi memujuk itu.Intan sudah menundukkan wajahnya.Pilu hatinya mendengar luahan anaknya itu.
"ibu bukan tak sayang Mia..ibu sayang sangat..tapi ibu cuma sedih aje tadi sebab Mia tak nak dengan dia..Mia tak kesian ke pada ibu?..ibu pun rindukan Mia..tapi Mia tak nak kat ibu.."Mia memandang wajah Eddie.
"betul ke ni daddy?..daddy tak tipu?.."soal Mia inginkan kepastian.
"ya Allah..betul sayang..kan tipu tu dosa.."ujar Eddie meyakinkan Mia.Mia tersenyum lalu mengangguk laju.
"lepas ni Mia kena dengar cakap ibu,okay?.."ujar Eddie. Eddie mengangkat jari kelengkingnya.
"pinky promise..?"Mia ketawa kecil lalu jari kecilnya itu bertautan dengan jari Eddie.
"okay..jom daddy bawa Mia pergi beli ais krim..nak tak?.."
"nak!!"jawab Mia teruja.
"okay..pergi siap sekarang..daddy tunggu dalam kereta..lagi 5 minit kita jalan.."ujar Eddie sebelum keluar dari bilik tersebut.
"thanks,Eddie sebab tolong I pujuk Mia..kalau tak tadi I tak tahu la nak buat macam mana..dia tu kalau merajuk teruk juga tau..kadang-kadang sampai tak nak makan.."beritahu Intan.Eddie tersenyum.
"tak apa..princess I pun macam tu juga..biasalah budak perempuan memang kuat merajuk..kadang-kadang bukan budak aje..mak budak pun merajuk.. itu lagi parah.."Eddie tergelak kecil.Intan tersenyum. 'kalaulah dulu aku ditakdirkan bersama Eddie..mungkinkah aku akan bahagia bergelar isteri kepada dia?..Eliya..kau memang beruntung kerana memiliki lelaki sebaik Eddie..'hati Intan berkata-kata.

Eliya melihat jam yng tersangkut elok di dinding bilik anak-anaknya itu.Sudah hampir memasuki jam 9 malam.Telefon bimbitnya dilihatnya pula namun masih tiada tanda bahawa Eddie menelefonnya mahupun menghantar pesanan ringkas buatnya.
"mama..daddy mana?..bukan ke selalunya daddy akan teman Sofy dan abang tidur?.."soal Sofea sambil bersandar dikepala katilnya.
"daddy outstation ke mama?.."soal Heqarl pula.Eliya hanya senyum kepada anak-anaknya. 'sayang..mama pun tak tahu daddy pergi mana..'hati Eliya menjawab persoalan si kembar itu.
"hari ni biar mama yang ganti tempat daddy,ya?..so,Sofy dan Heyqarl nak mama bacakan story apa hari ni?.."soal Eliya cuba menceriakan anak-anaknya itu.
"Sofy nak cerita yang daddy selalu ceritakan pada kita tu.."jawab Sofy.
"cerita yang mana?.."soal Eliya pelik.
"alaa...mama cerita yang pasal askar tu..daddy cakap cerita tu atok daddy yang selalu ceritakan pada mama dan daddy dulu masa kecil.."jawab Heyqarl.Eliya terdiam sejenak.Hatinya terasa pilu saat teringatkan arwah atok Samad yang selalu menceritakan tentang kisah yang menjadi penyebab dia dan Eddie bersatu suatu ketika dahulu.
"mama..cepat la cerita.."rengek Sofea sambil memeluk pinggang Eliya yang sedang berbaring disampingnya.
"okay..pada suatu hari....."Eliya memulakan kisah sejarah yang telah lama tersimpan dalam memorinya itu.

Eddie membuka pintu rumahnya menggunakan kunci pendua.Hari itu dia terpaksa pulang lewat setelah terpaksa menemani Mia sehingga kanak-kanak itu tidur.Sebentar tadi dia telah membawa Mia bersiar-siar sekitar Putrajaya sehingga ke lewat petang dan malamnya pula,Eddie terpaksa meluangkan masa bersama Mia setelah Mia menahannya dari pulang.Oleh kerana rasa simpati kepada si kecil itu,Eddie akur juga dengan kehendak Mia.Eddie masuk ke dalam rumah namun penghuni rumah semua sudah masuk tidur.Mujur tadi,Mak Inah mengajaknya untuk makan malam bersama jika tidak,pasti dia sudah terkena serangan gastrik yang teruk.

Ketika pintu biliknya dibuka,Eddie melihat Eliya yang sedang berpeluk tubuh sambil menyandarkan badannya ke sofa yang terdapat dibilik tersebut.Perlahan pintu bilik tersebut ditutup.
"assalamualaikum sayang.."ujar Eddie lalu meletakkan briefcase dan kot miliknya disisi sofa sebelum meletakkan kepalanya diatas riba Eliya.Hilang sedikit kepenatannya setelah seharian menghabiskan masa di pejabat dan di petang hari pula bersama Mia.
"walaikumsalam.."jawab Eliya dingin.Mata Eddie yang terpejam pantas dibuka luas.Dari intonasi suara Eliya,dia tahu bahawa isterinya itu sedang merajuk.
"why are you sulking,darling?.."soal Eddie.
"abang rasa?.."soal Eliya namun Eddie hanya mengangkat bahu tanda dia tidak tahu.Matanya dipejamkan semula.
"kalau Liya balik time ni..dan Liya tak inform abang langsung..apa yang abang rasa ek?.."soal Eliya sambil memandang suaminya tajam.Eddie menghela nafas berat.
"Liya..abang penat..boleh tak Liya stop argueing sekarang?..I need some rest,sayang.."
"apa abang cakap?..argueing?..oh..so abang nak cakap Liya ni nak cari pasal dengan abang?..macam tu?.."soal Eliya mula geram.Eliya tersenyum sinis. Eddie bangun dari baringnya lalu bersandar disofa.
"bukan itu maksud abang.."
"no..it's okay..Liya tahu Liya busy body kan?..fine..lepas ni abang pergi aje mana abang nak pergi..buat apa yang abang suka..don't worry..Liya tak akan tanya lagi..kalau anak-anak kita tanya..I'll just tell them that daddy diorang tak suka kalau orang ambil tahu pasal daddy diorang..what a happy family and such a very good husband.."ujar Eliya lalu keluar dari bilik tersebut.Eddie menghentak sofa tersebut sambil mengeluh panjang.

Eddie menyembur sedikit haruman ditubuhnya sejurus keluar dari bilik mandi.Badannya terasa sedikit selesa selepas membersihkan diri.Jam dilihatnya.Hampir berganjak ke pukul 12 malam namun,Eliya masih lagi belum masuk ke bilik.Eddie tahu bahawa isterinya itu pasti akan tidur dibilik anak-anak mereka.Pintu bilik dibuka perlahan.Kelihatan Eliya sudah terlena disamping Sofea.Terdapat kesan air mata diwajahnya menandakan Eliya baru sahaja menangis.Eddie melepaskan nafas panjang.Ubun-ubun isterinya dikucup perlahan agar tidak mengejutkan Eliya begitu juga dengan puteri dan puteranya sebelum Eddie kembali ke biliknya semula.

Eddie turun satu per satu anak tangga rumahnya sambil membawa briefcase miliknya.Hari ini dia agak lewat ke pejabat kerana selalunya Eliya akan mengejutnya namun memandangkan isterinya itu masih dalam mood merajuk maka tiada sesiapa yang mengejutkan Eddie.
"good morning,daddy.."tegur Sofea ketika Eddie mengambil tempat dimeja makan untuk bersarapan bersama anak-anaknya.
"morning..mana atuk,nenek,ayah tok dan opah?.."soal Eddie apabila perasan bahawa ibubapanya tidak berada di rumah itu.
"ohh..diorang kata nak balik kampung sekejap sebab dah lama sangat tinggalkan rumah arwah atuk daddy.."jawab Heyqarl.Sofea turut mengangguk bersama mulut yang penuh.
"mama pula semalam tidur dengan Sofea..tapi pagi-pagi lagi mama dah nak keluar.."beritahu Sofea tanpa ditanya.
"okay..nampaknya hari ni tugas hantar hero dan princess daddy ke sekolah adalah tugas daddy la kan?..makan cepat..nanti lambat pula kita.."Heyqarl dan Sofea mengangguk serentak sebelum menyambung makan.Sedang Eddie menikmati sarapannya telefon bimbitnya berbunyi tanda ada pesanan masuk.

Liya outstation..

Pesanan yang begitu ringkas dihantar oleh isterinya itu.Eddie mengeluh.

okay..take care..

Eddie tahu jika dia bertanya lebih lanjut kepada isterinya itu pasti Eliya bakal mengungkit hal yang terjadi semalam.
"hero..princess..hari ni mama tak balik,okay?..so balik nanti daddy jemput dekat tadika.Princess and hero tunggu situ sampai daddy datang,okay?.."ujar Eddie mengingatkan anak-anaknya itu.Sekali lagi kembar itu mengangguk.

Eliya membaca pesanan ringkas yang diterimanya bersama rengusan.Hatinya yang sediakala marah bertambah marah apabila membaca jawapan yang diberikan Eddie.Sebenarnya dia cuma perlu ke Johor Bahru untuk menguruskan sedikit hal berkaitan projeknya disana kemudian dia akan kembali semula ke Kuala Lumpur pada petangnya namun akibat rasa marah terhadap Eddie,Eliya sengaja menempah hotel untuk satu malam.
"baik kau tak payah fikirkan dia,Liya..lebih baik kau siapkan kerja kau apa yang patut..dah la lusa aku dah nak bertolak ke Australia.."Eliya bercakap sendirian sebelum memulakan kerjanya.

Eddie memberhentikan keretanya dihadapan tadika sebelum Sofea dan Heyqarl.
"okay..daddy tak dapat hantar Sofy dan Heqarl sampai dalam sebab daddy dah lambat ni..jangan lupa pesan daddy,okay?..tunggu sampai daddy datang.."ujar Eddie memberi peringatan kepada anak-anaknya itu.Sofea dan Heyqarl mengangguk lalu menyalami Eddie sebelum keluar dari perut kereta.Sejurus kelibat anak-anaknya sudah tidak kelihatan,Eddie memandu laju menuju ke pejabat.Eddie sampai dihadapan bagunan syarikatnya tepat jam 9 pagi.Tanpa berlengah Eddie segera menuju ke ruangannya.Intan datang ke ruangan Eddie untuk memaklumkan tentang jadual lelaki itu.
"Ed,hari ni you ada meeting dengan klien pukul 9.30 pagi and lunch nanti you kena lunch bersama wakil syarikat FA holdings bersama dengan dua orang engineer mereka memandangkan projek yang kita jalankan itu diuruskan oleh dua orang engineer syarikat tu.."ujar Intan sambil melihat maklumat diipad miliknya.Eddie mengerutkan dahinya.
"boleh you beritahu I siapa engineer yang uruskan projek kita tu?.."soal Eddie inginkan kepastian.
"isteri you dan seorang engineer lelaki..kenapa?.."soal Intan kembali.Pelik juga baginya tentang Eddie yang seakan-akan terkejut apabila mendapat tahu Eliya yang menguruskan projek dari syarikatnya itu.
"okaylah kalau macam tu..ada apa-apa lagi ke?.."soal Eddie kepada Intan namun wanita itu hanya menggelengkan kepalanya.
"err..by the way,Intan..I akan outstation nanti..you tak apa-apa kan kalau I tak ada buat beberapa bulan?..anything just minta pada Pak Yusuf saja.."beritahu Eddie.Intan tersenyum nipis.
"it's okay..you dah banyak sangat tolong I dengan Mia..tak tahu macam mana nak balas jasa you.."jawab Intan.
"I akan bantu you apa yang termampu..lagipun you kan dulu schoolmate I..so apa salahnya tolong kawan lama kan?.."
"okay la Ed,.I keluar dulu ya?.."Eddie mengangguk kepada Intan.Kerjanya yang tergendalanya sebentar tadi disambungnya. 

Love You 1000 Times (Wattpad Version)Where stories live. Discover now