Bab 34

1.8K 57 0
                                    

Eliya membuka matanya perlahan.Kepalanya didongakkan memandang Eddie yang sedang nyenak tidur sambil mendakapnya diatas katil single hospital itu.Jam ditelefon bimbitnya dilihat.Sudah menunjukkan ke angka 6 pagi.Eliya mengalihkan tangan Eddie yang terletak elok dipinggangnya dengan perlahan.Eliya merenggangkan badannya yang agak lenguh akibat tidur dalam posisi yang sama sepanjang malam.Eliya tersenyum melihat wajah Eddie yang masih nyenyak dibuai mimpi.
"darling..dah subuh ni..bangun jom solat?.."Eliya mengusap pipi Eddie bagi mengejutkan lelaki itu.
"ermm..."hanya itu yang keluar dari mulut Eddie namun matanya masih lagi terpejam rapat.
"abang sayang..lepas subuh nanti abang tidurlah.."pujuk Eliya sambil mengusap kepala lelaki itu pula.
"sayang..give me 5 minute..I'm really tired.."rengek Eddie.
"okay..5 minit je..lepas tu promise me abang akan bangun solat,okay?.."ujar Eliya.Eddie mengangguk namun matanya masih tertutup.Eliya hanya menggelengkan kepalanya.Eliya mendekati Sofea yang sedang nyanyak tidur.Eliya meletakkan belakang tapak tangannya ke dahi Sofea.Eliya mengucapkan rasa syukur apabila demam si kecil itu sudah berkurangan.Dia akhirnya masuk ke bilik mandi untuk berwudhuk bagi menunaikan solat subuh.Sejurus pintu dibuka,wajah Eddie yang kepenatan dengan mata yang terpejam sudah berdiri dihadapannya.
"ya allah..abang ni..terkejut Liya dibuatnya..good boy,bangun pun akhirnya.."ujar Eliya.
"hmm.."gumam Eddie sambil menguap.
"cepat sikit..Liya tunggu abang..kita solat berjemaah,ya?.."Eddie mengangguk tanda setuju dengan cadangan isterinya itu.

Eliya duduk disofa sambil memakai telekung ketika menunggu suaminya berwudhuk.Tiba-tiba telefon bimbit Eddie yang terletak dimeja sisi katil bergetar tanda ada pesanan masuk.Eliya bangun dan berjalan menuju ke arah meja disisi katil hospital tersebut.Hatinya bagai tertarik-tarik untuk membaca pesanan tersebut apabila terlihat nama pengirim.Ketika tangan Eliya baru sahaja hendak mencapai telefon bimbit Eddie.Lelaki itu sudah berdiri dibelakangnya.
"jom solat,sayang?.."Eliya sedikit tersentak mendengar suara lelaki itu.Pantas Eliya memaniskan mukanya dan memandang Eddie yang sudah berdiri dibelakangnya.
"okay..jom?.."jawab Eliya dengan nada lembut yang dibuat-buat.Hatinya masih tertanya-tanya tentang pengirim tersebut.Intan.Nama pengirim tersebut seakan-akan pernah didengari sebelum ini namun dia tidak mengingati siapakah gerangan yang bernama Intan itu.
"sayang..nak solat ni..tak baik mengelamun memikirkan hal duniawi..kita nak menghadap Allah.."tegur Eddie apabila melihat Eliya yang seakan-akan sedang memikirkan sesuatu.
"ya..maaf..Liya dah ready.."jawab Eliya lalu memandang ke arah tikar sejadah.Eddie beriqamah lalu memulakan solat subuh berjemaah mereka.

Usai mengaminkan doa Eddie,Eliya masih termenung memandang kearah tikar sejadah.Hatinya masih lagi kurang senang dengan nama pengirim tersebut.Dia bukanlah seorang isteri yang begitu cepat cemburu apabila suaminya berhubung dengan wanita lain namun dia pelik kerana setahunya jika ada yang menghubungi Eddie untuk membincangkan masalah kerja,mereka akan menghubungi nombor telefon bimbit Eddie yang dikhaskan untuk kegunaan kerja namun Eliya pelik apabila seorang yang bernama 'Intan' itu boleh menghantar pesanan ringkas kepada suaminya pada waktu yang kurang sesuai begini dan dikirimkan ke nombor telefon peribadi Eddie.Tanpa sedar Eliya berdecit sambil memeluk tubuh.Eddie memandang Eliya pelik.Isterinya seakan-akan memikirkan masalah yang berat.
"sayang..kenapa ni?..abang tengok sayang macam ada masalah aje?.."tegur Eddie sambil mengusap kepala isterinya yang masih berlapik telekung. 'patutkah aku tanya Eddie sekarang?..'hati Eliya mula berteka-teki.
"eh..mana ada..Liya okay aje..just nak tanya..err..nombor private abang tu abang tak ada guna untuk kerja kan?.."soal Eliya sambil mengenggam tangannya disebalik telekung.Matanya masih memandang ke sejadah.Eddie mengerutkan dahinya sambil tersenyum.
"nope..itu nombor private abang..so orang-orang ang dekat dengan abang sahajalah yang tahu nombor tu..why are you asking?"jawapan Eddie sudah berjaya menambahkan lagi kecurigaan yang bersarang dihati Eliya namun dia masih lagi menyembunyikannya agar pertelingkahan tidak berlaku lagi.Baginya biar masa yang menunjukkan dan membuktikan segalanya.
"nothing,dear..just asking..by the way,Liya rasa hari ni Sofy dah boleh discharge kot..sebab demam dia dah tak ada..Alhamdulillah.."ujar Eliya menukar topik berbualan mereka.
"ya..Alhamdulillah..so lepas ni tak perlulah kita tangguh lagi..mungkin beberapa hari lagi kita dah boleh pergi sana..kan sayang?.."ujar Eddie sambil menarik isterinya ke dalam dakapannya.Eliya mengangguk perlahan.
"abang..Liya rindukan Heqarl.."ujar Eliya sambil mengusap belakang Eddie.
"I miss him too..it's okay..sekejap lagi Liya balik dulu tengok keadaan Heqarl,okay?"Eliya mengangguk perlahan mendengar cadangan Eddie.


Tengah hari itu Eliya bercadang untuk pulang ke rumah bagi melihat keadaan Heyqarl.Sebelum pulang ke rumah,Eliya menyuapkan bubur kepada Sofea.
"mama..semalam mama kata kalau princess dah tak demam..hari ni uncle doktor nak kasi balik..kenapa hari ni uncle doktor tipu,mama?.."soal Sofea sambil berpeluk tubuh tanda dia tidak puas hati.Eliya tersenyum lalu mengesat bibir anaknya yang terdapat sisa bubur.
"uncle doktor tu bukan tipu..tapi uncle kata Sofea masih belum sihat ,sayang..so princess mama ni kena duduk sini lagi sehari okay?.."pujuk Eliya sambil menyelitkan rambut panjang anaknya ke belakang telinga.

Love You 1000 Times (Wattpad Version)Where stories live. Discover now