Bab 50

3.5K 95 2
                                    


    Lima bulan kemudian..
Eliya membantu Puan Inayah membasuh pinggan mangkuk didapur.Dia berasa sangat gembira dengan layanan ahli keluarga Ries yang peramah.Walaupun mereka boleh dikira sebagai keluarga yang berada tetapi Puan Inayah lebih suka hidup dalam keadaan sederhana.Katanya biarlah orang mengatakan dia kedekut asalkan dia dapat menunaikan umrah bila-bila masa yang dia hendak.Eliya mengusap pinggangnya.Sejak kandungannya makin membesar,pinggangnya kerap terasa sakit.
"Liya..pergilah duduk kat sana..bonda kan dah pesan jangan berdiri lama..kan dah sakit pinggang tu..pergi duduk kat sana..biar bonda sambung,ya?..ujar Puan Inayah lalu menarik Eliya perlahan untuk duduk dikerusi yang terletak didapur itu.
"bonda..bila Ries nak balik?.."soal Eliya.Puan Inayah hanya tersenyum.
"insyallah hari ni dia balik..katanya dia dalam perjalanan tadi,sekejap lagi sampai la tu.."
"ohh..dia tak ada beritahu Liya pun.."
"dia nak buat kejutan kot.. aik,takkan setiap minggu jumpa pun masih rindu lagi.."Wajah Eliya sudah membahang. 'alamak..bonda ni macam dapat tahu aje apa yang aku rasa..'.Ya,dia akui dia sudah mula terbiasa dengan kehadiran lelaki itu dalam hidupnya.Semakin lama,dia semakin sayang kepada lelaki itu.

Tiba-tiba terdengar bunyi hon dari luar rumah.
"hah,Liya..si kembar tu dah balik dari sekolah..Liya pergilah sambut diorang dulu.."Eliya mengangguk akur.Beberapa minit kemudian kedengaran suara si kembar itu menjerit memanggil Puan Inayah.Dalam keadaan terkocoh-kocoh wanita itu berlari anak.
"ya ada apa ,cu?..kenapa jerit-jerit ni?.."kedengaran suara Puan Inayah dari arah dapur.Namun matanya membulat apabila melihat Eliya sudah terduduk bersama air putih yang membasahi kain yang dipakainya.
"ya Allah..Eliya!.."
"bonda..Liya rasa dah tiba masanya ni bonda.."ujar Eliya sambil menahan rasa sakit hendak bersalin.
"Heyqarl..cepat telefon papa cakap mama dah nak bersalin.."arah Puan Inayah sebelum dia membantu Eliya berjalan ke luar rumah.Belum sempat Heyqarl mendail nombor Ries.Kereta lelaki itu sudah memasuki perkarangan rumah.Ries segera berlari kearah bondanya dan Eliya apabila melihat bondanya memapah Eliya yang kesakitan.
"Ries..cepat bawa Eliya pergi hospital..dia dah nak bersalin ni.."arah Puan Inayah.Ries semakin panik mendengar apa yang dikatakan oleh Puan Inayah.
"Liya dah nak bersalin sekarang ke?.."soal Ries membuatkan Puan Inayah memarahi anaknya.
"hey..bonda suruh kamu bawa pergi hospital..orang tengah sakit tu kamu masih boleh tanya lagi.."Walaupun dalam keadaan sakit,Eliya berasa kelakar mendengar kata-kata Ries itu.Ries segera mencepung tubuh Eliya dan meletakkan dikerusi peumpang disebelahnya sebelum dia memecut laju menuju ke hospital.Sofea dan Heyqarl turut terkejut melihat adengan yang berlaku didepan mata mereka.
"nek,mama tak apa-apa kan?..Heyqarl dengan Sofy tak nak kehilangan mama.."ujar Heyqarl bersama wajah suram.Puan Inayah memeluk si kembar itu.Dia sudah mula jatuh sayang kepada si kecil itu setelah mendengar cerita mengenai bagaimana Eliya dan anak-anaknya diabaikan oleh bekas suami Eliya dari Ries dan Eliya ketika mereka tiba lima bulan lepas.Sejak dari itu dia sudah menganggap mereka sebagai ahli keluarganya.Dan dia tahu bahawa Ries sangat mencintai Eliya kerana anaknya itu selalu mengelak apabila dia menyuarakan hasrat untuk menyatukan Ries dengan anak kawannya.Dia tidak kisah akan status Eliya sebagai janda.Asalkan Eliya mampu membahagiakan anak lelaki tunggalnya itu.

Ries duduk disamping Eliya yang sedang menunggu waktu yang tepat untuk bersalin.Eliya mengenggam tangan Ries.
"I takutlah Ries.."Ries mengusap tangan Eliya.
"don't worry,okay?..everything will be fine..I akan berada disisi you.."jawab Ries cuba menenangkan Eliya.Tiba-tiba air mata Eliya mengalir.
"tak sangka akhirnya I akan melahirkan anak dia seorang-seorang.."
"syhh..jangan la menangis pasal dia lagi..I tak sukalah..sekarang ni anak ni ibarat macam bukan anak dia sebab dia dah lepaskan tanggungjawab dia..anak ni anak you dan anak I..anak kita berdua aje..Eddie dah tak ada kaitan lagi dengan kita.."ujar Ries.Eliya mengangguk perlahan.Tiba-tiba Eliya memejamkan matanya akibat kesakitan.
"Ries tolong panggilkan nurse..sakit I dah makin kerap.."ujar Eliya dalam nada perit.Ries segera memanggil jururwat.Beberapa minit kemudian,seorang jururawat telah masuk dan membantu Eliya memakai seluar yang dikhaskan untuk wanita bersalin agar auratnya lebih terjaga.Selepas jururawat itu keluar,para doktor dan bidan turut masuk ke situ.Ries masuk lalu duduk disamping Eliya menghadap ke wajah wanita itu.Dia tahu dia tidak patut berada disitu tetapi dia tidak sanggup membiarkan Eliya menanggung kesakitan seorang diri.Dia hanya memandang kewajah Eliya tanpa sedikit pun menoleh kearah doktor dihujung katil.
"Puan Eliya..bersedia untuk push,ya?.."kedengaran suara bidan yang berbangsa melayu.
"selawat banyak-banyak Eliya..kuatkan semangat you..tarik nafas.."Eliya mengikut segala yang dikatakan oleh Ries sebelum dia meneruskan perjuangannya untuk melahirkan.Eliya mengenggam tangan Ries kuat.Tersentuh hati lelaki itu melihat betapa seksanya seorang wanita yang ingin melahirkan anak.Air mata Ries turut bergenang melihat keadaan Eliya itu namun mulutnya tidak henti-henti berzikir ditelinga Eliya.Dan akhirnya..kedengaran suara tangisan bayi memenuhi ruang itu.Eliya sudah menutup matanya akibat terlalu lemah.Tangan Ries turut dilepaskan.Selepas jururawat membersih dan membalut bayi kecil itu,bayi itu diserahkan kepada Ries.Dengan berhati-hati lelaki itu mengambil bayi kecil itu.
Ries membawa bayi itu kesisi Eliya.
"it's a girl,Liya..anak kita sangat cantik..sama macam you.."ujar Ries perlahan.Eliya menitiskan air matanya sambil mengusap kepala si kecil yang mempunyai rerambut halus.Ries segera mengazankan bayi kecil itu.Ketika sedang mengazankan bayi kecil itu, perasaan seorang bapa mulai meresap kedalam hatinya. 'papa akan jaga dan sayang baby macam anak papa sendiri..biarlah daddy buang baby,papa akan sentiasa ada disamping mama, baby dan kakak abang..papa janji,sayang..' hati Ries berkata-kata.Perlahan dia mengucup dahi bayi kecil yang kemerahan itu penuh syahdu.

Eddie sedang duduk termenung diruangan pejabatnya.Wajahnya mula mencengkung dan keadaan dirinya sudah tidak terurus lagi sejak dia bercerai dengan Eliya lima bulan lalu.Layanannya kepada Intan juga sudah mulai berubah.Intan sememangnya sangat berbeza jika dibandingkan dengan Eliya yang sentiasa memahaminya.Eddie mengeluh buat sekian kalinya.Dia sudah buntu untuk mencari Eliya.Semua orang telah dihubunginya namun tiada seorang pun yang mengetahui dimana Eliya.Setiap dua minggu dia akan bertemu dengan Heyqarl dan Sofea tetapi anak-anaknya itu sudah tidak bermanja dengannya seperti sebelum ini.Mereka bagai tidak mengenalinya.Apabila ditanya mengenai mama mereka,Heyqarl dan Sofea hanya mendiamkan diri tanpa memberi apa-apa jawapan.Ibubapanya juga sama.Tidak pernah memberitahu walau sedikit pun tentang perihal Eliya.Tiba-tiba telefon bimbitnya bergetar tanda ada pesanan masuk.Eddie segera membuka pesanan itu apabila melihat nama Ries yang tertera diskrin.Terpampang wajah suci seorang bayi yang berkulit putih kemerah-merahan.

Eliya telah selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.2kg ,jam 5 petang tadi..

Air mata Eddie menitis perlahan sambil melihat wajah bayi yang suci itu diskrin telefon bimbitnya.
"maafkan daddy sayang..daddy tak dapat nak sambut sayang dan berada disamping mama sepanjang mama mengandungkan sayang..daddy menyesal sangat dengan apa yang daddy buat pada sayang dan mama.."Eddie berkata-kata sambil memandang ke gambar itu seperti dia sedang bercakap dengan anak bongsunya itu.Eddie menangis kekesalan namun segalanya sudah tiada guna lagi kerana dia sudah tidak berpeluang untuk mendekati Eliya mahupun bersama wanita itu.Tempoh Iddah Eliya juga telah tamat sejurus dia melahirkan anaknya.Kini,Eliya sudah berhak untuk mengahwini sesiapa sahaja yang dikehendakinya.Dan Eddie tahu isterinya itu pasti tidak akan pernah berlembut hati untuk menerimanya semula.Dia pasrah.


Sudah hampir tiga minggu sejak Eliya melahirkan anaknya yang diberi nama Dania Haniya oleh Ries.Sengaja Eliya membiarkan Ries yang menentukan nama si kecil itu sebagai tanda penghargaan kepada lelaki itu yang sanggup berulang alik dari Mersing ke Kuala Lumpur setiap minggu semata-mata untuk menjenguknya dan anak-anak.Ries jugalah yang selalu menghantar Heyqarl dan Sofea ke rumah ibubapa Eliya untuk berjumpa dengan Eddie.Eliya sangat bersyukur dengan segala pengorbanan dan kesanggupan Ries untuk menjaga mereka anak beranak.Tiba-tiba lamunannya terganggu apabila Dania menangis.Eliya cuba menyusukan Dania namun si kecil itu masih menangis seakan-akan tidak mahu berhenti.Eliya menepuk belakang Dania namun tagisan si kecil itu masih juga tidak berhenti.Eliya sudah buntu.Entah kenapa dia berasa sedih melihat si kecil itu menangis dan dia tidak dapat berbuat apa-apa.Tiba-tiba pintu bilik Eliya diketuk.
"masuk.."Perlahan pintu dibuka.Kelihatan wajah Ries yang jelas kepenatan masuk ke bilik itu.
"kenapa Nia menangis?.."soal Ries dalam suara serak menandakan dia baru bangun dari tidur.
"I tak tahulah kenapa dengan Nia ni..tadi okay aje tidur..tiba-tiba menangis tak nak berhenti..maaflah I ganggu tidur you malam-malam macam ni.."ujar Eliya bersama air mata yang sudah menitis perlahan.Ries segera duduk dibirai katil disamping Eliya.Air mata wanita itu disekanya perlahan.
"syhh..janganlah menangis,you tak ganggu tidur I pun..Nia kan anak kita..so tanggungjawab I juga untuk jaga dia.."ujar Ries memujuk.Dania yang sedang menangis itu diambilnya lalu Ries menepuk perlahan belakang Dania sehingga bayi itu sendawa.Beberapa minit kemudian,si kecil itu sudah kembali tertidur.Eliya memandang wajah Dania dan Ries silih berganti.Kuasa apa yang digunakan oleh lelaki itu sehingga si kecil itu boleh kembali tidur nyenyak.Ries tersenyum melihat wajah si kecil itu yang sungguh comel sedang nyenyak dalam pangkuannya.
"Nia rindu papa,ya?..kesian mama sampai buntu tak tahu nak buat apa bila Nia nangis.."ujar Ries lalu mengucup pipi si kecil itu bertalu-talu namun si kecil itu hanya mengeliat kecil tanpa menangis walaupun terganggu akibat dikucup oleh Ries.
"mama..malam ni boleh tak Nia tidur dengan papa?.."soal Ries sambil tersenyum.
"tapi nanti kalau Nia nangis nak menyusu macam mana?.."
"nanti I ketuk la pintu bilik you.."ujar Ries sambil mengusap pipi si kecil itu.Sarung tangan bayi yang tersarung ditangan Dania segera dilucutkan.Suka dia melihat jari jemari kecil itu.Eliya tersenyum melihat kasih sayang Ries kepada anaknya itu. 'untung Nia..tengok tu sejak ada Nia, papa asyik manja dengan Nia aje..cakap dengan mama pun mata asyik pandang Nia aje..'hati Eliya berkata-kata.
"okay la..tapi jangan menyesal tau kalau si kecil ni menangis malam-malam.."
"tak..Nia budak baik kalau dengan papa..menangis pun tak kuat macam masa dengan mama.."ujar Ries mengusik sebelum bangun untuk beredar.
"good night,sayang..you berehatlah dulu..I tahu you letih sejak ada baby kecil ni.."ujar Ries lembut sebelum keluar dari bilik itu. 'dia panggil aku sayang?..aduh..habislah aku tak dapat tidur malam ni..'hati Eliya berkata-kata.Dia menutup mata bersama senyuman yang terukir dibibir.


Akhirnya Eliya telah tamat tempoh berpantang.Gembira sungguh hatinya kerana kini dia sudah dapat makan apa sahaja yang dikehendakinya.Tidak dia sangka Puan Inayah sungguh tegas dalam menjaganya ketika pantang.Segala jamu dan air akar kayu terpaksa ditelannya.Sungguh berbeza cara Puan Inayah menjaganya berbanding ibunya dahulu yang tidak begitu mengambil berat mengenai air tradisional itu.Beberapa kali juga Eliya muntah-muntah semasa pertama kali menelan air itu.Teruk sungguh rasanya.Bau air itu sahaja sudah mampu membuatnya pening apatah lagi rasanya yang sungguh meloyakan.
"hi mama..termenung apa tu.."tegur Ries yang sedang mendukung Dania.Si kecil itu sudah mula membuka mata dan kadang-kadang seakan-akan tersenyum kepada Ries.
"mama tengah jealous ni sebab papa tu asyik manjakan baby je..agak-agaknya papa dah tak sayang mama lagi kot.."ujar Eliya sambil mencuit pipi anaknya.
"siapa cakap I tak sayang you?..separuh nyawa I menyayangi you cuma you tu aje jual mahal dengan I.."Eliya hanya tersenyum sambil memandang pemandangan hijau dikawasan kampung itu.Semakin lama dia semakin suka untuk tinggal disitu.Semua orang-orang dikampung itu melayannya dengan baik.Agaknya mereka bersimpati dengan nasibnya yang menjadi janda dalam usia muda ketika mengandung pula tu.Tiba-tiba tangannya dipegang oleh Ries.
"Liya..you masih ingat tak pasal lamaran I untuk ambil you sebagai isteri I..sekali lagi I nak tanya you,sudi tak you menerima cinta I dan menjadi isteri I?.."soal Ries.Eliya memandang wajah Ries dengan perasaan terharu.Sudah lama dia menunggu saat ini.Dia akui dia sudah mula cintakan lelaki itu.Air mata Eliya bergenang ditubir mata.Perlahan dia mengangguk sambil tersenyum ikhlas.
"I sudi jadi isteri you Ries..I sudi.."jawab Eliya.Ries tersenyum lalu mengucup jari jemari Eliya.Dia terlalu gembira sehingga terlupa bahawa mereka masih belum sah untuk dia melakukan seperti itu.Eliya membulatkan matanya lalu segera menarik tangannya.
"hey..kita belum sah lagi tau..jangan nak melebih eh?.."ujar Eliya berpura-pura marah.Hatinya sudah berbunga-bunga kerana dia bakal menikah dengan lelaki yang mencintainya dan dia juga mencintai lelaki itu.Kali ini pernikahannya bukanlah kerana wasiat atau terpaksa.Hatinya rela untuk berdamping dengan lelaki yang mula bertakhta dihatinya itu.

Love You 1000 Times (Wattpad Version)Where stories live. Discover now