Bab 49

2.7K 87 1
                                    

Seminggu kemudian..

Eliya memberhentikan kereta yang dipandunya ditempat letak kereta dihadapan mahkamah Syariah.Akhirnya hari ini dia terpaksa berdepan dengan Eddie bagi mengesahkan perceraian mereka.Eliya mengeluh perlahan.Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi tanda ada panggilan masuk.
"Assalamualaikum,Liya..you dah sampai ke pejabat agama ke?.."kedengaran suara Ries prihatin dihujung talian.Hari ini dia tidak dapat menemani Eliya kerana terpaksa menghadiri mesyuarat selama satu jam dipejabatnya tetapi dia sudah berjanji dengan Eliya untuk keluar makan tengah hari bersama.
"waalaikumsalam..I baru saja sampai..belum keluar dari kereta lagi ni.."
"ingat pesan I,ya?..Jaga diri elok-elok.Kalau dia cuba nak apa-apakan you,call me straight away,okay?"
"ya,don't worry..I tahulah apa I nak buat kalau dia kacau I..okaylah,Ries..I takut terlewat nanti..doakan I,ya?..semoga semua dapat diselesaikan dengan mudah.."
"I sentiasa doakan you.."
"okay,you pergilah siapkan kerja you dulu.."
"Liya.."tiba-tiba Ries memanggil namanya ketika dia hampir menjauhkan telefon bimbit dari telinganya.
"hmm...ada apa lagi Syed Riezwan?.."
"I love you..ingat tu.."ujar Ries penuh romantis dihujung talian.
"ya,Ries..you tak perlu ingatkan pun I dah tahu..I harap sangat suatu hari nanti I dapat membalas perasaan you tu..okay la,I really got to go now..bye,assalamualaikum.."ujar Eliya sebelum mematikan talian.Eliya mencapat beg tangannya dan fail hitam nipis sebelum keluar dari perut keretanya itu.

Setelah hampir tiga jam,akhirnya perceraian Eliya dan Eddie telah disahkan walaupun Eddie terpaksa membayar denda kerana melafazkan talak diluar mahkamah.Namun Eliya lega kerana sekurang-kurangnya dia telah terlepas dari segala kekejaman lelaki itu.Dia tidak harus menanggung segala kekecewaannya lagi kerana sikap bekas suaminya itu.Eliya menghela nafas lega.Setibanya Eliya dikeretanya,tiba-tiba pergelangan tangannya ditarik dari belakang.Eliya menelan liurnya apabila melihat wajah Eddie dihadapannya.
"apa yang awak nak lagi?..mahkamah dah sahkan saya dan awak tak ada apa-apa lagi.."ujar Eliya.Eddie memandangnya dengan wajah sayu.
"Liya..Liya tahukan yang abang tak sengaja tempoh hari..Liya tak boleh pertimbangkan lagi ke keputusan sayang ni?.."pujuk Eddie.Eliya memejamkan matanya buat seketika sebelum memandang wajah Eddie dengan wajah bosan.Tangannya segera direntap.Jijik pula rasanya apabila lelaki itu menyentuh kulitnya.
"saya tak akan pernah sesekali ubah keputusan saya..hubungan kita tak berhasil dan awak dengan mulut awak tu yang telah menyebabkan kita bercerai..saya tak minta awak ceraikan saya pun..saya Cuma nak kita berpisah buat seketika,tapi sebabkan nak bela isteri kesayangan awak tu,awak curah air kat muka saya di khalayak ramai dan ceraikan saya disitu juga..so,saya nak bagi awak hadiah istimewa sebab dah malukan saya.."ucap Eliya sebelum tangannya menampar kuat pipi Eddie.
"itu adalah sebab menghina saya.."ujar Eliya sebelum tangannya pantas menumbuk wajah Eddie sekuat hati.
"ini untuk anak-anak saya yang awak tinggalkan.."ujar Eliya geram sebelum membuka pintu kereta.Eddie cuba menghalang Eliya dari menutup pintu kereta.
"tepilah!!.."jerit Eliya sebelum dia segera menutup pintu keretanya dan mengunci dari dalam.Eliya segera menghidupkan enjin kereta dan berlalu dari situ.Eddie memandang kereta Eliya yang sudah meluncur laju meninggalkan kawasan itu.Pipinya terasa sakit akibat ditumbuk dan ditampar oleh bekas isterinya itu tetapi hatinya lebih sakit untuk menerima kenyataan bahawa wanita yang telah hidup bersamanya selama hampir sepuluh tahun,kini sudah dilepaskannya.Air mata Eddie mengalir sejurus dia masuk ke dalam keretanya.Dia menampar pipinya sendiri kerana telah melakukan sesuatu yang terburu-buru mengikut perasaannya. 'kenapa aku bodoh sangat?..kenapa aku lepaskan dia sedangkan dulu aku yang bersungguh-sungguh dan berazam untuk mendapatkan cintanya?..kenapa aku tak berfikir dengan waras?..'.
"arrghh.."Eddie menghentak stereng keretanya.

Eliya mengatur langkah masuki bangunan FA Holdings.Pintu yang tertera nama Encik Osman diketuknya.
"masuk.."kedengaran suara Encik Osman dari dalam.
"assalamualaikum,Encik Osman.."ucap Eliya dengan senyuman menghiasi bibirnya.
"eh,Liya..duduklah..kenapa Liya nak jumpa saya?.."soal Encik Osman ramah.
"saya sebenarnya nak serahkan ni. Eliya meletakkan surat berhenti kerja dihadapan Encik Osman."
"tapi kenapa?..awak dan Ries adalah antara jurutera terbaik syarikat ni.."
"saya dan Eddie baru sahaja bercerai,encik..saya perlukan masa untuk tenangkan fikiran..saya pun lagi beberapa bulan bakal melahirkan.Jadi,saya perlukan sedikit masa.Insyallah kalau tak ada halangan,saya akan kembali lagi untuk bekerja dibawah encik.."
"baiklah,Liya..saya faham keadaan awak..awak tenangkanlah fikiran awak,jaga diri dan anak-anak,ya?.."pesan Encik Osman seperti seorang bapa.Eliya tersenyum lega.
"terima kasih,encik sebab faham keadaan saya..saya keluar dulu,ya encik?.."ujar Eliya meminta izin.Encik Osman tersenyum sambil mengangguk.

Eliya membuka pintu ruangan Ries dengan perlahan sekali.Kelihatan lelaki itu sedang berdiri dirak yang tersusun fail seperti mencari sesuatu.Eliya menghampiri Ries dalam keadaan terjengket-jengket agar lelaki itu tidak sedar akan kewujudannya disitu.Setibanya dia dibelakang Ries.Eliya menepuk kedua-dua bahu Ries.Akibat terkejut,segala fail yang didalam pegangan Ries terus terjatuh kelantai.Eliya mengetawakan Ries sambil menekan perutnya yang terasa sakit akibat terlalu banyak gelak.
"Liya!!.."Ries menyeru nama Eliya dalam nada tidak puas hati.Eliya masih dalam sisa tawanya.
"you ni memang nak kena dengan I,kan?..tengok ni habis dah jatuh semua fail atas lantai.."Ries dan Eliya sama-sama mengutip semula fail-fail yang terjatuh itu.
"hari ni nampak macam happy je.."tegur Ries sambil tersenyum kepada Eliya.Gembira hatinya melihat Eliya dapat ketawa kembali.Eliya mengangguk laju dengan senyuman lebar.Mereka berdua duduk dikerusi dihadapan meja kerja Ries.
"a'ah..happy sangat..sebab you tengok ni.."ujar Eliya sambil menunjukkan buku limanya yang agak lebam.
"Ya Allah..kenapa ni?..teruknya.."ujar Ries lalu memegang tangan Eliya untuk melihat lebih dekat kesan lebam itu.
"Eddie buat apa-apa pada you ke?.."soal Ries cemas.
"Nope..in facts,I yang buat apa-apa pada dia.."
"you buat apa?.."
"I tumbuk muka dia sekuat hati I dan I tampar dia.Sebab tu lah lebam macam ni.."jawapan Eliya mampu membuatkan mulut Ries terlopong.Eliya ketawa lalu menolak dagu Ries sehingga mulut lelaki itu kembali tertutup.
"tak payah nak tunjuk terkejut sangat la.."
"seriously?!you tumbuk dia dan tampar sekali?.."soal Ries seakan-akan tidak percaya.
"ye la sayangku..I tumbuk dan tampar dia.."jawab Eliya bergurau.Tiba-tiba Ries tersenyum nakal.
"boleh tak ulang lagi ayat tadi?.."Eliya segera menarik tangannya dari pegangan tangan Ries lalu menutup mulutnya.
"hey..ulang la lagi,I macam tak puas pula dengar ayat tadi.."Eliya menepuk lengan Ries.
"jangan harap.."jawab Eliya.Ries mencubit pipi Eliya.
"hisy..nakal sangat you ni...nasib baik I sayang tau.."ujar Ries sebelum bangun dari kerusi disisi Eliya untuk mengemas meja kerjanya kerana waktu makan tengah hari sudah hampir masuk.
"Ries.."panggil Eliya mendayu-dayu.Ries memandang wajah Eliya dengan kening terangkat.
"boleh tak I nak balik kampung you?..I nak stay kat sana sampai I bersalin..boleh tak?.."Ries memandang wajah Eliya pelik.
"kenapa tiba-tiba you nak duduk kampung I pula?.."
"I tak nak Eddie kacau I lagi la..tadi pun dia tak habis-habis pujuk I untuk balik pada dia semula..I tak suka la dan I takut kalau dia bertindak diluar kewarasan lagi..you tau la dia sejak akhir-akhir ni macam gila pun ada juga.."ujar Eliya.
"okay then..bagus juga,sekurang-kurangnya you boleh temankan bonda I kat kampung..sejak kakak I nikah,memang bonda tinggal seorang pun sebab ayah I dah meninggal sejak I kecil dulu lagi.."Eliya tersenyum mendengar kata-kata Ries.
"thank you,dear.."ujar Eliya gembira.Sengaja dia mengusik Ries dengan mengucap perkataan 'dear' di belakang ayatnya.
"apa dia?.."soal Ries dengan senyuman nakal yang menghiasi bibirnya.
"entah..lupa pula apa yang I cakap tadi..Ries,cepatlah sikit..I lapar ni.."
"okay,dah siap kemas...jom?..hari ni you mengidam nak makan apa?.."mereka keluar dari ruangan itu beriringan.
"I sebenarnya dah lama sangat nak makan pulut mangga.."Ries terdiam seketika.Dimana dia hendak mencari tempat yang menjual pulut mangga.Segera telefon pintarnya dikeluarkan dan dia segera mencari tempat yang menjual pulut mangga dikawasan berdekatan dengan syarikatnya.

Ries memandang wajah Eliya yang sedang makan pulut mangga dengan bersungguh-sungguh.Sudah hampir tiga pinggan pulut mangga sudah dimakan oleh Eliya.Ries risau jika sekiranya Eliya mengalami pedih ulu hati tetapi dia tidak sampai hati untuk menghalang Eliya makan.
"Liya..I bukan nak halang you..tapi,tak elok tau makan pulut banyak-banyak..nanti you boleh kena pedih ulu hati.."ujar Ries penuh berhati-hati kerana risau Eliya akan terasa hati dengannya.
"okay..ni suapan last..I janji.."ujar Eliya lalu menyuap pulut mangga kedalam mulutnya.Nikmat sungguh rasanya apabila dia akhirnya dapat juga apa yang diidam-idamkan.Eliya tersenyum kepada Ries.
"thank you so much sebab bawa I datang sini.."ucap Eliya ikhlas.
"you're most welcome..selepas ni you nak makan apa aje..minta pada I,insyallah I akan belikan..anyhow anak tu pun macam anak I juga.."jawab Ries.
"Liya,nanti you bersiap-siaplah..petang ni lepas balik kerja I bawa you balik kampung I..okay?.."
"okay.."jawab Eliya teruja.Tidak sabar rasanya dia untuk merasai suasana kampung.Kali terakhir dia merasa suasana kampung adalah ketika arwah atuk Samad masih hidup.




Love You 1000 Times (Wattpad Version)Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz