BAB 4

5K 139 0
                                    

 Eddie menjemput Eliya pulang dari sekolah pada tengah hari itu.
"Liya..Eddie dah tengok tarikh yang sesuai untuk kita nikah..dan tarikh itu adalah bulan depan..Liya setuju tak?.."
"Hah..bulan depan..erm..Eliya okay je..bulan depan pun cuti sekolah..tapi..."
"Tapi ape?.."
"Liya tak nak bagitau semua orang kat sekolah..Liya harap Eddie faham.."
Eddie hanya memandang Eliya dari ekor mata.
"Ikut keselesaan Liya la.."
Eddie membawa Eliya dan Puan Marina serta Puan Naimah menuju ke sebuah butik pengantin selepas Eliya menyalin pakaiannya di rumah sebentar tadi.
"Selamat datang ke butik kami.."ujar seorang gadis berbangsa cina.
Untuk majlis perkahwinan Eliya mereka akan menggunakan gaun pengantin moden kerana Eliya tidak mahu memakai pakaian tradisional iaitu kebaya kerana katanya ia sudah selalu dipakai oleh kebanyakkan orang.Eddie membelek tuksedo yang sesuai dengannya.
"Eddie cuba tengok tuksedo yang ni..cantik la..cube Eddie try..Liya nak tengok.."ujar Eliya menunjukkan sepasang tuksedo berwarna biru gelap kepada Eddie.
Eddie tersenyum lalu mengambil tuksedo tersebut dari tangan Eliya.Tangan mereka bersentuhan namun cepat-cepat Eliya mengalihkan tangannya lalu beredar dari ruangan itu.
Eddie hanya tersenyum melihat tindakkan bakal isterinya itu. 'nasib kau la Eddie dapat isteri yang muda gila macam Eliya tu..'hati Eddie berkata-kata.
Puan Naimah dan Puan Marina hanya pura-pura tidak perasan akan telatah kedua-dua anak mereka itu.Eliya membelek-belek gaun yang terdapat di butik itu lalu tertarik dengan sehelai gaun berwarna biru putih yang amat cantik dan tidak terlalu terdedah.
Dia mencuba gaun tersebut.Eddie dan Eliya keluar dari bilik persalinan serentak secara kebetulan.
Eddie melihat kearah Eliya tanpa berkelip kerana terpegun dengan kecantikan Eliya sungguh dia tidak sangka bahawa gadis yang comel dan petah berkata-kata pada suatu masa dahulu telah menjadi seorang gadis yang penuh dengan daya tarikan seperti di hadapan matanya kini.Puan Naimah berdehem.Eddie segera memandang kearah lain.
"Tak elok kalau pandang bakal isteri lama-lama sebelum nikah.."usik Puan Naimah.
Eliya sudah tidak keruan kerana malu ditegur begitu.Bukan dia tidak biasa dengan Eddie dan Puan Naimah namun selepas berpisah dengan Eddie selama 3 tahun telah membuatnya menjadi agak kekok berdepan dengan lelaki itu.
"Eh..ummie ni..mana ada..Eddie tengok gaun Liya je..takut-takut tak sesuai..ye la..Liya kan sederhana tinggi je..takut gaun tu labuh sangat.."usik Eddie.Eliya sudah memuncungkan mulutnya.
"Hah..tengok tu dah jadi itik dah.."usik Eddie lagi.Eliya mengangkat gaunnya sedikit lalu berjalan laju kearah Eddie lalu mencubit lelaki itu.Eddie mengaduh kesakitan.
"Padan muka..siapa suruh kacau orang.."Eddie mengusap lengannya lalu terfikir untuk mengenakan Eliya.
"Aduh..Liya..lengan Eddie sakit la..rasa macam berdarah..cuba tengok ni.."Eddie kelihatan berada dalam keadaan yang amat kesakitan.
"Hah..berdarah ke..mari sini biar Liya tengok..sorry la Eddie..Liya tak sengaja.."ujar Liya wajahnya kelihatan amat risau.Puan Marina cuba untuk menyembunyikan senyumannya begitu juga dengan Puan Naimah.
Eliya memang terkenal dari dulu pantang mendengar perkataan darah pasti akan risau.Eddie menunjukkan lengannya yang merah akibat dicubit kepada Eliya.
"Alaa..sorry la abang..Liya tak sengaja.."ujar Elya yang hampir menitiskan air mata.Akhirnya Eddie tergelak lalu menepuk lembut bahu Eliya.
"Eddie gurau je la..Liya ni cepat sangat emosional tau..nanti macam mana nak jadi ibu pada anak-anak Eddie ni..kalau asyik-asyik nak nangis.."usik Eddie lagi.Eliya sudah malu yang teramat,dia terus bangun lalu masuk ke bilik persalinan untuk menyalin pakaian.
"Kamu ni Eddie suka sangat mengacau si Liya tu..kesian umi tengok dia tau.."Puan Marina hanya menggeleng kepala sambil tersenyum melihat bakal menantunya itu.

Eliya mengusap dadanya. 'hisy..kenapa dengan aku ni..berdebar semacam..macam nak buat presentation pulak..padahal cuma tersentuh Eddie je..jangan-jangan aku dah...hisy..mengarut je kau ni Eliya..mungkin kau cuma tak biasa dengan dia sebab dah lama tak jumpa..' hati Eliya bermonolog sendirian.

Pejam celik..pejam celik..hari yang merupakan hari penyatuan antara dua insan itu akhirnya tiba jua.
Eliya hanya duduk diam apabila juru andam menyiapkannya sebentar lagi dia akan di nikahkan bersama Eddie.Perkahwinan mereka akan diadakan disebuah hotel bertaraf tiga bintang.
Walaupun Eliya baru berusia 16 tahun namun segala perbelanjaan perkahwinan mereka ditanggung oleh ibubapa mereka dan duit hasil pekerjaan sampingan Eddie ketika belajar di Amerika.
Eliya berasa agak gementar mengenangkan apa yang bakal terjadi sebentar nanti.Beberapa minit kemudian Eliya telah siap berpakaian gaun putih dan selendang menutupi sedikit rambutnya.
Gaya Eliya kelihatan amat anggun dan cantik.Bagi sesiapa yang tidak mengetahui umur sebenar Eliya pasti mereka akan menganggap Eliya merupakan pelajar di universiti.
"Liya..dah siap belum.."tanya Puan Marina menghentikan lamunan Eliya.
"Erm..dah..mumy.."
Puan Naimah menuju kearah Eliya lalu mencium pipi Eliya penuh kasih sayang.
"Eliya Nampak anggun sangat..beruntung Eddie dapat isteri macam Eliya..jom sayang kita bertolak pergi masjid sekarang.."
"jom.."
Eliya masuk ke perut kereta yang sudah dihias indah dengan perasaan yang penuh debaran.Sudah beberapa hari dia dilarang bertemu Eddie kerana kata orang tua-tua tidak elok pengantin perempuan berjumpa pengantin lelaki sebelum hari pernikahan.Atuk Samad tidak dapat menghadiri majlis pernikahan mereka berdua kerana keadaannya kian hari kian bertambah teruk dan kini dia dirawat di unit rawatan rapi.Agak sukar untuk mereka meneruskan majlis ini memandangkan keadaan atuk Samad yang sudah kritikal itu tetapi atuk Samad mendesak agar mereka meneruskan rancangan perkahwinan mereka itu secepat mungkin.

Setibanya di masjid kelihatan beberapa buah keluarga terdiri dari rakan-rakan Eddie dan sedara-mara mereka sedang menunggu di ruangan masjid.Beberapa mata memandang kearah Eliya sambil tersenyum-senyum.Ada juga beberapa orang berdehem-dehem apabila Eliya duduk di ruangan khas untuk pengantin.Eddie memandang kearah Eliya lalu senyum.Eliya faham makna senyuman itu.Eddie cuba untuk menenangkan Eliya.
"baiklah..boleh kita mulakan sekarang?.."tanya tok kadi yang bakal menikahkan mereka.Encik Farid dan Encik Harun mengangguk diikuti dengan beberapa orang saksi lain.
"Aku nikahkan dikau..Eddie Ryqarl bin Farid dengan Eliya Rihanna binti Harun dengan mas kahwinnya RM 80.00 tunai.."
Dengan sekali lafaz Eddie sah menjadi suami Eliya.Eliya menitiskan air mata kesyukuran. 'akhirnya Eliya..kau telah diikat dengan Eddie dengan ikatan perkahwinan..hwaiting Eliya!'hati Eliya berkata-kata sendirian.Eddie menyarungkan cincin mas putih bertakhtakan berlian bebentuk hati ke jari manis Eliya diikuti dengan Eliya yang menyarungkan cincin yang agak seiras dengannya ke jari manis Eddie.Eliya menyalami Eddie dan mencium tangan lelaki itu.Eddie tersenyum gembira lalu mencium dahi Eliya.Mereka berdua kelihatan amat padan dan sungguh comel memandangkan masing-masing amat muda.

Selepas tamat majlis masing-masing hadir ke rumah atuk Samad untuk majlis kesyukuran manakala majlis bersanding akan diadakan keesokkan harinya di hotel.Pada malam itu,Eliya memakai kebaya berwarna lavender sepadan dengan baju melayu Eddie.Para tetamu yang hadir pada malam itu hanya rakan-rakan karib ibubapa mereka dan Eddie.Rakan Eliya yang hadir ke majlis itu hanyalah Rabiatul.Eliya duduk di biliknya selepas bersiap.Tiba-tiba pintu biliknya diketuk dari luar.
"masuk.."
"Liya..dah siap belum?"tanya Eddie.Eliya kelihatan agak tidak tentu arah apabila Eddie memandangnya tajam.Eddie cuba menyembunyikan senyumannya.
"hah..erk..d..d..dah.."
Eddie menutup pintu bilik lalu duduk di sebelah Eliya lalu menghadap gadis itu.
"Liya..mulai hari ni..Liya dah sah jadi isteri Eddie jadi..Eddie nak Liya panggil Eddie abang..okay sayang?"
"erk..okay..Ed..eh..abang.."
"hah macam tu la isteri abang.."ucap Eddie lalu mencuit hidung Eliya sebelum keluar dari bilik tersebut.
Eliya memegang dadanya yang berdegup kencang.Tiba-tiba pintu bilik terkuak kembali.Eliya memandang kearah pintu.
"Sayang..jom..lupa pula abang nak ajak sayang keluar.."ucap Eddie lalu menghulur tangannya kearah isterinya itu.Eliya teragak-agak menyambut tangan suaminya itu.

Mereka berjalan bepimpinan tangan menuju kearah rakan-rakan Eddie.Mereka tersengih-sengih dan ada juga yang berbisik-bisik.
"wah..Eddie dah dapat isteri terus tak nak lepas..tengok tu bukan main lagi tangan diorang mengenggam kemas."usik seorang rakan Eddie.Eliya hanya tersenyum malu manakala Eddie tergelak bangga.
"hey..tak nak kenalkan aku dengan isteri kau ke?.."
"oh..by the way,ni Eliya..Eliya ni Remy kawan abang masa kat Amerika dulu..kalau Liya nak tahu Remy ni ketua kumpulan play boy tau.."
Eliya hanya tergelak kecil kerana melihat Remy membuat muka sepuluh sen.
"alaa..Eliya..suami you ni pun dua kali lima juga masuk geng tu..by the way,I Kay..one of Eddie's bestfriend masa di Amerika.."ujar seorang wanita yang berkulit cerah berambut perang..dari segi pakaian Eliya tahu bahawa wanita ini bukan datang dari keluarga biasa.
"banyak la I geng dengan Remy..pandai you tipu wife I ,ya?"
Kay dan Eddie kelihatan agak mesra berbual.Eliya kemudian meminta diri setelah dua jam duduk bersama suaminya di meja itu.Dia berasa agak kekok bergaul dengan rakan-rakan suaminya yang kebanyakkannya merupakan rakan Eddie semasa belajar di Amerika.Eliya duduk sendirian di buaian berdekatan rumahnya.Tiba-tiba matanya ditutup oleh seseorang dari belakang.
"Abby..macam aku tak tahu taktik lapuk kau tu dari dulu.."
Rabiatul tergelak lalu mengambil tempat di sebelah sahabatnya itu.
"Eli..kenapa kau tak join suami tercinta kau tu kat sana tu.."
"hisy..rimaslah..diorang semua asyik-asyik cerita pasal pelajaran diorang..aku tak faham apa-apa pun yang diorang cerita pasal lukisan tu la..lukisan ni la..tak kuasa aku nak layan diorang.."
"alaa..kau dah kahwin dengan arkitek..kena la terima seadanya..by the way,thanks sebab jemput aku..okay la..selamat pengantin baru kawan..semoga berkekalan hingga akhir hayat..dan hati-hati malam ni..hehehe.."ujar Rabiatul lalu tergelak jahat.Eliya bangun untuk mencubit Rabiatul tetapi gadis itu cepat melarikan diri.Eliya kembali mengambil tempat di buaian.Tiba-tiba wajah Zafril muncul di benaknya.. 'Ril..maafkan Liya..Liya terpaksa lakukan semua ni untuk atuk..maafkan Liya ya..Liya sayangkan Ril tapi Liya terpaksa..'tanpa Eliya sedar air matanya mengalir perlahan dan ada satu tangan yang mengusap lembut pipi Eliya.Eliya tersentak lalu segera memandang kearah pemilik tangan tersebut.Ternyata itu adalah Eddie.Eddie memandang Eliya dengan pandangan redup lalu mengambil tempat disebelah Eliya.Eddie memeluk bahu Eliya.
"kenapa Liya menangis ni?..Liya sedih ke sebab terpaksa kahwin dengan abang?"
" eh..tak ada la..mata Liya Cuma masuk habuk je.."
"Liya..abang dah duduk dengan Liya dari kecil..dari waktu Liya baby lagi kita dah sama-sama..takkan Liya nak tipu abang pulak.."
Eliya menundukkan wajahnya.Eddie tersenyum tenang lalu mengangkat dagu Eliya supaya menatap matanya.
"Liya sedih sebab terpaksa tinggalkan boyfriend Liya tu kan?"
Eliya mendiamkan diri.
"abang tak kesah kalau Liya masih berhubung dengan dia..tapi satu abang nak pesan abang harap hubungan Liya dengan dia tu hanya sebagai kawan dan Liya kena jaga batas Liya sebab sekarang Liya adalah milik abang..dan abang tak suka hak milik abang di sentuh atau dimiliki oleh orang lain.."ucap Eddie jujur.
Eliya memandang Eddie lalu mencium pipi suaminya.
"terima kasih abang..insyallah Liya akan ingat kata-kata abang tu.."
Eddie tersenyum lagi lalu mengangguk.Saat Eliya mencium pipinya terasa bahang di pipinya itu.Terasa satu perasaan halus menusup masuk ke lubuk hatinya dan dia senang dengan layanan Eliya itu.Eddie mendekatkan wajahnya ke telinga Eliya lalu membisikkan sesuatu..
"by the way,you look so beautiful tonight..abang suka tengok gaya Liya malam ni macam gadis melayu terakhir..dan yang paling abang happy adalah gadis itu milik abang.."
Eliya tersenyum malu.Terasa pipinya sudah merah padam,Eliya bangun untuk masuk ke dalam.Para tetamu sudah lama pulang kerana sudah lewat malam.Eddie menarik pergelangan tangan Eliya.
"hai..baru kena puji sikit dah nak lari ke?..nanti masuk sorang-sorang lepas tu orang ingat kita bergaduh pula.."Eliya tersengih lalu mereka berjalan beriringan masuk ke dalam rumah.Puan Naimah dan Puan Marina telah keluar untuk pergi menjenguk atuk mereka yang sakit di hospital manakala Encik Farid dan Encik Harun telah selamat berlabuh di atas katil setelah seharian berhempas pulas bagi menjayakan majlis ini.Jam sudah menunjukkan ke angka 12.30 malam.
"nampaknya tak ada orang kat rumah..mungkin diorang keluar kot.."
"mungkin..tadi nampak Mommy dengan Ummie keluar..mungkin pergi jenguk atuk kot.."
"tak apa la kalau macam tu..kita rehat dulu la..Liya mesti penat kan?..Liya masuk dulu salin pakaian.."Eliya hanya akur pada arahan suaminya itu.Eddie duduk diruang tamu menonton televisyen.Eliya masuk ke bilik lalu duduk di meja solek untuk membersihkan make-upnya..Sebenarnya dia agak berdebar apabila berdepan dengan Eddie dan apabila mengenangkan dia akan berkongsi bilik dengan Eddie..itu lebih menyeramkan..Eliya menggelengkan kepala lalu mengetuk perlahan kepalanya.Dia segera masuk ke bilik mandi.Eddie menonton televisyen namun fikirannya melayang mengingatkan kejadian sebentar tadi.Sebenarnya dia telah memerhatikan Eliya agak lama semasa gadis itu duduk termenung dibuaian.Dia tahu bahawa Eliya pasti kecewa kerana terpaksa memutuskan hubungan cintanya bersama kekasih gadis itu namun dia juga tidak mahu melepaskan isteri yang baru dinikahi itu.Dia kasihan dan tersentuh apabila melihat air mata suci gadis itu mengalir untuk lelaki lain.Andai dia dapat mengantikan dirinya di kedudukan kekasih hati Eliya sudah pasti dia akan mengambilnya demi mengembirakan gadis itu. 'Liya..abang akan berusaha untuk mencuri hati Liya..walaupun memerlukan waktu yang agak lama tapi abang sanggup kerana Liya dah ditakdirkan untuk abang dan saat abang melafazkan akad nikah tadi hati abang sudah menjadi milik Liya sepenuhnya..abang akan usaha Liya..abang janji..'hati Eddie berkata-kata.Beberapa minit kemudian Eddie masuk ke bilik dan melihat Eliya sedang berteleku di atas sejadah.Hati Eddie berasa sejuk melihat Eliya. 'memang tak silap atuk suruh abang nikah dengan Liya'.Eliya perasan Eddie sedang termenung di hadapan pintu.
"eh..abang..masuk la..kenapa termenung kat situ.."Eddie tersedar dari lamunan lalu tersengih sambil masuk dan menutup pintu bilik.Eliya melipat telekung yang dipakai.
"erm..abang malam ni..Liya tidur kat..."Eliya tidak meneruskan ayatnya.
"oh..Liya tidur kat katil..biar abang tidur kat sofa tu ya.."ujar Eddie memahami.Dia tahu bahawa Eliya masih kekok untuk berkongsi katil dengannya.Eliya senyum lalu mengangguk.Eddie mencapai tuala lalu masuk ke dalam bilik mandi.
Eliya melangkah ke atas katil lalu terlena kerana terlalu kepenatan.Eddie keluar dari bilik mandi setelah beberapa minit kemudian.Dia menunaikan solat dengan penuh khusyuk.
'ya allah ya rabbi ya tuhan ku...aku memanjatkan rasa syukur kehadratmu kerana telah menyatukan aku dengan isteriku..kau berilah keberkatan dalam rumah tangga kami..jauhkanlah segala halangan yang cuba memecahkan masjid yang telah kami bina ya allah..kau bukakanlah hati isteriku untuk menerimaku..kau berikanlah kesabaran kepadaku untuk memegang tanggungjawab sebagai seorang suami..amin ya rabbalalamin..'..Eddie duduk di birai katil memandang kearah isterinya itu.Wajah Eliya kelihatan bagai bercahaya.Cahaya ketenangan di wajah Eliya turut membuatkan Eddie tenang menatap wajah sang isteri yang sedang nyenyak di buai mimpi indah..Eddie mendekatkan wajahnya ke wajah Eliya diusap lembut pipi gebu milik Eliya..Memang dia menyayangi gadis yang merupakan temannya sejak kecil ini namun kasih sebagai seorang abang kini harus diubah kepada kasih seorang suami kepada isteri.Eddie mengucup perlahan pipi isterinya lalu beralih ke dahi kemudian di pandang bibir merah milik Eliya kemudian segera dia menjauhkan diri apabila Eliya bergerak lalu membuka mata perlahan.Eliya tersenyum.
"abang..maaflah Liya tidur dulu ya..mengantuk sangat la.."
"erm..ya la..abang faham..dah sambung tidur tu..maaflah kalau abang buat Liya tersedar..selamat malam sayang.."
"selamat malam abang"ucap Eliya sebelum menyambung tidurnya.Eddie memegang dadanya dan terasa amat cepat degupan jantungnya saat dia menatap wajah Eliya dari jarak yang amat rapat begitu.Eddie berbaring di sofa berdekatan dan terlena dalam bayangan isterinya memenuhi ruangan fikirannya.

Keesokkan paginya Eliya tersedar dari tidur saat terdengar bunyi telefon bimbitnya.Dia melihat jam sudah menunjukkan jam 8 pagi. 'Alamak!..terlajak pula..'.Dia melihat kearah sofa kelihatan Eddie sedang nyenyak tidur.Dia cepat masuk ke dalam bilik mandi.Selesai mandi dia duduk di meja yang menghadap ke sofa untuk mengejutkan Eddie.
"Abang..bangun..dah pukul 8 ni..nanti lewat kita nak siap..ingat hari ni kena bersanding.."ujar Eliya sambil menggoncang sedikit lengan Eddie yang agak sasa beberapa kali.Eddie tidak membuka mata dalam keadaan mamai dia menarik Eliya dalam pelukannya.Eliya kaku.Eliya cuba untuk melepaskan pelukan namun pelukan itu sungguh kemas sehingga dia susah untuk meleraikan pelukan.Wajah Eliya dan Eddie amat rapat.Eliya memandang seraut wajah yang amat tenang itu.Alis mata Eddie yang boleh mengetarkan hati setiap wanita yang memandangnya.Eliya beralih ke hidung Eddie yang mancung dan akhir sekali ke bibir lelaki itu.Wajah Eddie memang teramat kacak dan tiada satu pun yang kurang.Tiba-tiba Eliya tersedar dari lamunannya dan terus menolak tubuh lelaki itu lalu dia terjatuh ke lantai manakala Eliya terduduk di sofa.Eddie duduk di lantai sambil mengosok matanya.
"eh..kenapa Liya ada kat situ?.."
"hah..t..ta..tadi Liya kejut abang..terganas sangat kut sampai jatuh sofa..erk..s..sorry ya.."
"ooh..maaflah..abang penat sangat kot sebab tu tak sedar..abang mandi dulu ya.."ujar Eddie sambil bangun lalu masuk ke bilik mandi.Di dalam bilik mandi Eddie tersenyum nakal.Sebenarnya dia sudah sedar saat telefon Eliya berbunyi namun sengaja dia ingin melihat reaksi Eliya dengan perilakunya yang kononya tidak sengaja itu.Ternyata Eliya tidak mudah melatah. 'erm..itu adalah satu prestasi yang baik..tak apa Eddie..kau boleh memiliki hati Eliya secara perlahan-lahan..Eliya..abang akan buat Eliya cintakan abang sampai hati Eliya dah terkunci untuk abang sahaja tak ada yang lain..'.
Eliya masih duduk di sofa mengimbas apa yang telah terjadi tadi. 'Harap-harap Eddie tak sedar yang dia peluk aku tadi..kalau tak malu la aku..mana nak letak muka ni..isyy..'Eliya memegang pipinya yang terasa bahang lalu segera keluar dari bilik mereka.Dia terlupa bahawa sebentar tadi dia tersedar dari tidur kerana mendapat sebuah panggilan yang tidak terjawab.

Eddie keluar dari bilik air dan melihat sekeliling.Tiada orang.Dia segera pergi menuju ke meja kecil sebelah katil yang menempatkan telefon bimbit milik Eliya.Dia membuka senarai panggilan dan melihat gerangan yang menelefon isterinya pagi tadi ternyata ia adalah panggilan dari Zafril. 'Zafril..jadi itulah nama kekasih dia ya..nampaknya pasti budak tu tak tahu yang dia dah nikah..'.Eddie pantas membuang nama itu dari senarai missed call dan meletakkan telefon bimbit itu kembali di tempatnya.



Love You 1000 Times (Wattpad Version)Where stories live. Discover now