Bab 39

1.9K 65 0
                                    

Malam itu Eliya terasa begitu penat sekali.Sejurus membersihkan diri,Eliya segera rebah ke katil.Tiba-tiba dia terlihat Eddie seperti mencari sesuatu didalam beg tangannya.
"abang cari apa tu?.."soal Eliya.
"err..sayang ada nampak handphone abang tak?..tadi rasanya masa kat rumah kita,sayang ada guna handphone abang kan?.."Eliya sudah menelan liurnya. 'Ahh..biarlah dia nak marah pun..apa-apa pun,telefon bimbit dia memang dah selamat tinggal dalam laci di bilik pun..'hati Eliya sempat berkata-kata.
"alamak!..abang..Liya minta maaf sangat..ya Allah..macam manalah Liya boleh cuai sangat.."Eliya mengetuk kepalanya perlahan sebagai perencah kepada lakonannya itu.
"abang Liya minta maaf sangat..yang sebenarnya handphone abang tertinggal..Liya betul-betul tak sengaja.."
"sayang..kenapa cuai sangat?..sayang tahu kan handphone abang tu penting..macam mana papa dan ayah nak call?.."nada Eddie sudah berubah tegang.Wajah Eliya dipandang penuh kemarahan.Tiba-tiba dada Eliya terasa sebak.Dia tahu itu bukanlah alasan sebenar mengapa Eddie memarahinya.Ayah dan papa mereka boleh saja menelefon ke nombor Eliya tetapi mengapa Eddie harus memarahinya seperti itu.Pasti kerana perempuan perampas itu.
"sayang tahu tak abang ni penat..lepas tu sayang buat hal macam ni pula.."Eddie berdecit.
"abang..maafkanlah Liya..Liya bukannya sengaja.."
"senanglah Liya cakap tak sengaja..ingat Malaysia dengan Sydney tu dekat ke?.."tengking Eddie.Eliya menyeka air matanya yang sudah mengalir deras.
"Liya tahu Liya salah..tapi nanti Liya akan beritahu ayah dan papa kalau ada apa-apa hal berkaitan syarikat,mereka boleh telefon ke handphone Liya.."
"hisy..memang susahlah nak cakap dengan Liya ni.."ujar Eddie kasar lalu dia segera mengambil bantal dan dibawanya kea rah sofa yang terletak dibilik itu.
"abang..nak ke mana tu?.."
"tidur kat sofa..tak ada mood nak tidur atas katil..panas.."ujar Eddie sinis.Air mata Eliya semakin deras membasahi pipinya.Tidak sampai sehari pun mereka di Sydney,Eddie sudah memarahinya sebegitu sekali.Hati Eliya dipagut rasa kecewa.
"sampai hati abang buat Liya macam ni.."

"dah la..abang malasnak bertengkar dengan Liya.."balas Eddie lalu segera menutup telinganyamenggunakan bantal.Malam itu Eliya terlena dengan ditemani air mata akibat rasakecewa dengan suaminya yang mementingkan wanita lain selain dirinya.Ikutkanhati,mahu saja dia menghamburkan kemarahan kepada suaminya itu tetapi dia hanyamemendam sahaja perasaannya itu.

Eddie tersedar dari tidurnya pada jam lapan pagi. 'alamak..terlepassubuh..'.Dia melihat kearah katil,kelibat Eliya sudah tidak kelihatan.Dia dapatmengagak bahawa isterinya itu sedang melaksanakan perang dingin dengannyaakibat pertengkaran mereka malam tadi.Eddie segera bangkit dari sofa itu danmasuk ke bilik mandi.

Eliya duduk dikerusi yang terletak disamping kerusi roda yang diduduki olehZafril.Sengaja Eliya meminta bantuan jururawat Zafril untuk membawa lelaki ituke laman belakang rumah Maria Hanna yang cantik dihiasi pelbagai pokok bungayang mekar bunganya.
"tak sangkakan Ril dapat jumpa Anna sebelum Ril pergi.."
"hisy..Ril ni..ada pula cakap macam tu..tak payahlah cakap macam tu Anna taksuka..sekarang ni apa yang penting adalah Ril mesti gembira..Anna tak nak Rilfikirkan kesedihan Ril walau sedikit pun.."Zafril tersenyum mendengar apa yangdikatakan oleh Eliya.Wajah Eliya ditenungnya lama sehingga membuatkan Eliyatidak selesa.
"kenapa tenung Anna macam tu?.."
"Ril nak tatap muka Anna puas-puas..walaupun tak dapat memiliki Anna..tapi Rildah cukup gembira bila Anna sudi temankan Ril macam ni.."Eliya hanya tersenyum.
"Anna tahu taka pa impian Ril masa kita bercinta dulu..Ril tak pernah beritahuAnna kan?.."
"apa dia?.."
"Ril selalu berdoa supaya Ril dapat bersama dengan orang yang Ril cinta padasaat akhir kehidupan Ril..dan alhamdulillah..Allah makbulkan doa Ril untukberada disamping orang yang Ril cinta.."
"Ril..Anna dah tak macam dulu lagi..sekarang Anna dah ada keluargasendiri..Anna ada anak-anak..Ril tak boleh terus-terusan macam ni.."
"Ril tahu..tapi cinta Ril pada Anna tak pernah dapat padam..Ril cuba lupakanAnna..tapi sakit Anna..sakit sangat bila Ril cuba lupakan Anna..jadi biarlahRil mencintai Anna walaupun cuba bertepuk sebelah tangan.."Eliya memandangwajah Zafril yang tersenyum walaupun air matanya sudah bergenang.
"maafkan Anna,Ril..maafkan Anna sebab dah menyiksa hati Ril..Allah dah tetapkanbahawa kita sememangnya tak berjodoh.."Zafril mengangguk namun dia mengalihkanpandangan matanya.Eliya tahu lelaki itu sedang sedih namun dia tidak dapatberbuat apa-apa.Zafril menyeka air matanya sambil gelak yang kedengaran hambar.
"banyak pula habuk pagi ni.."ujar Zafril dalam gelaknya.Eliya juga turut berasasebak melihat keadaan lelaki itu.Zafril yang dikenalinya suatu ketika dahuluadalah seorang lelaki yang hebat,kacak dan sangat menarik tetapi Zafril yangberada dihadapannya ini adalah Zafril yang lemah dengan wajah yang cengkung danselimut yang sentiasa menutupi bahagian pinggang dan kebawah.Tangannya pulapenuh dengan kesan lebam akibat dicucuk oleh jarum berkali-kali dan semestinyatangan itu sentiasa dicucuk dengan drip.
"Anna sedih tengok keadaan Ril..Anna tak sangka sangat Ril akan hadapi semuani.."Akhirnya Eliya tidak dapat menahan lagi perasaannya.Tangisannya terhamburjuga.
"kenapa Ril jadi macam ni?..Anna rasa bersalah sangat pada Ril..kalaulah Annatak tinggalkan Ril dulu mesti Ril tak jadi macam ni kan?..maafkan Anna..maafkanAnna.."Zafril turut mengalirkan air matanya.Belakang Eliya ditepuknya perlahan.
"tak..Anna tak pernah salah..setiap manusia diduga dengan dugaan yangberbeza,Anna..bagi Ril,Anna adalah satu anugerah dalam hidup Ril..Annalah cintamati Ril..Ril redha dan sangat bersyukur sebab Allah dah berikan saat yangpaling bahagia dalam hidup Ril saat Ril dapat bersama Anna dulu..Ril ingat lagisaat perkenalan kita dulu..Ril dah cintakan Anna sejak awal lagi tapi Ril pendamaje..sampai satu masa Anna mengaku pada Ril yang Anna pun cintakan Ril..saatitulah yang paling bahagia yang pernah Ril lalui..Anna tahu tak setiap kali Rilsedih..Ril akan ingat balik kenangan kita..hanya itu saja yang dapatmengembirakan hati Ril.."Zafril tersenyum.
"Anna.."panggil Zafril.Eliya memandang wajah Zafril.Matanya sudah merah akibatmenangis.
"boleh tak Anna janji dengan Ril satu benda?.."soal Zafril.Eliya mengangguklaju.
"insyallah Anna akan cuba untuk menepati janji tu.."
"Ril nak Anna bahagia..anggaplah Ril telah menghadiahkan kebahagiaan Ril padaAnna..jadi gunakanlah ia sebaiknya..janji dengan Ril?.."Esakkan Eliya semakinmenjadi-jadi.
"Anna..Ril tahu Anna pun sedang menghadapi masalah sekarang kan?.."Eliyamengangguk laju.
"luahkan la pada Ril,Anna..anggaplah Anna meluahkan segalanya pada Ril buatkali terakhir.."
"rumah tangga Anna tak bahagia,Ril..Anna dah gagal jadi isteri yangsempurna.."Zafril hanya mendiamkan diri memberi peluang kepada Eliya untukberbicara.
"ingat tak enam tahun lepas,Anna dating ke Australia sebab Anna dan Eddiehampir bercerai..ada seorang perempuan yang cuba merampas Eddie dariAnna.."Zafril hanya mengangguk.
"sekarang perempuan tu hadir semula,Ril..kali ini dia cuba meraih simpati dariEddie..dan dia berjaya,Ril..Eddie sanggup tipu Anna semata-mata sebab nakberjumpa perempuan tu dan anaknya..Anna sedih sangat..minggu lepas,Sofeadimasukkan ke hospital akibat terkena demam panas..sepatutnya Eddie menjemputmereka disekolah tapi disebabkan Eddie berjumpa dengan perempuan itu dananaknya,dia terlupa bahawa anak kami sedang tunggu dia didepan sekolah ketikahujan lebat..dan yang paling mengecewakan hati Anna adalah saat Sofea dihospital pun,Eddie sempat mencuri masa untuk berjumpa dengan perempuantu..dengan mata kepala Anna sendiri,Anna nampak dia bawa perempuan tu dananaknya keluar bersama.."
"Anna tak selidik dulu ke?..mana tahu perempuan tu tak berniat macam tu.."Eliyamenceritakan segalanya yang berlaku dipejabat Eddie tempoh hari sehinggalah kekejadian dia ditengking Eddie semalam semata-mata kerana dia tertinggalkantelefon bimbit milik lelaki itu.Eliya menekup wajahnya dengan kedua-dua tapaktangan lalu menangis semahu-mahunya.Zafril ingin memeluk bahu Eliya namun diahanya membatalkan niatnya.Dia hanya menepuk bahu Eliya perlahan untukmenenangkan wanita itu.Hatinya turut sedih melihat keadaan wanita itu.Tanpamereka perasan,Eddie sedang mengenggam penumbuknya disebalik pintu kaca yangmemisahkan mereka.Wajahnya merah padam melihat keadaan itu.Hatinya membaramelihat bagaimana Zafril cuba memeluk isterinya dan isterinya bagai merelakantindakan Zafril.Walaupun dia tidak mendengar keseluruhan butir bicara merekanamun dia amat marah dengan isterinya itu.Nafasnya turun naik menahan marahbercampur kecewa.

Eliya masuk ke biliknya sejam kemudian.Dia segera masuk ke dalam bilikmandi untuk membasuh mukanya.Sejurus dia keluar,dia terlihat Eddie sedang dudukdibirai katil dengan wajah tegang.
"puas hati sebab dapat memburukkan abang depan kekasih Liya tu?.."soal Eddietegang.
"apa yang abang cakap ni?..Liya tak ada burukkan abang pun.."Eliya memandangwajah suaminya dengan perasaan pelik.Tiba-tiba Eddie tergelak sinis.
"ehh..come on la Liya..Liya ingat abang percaya ke cakap Liya tu selepas tengokLiya buat drama air mata depan si Zafril tu..abang tengok pun meluat la.."NafasEliya sudah turun naik mendengar apa yang dikatakan oleh Eddie itu.
"memang Liya sengaja nak berdrama air mata dengan Zafril..memang Liya naklepaskan rindu Liya pada dia..Liya nak dia tahu betapa terseksanya Liya cubabertahan dengan perangai abang..biar dia tahu Liya tak bahagia bersamaabang.."jawab Eliya dengan air mata yang sudah menitis laju.
"so,Liya nak cakap yang Liya menyesal kahwin dengan abang?..macamtu?..hah?.."suara Eddie sudah naik seoktaf.Mujur ketika itu anak-anak merekatelah mengikuti Maria Hanna dan Umar keluar.Hanya Eliya,Eddie dan Zafril sahajayang berada didalam rumah itu bersama Casey dan pembantu rumah mereka.
"ya..memang pun.."jawab Eliya sinis.Tak semena-mena Eddie memberikanpenamparnya ke wajah Eliya sehingga membuatkan pandangan mata Eliyaberpinar-pinar.
"dasar perempuan tak kenang budi.."Eliya cuba untuk melawan kata-kata Eddienamun dia terasa nafasnya bagai tersekat.Kepalanya terasa pusing.Segala pandangannyamenjadi gelap sebelum akhirnya dia rebah ke lantai.
"Ya Allah..Liya!..Liya!..bangun sayang..Liya!.."jerit Eddie.Akhirnya Eliyapengsan bersama air mata yang masih bersisa dipipi.

Eliya membuka matanya perlahan.Kepalanya masih terasa pusing namun sudahberkurangan.
"Anna..Anna dah sedar?.."kedengaran suara Zafril sayup-sayup disebelahnya.Eliyatersenyum sedikit sambil mengangguk.Tiba-tiba dia teringat sesuatu..
"Ril..baby Anna macam mana?..baby Anna selamat kan?.."soal Eliya sambilmemegang perutnya.Zafril tersenyum sambil mengangguk.
"alhamdulillah selamat..Cuma doktor cakap Anna terlalu stress tadi..kalaulambat sikit tadi,silap-silap Anna dan baby tak dapat diselamatkan..."Tiba-tibapintu bilik dibuka dari luar.Heyqarl dan Sofea berlari kearah Eliya denganwajah ketakutan.
"mama..mama tak apa-apa kan?..kenapa mama pengsan?..adik okay kan?.."soalHeyqarl.Si kembar itu memeluk tubuh Eliya.Sofea mengalirkan air matanya sambilberbaring disamping Eliya.Tangan kecil itu merangkul pinggang Eliya erat.
"hey..kenapa princess mama ni menangis?..tak cantik tau kalau princessnangis.."
"Sofy takut..Sofy tak nak mama dengan adik mati..Sofy sayang mama..mamajanganlah tinggalkan Heyqarl dan Sofea.."Sofea berkata-kata dalam tangisnya.
"ya Allah budak ni..bila masa pula mama nak tinggalkan Sofea dan Heyqarlni,sayang?.."Tiba-tiba pintu terkuak.Eddie menghampiri mereka dengan wajahserba salah.Zafril yang seakan-akan faham situasi itu segera mengajak Sofea danHeyqarl keluar dari bilik itu.
"Sofy..Heyqarl..tolong tolak kerusi roda uncle ni ke bilik uncle..jom,uncle adabenda nak cerita pada Sofy dan Heyqarl..nak dengar tak?.."soal Zafril.Heyqarldan Sofea segera melompat dari katil dan menolak kerusi roda Zafril keluar daribilik tidur ibubapa mereka itu.Eliya memusingkan badannya membelakangi Eddie.
"sayang dah okay ke?.."soal Eddie lembut sambil duduk dibirai katil.Eliya hanyadiam membisu.Hatinya masih panas mengingatkan apa yang dilakukan oleh Eddie.
"sayang.."panggil Eddie sambil menyentuh bahu isterinya namun Eliya menepiskasar.
"jangan dekat dengan saya mahupun anak saya.."ujar Eliya dingin.
"apa yang sayang cakap ni?..baby tu anak abang juga,kan?.."Sekali lagi bahuEliya cuba disentuhnya dan sekali lagi tangannya ditepis.Kali ini Eliya bangundari pembaringannya lalu menjauhkan kedudukannya dengan Eddie.Lututnyadidekatkan kedada.
"sayang..pasal hal tadi abang betul-betul minta maaf..abang tak sengaja..abangtak berniat pun nak sakiti sayang.."
"awak memang tak berniat nak sakiti saya..tapi awak berniat nak bunuh sayakan?..awak nak bunuh saya dan anak ni supaya senanglah lepas ni awak bolehpergi pada perempuan tu.."Eliya tidak sedikit pun memandang kearah Eddie.
"apa yang sayang cakap ni?..abang tak ada niat langsung nak sakiti sayangapatah lagi nak membunuh..perempuan mana yang sayang maksudkan ni?..abang takfaham.."pujuk Eddie lagi.Sekali lagi dia cuba mendekati Eliya.Eliya menundingjari kearahnya dengan wajah yang merah padam.
"kalau awak cuba sentuh saya lagi..saya akan jerit sekuat hati.."Akhirnya Eddiemembatalkan niatnya untuk menyentuh isterinya itu.
"keluar dari sini.."
"tapi abang nak temankan sayang.."
"saya kata keluar!.."suara Eliya sudah meninggi.Akhirnya Eddie bangun denganwajah hampa.Dia mendekati Eliya dan wanita itu mengalihkan pandangannya.PerlahanEddie membongkokkan tubuhnya.Pipi Eliya dikucup lembut.
"maafkan abang..abang buat semua ni sebab abang terlalu cintakan sayang.."bisikEddie perlahan sebelum dia keluar dari bilik itu dan menutup pintu.Air mataEliya sudah mulai mengalir deras buat kesekian kalinya. 'abang kejam..Liya taksangka lelaki yang Liya sangat cintai akan mengasari Liya macam ni..Liya benciabang!..'hati Eliya berkata-kata.Dadanya terasa sangat sakit bagai ditusuksembilu.Eliya kecewa dengan apa yang dilakukan oleh Eddie.Kali ini entah sudahkali keberapa tubuhnya disakiti oleh Eddie.Dia sudah berputus asa dengan segalausahanya untuk mempertahankan rumah tangganya itu.Biarlah takdir menentukansegalanya.Andai jodohnya dan Eddie tidak berpanjangan,dia redha.Dia akan pertimbangkanhala tuju mereka selepas dia melahirkan bayi mereka.Eliya mengusap perutnya.'maafkan mama,sayang..mama tak kuat untuk harungi semua ini lagi..'.     

Love You 1000 Times (Wattpad Version)Where stories live. Discover now