Bab 16

2.7K 75 0
                                    

    Eliya menelek wajahnya yang cantik dengan make-up yang sederhana sebelum membetulkan gaun yang cantik tersarung dibadannya bersama dengan selendang yang berona lembut menaikkan lagi kejelitaan semulajadinya.Eddie yang sejak tadi duduk memerhati isterinya dari birai katil turut terpegun melihat keindahan ciptaan ilahi itu.
"wow..you look gorgeous tonight..risau pula abang.."ujar Eddie mengeluh.Eliya memandang Eddie dengan wajah pelik.
"kenapa pula?.."
"ye la..semua orang kat sekolah tu tak tau pun yang kita dah nikah..dan Liya tu isteri abang..habis tu nanti kalau ada orang yang ngorat Liya macam mana?.."ujar Eddie dengan suara yang mengendur.Eliya tergelak kecil mendengar luahan hati Eddie itu.
"abang ni buat lawak la..kalau diorang ngorat..buat apa Liya nak layan?..ni dalam perut Liya ni sentiasa mengingatkan Liya tentang status dan tanggungjawab Liya sebagai Mrs.Eddie tau..Liya yang patut risaukan abang tu..dah la ramai peminat kat sekolah Liya tu..jangan nanti ada cikgu nak propose abang sudah.."ujar Eliya sambil membetulkan tali leher Eddie.Malam itu Eddie mengenakan kot berwarna hitam memandangkan mereka harus mengikuti tema majlis tersebut.
"dah siap dah prince charming kita ni..jom?.."soal Eliya namun Eddie masih merenung wajah isterinya itu.Perlahan wajahnya didekatkan dengan wajah Eliya sehingga hidung mereka bersentuhan dan kemudian bibir mereka bersatu.Mereka dalam keadaan begitu buat sementara sehingga telefon bimbit Eliya berbunyi.
"he..hello,Abby.."Eliya menjawab panggilan tersebut dengan sedikit gagap.Pipinya sudah berona merah akibat malu dengan apa yang diperlakukan Eddie sebentar tadi.Eddie memandang Eliya dengan senyuman nakalnya sambil mengesat bibirnya yang terkena gincu yang dipakai oleh Eliya menggunakan tisu.
"Liya..kenapa kau gagap ni?..hah!..tengah buat apa tu?.."soal Rabiatul yang serkap jarang.
"erk..m..ma..mana ada buat apa-apa..eyh..kau kat mana ni?.."soal Eliya cuba menukar topik.
"erm..aku dan Farouq dah tunggu lama dah kat hotel ni..naik nak berjanggut dah kitorang tunggu kau laki bini..cepat la sikit..nak buat apa-apa pun tunggu balik nanti la..malam masih muda maa.."ujar Rabiatul mengusik.
"erm..ada-ada aje kau ni..dah la..see you there!..bye.."ujar Eliya sebelum mematikan talian.
"erm..diorang kat mana, sayang?.."soal Eddie.
"diorang dah dekat sana dah..jom la kita gerak sekarang.."ujar Eliya sebelum mencapai beg tangannya.
"sayang.."panggil Eddie.Eliya menoleh kearah Eddie yang berdiri dibelakangnya.
"lips stick tu betulkan..dah pudar dah.."ujar Eddie dalam nada menggoda.Pipi Eliya sudah merah padam apabila ditegur begitu namun dia patuh dengan arahan Eddie.

Malam itu mereka menaiki kereta yang sama untuk ke tempat yang ditetapkan.

"abang..erm..Liya teringin la nak sambung belajar ke luar negara.."ujar Eliya memulakan perbualan ketika Eddie sedang memandu.
"kat Malaysia pun bagus juga universitinya..apa kata Liya sambung belajar kat Malaysia aje?.."
"tapi..kan abang tahu Liya nak jadi macam abang..Liya nak sambung belajar kat Amerika atau mana-mana la asalkan kat luar negara..takkan abang dah lupa kot tentang impian Liya yang satu tu.."ujar Eliya dengan nada merajuk.Eddie mencapai tangan isterinya lalu mengucup lembut.
"sorry sayang..I just being too worried about you..abang risau..macam mana Liya nak tinggal kat sana..itu tempat orang dan abang tak ada untuk lindungi Liya sedangkan abang bertanggungjawab untuk lindungi isteri abang.."terang Eddie.
"tapi Liya betul-betul teringin nak belajar kat sana..Liya sanggup buat apa aje asalkan Liya dapat sambung belajar kat sana.."ujar Eliya dengan suara yang sedikit bergetar.Air matanya sudah bergenang ditubir mata.
"okay..okay..jangan nangis ya sayang..kita bincang lain kali..nanti kita bincang semula dengan papa,ayah,mommy dan umi,okay?..kita minta pendapat diorang.."ujar Eddie cuba memujuk.Eliya hanya mengangguk lemah.
"tapi..apa-apa pun..abang tak akan benarkan Liya pergi mana-mana sampai baby kita lahir..abang nak harungi detik-detik pahit manis ni sama-sama dengan Liya..Liya kena janji dengan abang yang Liya akan cuti dulu untuk setahun ni sampai Liya dah cukup kuat untuk travel selepas bersalin nanti.."ujar Eddie.
"memang pun niat Liya macam tu..buat masa terdekat ni kalau Liya dapat mana-mana tawaran,Liya akan postpone dulu sampai baby kita besar sikit..jadi tak ada la Liya berat hati sangat nak tinggalkan anak kita nanti.."ujar Eliya.Eddie tersenyum mendengar butir bicara Eliya itu.Ternyata sifat keibuan Eliya sudah mula kelihatan.
"macam tu la mama Arasy.."ujar Eddie.Eliya memandang Eddie dengan senyuman pelik.
"Arasy?.."soal Eliya.
"erm..Arasy Irwansyah..abang suka nama tu.."
"kalau girl macam mana?..Liya nak baby girl.."ujar Eliya tersenyum sambil mengusap perutnya yang sedikit besar dari saiz normalnya namun tidak kelihatan apabila dia memakai baju yang sedikit longgar.
"kalau baby girl..biar mama dia la yang bagi nama.."
"erm..Liya nak nama..hah!..Sofea.."ujar Eliya.
"erm..okay juga nama tu tapi abang nak dua nama..erm..Sofea apa ek?.."ujar Eddie sambil berfikir namun matanya masih tertumpu ke jalan raya dihadapan mereka.
"hah..Rasya Sofea..sedap juga nama tu.."ujar Eddie.Eliya turut mengangguk teruja.
"erm..dah tak sabar la tu nak baby cepat lahir..hihi..masih ada 7 bulan lagi abang..jangan terlebih excited..anything could be happen in this 7 month.."ujar Eliya mengingatkan suaminya.
"sayang..jangan la cakap macam tu..insyallah..baby kita akan sihat sampai dia lahir nanti..dan papa dia ni akan berusaha jaga mama dia yang nakal ni sampai dia keluar nanti.."ujar Eddie sambil mencubit pipi Eliya manja.

Beberapa minit kemudian mereka tiba didestinasi mereka.
"abang..okay tak penampilan Liya hari ni?..cantik tak?.."soal Eliya sambil membetulkan sedikit selendang yang terletak dikepalanya.
"cantik..memang hari-hari pun sayang cantik ,apa?.."ujar Eddie sambil memandang isterinya sejurus dia meletakkan keretanya ditempat parkir hotel tersebut.
"hisy..abang ni jawab la betul-betul.."
"ya allah..sayang nak abang bersumpah ke?..sayang memang sentiasa cantik dimata abang..sayang yang paling cantik antara semua gadis yang ada dalam dunia ni.."ujar Eddie bersungguh-sungguh.Eliya tersenyum lalu mencium pipi suaminya.
"thanks for being the best husband for me..and Liya percaya..abang adalah ayah yang terbaik untuk baby kita ni.."ujar Eliya ikhlas.
"you too sayang.."bisik Eddie romantis.
"dah..dah..jangan nak masuk mood miang tu..hah..tu Abby dengan Farouq dah tunggu tu.."ujar Eliya sambil menunjuk kearah Rabiatul dan Farouq yang melambai kearah mereka dari lobi hotel tersebut.
"alaa..kacau daun betul la diorang tu..tak apa..malam ni tak kira apa jadi...abang nak bermanja-manja dengan isteri abang ni tanpa gangguan,okay?.."soal Eddie.Eliya hanya mengangguk sebelum mereka berdua keluar dari kereta milik Eddie.Mereka berjalan beriringan menuju kearah Rabiatul dan Farouq sebelum memasuki dewan hotel berempat.

Pintu dewan hotel tersebut yang terhias indah dibuka oleh para petugas hotel tersebut.Buat seketika Eliya merasakan dirinya ibarat Cinderella yang masuk ke istana putera raja buat pertama kalinya.Sejurus mereka berempat masuk semua mata tertumpu kepada Eliya yang kelihatan amat jelita dengan gaun labuh dan selendangnya yang bisa menawan hati sesiapa sahaja yang memandang kearahnya.Tiba-tiba Zafril berjalan kearah Eliya sambil tersenyum.Eliya memandang Eddie dengan pandangan mengharap agar suaminya itu tidak bersangka buruk kepadanya dan dia menghela nafas lega apabila Eddie tersenyum dan mengangguk.
"Anna..you look fabulous tonight..Zack suka tengok Anna pakai baju ni..nampak ayu sangat...rasa macam tengok bakal pengantin untuk Zack je.."ujar Zafril mengusik.Eliya hanya tergelak kecil mendengar dirinya dipuji sebegitu. 'Zack..zack..kan tau yang Anna ni memang pantang dipuji..nanti ada pula yang terbang melambung malam ni sebab pujian Zack tu..'hati Eliya berkata-kata.
"iye la tu..Zack pun apa kurangnya..dah macam pelakon korea dah ni..hihi..Anna rasa macam tengah berlakon dalam cerita Boys Over Flower je tengok gaya Zack ni.."ujar Eliya ikhlas.Sememangnya dia akui bahawa Zafril kelihatan sungguh kacak dan bergaya malam itu tambahan pula dengan wajahnya yang sediakala menawan pasti dapat memikat mana-mana gadis yang melihatnya.
" ada-ada aje Anna ni.."ujar Zafril sambil tersenyum. 'huh..dah kembang la tu..pantang dipuji sedikit terus kembang semangkuk..Zafril..Zafril..tau tak Anna ni dah kahwin..dan Zafril bakal kecewa tak lama lagi..jangan la buat Anna serba salah untuk bongkarkan rahsia perkahwinan Anna ni..Anna takut Zafril kecewa nanti..'hati Anna berkata-kata.
"jom Anna kita duduk sana.."ujar Zack lalu membawa Eliya menuju ke sebuah meja yang terletak berdekatan dengan pentas.
"Zack..erm..Zack kan sekarang ni patutnya dah start sambung belajar kan?..macam mana boleh join prom form 5 ni?.."soal Eliya sedikit pelik.
"hurm..ingatkan Anna dah tak sudi nak ambil tahu pasal Zac lagi..sejak dari kes Langkawi tahun 2 tahun lepas..Anna kan dah mula jauhkan diri dari Zack.."ujar Zafril dalam nada sayu namun dia menutupnya dengan senyuman yang jelas dibuat-buat.Eliya sudah kehilangan kata-kata.Dia hanya mampu tersenyum tawar melihat wajah bekas kekasihnya itu. 'maaf Zack..Anna betul-betul dah susahkan hati Zack..tapi Anna terpaksa sebab Anna dah berstatus isteri orang sekarang..'.

Malam itu pelbagai acara telah disusun atur oleh pihak yang bertanggungjawab terdiri dari bekas pelajar-pelajar tingkatan 5 sekolah mereka.
"Assalamualaikum dan salam sejahtera para senior sekalian..saya Hani,selaku MC anda hari ini..tahniah kepada para pelajar yang telah mendapat keputusan cemerlang pagi tadi..erm..jangan tanya saya tentang result okay?.."ujar pengacara majlis yang bernama Hani itu.Para tetamu yang hadir turut tergelak mendengar celoteh Hani.
"okay..saya tahu..anda pasti rindu dengan cikgu hot kita kan?..siapa lagi kalau bukan cikgu Eddie Ryqarl..jadi,hari ini sayya dengan segala hormat menjemput cikgu Eddie untuk memberi sepatah dua kata kepada bekas pelajar-pelajar beliau dan membuat persembahan untuk kami.."ujar Hani dan disambut dengan sorakkan para pelajar.Eddie sedang berbual dengan pengetua sekolah,Encik Fuad ketika namanya disebuat oleh Hani.Eddie memandang sekeliling sebelum membulatkan matanya sambil menunjuk kearah wajahnya sendiri.Apabila semua pelajar bersorak-sorak menyebut nama Eddie,Eddie hanya menggelengkan kepalanya tanda dia menolak namun Eddie terpaksa bangun disebabkan oleh cikgu Junaida yang tergedik-gedik menarik tangannya menuju ke pentas.Eddie memandang Eliya dengan wajah meminta simpati namun Eliya turut tergelak sambil mengangkat bahunya.Sejujurnya Eliya agak cemburu melihat gelagat cikgu Junaida yang agak keterlaluan itu namun dia percaya akan suaminya yang setia kepadanya.
"assalamualaikum semua..apa khabar?.."soal Eddie kepada para pelajarnya.Semua pelajar menjawab serentak.
"baik!!.." dan ada juga para pelajar perempuan yang tergedik-gedik mengambil gambar Eddie yang sedang bercakap diatas pentas.Eliya hanya tersenyum memandang Eddie dan suaminya itu turut membalas senyuman tersebut.Zafril memandang gelagat pasangan tersebut dengan perasaan yang aneh. 'diorang ni macam ada apa-apa aje..aku kena siasat ni..kak Maria pun pernah nasihat aku suruh putus dengan Anna..pasti ada apa-apa ni..'hati Zafril berkata-kata.
"maaflah..cikgu terpaksa berhenti kerja saat kamu semua sedang bertungkus lumus untuk peperiksaan SPM..cikgu tidak sempat mengucapkan selamat tinggal kerana syarikat yang harus diuruskan oleh cikgu sedang dalam keadaan yang amat memerlukan cikgu..kini..alhamdulillah..cikgu bekerja sebagai CEO di syarikat milik atuk cikgu..doakan kebahagiaan cikgu dan kesenangan cikgu,ya?.."ujar Eddie sambil tersenyum manis.Kedengaran semua pelajar mengaminkan doa Eddie.
"cikgu!!..nyanyi la satu lagu untuk kami!"kedengaran satu suara dari meja belakang.Pelajar lain juga turut bersorak agar Eddie menyanyi untuk mereka.
"hisy..cikgu tak pandai nyanyi la..nanti ada pula kita tak boleh balik sebab hujan lebat.."ujar Eddie sambil tergelak kecil.
"nyanyi..nyanyi..nyanyi.."para pelajar mula bersorak.Akhirnya Eddie akur dengan permintaan mereka.Hani menghulurkan sebuah gitar kepada Eddie.Para pelajar mula bertepuk tangan sejurus Eddie mengambil gitar tersebut.
"lagu ni cikgu nyanyikan khas untuk wanita yang menyempurnakan hari cikgu dengan kasih sayangnya dan yang paling penting..dia adalah ratu hati cikgu..terimalah lagu ni wahai princessku..Perempuanku.."Eddie berkata-kata namun pandangannya hanya tertumpu kepada Eliya dan saat itu Eliya hanya tertunduk kerana risau jika ada mata yang perasan akan pandangan Eddie tersebut.Eddie memetik gitar tersebut.

Biarkan aku disini untuk mu
aku hanya ingin menghibur malam ini
malam yang pasti menyenangkan untuk mu dan untukku
Biarkan disini, aku bernyanyi hanya untukmu
Dan untuk menghibur kamu
Dan ku yakin senyummu tulus dan jujur hanya untukku
Perempuanku...engkau cintaku..
Tak mungkin bisa bila aku jauh darimu..
Bisa gila,ku pasti sedih
Ku cinta engkau,cinta pada perempuanku..

Semakin lama semakinku tahu maksud hati tak hanya mencintaimu
Hanya ku ingin habiskan hidupku hanya untukmu
Perempuanku...engkau cintaku..
Tak mungkin bisa bila aku jauh darimu..
Bisa gila,ku pasti sedih
Ku cinta engkau,cinta pada perempuanku..

Semakin lama semakinku tahu maksud hati tak hanya mencintaimu
ku ingin habiskan hidupku hanya untukmu
Perempuanku...engkau cintaku..
Tak mungkin bisa bila aku jauh darimu..
Bisa gila,ku pasti sedih
Ku cinta engkau,cinta pada perempuanku..

ku cinta engkau perempuanku..ooo..
ooo..perempuanku..

I love you,sayang..
Semua mata mula memandang satu sama lain sewaktu Eddie dengan selambanya menuturkan perkataan keramat itu dikhalayak ramai namun dia segera tersenyum lalu memandang para tetamu dengan wajah kacaknya itu.
"sekian terima kasih..dan..maaflah kalau saya nyanyi lagu lama..saya ni memang minat Irwansyah..saya kalau dah nyanyi memang penuh perasaan"ujar Eddie lalu tergelak kecil.Semua para pelajar berdiri lalu bertepuk tangan dengan kuat tak kurang juga cikgu Junaida yang sudah mengalirkan air mata terharu. 'eleh..macam la Eddie tu nyanyi untuk dia..nak terharu bagai..eh..dia nyanyi untuk aku la..'hati Eliya berkata-kata.Sejujurnya Eliya juga agak terlopong mendengar suara Eddie yang merdu itu.Jika Irwansyah turut ada disitu pastinya dia juga akan terkejut besar mendengar lagunya itu dinyanyikan lebih merdu berbanding dirinya.Hehehe..

"Anna..ikut Zack sekejap.."ujar Zafril lalu menarik tangan Eliya untuk keluar dari dewan tersebut.Eliya hanya akur dengan arahan Zafril.Mereka mengambil tempat dibangku yang terletak disebelah kolam ikan yang terdapat dihotel tersebut.
"kenapa Zack ajak Anna datang sini?.."soal Eliya dengan perasaan pelik.Zafril duduk disebelah Eliya lalu meraup wajahnya sebelum dia melutut dihadapan Eliya.Eliya tergamam melihat perlakuan Zafril.
"Anna..Eliya Raihanna..sudikah Anna jadi teman sehidup semati Zack?.."ujar Zafril dengan wajah mengharap.
"err..tapi Anna.."belum sempat Eliya meneruskan ayatnya Zafril memotong.
"Zack tau kita sama-sama baru habis sekolah dan masih bawah tanggungan ibubapa kita..tapi Zack akan berusaha untuk jadi suami yang terbaik untuk Anna..Zack janji..Zack akan bahagiakan Anna nanti..jangan risau..Zack tak memaksa..Zack sanggup tunggu Anna sampai Anna bersedia.."ujar Zafril.Air mata sudah bergenang ditubir mata Eliya.Beberapa saat kemudian Eliya menggeleng perlahan.Zafril mencapai tangan Eliya namun Eliya menolak perlahan.
"maaf..Anna betul-betul tak boleh terima cinta suci Zack tu.."ujar Eliya dalam esakkan yang mula kedengaran.
"kenapa?..kenapa Anna cakap macam tu?.."soal Zafril.Eliya memandang Zafril dengan pandangan sayu.Dia sedih kerana dia tahu sebentar lagi rahsianya bakal terbongkar dan Zafril yang akan kecewa dengan berita perkahwinannya itu.
"sebab saya suami dia.."kedengaran satu suara dari belakang Eliya dan Zafril.Eliya memejamkan matanya dan luruh air matanya laju.Zafril bangun dari duduknya lalu memandang gerangan yang berkata begitu.
"cik..cikgu..Eddie?!"ujar Zafril dalam nada terkejut.
"ya,Zafril..sayalah suami Eliya yang sah..kami dah berkahwin hampir 2 tahun..dan anak yang dikandung Eliya sekarang adalah darah daging saya.."jawab Eddie tenang lalu duduk disebelah Eliya yang sudah teresak-esak.Perlahan Eddie menarik Eliya ke dalam dakapannya.Wajah Zafril pucat tidak berdarah.
"ap..apa maksud semua ni?..Anna..kenapa Anna buat macam ni pada Zack?..kenapa Anna sanggup biar Zack taruh harapan pada Anna?.."soal Zafril dengan air mata yang mula menitis dipipinya.Buat pertama kali Eliya melihat Zafril dalam keadaan begitu dan membuatkan dia menjadi lebih serba salah.Eddie masih cuba menenangkan Eliya.
"Anna jawab soalan Zack?..kenapa Anna sanggup tipu Zack?..kenapa Anna perlu sembunyikan dari Zack?..Anna tahu Zack cintakan Anna sepenuh hati Zack?..apa jadi pada janji kita?.."soal Zafril lalu meraup wajahnya.
"Zack..saya rasa lebih baik kita bincang bila keadaan dah reda nanti.."ujar Eddie cuba mengawal keadaan.Tiba-tiba Zafril tergelak sinis.
"jadi korang berdua memang dah pakat untuk tipu semua orang?..tak sangka..aku betul-betul tak sangka.."ujar Zafril sinis sambil menepuk tangannya.Hilang segala kelembutan dalam diri Zafril.
"aku ingat selama ni aku jumpa perempuan yang sesuai untuk aku..tak sangka kau pun sama macam perempuan lain,Anna.."ujar Zafril.
"bu..bukan macam tu Za..Zack.."ujar Eliya dalam esakkannya.
"habis tu macam mana?..terang kat aku hah?.."ujar Zafril lalu menolak dagu Eliya kasar untuk memandang wajahnya.Eddie sudah menepis tangan Zafril kasar.Nafasnya mula turun naik tanda dia marah dengan tindakkan Zafril yang cuba menyakiti isterinya itu.
"ooh..aku lupa..kau suami si penipu ni..dasar pengkhianat..memang sesuailah suami isteri kaki pembohong..kau masih percayakan dia?..haha..silap-silap anak yang dikandungnya itu pun bukan anak kau la Eddie"ujar Zafril sinis.Eddie bangun lalu mencekak kolar baju Zafril.
"abang..cukup la tu..Liya tahu..dalam hal ni memang Liya yang patut disalahkan..Zack tak salah apa-apa..Zack kecewa dengan berita ni..abang sabarlah..memang betul apa yang dikatakan oleh Zack tu..Liya memang penipu..dan pengkhianat.."ujar Eliya lalu menarik tangan Eddie agar kembali duduk dibangku.Zafril membetulkan kolarnya sebelum beredar dari situ.

Buat seketika Eliya duduk dibangku tersebut ditemani Eddie.
"abang rasa masanya dah sampai untuk kita beritahu hal sebenar.."ujar Eddie perlahan sambil mengenggam tangan Eliya.Eliya turut mengangguk lemah.
"tapi Liya takut.."
"jangan risau..abang sentiasa ada disamping Eliya untuk memberi sokongan..ingat Liya lakukan ni semua untuk keluarga kita..betul tak baby?.."soal Eddie lalu mengusap perut Eliya.Eliya hanya tersenyum kelat.
"harap-harap tidak ada mana-mana hati lagi akan terseksa dengan berita ni.."ujar Eliya.
Mereka berjalan beriringan memasuki dewan yang masih dipenuhi dengan para pelajar dan guru-guru. 'Eliya..sudah tiba masanya untuk kau beritahu kebenaran kepada semua..baby,mama lakukan ni semua untuk papa dan baby..mama sayangkan kamu berdua..'hati Eliya bermonolog.Eliya berjalan menuju kearah Hani yang sedang leka melihat persembahan manakala Eddie pula awal-awal lagi ditarik oleh cikgu Junaida dan dia tidak dapat.
"Hani..boleh tak lepas ni aku nak curi sedikit masa?..ada something yang aku nak cakap.."ujar Eliya kepada Hani.
"boleh..boleh sangat-sangat..eh..mana Zack?..tadi aku nampak korang berdua keluar lepas tu terus dia hilang..kau dah tahu belum kenapa dia turut hadir malam ni?.."soal Hani mesra.
"kenapa?.."soal Eliya.
"laa..aku ingat dia dah beritahu kau..dia dengan kitorang dah buat persiapan untuk beri kejutan pada kau sebab katanya hari ni dia nak propose kau.."ujar Hani sambil tersenyum.Eliya terasa pitam sebentar.Dia pantas memegang bahu Hani.
"Eh..Liya..kau okay tak ni?..duduk dulu..ni minum air.."ujar Hani lalu mendudukkan Eliya dan memberikan segelas air kepada Eliya.."
"terima kasih.."ujar Eliya.
"sama-sama..kau pasti ke kau nak naik pentas ni?.."soal Hani bimbang.Eliya hanya mengangguk lemah lalu memandang kearah Eddie yang kelihatan agak rimas dengan layanan cikgu Junaida yang tergedik-gedik.Eddie memandang kearah Eliya begitu juga dengan Eliya.
'abang..Liya takut..'hati Eliya berkata-kata sambil matanya memandang ke wajah Eddie.Eddie tersenyum lalu mengangguk perlahan. 'abang percaya Liya..'hati Eddie turut membalas kata-kata hati Eliya namun hanya mata menjadi perantaraan mereka.

Love You 1000 Times (Wattpad Version)Where stories live. Discover now