Bab 19

2.2K 73 0
                                    



Eliya tersedar keesokkan harinya.Cahaya matahari yang memancar dari tingkap membuatkan mata Eliya sukar untuk dibuka namun dia mencuba buat kali kedua akhirnya dia berjaya.Eliya memandang sekeliling kelihatan Zafril sedang tidur dalam keadaan duduk beralaskan lengan disamping katilnya.Perlahan lengan Zafril dicuit.Zafril berpisat-pisat bangun.Terpancar keletihan diwajah kacak itu.Zafril tersenyum kelat.
"dah bangun.."ujar Zafril.
"Anna kat mana ni?..mana orang lain?.."soal Eliya pelik.
"Anna kat hospital..mak ayah Anna balik sekejap..nanti diorang datang sekejap lagi.."ujar Zafril dalam nada ceria yang dibuat-buat namun Eliya terasa seperti ada sesuatu yang disembunyikan apabila dia memandang Zafril yang cuba melarikan pandangannya.Eliya meraba perutnya.Terasa lain macam sahaja.Dia cuba bangun namun terasa sakit.
"Zafril..baby saya tak apa-apa ,kan?"soal Eliya.Zafril mendiamkan diri.Dia melarikan pandangannya kearah lain bagi mengumpul kekuatan.
"Zafril..saya tanya awak ni..baby saya tak apa-apa ,kan?"soal Eliya sedikit mendesak.Zafril memandang Eliya dengan wajah sayu.
"baby awak dah tak ada lagi..maafkan saya..baby awak tak dapat diselamatkan.."balas Zafril perlahan.Eliya tergelak besar.
"awak jangan berguraulah,Zafril..saya tak suka dengan gurauan awak tu.."ujar Eliya.
"saya tak bergurau Eliya..baby awak memang dah tak ada lagi..awak..awak keguguran sewaktu awak jatuh semalam.."jawab Zafril.Eliya tersandar dikatil dan satu per satu air matanya gugur.
"sabarlah Anna.."pujuk Zafril cuba menenangkan Eliya.Pintu bilik wad terkuak dari luar.Kelihatan wajah Puan Naiman dan Encik Farid dimuka pintu.Zafril bangun dari duduknya lalu beredar dari situ bagi memberi ruang buat ibubapa mertua Eliya untuk berbicara dengan menantunya itu.Sejurus Zafril keluar dari bilik tersebut Puan Naimah memeluk Eliya.Air matanya juga menitis kerana kehilangan cucu sulungnya dan yang lebih membuat hatinya sedih adalah keadaan rumah tangga Eliya dan Eddie.Walaupun dia tidak tahu apa yang berlaku namun dia dapat rasakan rumah tangga mereka sedang bergolak memandangkan Eddie sejak semalam tidak pulang ke rumah mahupun menjawab panggilan telefon.Encik Farid menenangkan Eliya dan Puan Naimah walaupun hatinya juga turut sedih dengan apa yang terjadi namun dia harus kuat agar dia dapat menenangkan dua orang wanita itu.

Eddie tersedar dari tidurnya tepat jam 9 pagi.Dia menolak selimut yang menutupi separuh badannya.Semalam dia telah menginap di hotel bagi menenangkan fikirannya sendirian.Dia memandang telefon bimbitnya buat seketika.Sejurus Eddie menghidupkan telefon bimbitnya terdapat 70 missed call dan 12 mesej.Eddie mencampak telefon bimbitnya ke atas katil sebelum masuk ke dalam bilik mandi.Dia malas mahu memikirkan masalahnya buat masa ini dan dia ingin lari jauh dari masalahnya.Beberapa minit kemudian Eddie keluar dari bilik mandinya lalu dia mencapai telefon bimbitnya untuk menelefon setiausahanya bagi memaklumkan bahawa dia tidak akan masuk pejabat hari ini namun hatinya bagai tertarik-tarik untuk membaca mesej yang terakhir dari Farouq.

Eddie baliklah..lawat isteri kau kat hospital..dia keguguran dan dia amat memerlukan sokongan kau sekarang ni..tolak tepi dulu masalah korang..buat masa sekarang ni kau baliklah..apa pun terjadi dia masih isteri kau,Ed..

Telefon bimbit yang berada didalam tangan Eddie jatuh berkecai diatas lantai.Eddie terduduk dibirai katil. 'anak aku..Eliya dah keguguran..anak aku dah tak ada..'hati Eddie berkata-kata.Sekali lagi air matanya menitis.Hatinya berkecai sekali lagi.Kini satu-satunya bukti cinta mereka sudah tiada lagi.Zuriat yang ditunggu-tunggunya sudah tinggal kenangan.Bahu Eddie terhenjut-henjut dalam esakkannya.Segalanya dilepaskan saat itu.Hanya tuhan yang tahu betapa sedih dan kecewanya sekeping hati milik Eddie Ryqarl.

Eddie
berdiri dihadapan bilik wad yang menempatkan Eliya.Nafas ditarik dan dilepaskan. 'Eddie..kau kena kuat..'hatinya berkata-kata sebelum dia menolak perlahan pintu tersebut.Kelihatan Eliya sedang duduk sendirian sambil memandang kearah beberapa pasangan yang sedang mengendong bayi mereka diluar tingkap biliknya.Perlahan air matanya menitis lagi.Hati Eddie juga turut tersentuh melihat keadaan isterinya namun perasaan marahnya berjaya melawan rasa kasihan tersebut.Eddie berdehem beberapa kali membuatkan Eliya memandang kearahnya.Air mata Eliya mengalir laju sejurus melihat wajah yang amat dirinduinya itu.
"abang.."panggilnya lemah.Eddie duduk di sofa yang agak jauh dari Eliya.
"anak kita dah tak ada,bang.."ujar Eliya sayu sebelum dia menangis teresak-esak.Eddie melarikan pandangannya kearah lain.Sejujurnya dia ingin sekali mendakap dan menenangkan isterinya namun dia kesal dan sakit hati mengingatkan apa yang dikatakan Eliya.
"abang..abang dengar tak apa yang Liya beritahu abang ni.."ujar Eliya.
"erm.."jawab Eddie dingin.
"Liya rindu sangat kat abang..Liya nak abang ada dekat dengan Liya..abang jangan pergi lagi,ya?.."ujar Eliya bersungguh-sungguh namun reaksi Eddie masih tidak kelihatan.
"lepas ni Eddie nak outstation ke Sabah untuk beberpa bulan..lusa Eddie nak pergi..Liya duduklah dengan umi dan mommy..pergilah mana-mana yang Liya nak pergi..Eddie dah tak nak jadi penghalang lagi.."ujar Eddie dingin sebelum dia bangun untuk beredar.Eliya mengagahkan diri untuk bangun.Pergelangan tangan Eddie dipegangnya membuatkan Eddie menghentikan langkahnya.
"abang..tolonglah jangan buat Liya macam ni..kita baru aje hilang baby kita,bang..tolonglah jangan tinggalkan Liya.."ujar Eliya dalam tangisnya.
"memang itu yang Liya harapkan,kan?..anak tu hanya jadi penghalang untuk kasih sayang Liya dan Zafril bersatu,jadi Liya patut gembira dengan apa yang jadi ni.."jawab Eddie kasar.Tangannya direntap dari pegangan tangan Eliya.
"abang..Liya ibu yang mengandungkan baby kita tu..sakitnya Liya yang tanggung abang..macam mana Liya boleh gembira macam yang abang cakap tu,hah?..abang cubalah dengar dulu penjelasan Liya.."ujar Eliya.
"ah..Eddie dah malas nak dengar apa yang Liya nak cakap tu..segalanya tipu..mulut kata lain..hati kata lain..pergi ajelah pada Zafril tu..memang itu yang Liya nak,kan?..tapi jangan harap Eddie nak ceraikan Liya..biar perkahwinan kita ni ibarat gantung tak bertali.."ujar Eddie .Eliya melutut dihadapan Eddie membuatkan Eddie sedikit tergamam melihat perlakuan Eliya.
"abang tolonglah..Liya cintakan abang..jangan tinggalkan Liya..walaupun baby kita dah tak ada tapi Liya nak dekat dengan abang..kita mulakan semula,ya?.."soal Eliya.
"semuanya dah berakhir,Liya.."ujar Eddie sebelum melangkah keluar namun kakinya dipeluk oleh Eliya membuatkan langkahnya terhenti.Sebentar sahaja lagi empangan air mata Eddie pasti akan pecah namun dia meguatkan hatinya.Tangan Eliya dirungkaikan dari kakinya lalu dia keluar dari bilik tersebut.Dihadapan bilik tersebut Eddie terduduk sambil bersandar didinding.Air matanya menitis laju.Esakkan Eliya sayup-sayup kedengaran dari luar membuatkan hati Eddie semakin sedih dan kecewa.Digagahkan kakinya untuk melangkah lemah keluar ke tempat meletakkan kereta.Malam itu suasana hospital itu agak sunyi memandangkan hospital itu adalah hospital swasta maka tak ramai juga pesakitnya.Hanya bunyi tangisan Eliya yang memenuhi ruangan biliknya memandangkan bilik wad itu khas untuk seorang pesakit sahaja.

Keesokkan paginya,Zafril datang bersama sebuah beg kertas yang berisi semangkuk bubur buat Eliya.Ketika Zafril masuk ke bilik tersebut kelihatan Eliya sedang duduk termenung disebelah tingkap biliknya itu.
"Anna..apa khabar hari ni?.."soal Zafril namun tidak berjawab.
"Anna.."panggil Zafril lagi sambil mencuit bahu Eliya.Eliya sedikit tersentak.
"eh..Zafril..bila sampai?..kenapa tak ketuk pintu dulu?.."soal Eliya sambil membetulkan selimutnya.Zafril tersenyum.
"dah merah dah tangan ni mengetuk pintu tu tapi tak berjawab..panggil-panggil Liya pun tak jawab..jauh mengelamun.."ujar Zafril ketika duduk dikerusi yang terletak disebelah katil Eliya.Eliya hanya tersenyum kelat.
"ni kak Maria ada masak bubur sikit untuk Anna..maaflah..Ril Cuma boleh bawa makanan simple-simple je sebab Anna kena pantang macam orang baru bersalin.."ujar Zafril sambil mengeluarkan bekas makanan dari beg kertas yang dibawanya.Eliya hanya memandang Zafril dengan wajah kosong.Zafril menyuakan sesudu bubur ke mulut Eliya namun Eliya hanya menggeleng lemah.
"Anna..janganlah macam ni..kalau Anna jatuh sakit macam mana?.."soal Zafril memujuk.Tiba-tiba air mata Eliya bergenang.
"biarlah saya mati aje..semua orang pun dah tak sayangkan saya..saya dah kehilangan anak saya..dan sekarang..abang Eddie pun dah tinggalkan saya..saya memang dah tak berguna lagi,Zafril.."ujar Eliya dengan air mata yang mula berjuraian.
"Anna..janganlah cakap macam tu..Ril kan masih ada untuk Anna..mak ayah Anna pun masih lagi menyokong Anna..bahkan parents Eddie pun tak marah atau bencikan Anna..kami semua tak salahkan Anna pun dalam hal ni.."ujar Zafril.Eliya masih lagi menangis.
"dah la Anna..Ril percaya yang Anna kuat dan tabah dalam menempuh dugaan ni..Ril tahu..Ril tak layak untuk nasihatkan Anna..tapi selepas apa yang jadi ni Ril sedar..Ril tak patut buat kesalahan macam tu sehingga Anna pun terlibat dalam hal ni..Ril minta maaf.."ujar Zafril sayu.Tanpa dapat ditahan-tahan Zafril mengalirkan air mata kekesalannya dihadapan Eliya.Eliya mengusap bahu Zafril perlahan.Walaupun hal ini sedikit sebanyak berpunca dari Zafril namun dia tidak menyalahkan Zafril sepenuhnya kerana dia juga bersalah kerana menyembunyikan hal sebenar dari pengetahuan lelaki itu.
"tak apalah,Zafril..benda dah jadi..mungkin ada hikmah disebalik semua ni..Anna pasrah dengan apa yang dah terjadi..kita doakan semoga Allah permudahkan semua ni..tapi satu Anna nak minta Ril janji dengan Anna.."ujar Eliya dengan senyuman kelat yang menghiasi bibirnya yang pucat itu.Zafril mengambil tangan Eliya lalu mengenggamnya erat.
"apa sahaja Anna..asalkan Anna maafkan Ril.."ujar Zafril bersungguh-sungguh.
"janji dengan Anna yang Ril tak akan sentuh benda haram tu lagi walaupun apa yang terjadi..Anna sayang Ril jadi Anna tak sanggup tengok Ril buat macam tu.."ujar Eliya.
"Ril janji,Anna..dan Ril janji juga akan jaga Anna sehingga akhir hayat Ril.."belum sempat Zafril meneruskan ayatnya pintu bilik wad itu terkuak luas dan kedengaran bunyi kasar tolakkan dari luar.
"oh..aku ingatkan selepas apa yang dah berlaku..korang akan hentikan hubungan sulit korang ni..tapi aku dah silap..Liya..Eddie tak sangka Liya macam ni sekali..berkali-kali Eddie cuba yakinkan iri sendiri yang Liya tu cintakan Eddie sebagaimana seorang isteri patut mencintai seorang suami tapi..hakikatnya Liya sebenarnya lagi pentingkan jantan ni dalam hidup Liya kan?..kenapa Liya tak pernah rasa apa yang Eddie rasa?..kenapa Liya?..susah sangat ke nak terima Eddie dalam hidup Liya?.."soal Eddie dalam nada kecewa sebelum dia beredar dari ruangan tersebut.Zafril tergamam.Dia faham maksud 'sayang' yang Eliya ungkapkan padanya yang membawa maksud sayang seorang adik angkat kepada abang angkat dan dari kata-katanya sebentar tadi,dia hanya ingin menjaga Liya sebagai adiknya sehingga akhir hayatnya sebagaimana seorang abang menjaga adiknya.Zafril pasrah jika memang dia tidak ditakdirkan memiliki Eliya.Cukuplah dia melihat gadis itu bahagia dengan lelaki yang dicintai gadis itu namun kini segalanya sudah kucar kacir.Dia juga mati akal memikirkan Eddie yang sudah salah faham terhadap hubungan mereka berdua.Eliya sudah menangis teresak-esak.Jika dia dapat mengejar Eddie pasti dia akan lakukannya tapi apakan daya keadaannya kini tidak mengizinkan dia untuk berbuat demikian.Zafril pantas bangun dari duduknya lalu mengejar Eddie.

"Eddie..tunggu!!.."jerit Zafril kawasan parkir kereta ketika mengejar Eddie yang berjalan pantas kearah keretanya namun Eddie tidak memberi apa-apa reaksi bahkan lelaki itu mempercepatkan langkahnya.Bahu Eddie ditariknya agar lelaki itu memandang ke wajahnya.Zafril tercungap-cungap kerana mengejar Eddie namun sebaliknya kepada Eddie yang naik turun nafasnya kerana marah.Sekelip mata Zafril terduduk di tar jalan raya akibat penangan penumbuk Eddie yang mengena tepat diperutnya menyebabkan Zafril berasa senak.
"apa kau nak lagi dari aku ,hah?!"soal Eddie keras.Zafril berusaha untuk bangun namun sekali lagi dia terduduk apabila pipinya pula yang menjadi mangsa penumbuk Eddie.
"sabar Eddie..biar aku terangkan pada kau hal sebenarnya..kau dah salah faham.."ujar Zafril dengan dahi yang berkerut menahan sakit dipipi dan perutnya.
"apa lagi ,hah?!..cukuplah Zafril..aku dah tau dah kisah cinta kau tu dengan isteri aku..aku tak sangka setelah hampir dua tahun aku nikah dengan dia..korang masih ada hubungan lagi..silap-silap anak yang dikandungnya itu pun bukan anak aku.."ujar Eddie sinis.Zafril membulatkan matanya.Tidak dia sangka begitu sekali apa yang difikirkan Eddie.Sejahat-jahat Zafril,tidak pernah sekali pun terdetik dalam hatinya untuk merosakkan insan yang dicintainya sebegitu sekali.
"Eddie!..kau sedar tak yang kau tu dah fitnah isteri kau..tak sangka sebegitu sekali kau buruk sangka pada Liya..Eddie sekurang-kurangnya kau berilah sokongan buat masa sekarang sebab Liya amat perlukan sokongan kau buat masa sekarang..dia baru saja hilang anak yang dikandungnya..dan anak itu dari benih kau,Eddie..cuba kau bayangkan betapa terseksanya dia..mana sifat perikemanusiaan kau,Eddie..kau tak fikir ke kalau dia tak cintakan kau..dia tak akan sesekali serahkan diri dia pada kau.."ujar Zafril.Eddie terdiam sejenak memikirkan apa yang dikatakan oleh Zafril namun perasaan marah menyelubunginya kembali apabila dia teringatkan ungkapan sayang oleh Eliya kepada Zafril.
"kau ingat aku akan dengan mudah terpedaya dengan apa yang kau katakan..tak semudah itu,Zafril..tapi kau jangan risau..korang ingat korang akan dapat bersama bila aku dah tahu pasal hubungan korang,hah?..kau silap,Zafril..kau silap..aku tak akan sesekali lepaskan Eliya..aku akan biarkan dia terseksa dengan hidup dalam pernikahan yang gantung tak bertali.."ujar Eddie dengan gelak yang kedengaran amat sinis sebelum dia beredar bersama BMWnya.Zafril hanya dapat memerhati dengan pandangan mata.

Love You 1000 Times (Wattpad Version)Where stories live. Discover now