Bab 29

2K 65 0
                                    


Eliya memasuki pejabatnya dengan wajah muram.Beberapa orang menegurnya mesra namun dia bagai berada dalam hayalannya sendiri.
"Puan Eliya..bos minta puan pergi ke ruangannya sekarang.."ujar Faridah ketika Eliya sedang membelek beberapa fail di pejabatnya.

Eliya mengetuk pintu ruangan majikannya.
"masuk.."kedengaran suara Encik Osman dari dalam ruangan tersebut.Eliya masuk ke dalam ruangan tersebut sebelum menutup pintu ruangan tersebut semula.
"sila duduk Eliya.."ujar Encik Osman dengan senyuman diwajah tuanya.
"kenapa bos panggil saya?..ada masalah ke dengan projek baru kita?.."soal Eliya.Walaupun baru sahaja menamatkan pelajarannya dan memulakan kerja.Eliya sudah mulai dipercayai oleh majikannya.
"tak ada masalah..Cuma..pihak atasan nak awak handle projek kita yang di cawangan luar negara.."ujar Encik Osman cuba bertenang.Sejujurnya dia juga turut terkejut dengan berita itu kerana Eliya merupakan salah satu jurutera yang agak terkenal di syarikat itu.
"Maksud Encik..saya harus ditugaskan untuk projek lain?..habis tu projek kita yang kat sini macam mana?.."soal Eliya terkejut.
"Tan Sri tetap nak awak yang uruskan projek disana..untuk projek yang disini awak jangan risau..memandangkan projek kita dah hampir selesai..Ries akan mengantikan tempat awak untuk projek yang di sini.."ujar Encik Osman tenang.Laci mejanya ditarik,sepucuk surat dikeluarkan lalu diserahkan kepada Eliya.
"segala maklumat tentang pertukaran awak ke sana termasuk tiket kapal terbang sudah disediakan didalam sampul surat tu.."ujar Encik Osman.Eliya memandang sampul surat besar berwarna coklat itu dengan pandangan kosong namun dia tetap mengambil sampul surat tersebut sebelum meminta izin untuk kembali ke ruangannya.

Sejurus Eliya kembali ke ruangannya.Eliya pantas membuka sampul surat yang diberikan oleh Encik Osman sebentar tadi.Ternyata Eliya telah ditugaskan untuk mengambil alih projek syarikat mereka yang bertapak di Australia. 'syukur Alhamdulillah..tak perlulah aku nak menipu Eddie tentang pemergian aku..'hati Eliya mengucap rasa syukur kehadrat ilahi.Eliya pantas mengeluarkan telefon bimbitnya dan menghantar pesanan ringkas untuk suaminya.

Honey..malam ni kita dinner di luar,ya?..suddenly I missed my hubby so much..

Eliya menghantar pesanan ringkas tersebut kepada Eddie.Beberapa minit kemudian telefon bimbit Eliya berbunyi tanda ada pesanan ringkas.

hurm..do we need to spend a night in a hotel tonight?..just for both of us?..

soalan Eddie membuatkan muka Eliya memanas. 'gatal betul suami aku ni..orang ajak dinner kat luar,dia fikir lain pulak..tapi tak apa la..mungkin dengan cara ni Eddie lembut hati nak lepaskan aku untuk pergi jauh..'.

good idea..so malam ni Hilton KL at 8,okey?..I'll go by myself..Liya ada kerja sedikit..meet you there..muah!

Eliya meneruskan kerja-kerjanya yang tergendala walaupun otaknya ligat merangka ayat untuk memaklumkan tentang tugasnya di Australia.

Eliya menyembur minyak wangi berjenama ke tubuhnya.Gaun labuh yang terletak elok ditubuhnya diperbetulkan sedikit.Tudung litup dikepalanya juga dirapikan.
"all the best,Liya..you can do it.."ujar Eliya kepada pantulan dirinya yang kelihatan dicermin.
"mama..where are you going?.."soal Sofea petah sambil duduk dibirai katil milik ibubapanya.
"mama and daddy nak keluar malam ni,sayang..malam ni Sofea tidur dengan nenek,ya?.."soal Eliya sambil mengusap pipi anak dara kecilnya itu.
"patutlah Heyqarl tadi nampak daddy balik kerja pun terus siap pakai handsome-handsome..rupanya mama dan daddy nak keluar malam ni..kan adik?.."ujar Heyqarl yang bersandar dimuka pintu.Eliya tersenyum melihat telatah anak terunanya itu.Sama seperti daddynya apabila berbicara.
"ya anak-anakku..Heyqarl jaga Sofea tau..mama and daddy tak ada..so who's incharge?.."soal Eliya sambil mengangkat kening sebelah.
"abang!!.."jawab Sofea teruja namun sebaliknya pula bagi Heyqarl.
"hisy..mama..adik ni..kalau abang incharge aje mesti dia nak mengada-ngada..sampai jatuh sikit pun nak abang yang angkat..ingat dia ringan agaknya.."ujar Heyqarl tidak berpuas hati.Eliya tersenyum lalu menarik Heyqarl untuk duduk disamping Sofea.
"abang memang macam tu..sebab itu Allah beri kaum lelaki ini kekuatan yang lebih dari kaum wanita dan kaum wanita lemah sedikit dari kaum lelaki..supaya kaum lelaki boleh jaga kaum wanita..okay sayang?.."ujar Eliya sambil mencuit hidung Heyqarl.Tiba-tiba Eliya teringat janjinya kepada Eddie tengah hari tadi.Jam dipergelangan tangannnya dilihat.
"oh my gosh..sayang!..mama dah lambat..habislah nanti daddy merajuk.."ujar Eliya lalu segera mencapai beg tangannya dan beg kecil yang mengisi pakaiannya.Sofea dan Heyqarl mengekek mengetawakan mamanya yang kelam kabut itu.
"gelakkan mama,ya..jaga adik,ya abang..adik jangan nakal-nakal..be a good girl and boy..tolong nenek apa-apa yang patut..okay?.."pesan Eliya lalu mencium pipi anak-anaknya itu.Heyqarl dan Sofea mengangguk laju tanda patuh.

Eliya melambai tangan kepada kedua-dua anak kembarnya itu dengan hati yang agak berat. 'Liya..ingat sikit..ni baru satu malam nak tinggalkan anak-anak..nanti kau akan tinggalkan diorang juga..'hati Eliya memberi peringatan kepada dirinya sendiri.Kereta Eliya dipandu laju meninggalkan perkarangan rumah.

Eddie menunggu ketibaan isterinya dengan tenang.Eddie menarik nafas panjang sebelum Eddie melihat telefon bimbitnya buat entah keberapa kalinya.Tiba-tiba kerusi dihadapannya diduduki oleh seseorang.Eddie memandang wajah gerangan yang telah mengambil tempat dihadapannya dengan wajah yang masam mencuka.
"abang..sorry la..jangan la merajuk..Liya bukan sengaja pun.."ujar Eliya lalu memegang tangan suaminya yang terletak diatas meja tersebut.
"what take you so long?.."soal Eddie acuh tak acuh.
"as usual..twins kita la abang.."jawab Eliya sambil tersenyum manis dengan harapan agar Eddie sedikit terpujuk dengan senyumannya itu.Eddie menghela nafas panjang.
"sibuk aje la diorang tu..kacau aje mama dengan daddy dia nak dating.."rungut Eddie.Eliya tergelak kecil.
"alamak..bapak budak dah merajuk la.."Eliya tergelak lagi manakala Eddie menjengkelkan matanya namun akhirnya Eddie turut tergelak.
"so sayang..malam ni apa plan kita?.."soal Eddie dengan kening sebelah terangkat ala-ala Ziana Zain.
"plan kita...hurmm..."Eliya berfikir sejenak pada masa yang sama makanan yang telah dipesan oleh Eddie turut dihidangkan oleh pelayan.Bau hidangan membuatkan perut Eliya menjadi sangat lapar.
"makan la.."ujar Eliya lantas mengambil sudu dan garfu tanpa memandang kearah Eddie.Tumpuannya kini hanyalah kepada hidangan dihadapan mata.Eddie hanya tersenyum melihat isterinya itu. 'Eddie..Eddie sabar aje la..isteri kau tu belum pun masuk 25 tahun..memang la perangainya pun masih macam tu lagi..'hati Eddie berkata-kata.

Eddie memimpin Eliya sehingga mereka berdiri dihadapan bilik yang mereka tempah untuk malam itu.
"abang..jauh lagi ke?..kenapa macam lama sangat aje kita jalan.."Eddie hanya tergelak mendengar ayat Eliya.Mana tidaknya,sebenarnya bilik itu tidaklah jauh sangat tetapi sengaja Eddie membawa Eliya melalui jalan jauh agar isterinya itu terleka.Pintu bilik tersebut dibuka namun kain dimata Eliya masih lagi belum dibuka.Bau bunga Lily iaitu bunga kesukaan Eliya mula menusuk hidung Eliya.Senyuman sudah kelihatan dibibir Eliya apabila ikatan dimata Eliya mula dirungkaikan.
"Happy sweet 25,sayang.."bisik Eddie ditelinga Eliya sambil memeluk isterinya dari belakang.Eliya terharu melihat hiasan bilik tersebut.Terdapat lilin dilaluan kiri dan kanan Eliya seakan-akan menuju ke satu tempat.Dan tiba-tiba kedengaran bunyi lagu kesukaan Eliya.Thinking out loud oleh Ed Sheeran.Pada ketika itu Eddie sudah berada dihadapan Eliya dan tangan Eddie sudah melingkari pinggang Eliya manakala tangan Eliya pula melingkari leher Eddie.Mata Eliya dan Eddie saling berpandangan.Buat seketika mereka bagai terbuai dengan perasaan masing-masing.

"darling I will be loving you till we're 70
And baby my heart could still fall as hard at 23
And I'm thinking bout how people fall in love in mysterious ways
Maybe just the touch of a hand
Oh me,I fall in love with you every single day
And I just wanna tell you I am"

Kedengaran suara Eddie turut menyanyi lagu tersebut bagai ingin menyampaikan rasa hatinya kepada Eliya.Air mata terharu mula bergenang ditubir mata Eliya.

"So honey now
Take me into your loving arms"
suara Eddie masih lagi mengikut rentak muzik namun lingkaran dipinggang Eliya dieratkan.

"Kiss me under the light of a thousand stars"
Dahi Eliya dikucup lama usai Eddie menyebut perkataan tersebut.

"Place your head on my beating heart"
Telinga Eliya didekatkan ke dadanya untuk mendengar degupan jantungnya yang bagaikan menyeru-nyeru nama Eliya pada ketika itu.

"I'm thinking out loud
Maybe we found love right where we are"
Ketika Eddie menyebut perkataan itu dia memandang tepat ke mata isterinya yang paling dicintai itu.
"Eliya Rihanna binti Harun... you are the only special woman that I'll love till the end of my life..I love you so much sayang..damn so much.."bisik Eddie ditelinga Eliya lalu memeluk isterinya itu. Eliya tersenyum sambil mengangguk.Air mat ditubir matanya sudah mengalir.
"I love you too,Eddie.."balas Eliya seakan-akan berbisik.Ketika itu,cinta yang mereka semai sejak awal perkahwinan mereka seakan berkembang mekar dihati masing-masing.Dan ketika itu,Eliya amat berharap agar dia tidak menerima surat dari Zafril menyebabkan dia harus berpisah dengan suaminya buat seketika.

Angin malam mula meniup lembut menampar pipi Eliya yang sedang menutup mata sambil menikmati nikmat tuhan Yang Maha Esa.Nyaman rasanya apabila menghirup udara malam bersama lelaki yang dicintai sambil disaksikan oleh bintang-bintang didada langit.Eliya mencelikkan matanya apabila rambutnya terasa diusap perlahan.Sejurus matanya dibuka,Eliya melihat pemandangan yang sungguh indah iaitu wajah suaminya yang sedang tersenyum manis.
"indahnya ciptaan Allah untuk Liya.."ucap Eliya sambil memandang kearah suaminya.Eddie tergelak kecil.
"handsome sangat ke abang ni sampai Liya puji macam tu sekali?.."Eddie membuat muka ingin tahu.Comel.
"iye sayang...handsome sangat sampai Liya jatuh sayang sangat-sangat.."Eliya mencuit hidung suaminya.Bahu Eliya dipeluk kemas.
"cantikkan bintang malam ni?..nampak terang aje.."ujar Eliya. 'tapi hati Liya tak seterang itu,abang..'hati Eliya menyambung ayatnya.
"ya..sama cantik dengan isteri abang ni.."Eddie mengucup pipi Eliya bertalu-talu sehingga Eliya mengangkat tangan tanda mengalah.
"abang..Liya nak tanya sesuatu boleh?.."
"apa dia?.."
"kalau apa-apa jadi pada Liya macam mana?.."Eliya tidak memandang ke wajah Eddie sebaliknya dia terus memandang ke langit yang dipenuhi bintang.E ddie memandang wajah Eliya serius.
"apa maksud Liya?.."
"kalau Allah amik nyawa Liya dulu.."belum sempat Eliya menyambung ayatnya Eddie sudah memotong.
"syy..jangan cakap macam tu..abang tak suka..dan abang tak akan terfikir pasal tu..Liya segala-galanya bagi abang dan abang tak dapat hidup tanpa seorang wanita yang bernama Eliya Rihanna..faham?.."Eddie menarik dagu Eliya perlahan agar memandang matanya.Eliya mengangguk perlahan.
"abang sayang Liya kan?"
"lebih dari nyawa abang.."
"abang cintakan Liya kan?.."
"cinta abang pada Liya tidak terkira nilainya.."
"abang percaya Liya?.."soalan Eliya yang terakhir.
"Liya sendiri percayakan abang?.."soalan Eliya dibalas dengan soalan juga.Eliya mengangguk laju sambil tersenyum.Eddie mengusap pipi Eliya penuh kasih sayang sebelum menjawab.
"then..I'll trust you just like you trust me.."Eliya terdiam sejenak mendengar jawapan Eddie sebelum mengambil satu sampul surat kecil disampingnya.
"abang..Liya harap abang faham keadaan Liya bila baca surat ni.."sampul surat tersebut diberikan kepada Eddie.Mungkin lebih baik jika dia berterus-terang kepada suaminya berkenaan dengan tujuan asal dia ingin ke Australia berbanding dia menipu Eddie dengan memberitahu bahawa dia ditugaskan ke Australia sedangkan tugas tersebut adalah disebabkan dia telah menghantar email sendiri kepada bos besarnya agar memberikannya peluang untuk memegang projek syarikat mereka yang terletak di Australia semata-mata untuk menjadi alasan yang munasabah baginya untuk mendapat keizinan dari Eddie.

Wajah Eddie kelihatan dingin semasa membaca isi surat tersebut.Beberapa minit kemudian,sampul surat tersebut diserahkan semula kepada Eliya tanpa memandang ke wajah isterinya itu.Eddie pantas bangun dari duduknya dan masuk semula ke bilik tanpa berkata apa-apa.Eliya tahu bahawa suaminya sedang marah dan kecewa kerana lelaki itu tidak dimaklumkan lebih awal.Eliya menghela nafas berat sebelum masuk ke dalam biliknya bagi sesi memujuk Eddie,lelaki yang berjiwa manja walaupun luarannya kelihatan terlebih 'macho'.

Ketika Eliya menutup pintu beranda bilik tersebut,dia terlihat Eddie sudah baring membelakangi tempat tidur Eliya.
"abang.."panggilan Eliya tidak berjawab.
"sayang..dengarlah dulu apa yang Liya nak cakap.."ujar Eliya perlahan ditelinga Eddie namun masih tiada respon.
"If you really love me then open your eyes and look at me.."ujar Eliya lagi.Perlahan Eddie membuka matanya dan duduk bersandar dikatil sambil memeluk tubuh.Matanya langsung tidak memandang kearah Eliya dan wajahnya tegang tanda dia sedang protes.Eliya sedaya upaya menahan tawa apabila melihat Eddie.Persis perangai anak lelaki mereka,Heyqarl yang cepat merajuk apabila tersilap cakap.Ternyata sifat Heyqarl yang satu itu adalah diwarisi oleh daddynya yang terlebih manja ini.
"abang..kalau Liya percayakan abang sepenuh hati Liya..kenapa abang tidak?..bukan ke tadi abang cakap yang abang percayakan Liya seperti Liya percayakan abang?.."Eddie merengus tanda protes.Eliya tersenyum namun segera senyumannya mati apabila Eddie ingin membelakanginya lagi.Lengan Eddie ditarik agar lelaki itu tidak membelakanginya.
"abangkan tahu Zafril tu sakit..dan bila-bila masa aje dia akan tinggalkan kita semua..abang tak kesian ke pada dia?.."Eliya cuba memujuk.
"then Liya tak kesian kat abang?..tak kesian pada anak-anak kita?.."soal Eddie dingin.
"atau Liya pergi sana sebab nak jumpa kekasih Liya tu?.."sambung Eddie.Kini kata-kata Eddie itu bagai minyak yang dicurahkan keatas api.Hati Eliya mula memanas apabila dia dituduh secara tiba-tiba.
"maksudnya abang nak cakap yang Liya ni nak curang dengan abang?..macam tu?.."soal Eliya geram.Eddie terdiam apabila mula perasan akan kesilapannya.
"abang..betul ke setiap kata-kata abang tadi?..cintakan Liya?..sayangkan Liya?..percayakan Liya?..sebab sekarang ni Liya rasa semua itu ibarat menanam tebu tepi bibir aje.."soal Eliya dengan nafas yang turun naik menahan amarah.
"Liya..abang.."belum sempat Eddie menyambung ayatnya,Eliya sudah memotong.
"kalau Liya tak cintakan abang,tak sayangkan abang dan tak percayakan abang..Heyqarl dan Sofea tak akan wujudlah abang..pernikahan kita pun tak akan bertahan sehingga sekarang.."ujar Eliya sebelum menyarung blazer dan tudungnya lalu meninggalkan Eddie yang mula dicengkam rasa bersalah. 'Liya..abang cuma tak nak berjauhan dengan isteri yang abang cintai..salah ke?..'hati Eddie berkata-kata.



Love You 1000 Times (Wattpad Version)Where stories live. Discover now