Bab 30

2.4K 69 3
                                    

    Eliya mengesat air matanya yang mengalir deras.Geram pula dia kepada matanya itu kerana tidak berhenti mengeluarkan air mata.Eliya memerhati beberapa orang remaja sedang seronok bermandi-manda di kolam renang yang amat esklusif itu.Mujur hari sudah gelap dan kedudukan Eliya agak tersorok dari para penggunjung hotel tersebut.Walaupun keadaan sekeliling agak meriah memandangkan hotel Hilton memang terletak di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur dan rata-rata penggunjung adalah dari golongan berada namun hati Eliya tetap tidak tenang.Angin menyapa tubuh Eliya menyebabkan Eliya merapatkan blazernya yang tersarung di tubuh.Tiba-tiba bahunya terasa dipeluk dari tepi.Eliya tersentak namun apabila dia terhidu haruman One Million yang selalu dipakai oleh Eddie,Eliya segera berpeluk tubuh.
"sayang..I'm sorry,okay?.."kedengaran suara Eddie begitu dekat dengannya.Eliya cuba untuk melepaskan diri dari pelukan Eddie namun gagal apabila tangan Eddie sudah melingkari pinggangnya.Eliya menjengkelkan matanya kepada Eddie.Bertambah membara hatinya apabila melihat senyuman diwajah suaminya itu.
"sayang..sorry la..hari ni kan birthday sayang..janganlah marah.."pujuk Eddie lagi.Air mata Eliya tiba-tiba menitis lagi.Eddie mengesat air mata isterinya itu menggunakan ibu jarinya.
"kenapa sayang nangis ni?..maafkan abang ya sayang..abang terlalu ikutkan emosi sehingga abang tak perasan yang abang menuduh Eliya yang bukan-bukan..I'm truly sorry sayang.."ujar Eddie seakan-akan merayu.Eddie memusingkan tubuh Eliya lalu mendakap isterinya lama.Walaupun air mata Eliya masih belum berhenti mengalir namun dia membalas juga dakapan suaminya itu.
"Liya pun minta maaf ,ya abang?..Liya pun terlalu ikutkan emosi Liya yang tak berapa nak stabil ni.."balas Eliya perlahan.Perlahan pelukan mereka terungkai namun tangan Eddie masih melingkari tubuh Eliya dan dagunya diletakkan dibahu Eliya.
"Liya sebenarnya tak nak pun pergi sana..Liya nak sentiasa ada disisi abang..tapi bila mengenangkan ini adalah permintaan terakhir Zafril,jadi Liya pun bersetuju aje la..dia pun dah tak ada sesiapa..kak Maria dah berkeluarga..ibu bapa mereka pula dah meninggal dunia.."Eliya memberitahu Eddie.
"inalillah..abang pun dah lama tak contact kak Maria so abang memang tak tahu ibu bapa mereka dah tiada..kesian juga Zafril tu ya..hidup sorang-sorang macam tu menunggu saat kematian.."Eliya mengangguk setuju dengan pendapat suaminya itu.
"kebetulan pula syarikat Liya ada projek baru di Australia so,Liya rasa tak ada la terbuang masa Liya kat sana nanti kalau Liya amik alih projek disana..abang rasa macam mana?.."Eddie terdiam sejenak sebelum menjawab.
"okay tapi..."
"tapi apa?.."
"abang macam mana?..Sofea dan Heyqarl tak apa la ada nenek dua orang untuk jaga mereka.."Eddie merengek.
"apa susah..suruhlah bos besar bagi cuti 6 bulan untuk teman menantu kesayangan dia ni.."jawab Eliya sambil tergelak kecil.Siapa lagi menantu kesayangan Encik Farid kalau bukan Eliya Rihanna.Eddie mencubit manja pipi isterinya.
"pandai pun..abang follow sayang sebagai body guard kat sana..nanti lepas 6 bulan insyallah sayang balik dengan selamat..bukan setakat itu aje..sayang bawa baby sekali lepas ni.."ujar Eddie lalu mencium pipi isterinya.
"hisy..gatal!"tangan Eliya sudah menjadi sepit ketam pada ketika itu.
"gatal dengan buah hati abang apa salahnya..betul tak?..atau sayang ada cadangan untuk abang mengatal dengan sesiapa yang lain?.."Eddie mengucapkan ayat itu dengan senyuman nakal yang menghiasi wajah kacaknya itu.Sekali lagi pinggang Eddie menjadi mangsa.
"amboi..Liya masih tercongok lagi kat sini,sihat waalfiat..abang ada hati nak cari lain eh?.."ujar Eliya geram.Eddie mengusap pinggangnya akibat cubitan 'manja' Eliya yang agak berbisa itu.
"sayang ni..kalau abang buat report memang dah masuk jail tau sebab kes mendera suami..tengok ni dah naik lebam six pack abang.."ujar Eddie sambil mengangkat sedikit T-shirtnya.
"oh my gosh..six pack apanya..setakat berapa ketul aje otot abang tu pun abang cakap six pack..loya pulak tekak Liya mendengar.."jawab Eliya sambil membuat gaya seperti ingin muntah namun dia akui badan Eddie agak sasa sekarang.Sesuai dengan statusnya sebagai seorang lelaki yang sudah matang dan seorang bapa untuk melindungi anak dan isterinya. 'tapi tak perlu la nak belagak sangat dengan 'muscle' dia tu..'hati Eliya membalas kata-kata dari mindanya.
"kenapa loya pulak..hah!!!..."tiba-tiba Eddie bersuara agak kuat menyebabkan Eliya sedikit terkejut.
"apa dia abang?..kenapa tiba-tiba sergah Liya ni?.."soal Eliya sambil mengusap dadanya.
"Liya mengandung tak..tapi bukan dua minggu lepas Liya datang bulan ke?..ke abang tersilap kira?.."ujar Eddie sambil berkira-kira.Pipi Eliya sudah memerah. 'hisyy..dia ni memang nak kena..kalau kira bila aku datang bulan pun tak payah la nak cakap pada aku..'hati Eliya berkata-kata.
"abang!!!!.."Eliya sudah terjerit kecil namun belum sempat jari-jemari ketam Eliya tiba dipinggang Eddie.Lelaki itu sudah berlari meninggalkan Eliya.Tanpa menghiraukan beberapa penggunjung yang sedang bermandi-manda di kolam renang,Eliya berlari mengejar Eddie.Dengan gaun labuh chiffon yang dipakainya,Eliya berlari mengejar suaminya.Beberapa orang warga negara asing turut tergelak melihat telatah mereka.Ketika Eddie berjalan menuju kearah lif sambil memeluk bahu Eliya,kedengaran beberapa suara gadis yang kemungkinan berasal dari Amerika berkata.
"I'm pretty sure they're newly wed couple.."
"ohh..they are so sweet..I hope I'll get a sweet husband like that.."kedengaran suara seorang gadis Melayu yang mungkin kenalan kepada gadis Amerika tadi berkata-kata.Aku sedikit mendongak memandang suamiku disebelahku.Eddie tersenyum nakal sambil mengangkat keningnya sebelah.Riak wajahnya amat Eliya fahami maksudnya. 'diorang kata abang handsome..boleh abang berkenalan dengan diorang?..'.Itulah maksud dari raut wajah Eddie kini.Tangan Eliya pantas melingkari pinggang Eddie namun tanpa sesiapa perasan sebenarnya jari-jemari Eliya sedang bekerja untuk menjadi sepit ketam.
"ampun..abang janji tak gatal lagi..abang cinta Eliya sorang aje..si ketam abang yang comel ni.."bisik Eddie ditelinga Eliya seakan-akan merayu.Eliya tergelak jahat.
"tau tak apa..kalau Heyqarl dengan Sofea ada sekali ni mesti diorang dah merajuk tengok daddy dia mengatal.."ujar Eliya.Eddie turut tergelak apabila mengingati si kembar mereka itu.Memang mereka berdua agak nakal apabila bersama Eliya namun mereka amat melindungi Eliya terutamanya apabila Eddie mengusik mereka dengan cara menunjuk minat terhadap mana-mana wanita.Pasti Heyqarl akan memarahinya manakala princess kecilnya,Sofea akan menangis meraung seakan-akan Eddie akan meninggalkan mereka.
"rindu pula pada Hero dan Princess..."tiba-tiba Eddie berkata beitu ketika mereka sedang berjalan menuju ke bilik mereka.
"alolo...tak rindu ke pada mama Hero dan Princess?.."soal Eliya manja sambil mengusap belakang Eddie.
"mesti la rindu..rindu sangat-sangat.."ujar Eddie lalu mencepung Eliya sejurus pintu bilik mereka dibuka.
"abang!..malu la kalau ada orang nampak.."ujar Eliya kalut.
"biarlah..kitakan dah sah 8 tahun lepas.."balas Eddie selamba.
"ngada-ngada betul..tak padan dengan status bapak orang dia tu.."rungut Eliya namun Eddie hanya tersenyum nakal sebelum menutup semula pintu bilik mereka.


Zafril duduk bersandar dikatilnya sambil melihat album yang berada ditangannya.Sesekali Zafril menutup matanya dan dahinya berkerut tanda dia sedang menahan kesakitan.Pintu bilik Zafril diketuk dari luar.
"masuk.."Zafril berkata perlahan.Disangka yang bakal memasuki biliknya itu adalah Maria namun sangkaannya meleset apabila seorang jururawat masuk ke dalam bilik tersebut sambil membawa dulang berisi sedikit makanan dan ubat-ubatan.
"time to take your medicine,Mister.."kedengaran suara jururawat warga Australia itu.
"Casey,I don't have my appetite right now..can I eat later?.."soal Zafril sambil memandang sayu kearah Casey,seorang jururawat yang diupah oleh Maria untuk menjaganya.
"I'm so sorry Mister..but you really have to eat this so you can take your medicine..If you don't take your medicine then you'll be in so much pain.."pujuk Casey sambil menyuakan sesudu bubur ke mulut Zafril.Dengan hati yang tidak rela,Zafril membuka mulutnya.
"anyhow,I'm going to die,Casey..there's no solution for my sickness.."Zafril menunduk sayu.Setitis air matanya mengalir.
"look..you have to be strong..I believe you are a very strong man.."Casey mengusap bahu Zafril perlahan.Tiba-tiba Zafril tergelak namun bunyinya jelas bahawa dia sedang sengsara.
"I'm a loser,Casey..I lost my true love to other person..I lost my parents..and now I'm going to die alone...I'm really a loser,right?.."soal Zafril sambil tersenyum namun air matanya mengalir lagi.Casey menunduk sayu.Dia turut bersimpati dengan nasib hidup Zafril.
"It's okay,Zafril..I know god will always with you.."ujar Casey.Walaupun kepercayaan dan agama mereka berbeza tetapi dia pasti tuhan akan bersama setiap hambanya.Zafril mengesat air matanya dengan telapak tangannya.
"now..don't waste your time with tears..you have to enjoy your life while you can.."Casey menepuk perlahan bahu Zafril sambil tersenyum.Dia berharap agar Zafril tidak berputus asa di saat-saat akhir kehidupan lelaki muda itu.Zafril mengangguk laju lalu mengambil mangkuk yang berisi bubur di tangan Casey lalu segera menghabiskan bubur tersebut bagai tiada masalah yang menganggu hidupnya kini.Casey menghulurkan gelas yang berisi air dan beberapa jenis ubat yang harus dimakan oleh Zafril.Zafril menelan kesemua ubat-ubat yang diberi tanpa merungut seperti selalu.
"thanks,Casey for your advise..I really appreciate it.."ujar Zafril ketika Casey menganggat dulang tersebut untuk keluar dari bilik tersebut.Casey tersenyum sambil mengangguk.
"my pleasure.."jawab Casey sebelum menutup pintu bilik Zafril semula sejurus dia keluar dari bilik tersebut.Zafril merenung ke luar tingkap dengan senyuman dibibir pucatnya itu. 'Ril harap Anna ada disamping Ril disaat-saat akhir nafas Ril didunia ini...Ril merayu pada Anna..walaupun kita tidak ditakdirkan bersama tetapi biarlah Ril dapat lihat wajah Anna buat kali terakhir..'hati Zafril bermonolog sambil matanya melihat bunga-bungaan mekar yang terdapat diluar jendela biliknya itu.Matanya mula layu kesan dari ubat-ubatan yang ditelannya sebentar tadi.Akhirnya Zafril terlena dengan kesedihan dihati diikuti oleh harapan menggunung agar Eliya turut bersamanya mengharumgi detik-detik terakhir kehidupannya.


Love You 1000 Times (Wattpad Version)Where stories live. Discover now