Bab 25

2.4K 67 0
                                    


"Liya!..Liya!..jangan tinggalkan abang!.."Eliya tersedar dari tidurnya apabila mendengar suara Eddie yang meracau-racau memanggil namanya.Eliya memeluk tubuh Eddie bagi mententeramkan suaminya itu.
"shh..Liya kat sini abang.."ujar Eliya ditelinga Eddie.Perlahan Eddie membuka matanya.
"abang kat mana ni?.."soal Eddie yang kedengaran agak dingin.
"abang kat hospital..tadi Liya bawa abang datang sini sebab badan abang terlalu panas.."ujar Eliya sambil mengusap pipi suaminya perlahan.Eddie mengangguk lalu membelakangkan Eliya.
"abang..maafkan Liya..Liya tak tahu abang cari Liya sambil berhujan-hujan bagai.."ujar Eliya lalu menyentuh bahu suaminya namun Eddie menolak tangan Eliya perlahan namun Eliya tetap terasa dengan perbuatan suaminya itu.
"abang nak rehat..Liya balik la.."ujar Eddie sebelum memejamkan matanya.Eliya berasa sedih dengan tindakkan Eddie namun dia tahu kali ini dia juga salah kerana tidak cuba mendengar dulu penjelasan suaminya itu.
"okay..esok Liya datang semula lawat abang..assalamualaikum.."ujar Eliya sayu sebelum kedengaran bunyi pintu bilik wad ditutup.Eddie pantas memusingkan badannya semula.
"chak!..hahaha..abang kena tipu..Liya belum balik lagi pun..saje je nak tengok reaksi abang..takut juga ek abang..don't worry la..Liya datang balik nanti.."ujar Eliya sambil tersenyum comel memandang suaminya.Eddie pantas memejamkan matanya semula.
"ada abang kesah?..dah pergi balik..tak payah datang terus pun tak apa.."ujar Eddie seakan-akan berjauh hati.
"tak nak..Liya nak datang sini juga.."ujar Eliya dengan nada kanak-kanak ribena miliknya itu sambil menjelirkan lidahnya kearah Eddie.Eddie hanya mencebik.Walaupun matanya kelihatan seperti terpejam namun dia masih dapat melihat Eliya dengan sebelah matanya yang terbuka sedikit.Tiba-tiba bibirnya terasa satu sentuhan yang menggetarkan tangkai jantungnya.
"mencebik lagi..kan dah kena..hihi..bye abang sayang..I love you..jangan nakal-nakal tau.."ujar Eliya mencium pipi Eddie sambil tergelak nakal sebelum meninggalkan Eddie yang sudah merah padam muka menahan malu. 'Hisy..kenapa dengan aku ni?..selalu aku yang kacau dia..tak malu pula..ni tiba-tiba bila dia kacau aku..aku pula yang malu..dah la..tidur lebih baik..'hati Eddie berkata-kata sebelum dia kembali memejamkan matanya yang sudah segar bugar akibat sentuhan ajaib sebentar tadi. 'aduh..mata ni buat miang keladi pula tak nak tidur..'Eddie mengetuk kepalanya sendiri.
"aduh..kuat pula aku ketuk kepala sendiri..sakitnya.."ujar Eddie lalu mengurut-urut kepalanya sendiri.

Keesokkan harinya,pagi-pagi lagi Eliya sudah membawa semangkuk bubur bersamanya ketika melawat Eddie.
"assalamualaikum,abang.."ujar Eliya ketika memasuki ruangan yang menempatkan Eddie.Eddie hanya memandang Eliya dari ekor mata sahaja.Dia masih marah dengan tindakan Eliya tempoh hari.
"abang..berdosa tau tak jawab salam.."tegur Eliya ketika mencapai tangan Eddie untuk disalam.
"walaikumsalam.."jawab Eddie acuh tak acuh.Eliya menghela nafas berat lalu membuka mangkuk yang berisi bubur.Semerbak bau yang amat menyelerakan memenuhi ruangan wad tersebut tatkala penutup mangkuk tersebut dibuka.Mujurlah Eddie tidak ditempatkan dibilik wad bersama-sama pesakit lain maka ia tidak menganggu sesiapa disitu.Sesudu bubur disuakan ke mulut Eddie.Eddie hanya merenung sahaja sudu tersebut tanpa membuka mulut.Sejujurnya dia amat terliur dengan bau bubur ayam yang dimasak oleh Eliya itu namun akibat rasa marah,dia tidak menghiraukan suapan isterinya itu.
"abang..makanlah sikit..kalau tak,macam mana nak sembuh?..makan sikit ya,abang?..Liya risaulah kalau abang demam balik macam semalam.."ujar Eliya dengan nada memujuk.Eddie merenung tajam wajah Eliya yang kelihatan letih dengan lingkaran hitam bawah mata yang jelas menunjukkan isterinya itu tidak mendapat tidur yang secukupnya. 'Liya..I missed you so much..tapi kenapa Liya selalu tak dengar dulu penjelasan abang?..'hati Eddie berkata-kata semasa memandang wajah isterinya itu.
"please abang..buka mulut..sesudu pun jadi la.."ujar Eliya sayu.Perlahan Eddie membuka mulutnya.Eliya tersenyum manis lalu menyuapkan bubur tersebut.
"macam tu la Eddie yang Liya sayang.."ujar Eliya.
"kalau sayang..Liya pasti akan dengar dulu penjelasan abang tanpa buat keputusan terburu-buru.."jawab Eddie seakan-akan menyindir.Eliya menundukkan wajahnya.Mangkuk bubur diletakkan dimeja yang terletak disebelah katil Eddie.
"so,abang ingat Liya buat macam tu sebab Liya tak sayang abang?..macam tu?.."soal Eliya dalam nada sebak.Air matanya mula menitis perlahan.Eliya memberanikan diri memandang Eddie.Eddie agak
tergamam melihat air mata isterinya itu.Dia tidak berniat untuk melukakan hati isterinya lagi.
"abang cuma.."belum sempat Eddie meneruskan ayatnya Eliya sudah memotong.
"fine!..Liya tanya abang something..abang marah tak kalau Liya layan Albert atau Zafril..atau sesiapa sajalah?.."soal Eliya.Eddie mengangguk perlahan.
"marah tak kalau Liya tinggalkan abang sebab lelaki lain?.."soal Eliya lagi.
"memang abang tak akan lepaskan Liya kalau Liya tinggalkan abang sebab lelaki lain.."ujar Eddie beremosi.
"marah tak kalau selepas kita berbaik dan Liya cakap Liya cintakan abang tapi Liya layan abang kasar selepas jumpa lelaki lain?.."ujar Eliya yang masih mengalirkan air matanya.Eddie mengangguk sekali lagi.
"okay..last question..abang pasti ke yang abang betul-betul cintakan Liya?..are you really sure?..please tell me the truth abang?..Liya dah penat untuk hadapi semua ni.."ujar Eliya sambil mengesat air matanya yang seakan-akan tidak mahu berhenti.Kali ini Eddie menggelengkan kepalanya.Eliya mengangguk lalu bangun dari duduknya untuk beredar namun belum sempat dia melangkah pergi pergelangan tangannya ditarik oleh Eddie.Eliya memandang wajah Eddie dengan juraian air mata.Eddie mengensot sedikit bagi memberi sedikit ruang untuk Eliya disampingnya.Ruangan tersebut ditepuknya perlahan.
"come..duduk sini.."ujar Eddie.Eliya hanya memandang ruangan tersebut.
"come sayang..dengar cakap abang.."ujar Eddie lembut membuatkan Eliya patuh kepada arahan suaminya itu.Bahu Eliya dipeluk Eddie lalu pipi isterinya itu dicium bertalu-talu.
"you wanna know the truth?.."soal Eddie seakan-akan berbisik ditelinga Eliya.Perlahan Eliya mengangguk.
"I love you damn so much until I can't breath even a second without you..my life is miserable without your presence..You are my everything and nothing can separate us accept death..I'll never let you go even once in my life..and I'll make sure that nobody can hurts you even me myself..I'm deeply in love with you..no..I'm crazy of you,my sweetheart..and I'm totally sure that I love you more than you know since our childhood,sayang.."ujar Eddie lalu memeluk Eliya.Eliya menangis teresak-esak dalam dakapan Eddie.Dia terharu dengan apa yang diucapkan oleh Eddie.
"sshh..dah sayang..kenapa nangis lagi ni?..patutnya abang yang merajuk dengan sayang tau sebab sayang biarkan hidup abang tak tentu arah hari tu.."ujar Eddie sambil mengesat air mata Eliya.
"abang la..siapa suruh layan Liya teruk-teruk?.."ujar Eliya sambil memukul manja lengan Eddie.
"aarrgghh.."Eddie mengerang kesakitan lalu memegang dadanya.
"abang?!..kenapa ni?!.."soal Eliya panik.
"dada ni sakit.."ujar Eddie keperitan.
"sakit..sekejap..abang bertahan ya Liya panggil doktor.."ujar Eliya.
"tak payah.."ujar Eddie sambil memegang tangan Eliya dan meletakkannya di dada kirinya.
"sebab Liya penyebab penyakit ni..penyakit panahan cinta Eliya.."ujar Eddie lalu tergelak besar.
"abang!!.."ujar Eliya geram.
"okay..okay..sorry..by the way,I have something for you.."ujar Eddie lalu membuka laci meja yang terletak disampingnya.Eddie mengeluarkan satu kotak merah yang mempunyai logo Cartier.Eddie membuka kotak tersebut dan kelihatan seutas rantai yang diperbuat dari emas putih bertakhtakan berlian yang berkilauan.
"happy belated birthday,sayang.."ujar Eddie lalu mengucup pipi Eliya.Eliya berasa amat terharu dengan pemberian Eddie.
"actually hari tu abang sengaja buat Liya sakit hati sebab abang tau Liya akan pergi toilet untuk menangis kan?..and sengaja abang pilih restoran tu sebab restoran tu dekat dengan Cartier so senanglah abang nak grab satu rantai as a present for my beloved wife ni..tapi tak sangka pula kena tinggal.."ujar Eddie.
"ya allah..abang..I'm really sorry..Liya pun lupa sebenarnya pasal birthday Liya..sebab tu Liya memang emosi semacam hari tu.."ujar Eliya lalu mengambil tangan Eddie dan mengucupnya.
"tu la..baru nak buat surprise tapi dah sayang merajuk dengan abang ..terpaksalah postpone dulu hadiah ni.."ujar Eddie sambil membuat muka sedih.
"dah..dah..tak mau merajuk-merajuk..cepatlah pakaikan Liya rantai ni..cantik sangat sangat.."ujar Eliya.Eddie tersenyum lalu mengambil rantai tersebut untuk dipakaikan ke leher isterinya.Tudung Eliya diselak sedikit agar menyenangkan Eddie untuk memasangkan rantai tersebut.Rantai itu kelihatan amat sesuai dan cantik dipakai oleh Eliya.
"jaga betul-betul tau rantai ni sayang..kalau rindukan abang just tengok rantai ni aje.."ujar Eddie sambil memeluk pinggang Eliya dari belakang.
"berapa harga rantai ni,abang?.."soal Eliya dengan perasaan ingin tahu kerana dia tahu jenama Cartier adalah antara jenama yang paling mahal di dunia.
"isy..mana boleh beritahu..kata hadiah.."ujar Eddie.
"alaa...please..please..please.."rengek Eliya.
"okay..Australian Dollar or Ringgit?.."soal Eddie.
"both.."jawab Eliya.
"tak mahal pun..Cuma 10 000 Australian Dollar je.."ujar Eddie.Eliya membulatkan matanya.
"oh my gosh..kalau duit Malaysia?.."
"around..RM 30 000 .."jawab Eddie selamba.
"what?!.."Eliya terjerit kecil lalu segera dia ingin membuka rantai tersebut namun ditahan oleh Eddie.
"kenapa sayang nak buka pula?..bukan senang tau nak cari design yang sesuai dengan cita rasa Liya tu..ni pun abang cuba nasib je..kalau Liya tak suka abang terpaksa la bagi pada mommy atau umi.."ujar Eddie.
"kenapa abang beli yang mahal sangat?..Liya tak kesah la kalau abang tak belikan hadiah sekalipun Liya still tak kesah asalkan abang ada selalu dengan Liya.."ujar Eliya bersungguh-sungguh.
"no sayang..ni sebagai penghargaan abang untuk sayang.."ujar Eddie.
"thank you so much,abang..I really don't know what to say..Liya tak dapat nak beri abang hadiah semahal ni tapi Liya hanya mampu beri cinta Liya untuk abang aje.."ujar Eliya sambil tersenyum manis.
"cinta Liya tu lebih mahal dari segalanya bagi abang..dan abang sangat bersyukur sebab berjaya dapatkan cinta Liya tu.."ujar Eddie sambil tersenyum bahagia lalu mengucup dahi Eliya.

Dua minggu kemudian..
Eliya mengesat air matanya manakala Rabiatul pula hanya mengusap-usap belakang sahabatnya itu.
"abang..tak boleh kea bang stay lama sikit kat sini?.."soal Eliya sayu kepada Eddie.Eddie hanya tersenyum kelat semasa mendengar apa yang dikatakan oleh isterinya itu.
"sayang..dah la jangan nangis..nanti abang akan selalu lawat Liya..okay?..kalau Liya nak selalu jumpa abang,Liya kena la study betul-betul..nanti cepatlah Liya habis belajar..lagi satu macam mana Liya nak sambung belajar kat oversea kalau tak boleh berpisah dengan abang?.."ujar Eddie sambil memeluk bahu Eliya.
"erm..ye la..abang jangan lupakan Liya pula bila dah balik Malaysia nanti..mentang-mentanglah Liya kat sini jadi abang suka-suka hati je nak layan awek kat sana.."
"ya Allah..tak kuasa abang nak layan diorang tu semua..baik layan isteri abang yang tak terlayan ni aje.."ujar Eddie sambil tergelak kecil.Rabiatul hanya menjadi pendengar sahaja ditengah-tengah pasangan yang sedang hangat bercinta itu.Beberapa minit kemudian kedengaran pengumuman mengumumkan agar semua penumpang masuk ke balai perlepasan.
"abang.."panggil Eliya sayu lalu mendepakan tangannya.Eddie tersenyum lalu memeluk Eliya erat.
"take care of yourself,okay...jangan lupa call abang hari-hari..nanti kalau abang tak busy nanti abang datang melawat Liya kat sini,a sayang?.."ujar Eddie lalu mengucup dahi Eliya buat seketika.Rabiatul yang menjadi pemerhati juga terasa sedih melihat keadaan pasangan itu.
"okay..got to go..nanti abang masukkan duit belanja macam biasa ya..bye sayang..assalamualaikum.."ujar Eddie lalu memasuki balai perlepasan.Eliya mengesat air matanya lalu melambai Eddie sebelum kelibat suaminya sudah kelihatan lagi.
"weyh..rilek la..tu la patutnya sebelum kau buat keputusan nak sambung belajar dulu fikir dulu masak-masak..ni tak..kau ikut hati yang marah..sekarang tengok siapa yang susah dan merana sebab tanggung rindu la sangat..kan?..euuww..geli gleeman aku dibuatnya..tengok aku dan Farouq tu rilek je.."ujar Rabiatul sambil tersenyum nakal.Eliya mencebikkan wajahnya lalu berjalan meninggalkan Rabiatul yang sedang sibuk membangga diri di hadapan pintu balai perlepasan.
"hah..tengok aku ni simple kan?.."ujar Rabiatul lalu melihat disampingnya namun dia pelik apabila kelibat Eliya sudah tidak kelihatan.
"Eliya Rihanna!!!!!.."Rabiatul sudah terjerit kecil kerana Eliya hanya buat endah tak endah sahaja.
Eliya tergelak jahat saat mendengar jeritan Rabiatul.Mujurlah keadaan lapangan terbang itu agak sibuk menyebabkan suara Rabiatul tidak didengari oleh orang sekeliling mereka.

Love You 1000 Times (Wattpad Version)Where stories live. Discover now