Bab 13

2.6K 80 0
                                    

    Sejurus Eliya dan Eddie tiba di rumah Eliya segera menarik Eddie masuk ke bilik mereka.Mujur tengah hari itu ibubapa mereka bekerja jika tidak pasti mereka akan berasa pelik dengan perangai Eliya yang terburu-buru.Eliya menolak Eddie ke atas katil lalu berdiri sambil bercekak pinggan di hadapan lelaki itu.Eddie duduk sambil tergelak melihat telatah isterinya. 'hai Eddie..ni baru kau mintak kerja kat sekolah dia kalau kau kahwin lagi..bukan bercekak pinggang je..silap-silap pisau juga dia bawa sekali..'hati Eddie sudah berkata-kata sendirian.
"baik abang terangkan kat Liya sekarang..kenapa abang mohon kerja kat sekolah Liya?.."soal Eliya serius.Eddie tersenyum lalu menepuk ruangan di sebelahnya tanda menyuruh Eliya duduk di sebelahnya.Eliya hanya patuh.Perlahan Eddie memeluk bahu isterinya.
"abang mohon kerja kat sana sebab nak pantau isteri abang..sebenarnya dah beberapa tawaran kerja abang tolak sebab nak lepaskan Liya SPM dulu..tapi sayang jangan risau ya..abang part-time je kerja sebagai guru..insyallah lepas ni abang akan ambil alih syarikat arwah atuk..sebab semalam ummie bagitahu kat abang yang wasiat atuk Samad ada menyatakan supaya abang mewarisi syarikat tu..nak tak nak,dah wasiat..abang patuh je la.."ujar Eddie sambil membuka tudung sekolah yang dipakai oleh Eliya satu persatu.Eliya hanya membiarkannya.
"erm..kalau macam tu okay la..sebab kat sekolah tu..Liya perasan ramai yang asyik tersenyum-senyum pada abang je..tak kurang juga cikgu-cikgu yang mengatal..sakit hati Liya tau.."ujar Eliya sambil mengerut-ngerutkan dahinya tanda dia betul-betul geram dengan guru serta murid yang cuba mengorat suaminya.Eddie tergelak besar lalu mencuit hidung Eliya.
"kalau tahu geram..kena la layan abang baik-baik.."
"erm..yo la..hah,abang..pergi mandi dulu nanti kita makan sama-sama ,ya?..rasanya ummie dah siap masakkan untuk kita berdua pagi tadi.."ujar Eliya.Eddie hanya menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu.Eliya bangun lalu mengambil tuala milik Eddie dan menghulurkan kepada lelaki itu namun Eddie segera bangun dan mencapai tuala Eliya dan menghulurkannya kepada Eliya sambil tersenyum nakal.
"hisy..ngada-ngada betul..tak nak la Liya..buat kalau mommy atau ummie balik makan tengah hari..hisy..malu la nanti.."
"oh..maksudnya kalau ummie dengan mommy tak balik..abang ada peluang la ,ya?.."soal Eddie dengan senyuman yang semakin nakal.
"eh..m..ma.mana ada macam tu..malas la nak layan abang.."ujar Eliya lalu ingin beredar dari bilik mereka namun belum sempat Eliya melangkah keluar Eddie sudah menariknya ke dalam dakapan.
"abang sayang sangat kat Liya..abang janji yang abang tak akan sia-siakan hidup Liya dan abang akan jaga Liya sampai ke akhir hayat abang..insyallah..pasal kat sekolah tu..Liya jangan risau..diorang buat apa sekali pun,hati abang hanya milik Liya je..tak kira secantik dan hebat mana perempuan lain tu dari Liya.."ujar Eddie.Eliya tersenyum lalu membalas pelukan Eddie.
"Liya percaya pada abang..tapi kadang-kadang emosi Liya yang susah nak dikawal menyebabkan kadang-kadang Liya hilang pertimbangan dalam sesuatu tindakan yang Liya buat..tapi Liya nak abang percaya juga pada Liya sebagaimana Liya percayakan abang..dah..dah..jangan nak masuk mood emosional sangat..Liya dah nak pengsan dah ni bau abang...busuk!.."ujar Eliya lalu menutup hidungnya dan menyelinap keluar dari bilik mereka.
"sayang!!!..."Eddie menarik muncung panjang lalu masuk ke dalam bilik mandi.
"merajuk pulak cik abang kita tu..ngada-ngada je..nak mintak orang pujuk la tu.."jerit Eliya dari dapur.Eddie hanya tersenyum di dalam bilik mandi mereka.Memang jiran tetangga mereka sudah masak dengan perangai mereka berdua memang bising ketika berada di rumah.Mujur ibubapa mereka tidak berada dirumah jika tidak,pasti mereka berdua akan dimarahi oleh mommy dan umi mereka.

Love You 1000 Times (Wattpad Version)Where stories live. Discover now